6.0 Aktiviti Mingguan E-Buku Log Pandu Puteri (MPU 3441a) 48 6.1 Sukarelawanan Surat Pemakluman
6.0 Aktiviti Mingguan E-Buku Log Pandu Puteri (MPU 3441a) 49 6.1 Sukarelawanan Surat Pemakluman
6.0 Aktiviti Mingguan E-Buku Log Pandu Puteri (MPU 3441a) 50 6.1 Sukarelawanan (Penanaman Bunga Kertas) Laporan Program Sukarelawan Penanaman Bunga Kertas Kadet Pandu Puteri Tarikh: 17 April 2024 Masa: 7.30 pagi hingga 9.30 pagi Tempat: Bangunan Pentadbiran Baharu IPG Kampus Gaya Setelah selesai perhimpunan beruniform, sesi slot Bantu Mula yang dibimbing oleh Puan Roselyn. Seterusnya, sesi PdP diteruskan dengan praktikal asas Bantu Mula secara berkumpulan. Aktiviti berkumpulan ini memberi peluang kepada kadet untuk berkomunikasi serta meningkatkan tahap kefahaman mereka semasa bantu kecemasan. Seterusnya, aktiviti sukarelawan penanaman bunga kertas dijalankan bawah bimbingan Puan Christina. Beliau memimpin ahli kadet untuk menanam bunga di sekeliling kawasan persekitaran institut. Tujuan penanaman ini adalah memperbanyakkan aktiviti mesra alam dengan lebih berkesan. Dalam konteks ini, penanaman bunga dapat mewujudkan persekitaran yang cantik dan menarik serta selamat. Secara keseluruhannya, aktiviti penanaman ini berjaya dilaksanakan dengan berjaya. Sesi penanaman diakhiri dengan penyampaian sepatah dua kata daripada guru penasihat kami. Terima kasih kepada semua ahli kadet yang telah menyertai dan menyumbangkan masa serta tenaga mereka. Disediakan oleh, Lee Vun Che
6.0 Aktiviti Mingguan E-Buku Log Pandu Puteri (MPU 3441a) 51 Gambar Pelaksanaan 6.1 Sukarelawanan (Penanaman Bunga Kertas)
6.0 Aktiviti Mingguan E-Buku Log Pandu Puteri (MPU 3441a) 52 6.2 Ladam Kuda Laporan Program Sukarelawan Kadet Pandu Puteri Tarikh: 7 Februari 2024 Masa: 7.30 pagi hingga 9.30 pagi Tempat: Bangunan Pentadbiran Baharu Institut Pendidikan Guru Setelah selesai perhimpunan beruniform, kami telah bergerak ke kawasan lapang Bangunan Pentadbiran Baharu Institut Pendidikan Guru bagi melaksanakan aktiviti ladam kuda. Kami telah dilatih dengan bersungguh-sungguh oleh guru pembimbing iaitu Dr. Cristina agar aktiviti ladam kuda dapat dijalankan dengan sempurna. Semasa menjalankan aktiviti ladam kuda, patrol 5 iaitu kumpulan Melur telah diberi tugas untuk melakukan upacara menaikkan bendera sambil menyanyi lagu dunia, bacaan doa dan kata-kata hikmah. Setelah itu, kami mendengar ucapan penasihat daripada Puan Camila. Secara keseluruhannya, aktiviti ladam kuda pada hari tersebut berjalan dengan lancar. Setiap kumpulan telah melakukan aktiviti ladam kuda dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat agar semangat berkumpulan sentiasa dikekalkan dan dieratkan. Kemudiannya, kami menjalankan aktiviti latihan kawad kaki. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan diajar oleh ketua patrol masin-masing sambil dipantau oleh Dr. Cristina. Menjelang pukul 9.30 pagi, perjumpaan Unit Beruniform pun sudah tamat. Disediakan oleh, Lee Vun Che
6.0 Aktiviti Mingguan E-Buku Log Pandu Puteri (MPU 3441a) 53 Gambar Pelaksanaan 6.2 Ladam Kuda
6.0 Aktiviti Mingguan E-Buku Log Pandu Puteri (MPU 3441a) 54 Pembentukan Ladam Kuda dan Tujuannya 6.2 Ladam Kuda Merupakan istiadat yang membezakan Pandu Puteri dengan pasukan beruniform yang lain. Ladam kuda dibentuk sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji). Pembentukan ladam kuda memudahkan pemimpin guru untuk mengenal pasti jumlah ahli Pandu Puteri yang terlibat dalam aktiviti, pemantauan pemakaian setiap ahli, pemberian arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan. Arahan serta Langkah Pembentukan Arahan : 1.PASUKAN! 2.KETUA, MASUK BARIS! 3.PASUKAN, MASUK BARIS! 4.PASUKAN, SEDIA! 5.PASUKAN, HENTAK KAKI .....HENTAK! 6.PASUKAN KE LADAM KUDA, CEPAT JALAN! 7.PASUKAN. BERHENTI! 8.KE DALAM, PUSING!
6.0 Aktiviti Mingguan E-Buku Log Pandu Puteri (MPU 3441a) 55 6.2 Ladam Kuda Arahan serta Langkah Pembentukan Pembentukan Ladam Kuda : Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda: Cara 1: Untuk Pasukan Kecil (Kurang daripada 20 ahli) Cara 2: Untuk Pasukan Besar Sebelum Pembentukan Ladam Kuda, pasukan diminta melantik ketua pasukan berdasarkan bilangan ahli, tiga orang bagi pasukan bendera, seorang pembaca doa serta seorang penyampai kata-kata hikmat. Istiadat mengangkat bendera diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda. 1. Kapten akan meneruskan istiadat dengan menjemput seorang ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. 2. Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat. Pada masa itu kapten boleh mengumumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. 3. Kapten memberikan arahan selanjutnya dengan arahan “Pasukan, keluar baris!” manakala semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dari Ladam Kuda. 4.
6.0 Aktiviti Mingguan E-Buku Log Pandu Puteri (MPU 3441a) 56 6.2 Ladam Kuda Arahan serta Langkah Pembentukan
6.0 Aktiviti Mingguan E-Buku Log Pandu Puteri (MPU 3441a) 57 6.3 Simpulan dan Ikatan Simpulan Dalam kehidupan seharian, tali digunakan sepanjang masa, tempat dan keadaan seperti di pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan juga kegiatan luar. Kemahiran menggunakan tali dalam simpulan dan ikatan perlu dipelajari dan dikuasai dalam pergerakan kepanduan. Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya Digunakan pada benda-benda kecil dan sederhana Contoh: Buku Sila, Simpul Manuk, Bunga Geti, Tindih kasih, Simpul Balak, Simpul Belit Ikatan Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Ikatan Seraya, Ikatan Serong, Ikatan Lilit Kacang, Ikatan Silang Tungku, Ikatan Silang Gunting
6.3 Simpulan dan Ikatan E-Buku Log Pandu Puteri (MPU 3441a) 58 6.3.1 Buku Sila Teknik Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh,menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula. Fungsi Menyambung 2 tali yang sama saiz. Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas 1.Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain. 2.Masukkan hujung A di bawah B. 3.Lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah. Video Pengajaran Buku Sila:
6.3 Simpulan dan Ikatan E-Buku Log Pandu Puteri (MPU 3441a) 59 6.3.2 Simpul Manuk Teknik Simpul Manuk biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya. Fungsi Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak. Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat. Digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting. 1.Mulakan simpul pada kayu 2.Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi 3.Tarik hujung tali. Video Pengajaran Simpul Manuk:
6.3 Simpulan dan Ikatan E-Buku Log Pandu Puteri (MPU 3441a) 60 6.3.3 Bunga Geti Teknik Bunga Geti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya. Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal. Fungsi Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz. Mengikat tali ke suatu tanjul. 1.Mulakan simpul Masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul 2. 3.Tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul Video Pengajaran Bunga Geti:
6.3 Simpulan dan Ikatan E-Buku Log Pandu Puteri (MPU 3441a) 61 6.3.4 Tindih Kasih Teknik Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai. Fungsi Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut. Menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu di sekeliling badan mangsa 1.Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan. 2.Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut. 3. Video Pengajaran Tindih Kasih:
6.3 Simpulan dan Ikatan E-Buku Log Pandu Puteri (MPU 3441a) 62 6.3.5 Simpul Balak Teknik Lilik Balak atau simpul balak adalah ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol kayu dan sebagainya. Fungsi Ikatan sementara untuk mengikat tali ke batang kayu, tiang atau papan dengan tujuan menariknya Mengangkat kayu bulat, papan atau tiang Memulakan ikatan serong 1.Gunakan tali dengan mengelilingi kayu. 2.Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas. Video Pengajaran Simpul Balak: TARIK
6.3 Simpulan dan Ikatan E-Buku Log Pandu Puteri (MPU 3441a) 63 6.3.6 Simpul Belit Teknik Simpul belit merupakan satu simpulan mudah tetapi kemas untuk mengikat hujung tali pada mata kail, pancang,pokok dan sebagainya. Fungsi Digunakan untuk mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang kerana cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal. Mengunci ikatan atau simpulan yang dibuat Video Pengajaran Simpul Belit:
6.3 Simpulan dan Ikatan E-Buku Log Pandu Puteri (MPU 3441a) 64 6.3.7 Ikatan Seraya Ikatan Seraya ini selalunya digunakan untuk mengikat kayu, buku, tiang dan seumpamanya yang bersudut tepat bagi membuat jambatan, tiang bendera, gajet dan lain-lain. Ikatan seraya dimulakan dan dimatikan dengan lilit manuk. Fungsi Mengikat kayu,buluh atau tiang bagi membuat jambatan, gajet, menara, tiang, bendera dan lain-lain Video Pengajaran Ikatan Seraya: Teknik 1.Mulakan dengan simpulan manuk. 2.Lilitkan ketat-ketat seperti di dalam rajah. 3.Matikan dengan simpulan manuk juga.
6.3 Simpulan dan Ikatan E-Buku Log Pandu Puteri (MPU 3441a) 65 6.3.8 Ikatan Serong Ikatan Serong digunakan untuk membuat jambatan, menara dan sebagainya. Ikatan ini juga merapatkan dan mengikat dua batang kayu atau buluh yang bersilang berbentuk “X”. Fungsi Membuat jambatan, menara, gejet dan menyambung kayu. Merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang. Video Pengajaran Ikatan Serong: Teknik Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang. 1. 2.Belitkan membujur dan melintang. Seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas. 3. 4.Matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk.
6.3 Simpulan dan Ikatan E-Buku Log Pandu Puteri (MPU 3441a) 66 6.3.8 Ikatan Serong Video Pengajaran Ikatan Serong:
6.3 Simpulan dan Ikatan E-Buku Log Pandu Puteri (MPU 3441a) 67 6.3.9 Ikatan Lilit Kacang Ikatan Lilit Kacang dimulakan dengan menggunakan simpul manuk dan diakhiri dengan simpul manuk juga. Ikatan ini digunakan untuk mengikat batang-batang kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gajet atau projek. Fungsi Mengikat batang-batang kayu/buluh bagi membuat lantai untuk sesuatu gajet/binaan. Video Pengajaran Ikatan Lilit Kacang: Teknik 1.Mulakan dengan memggunakan simpul manuk atau lilit balak. Ikat selang-seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang sehingga selesai. 2. Kayu Lantai Kayu Utama
6.3 Simpulan dan Ikatan E-Buku Log Pandu Puteri (MPU 3441a) 68 6.3.10 Ikatan Silang Tungku Ikatan Silang Tungku digunakan untuk mengikat beberapa batang kayu sehingga boleh didirikan seperti tungku untuk digunakan sebagai penyokong. Fungsi Digunakan untuk mengikat 3 batang kayu atau buluh yang sama saiz. Gunanya ialah bagi membuat rakit. Video Pengajaran Ikatan Silang Tungku: Teknik 1.Dimulakan dengan lilit balak atau simpul manuk. 2.Belitkan pada ketiga-tiga batang kayu berselang-selang. 3.Masukkan di celah-celah batang kayu. Matikan ikat silang tungku dengan menggunakan simpul manuk pada kayu tengah. 4.
6.3 Simpulan dan Ikatan E-Buku Log Pandu Puteri (MPU 3441a) 69 6.3.11 Ikatan Silang Gunting Ikatan Silang Gunting digunakan untuk mengikat beberapa batang kayu atau buluh yang selari supaya boleh menghasilkan silang seperti gunting. Caranya ialah dengan memulakan lilitan manuk dan kemudian lilitkan tali pada batang-batang kayu atau buluh dengan kemas dan ketat. Matikan ikatan dengan memasukkan tali di celah-celah kayu atau buluh agar bersilang seperti gunting. Fungsi Menyambung 2 batang kayu bagi membuat kaki yang bersilang Menyambung kayu supaya menjadi panjang Menguatkan kayu yang tidak begitu kuat Video Pengajaran Ikatan Silang Gunting: Teknik 1.Dimulakan dengan menggunakan simpul manuk. 2.Belitkan kedua-dua tiang dengan kuat dan ketat. 3.Belitkan dicelah-celah dengan kuat. 4.Matikan dengan simpul manuk.
Sekian, terima kasih