Sepasukan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah hadir ke sekolah Zara untuk menjalankan program Wira Anti Rasuah (WAR). Program Wira Anti Rasuah (WAR) merupakan usaha awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendidik masyarakat tentang rasuah. Program WAR disasarkan kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Pihak SPRM akan hadir ke sekolah-sekolah terpilih bersama-sama dengan watak adiwira, Kapten MACC. Watak ini akan pergi ke sekolah-sekolah untuk menjalankan pelbagai aktiviti. Antaranya, ceramah, kuiz interaktif, soal jawab, melukis poster dan ikrar antirasuah. Sekolah yang berminat boleh mengundang pihak SPRM untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut. Pihak SPRM juga berbesar hati menerima kunjungan pihak sekolah ke ibu pejabat SPRM. Membudayakan nilai antirasuah dan integriti Pendedahan awal tentang bahaya dan kesan rasuah terhadap diri dan komuniti Menggalakkan murid membuat keputusan yang betul Tujuan Program WAR Kapten MACC Kapten MACC 194 Apakah maksud rasuah? Apakah jenis-jenis rasuah? Bacaan Luas