BAHAGIAN A ISI KANDUNGAN 1
1
PENGENALAN
Latar belakang Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains SPM
Panduan pentaksiran kerja amali PEKA Sains SPM
BAHAGIAN B KONSEP PENTAKSIRAN KERJA AMALI (PEKA) SAINS SPM 2
Objektif PEKA Sains SPM 2
Ciri-ciri PEKA Sains SPM
BAHAGIAN C PERSONEL PENTADBIRAN 4
Kategori personel pentadbiran 5
BAHAGIAN D Tugas dan peranan personel PEKA SPM 11
Kriteria pelantikan
BAHAGIAN E 12
PENJAMINAN KUALITI 13
Pementoran 14
Pemantauan 14
Penyelarasan
Pengesanan 15
15
KES KHAS 16
Calon hadir 16
Kes disiplin 16
Kesihatan 17
Calon Berkeperluan Khas (CBK) 17
Calon bertukar sekolah
Calon daftar lewat
Kes luar jangka
i
BAHAGIAN F PENGURUSAN FAIL 18
Fail induk
BAHAGIAN G 20
PENGOPERASIAN PEKA SAINS SPM
BAHAGIAN H Carta Pengoperasian PEKA Sains SPM 21
26
BAHAGIAN I KERANGKA PEKA SAINS SPM 36
Senarai elemen yang dinilai 38
Konstruk yang ditaksir 39
Instrumen 48
Kaedah mentaksir 49
Kaedah menskor respon murid 51
Kaedah merekod 51
Kaedah merumus skor 51
Kaedah melapor
Kaedah menyimpan laporan amali 52
Perancangan pentaksiran pelaksanaan PEKA Sains 55
83
LAMPIRAN
Contoh tugasan amali Sains SPM 85
Contoh laporan amali dan penandaan 88
Senarai eksperimen wajib Tingkatan 4 dan pemetaan 89
kemahiran saintifik
Senarai eksperimen wajib Tingkatan 5 dan pemetaan
kemahiran saintifik
Borang Skor Individu
Borang Gred Induk
ii
PRAKATA
Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Lembaga
Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menerbitkan buku Panduan Pentaksiran
Kerja Amali Sains Sijil Pelajaran Malaysia (PEKA Sains SPM) mulai tahun 2021. Justeru, saya
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam penghasilan buku ini.
PEKA Sains SPM telah bermula pada tahun 2004 untuk silibus Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM). Pada tahun 2017, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sains mula
dilaksanakan di Tingkatan 1 dan murid ini akan menduduki Peperiksaan SPM pada tahun 2021.
PEKA Sains SPM disemak semula supaya boleh dilaksanakan seiring dengan Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD).
PEKA Sains SPM adalah bertujuan menyahut hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia
merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 antara lain
Memperkukuhkan Asas Pembelajaran STEM melalui Inisiatif Pengukuhan Pendidikan STEM
(Inisiatif #49) dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti hands-on, berasaskan penyelesaian masalah
dan membuat keputusan.
Lembaga Peperiksaan mempercayai sepenuhnya integriti pentaksir untuk mentaksir calon dengan
tekal dan adil. Justeru, penerbitan buku ini bertujuan memberi panduan dan rujukan kepada semua
pihak yang terlibat dalam menguruskan PEKA Sains SPM. Buku panduan ini diterbitkan bagi
memastikan pengurusan, pengendalian dan penjaminan kualiti PEKA Sains SPM dapat
memberikan keadilan serta menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor.
Keutuhan dan kepercayaan umum terhadap peperiksaan awam kendalian Lembaga Peperiksaan
banyak bergantung kepada aspek keselarasan dan pengurusan peperiksaan yang sistematik,
cekap dan berakauntabiliti. Sehubungan dengan itu, kerjasama serta budaya kerja yang baik dan
sistematik daripada semua pihak yang terlibat amat dihargai. Usaha ini diharap dapat diteruskan
demi merealisasikan moto Lembaga Peperiksaan iaitu Adil, Sahih dan Amanah.
Terima kasih.
DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI
Pengarah Peperiksaan
iii
BAHAGIAN PENGENALAN
A
1.1 Latar belakang Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains SPM
PEKA merupakan Pentaksiran Kerja Amali berasaskan sekolah. PEKA dilaksanakan
untuk mengukuhkan proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) berdasarkan
kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sains bagi Tingkatan
4 dan 5 di sekolah dan merupakan sebahagian daripada aktiviti Pembelajaran Abad
ke-21 (PAK-21). PEKA juga merupakan pelengkap kepada kurikulum sains di sekolah.
1.2 Panduan Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains SPM
Panduan PEKA Sains SPM ialah dokumen komprehensif yang mengandungi
maklumat berkaitan prinsip dan konsep pentaksiran serta prosedur pelaksanaannya.
Dokumen ini adalah rujukan yang membantu pelaksanaan PEKA Sains SPM secara
menyeluruh. Dokumen ini mengandungi beberapa bahagian iaitu:
• Pengenalan PEKA Sains SPM
• Konsep PEKA Sains SPM
• Pengoperasian PEKA Sains SPM
• Kerangka PEKA Sains SPM
• Lampiran
Objektif mewujudkan Panduan PEKA Sains SPM ini adalah sebagai :
• Bahan rujukan untuk memahami pelaksanaan PEKA Sains SPM
• Panduan guru untuk melaksanakan PEKA Sains SPM semasa proses
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) serta Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD)
• Panduan pentaksir bagi penskoran dan penggredan Skor PEKA serta
Tahap Pencapaian PBD
Panduan ini dihasilkan melalui beberapa siri mesyuarat, bengkel dan pemurnian. Ahli
panel yang menghasilkan Panduan PEKA Sains SPM ini terdiri daripada:
• Guru Sains yang berpengalaman
• Guru Cemerlang Sains
• Pegawai Lembaga Peperiksaan
Dokumen ini dibina dengan menggunakan prinsip telus, mesra pengguna, sistematik
dan mudah dilaksanakan.
1
BAHAGIAN KONSEP PENTAKSIRAN KERJA AMALI
(PEKA) SAINS SPM
B
1.1 Objektif PEKA Sains SPM
PEKA Sains SPM dilaksanakan untuk membolehkan murid :
• Menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran
manipulatif
• Memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni
• Memperkukuh teori dan konsep sains
• Mengaplikasi proses pembelajaran berteraskan PAK-21 yang mengandungi
elemen 4K1N (Komunikasi, Kolaboratif, Pemikiran Kritis dan Kreatif serta Nilai
murni dan Etika)
1.2 Ciri-ciri PEKA Sains SPM
Dalam usaha merealisasikan konsep dan memenuhi keperluan pentaksiran, maka
proses pentaksiran adalah berdasarkan ciri-ciri berikut:
1.2.1 Keserasian dengan kehendak kurikulum
Format pentaksiran dan konstruk yang ditaksir mengambil kira kemahiran
saintifik, sikap saintifik dan nilai murni serta tahap penguasaan dalam PBD
yang ingin dikembangkan dalam PdPc Sains.
1.2.2 Berpusatkan murid
Aktiviti amali yang ditaksir dijalankan sepenuhnya oleh murid. Pentaksiran
ini memberi peluang kepada murid untuk ditaksir selaras dengan PdPc dan
PBD.
1.2.3 Telus dan terbuka
Murid mengetahui apa, bagaimana, bila dan di mana pentaksiran akan
dilakukan.
1.2.4 Kebolehlaksanaan dan sistematik
Format pentaksiran ini mengambil kira aspek-aspek yang memastikan
pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan dan mengikut prosedur serta
tertib yang telah ditetapkan.
2
1.2.5 Instrumen Pentaksiran
Instrumen Pentaksiran adalah alat yang digunakan oleh pentaksir untuk
menilai skor PEKA murid iaitu laporan amali dan pemerhatian yang
dicatatkan dalam Borang Skor Individu (BSI).
1.2.6 Formatif dan berterusan
Pentaksiran dilakukan secara berterusan dan terancang semasa
pelaksanaan amali dalam proses PdPc.
1.2.7 Mempunyai skor
Skor yang diberikan oleh pentaksir melalui PEKA Sains SPM mestilah sah
dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi berdasarkan panduan PEKA
Sains SPM dan penilaian pakar oleh pentaksir.
1.2.8 Pelaporan
Pelaporan dijana dalam bentuk Laporan Prestasi Murid yang mengandungi
gred dan tahap penguasaan yang dicapai oleh murid.
1.2.9 Pemantauan berterusan
Pemantauan boleh dilakukan secara berterusan untuk memastikan PEKA
Sains SPM dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan.
3
BAHAGIAN PERSONEL PENTADBIRAN
C
Personel Pentadbiran bertanggungjawab untuk menguruskan pentadbiran dokumen
Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains SPM, Instrumen Pentaksiran, Panduan Penskoran
PEKA Sains SPM dan melaksanakan verifikasi skor. Senarai Personel Pentadbiran adalah
seperti berikut:
1.1 Kategori Personel Pentadbiran
PERSONEL SINGKATAN
LP
Lembaga Peperiksaan JPN
PPD
Jabatan Pendidikan Negeri
PENGETUA
Pejabat Pendidikan Daerah PKP
SuP
Pengetua GKMP
KP
Penolong Kanan Pentadbiran GMP
GT
Setiausaha Peperiksaan
Guru Kanan Mata Pelajaran
Ketua Panitia
Guru Mata Pelajaran
Guru Tingkatan
4
1.2 Tugas Dan Peranan Personel PEKA Sains SPM
1.2.1 Peringkat Lembaga Peperiksaan
PERKARA TUGAS
DOKUMEN 1. Menyediakan dan memuat naik Takwim Pelaksanaan PEKA Sains
SPM ke Laman Web Rasmi LP.
2. Mengedarkan surat siaran ke JPN.
PEREKODAN DAN 1. Menyediakan aplikasi untuk perekodan skor dalam aplikasi.
PENGHANTARAN 2. Menyediakan kata laluan aplikasi kemasukan skor untuk kegunaan
SKOR
SuP.
3. Menerima skor calon daripada pusat berdaftar.
PEMANTAUAN 1. Membuat lantikan pegawai pemantau dalam kalangan pegawai LP
untuk Penjaminan Kualiti PEKA Sains SPM bagi menjamin
pelaksanaan pentaksiran mengikut prosedur yang ditetapkan oleh
LP.
2. Menerima laporan pemantauan daripada pegawai pemantau dan
JPN.
PENGURUSAN KES 1. Mengambil tindakan terhadap kes khas.
KHAS DAN KES
LUAR JANGKA
1.2.2 Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri
PERKARA TUGAS
DOKUMEN 1. Memaklumkan kepada PPD untuk memuat turun Takwim
Pelaksanaan PEKA Sains SPM dari Laman Web Rasmi LP.
2. Menyediakan surat-surat berkaitan.
3. Menyediakan surat pengesahan pengecualian PEKA Sains SPM.
PEREKODAN DAN 1. Menyampaikan taklimat Pelaksanaan PEKA Sains SPM dan
PENGHANTARAN Penskoran Instrumen kepada PPD.
SKOR
2. Memastikan penghantaran skor oleh pusat yang berdaftar melalui
aplikasi yang disediakan oleh LP.
PEMANTAUAN 1. Memantau pelaksanaan PEKA Sains SPM di peringkat JPN dan pusat
berdaftar.
2. Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai JPN dan PPD
untuk memantau pelaksanaan PEKA Sains SPM.
3. Membuat laporan pemantauan Pengurusan PEKA Sains SPM serta
menghantar ke LP bersama-sama dokumen PEKA Sains SPM yang
berkaitan.
PENGURUSAN KES 1. Menerima laporan kes khas daripada PPD.
KHAS DAN KES 2. Melaporkan kes khas kepada LP.
LUAR JANGKA
5
1.2.3 Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah
PERKARA TUGAS
DOKUMEN 1. Memastikan pusat berdaftar memuat turun dokumen PEKA Sains SPM
dari Laman Web Rasmi LP.
2. Menyediakan surat-surat berkaitan.
PEREKODAN DAN 1. Memastikan semua sekolah terlibat melaksanakan Mesyuarat
PENGHANTARAN Penyelarasan Penyediaan Panduan Penskoran dan Mesyuarat
SKOR Jawatankuasa Verifikasi Skor di peringkat sekolah.
2. Memastikan pusat yang berdaftar memasukkan skor ke dalam aplikasi
yang disediakan oleh LP mengikut jadual kerja.
PEMANTAUAN 1. Melantik pegawai pemantau di kalangan pegawai PPD untuk
Penjaminan Kualiti PEKA Sains SPM bagi menjamin pelaksanaan
mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.
2. Memantau pelaksanaan PEKA Sains SPM di pusat berdaftar.
3. Membuat laporan pemantauan PEKA Sains SPM dan menghantar ke
JPN bersama-sama dokumen yang berkaitan.
PENGURUSAN 1. Menerima laporan kes khas daripada pusat berdaftar.
KES KHAS DAN 2. Melaporkan kes khas kepada JPN.
KES LUAR
JANGKA
1.2.4 Pengetua Sekolah
PERKARA TUGAS
DOKUMEN 1. Melantik dan memantau Personel Pentadbiran dan memuat turun
dokumen PEKA Sains SPM dari Laman Web Rasmi LP.
2. Menerima surat siaran atau pekeliling dari KPM, JPN dan PPD.
3. Memastikan semua Personel Pentadbiran menandatangani Akta
Rahsia Rasmi dan Borang LP/AM 50 Pin. 1/2011.
4. Menyimpan Akta Rahsia Rasmi dan Borang LP/AM 50 Pin. 1/2011
yang telah ditandatangani oleh personel pentadbir.
5. Memantau penyimpanan evidens yang berkaitan sehingga ENAM (6)
BULAN selepas tarikh pengumuman keputusan peperiksaan.
6. Mengemukakan permohonan pengecualian PEKA Sains SPM kepada
Pengarah Pendidikan JPN dengan berserta dokumen sokongan.
7. Memberi taklimat pengurusan dan pentadbiran PEKA Sains SPM
kepada Personel Pentadbiran dan calon.
8. Memastikan Taklimat Penyelarasan Tugasan dilaksanakan kepada
GKMP, GMP dan calon.
9. Memastikan dan memantau proses pelaksanaan tugasan oleh GKMP,
GMP dan calon mengikut tempoh masa yang ditetapkan dalam
Takwim PEKA Sains SPM yang dikeluarkan oleh LP
10. Memastikan GKMP/GMP membuat penskoran semula semua evidens
calon jika perlu.leh bo
6
PEREKODAN DAN 1. Memastikan SuP/GKMP menyelaras kemasukan skor calon yang betul
PENGHANTARAN dan tepat melalui aplikasi yang disediakan oleh LP.
SKOR 2. Memastikan semak silang dilaksanakan oleh GKMP/KP/GMP bagi
menentukan cetakan markah melalui aplikasi adalah sama dengan
markah dalam Borang Gred Induk.
3. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor di
peringkat sekolah bagi memastikan ketekalan, kesahan dan
kebolehpercayaan skor yang tinggi.
4. Memastikan SuP mencatat minit Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi
Skor dan menyimpan minit berkenaan.
5. Mengesahkan rumusan skor yang telah dicetak.
6. Mengesahkan skor calon yang dihantar ke LP.
PEMANTAUAN 1. Melaksanakan bimbingan bagi tujuan penambahbaikan kepada
Personel Pentadbiran selepas pemantauan dibuat.
PENGURUSAN 1. Melaporkan secara bertulis kepada PPD untuk pengurusan kes khas.
KES KHAS DAN 2. Mengesahkan Borang Skor Individu bagi calon berpindah yang telah
KES LUAR
JANGKA dicetak oleh GMP.
1.2.5 Penolong Kanan Pentadbiran
PERKARA TUGAS
DOKUMEN 1. Merancang dan memastikan GKMP menyediakan Takwim PEKA Sains
SPM.
2. Memantau penyimpanan Borang Gred Induk yang telah diisi.
3. Memantau pengurusan fail PEKA Sains SPM dan evidens calon.
PENGURUSAN 1. Menyelaras pelaksanaan PEKA Sains SPM.
PEKA 2. Memaklumkan kepada calon, ibu bapa dan penjaga mengenai
Takwim PEKA Sains SPM sebelum pentaksiran dilaksanakan.
3. Memastikan PEKA Sains SPM dijalankan mengikut Takwim PEKA
Sains SPM dan Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PEKA
Sains SPM.
4. Memantau penskoran setiap evidens calon dan kemasukan skor
mengikut prosedur, dalam tempoh yang telah ditetapkan.
5. Memastikan evidens calon pindah dan calon menumpang diuruskan
mengikut ketetapan yang telah dibuat.
PEMANTAUAN 1. Melaksanakan Penjaminan Kualiti PEKA Sains SPM bagi memastikan
pelaksanaan ditadbir mengikut Takwim PEKA Sains SPM yang
ditetapkan.
PENGURUSAN 1. Mengenal pasti kes khas.
KES KHAS DAN 2. Menganggotai dan menghadiri Mesyuarat Kes Khas.
KES LUAR 3. Menyelaras dokumen kes khas calon untuk dibawa ke dalam
JANGKA
Mesyuarat Jawatankuasa Kes Khas.
7
1.2.6 Setiausaha Peperiksaan
PERKARA TUGAS
DOKUMEN 1. Menyediakan, mengurus dan mengemaskini Fail Induk PEKA Sains
SPM.
2. Menyerahkan Takwim PEKA Sains SPM kepada GKMP/KP untuk
dilengkapkan.
3. Menyusun dan menyemak Borang Pentadbiran PEKA Sains SPM untuk
disahkan sebelum dihantar ke PPD/JPN.
PENGURUSAN 1. Menerima taklimat pengurusan dan pentadbiran PEKA Sains SPM.
PEKA
PEREKODAN DAN 1. Menerima Templat PEKA daripada GMP pada akhir tahun Tingkatan 4
PENGHANTARAN atau apabila berlaku pertukaran GMP.
SKOR 2. Menyerahkan Templat PEKA kepada GMP Tingkatan 5 pada awal tahun
atau GMP baharu yang dilantik sebagai pentaksir.
3. Menyelaras proses kemasukan skor mengikut prosedur yang telah
ditetapkan.
4. Memastikan GKMP/KP/GMP mengisi skor calon yang betul dan tepat
melalui aplikasi yang disediakan oleh LP.
5. Mencetak skor calon melalui aplikasi LP untuk diverifikasi dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor yang dipengerusikan oleh
Pengetua.
6. Mencatat minit Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor
7. Memastikan skor dalam aplikasi LP dan skor dalam borang Markah yang
telah dimuktamadkan adalah sama.
8. Mencetak rumusan skor yang telah dibetulkan untuk disahkan.
9. Mengurus skor dan evidens calon kes khas sebagaimana yang telah
ditetapkan oleh LP.
PENGURUSAN 1. Menyediakan dokumen kes khas dan kes salah laku calon untuk dibawa
KES KHAS DAN ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kes Khas.
KES LUAR
JANGKA 2. Mencatat minit Mesyuarat Jawatankuasa Kes Khas Calon.
8
1.2.7 Guru Kanan Mata Pelajaran
PERKARA TUGAS
DOKUMEN 1. Merancang dan menyediakan takwim di peringkat bidang.
2. Mengadakan mesyuarat dan minit mesyuarat di peringkat bidang.
3. Memantau pengurusan Fail Induk PEKA.
4. Menyelaras penyimpanan evidens yang berkaitan di tempat yang
selamat sehingga ENAM (6) BULAN selepas tarikh pengumuman
keputusan peperiksaan.
5. Merancang dan melaksanakan Penjaminan Kualiti PEKA Sains SPM.
PENGURUSAN 1. Menerima taklimat pengurusan dan pentadbiran PEKA Sains SPM.
PENTAKSIRAN 2. Menganggotai dan menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Penyediaan
PUSAT
Panduan Penskoran dan Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor.
PENSKORAN 1. Memantau penskoran setiap evidens calon.
EVIDENS 2. Memastikan penskoran dibuat selepas KP/GMP menerima taklimat
Penyelarasan Penskoran.
3. Memastikan penyelarasan skor dilaksanakan oleh semua personel
yang terlibat.
PEREKODAN DAN 1. Memastikan Borang Skor Individu dan Borang Gred Induk bagi PEKA
PENGHANTARAN Sains SPM dilengkapkan oleh personel yang terlibat dalam tempoh
SKOR masa yang ditetapkan dan disimpan di tempat yang selamat.
PEMANTAUAN 2. Melaksanakan Penjaminan Kualiti PEKA Sains SPM bagi memastikan
pelaksanaan PEKA ditadbir mengikut takwim yang ditetapkan oleh
sekolah dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP.
PENGURUSAN 1. Mendapatkan laporan kes khas daripada SuP.
KES KHAS DAN 2. Menganggotai dan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kes Khas.
KES LUAR
JANGKA
9
1.2.8 Ketua Panitia/Guru Mata Pelajaran
PERKARA TUGAS
DOKUMEN 1. Merancang jadual kerja pentaksiran mengikut instrumen yang
ditetapkan.
2. Memaklumkan perancangan dan mendapatkan pengesahan Takwim
PEKA Sains SPM daripada Pengetua.
3. Menyediakan senarai nama dan menyusun calon sebelum
menjalankan pentaksiran.
4. Menyediakan maklumat berkaitan prestasi calon.
PENGURUSAN 1. Menerima taklimat pengurusan dan pentadbiran PEKA Sains SPM.
PEKA 2. Menerima senarai nama calon daripada SuP.
3. Memastikan semua calon telah mendaftar mata pelajaran.
4. Memaklumkan Takwim PEKA Sains SPM kepada calon.
5. Menyediakan tugasan instrumen.
6. Melaksanakan PEKA berdasarkan Takwim PEKA Sains SPM.
7. Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor dan Mesyuarat
Kes Khas.
PENSKORAN 1. Memberi taklimat penyelarasan penyediaan Panduan Penskoran
EVIDENS semasa Mesyuarat Penyelarasan Penyediaan Panduan Penskoran di
peringkat sekolah.
2. Menyediakan Panduan Penskoran.
3. Menyerahkan Panduan Penskoran kepada GKMP/KP untuk
disahkan.
4. Memberikan skor yang sepatutnya kepada calon mengikut tahap
masing-masing berdasarkan setiap evidens calon.
5. KP memantau dan memastikan penandaan oleh GMP akur kepada
Jadual Peraturan Penskoran.
PEREKODAN DAN 1. Menyerahkan Templat PEKA kepada SuP pada akhir tahun Tingkatan
PENGHANTARAN 4 atau apabila berlaku pertukaran GMP.
SKOR
2. Menerima Templat PEKA daripada SuP pada awal tahun Tingkatan 5
atau apabila menerima surat pelantikan sebagai pentaksir.
3. Melengkapkan Borang Skor Individu dalam tempoh yang ditetapkan
dan mencetak Borang Gred Induk setelah penskoran diselesaikan.
4. Menerima borang markah kosong daripada SuP.
5. Memindahkan skor dari Borang Gred Induk ke borang markah.
6. Menerima borang markah yang lengkap bercetak daripada SuP untuk
Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor.
7. Memastikan skor yang dimasukkan dalam aplikasi LP adalah skor yang
telah dimuktamadkan.
8. Mencetak Pernyataan Keputusan calon daripada aplikasi LP.
PENGURUSAN KES 1. Mengenal pasti dan melaporkan kes-kes khas kepada GKMP.
KHAS DAN KES 2. Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kes Khas.
LUAR JANGKA 3. Mencetak Borang Skor Individu dan mendapatkan pengesahan
daripada Pengetua bagi calon berpindah.
10
1.2.9 Guru Tingkatan
i. Menyediakan senarai nama calon yang terkini.
ii. Melaporkan dan menguruskan dokumen kes khas seperti dokumen
kehadiran murid, dokumen cuti sakit murid, maklumat ibu bapa/penjaga dan
sebagainya.
iii. Menerima Borang Skor Individu bagi murid berpindah masuk dan
menyerahkannya kepada GMP.
iv. Memastikan Borang Skor Individu calon berpindah sekolah dihantar ke
sekolah baharu melalui pos berdaftar.
1.3 Kriteria Pelantikan
Personel Pentaksiran yang berkualiti perlu mempunyai pengetahuan khusus dalam
mata pelajaran yang ditaksir, ilmu pentaksiran serta berintegriti dalam
menyempurnakan tugas dan tanggungjawab sebagai Personel Pentaksiran.
Pengetahuan Dalam Mata Pelajaran
i. Menguasai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sains
ii. Mengajar mata pelajaran berkenaan
Pengetahuan Dalam Ilmu Pentaksiran
i. Memahami konsep dan definisi pentaksiran
ii. Mengetahui rasional pentaksiran dilaksanakan
iii. Memahami maksud konstruk dan evidens dalam pentaksiran
iv. Mempunyai pengetahuan tentang peraturan penskoran
v. Mengetahui kaedah pentaksiran yang betul
vi. Mengetahui prinsip penyelarasan dan verifikasi skor
11
BAHAGIAN PENJAMINAN KUALITI
D
Penjaminan kualiti adalah piawaian bagi menentukan kualiti pelaksanaan PEKA Sains SPM
mengikut garis panduan yang ditetapkan untuk menjaga kesahan dan kebolehpercayaan skor
demi keadilan kepada calon.
Penjaminan kualiti dilakukan melalui aktiviti Pementoran, Pengesanan, Pemantauan dan
Penyelarasan oleh Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran yang dilantik.
Pementoran Pementoran dilaksanakan oleh Personel Pentadbiran dan
Pemantauan Personel Pentaksiran bagi menyampaikan maklumat tentang
Penyelarasan pelaksanaan PEKA.
Pengesanan
Pemantauan dilaksanakan oleh pihak LP, JPN dan PPD (Sektor
Pembelajaran Akademik) bagi mengawal selia pelaksanaan
PEKA.
Penyelarasan dilaksanakan oleh Personel Pentadbiran dan
Personel Pentaksiran bagi memastikan ketepatan dan ketekalan
dalam penskoran.
Pengesanan merupakan satu proses menilai instrumen
pentaksiran yang dilaksanakan oleh LP.
1.1 Pementoran
i. Pementoran dilaksanakan oleh Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran
bagi menyampaikan maklumat tentang pelaksanaan PEKA Sains SPM.
ii. Tujuan pementoran:
• Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pengurusan
pentadbiran dan pentaksiran.
• Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dan kompetensi dalam
kalangan GMP yang dibimbing.
iii. Pementoran dijalankan oleh:
• Personel Pentadbiran:
Pegawai LP/Pegawai JPN/Pegawai PPD/Pentadbir Sekolah memberi
taklimat pentadbiran kepada Personel Pentadbiran di bawahnya bagi
memastikan pentadbiran Instrumen PEKA mematuhi Prosedur Operasi
Standard (SOP) yang dinyatakan dalam dokumen yang disediakan oleh LP.
12
• Personel Pentaksiran:
Pegawai LP/Pegawai yang dilantik oleh LP memberi latihan mentaksir dan
menskor evidens kepada Personel Pentaksiran bagi memastikan tugas
pentaksiran dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah demi menjaga
kesahan dan kebolehpercayaan skor calon.
Peranan Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran
Personel Pentadbiran Personel Pentaksiran
Mengadakan taklimat Takwim Peka Sains Mengadakan latihan penskoran evidens bagi
SPM, Panduan Pengurusan Pentadbiran meningkatkan kompetensi GMP dan
PEKA serta tugasan amali sains. memastikan GMP dapat menskor evidens
berpandukan Jadual Peraturan Penskoran.
Menilai kefahaman pegawai/pentadbir Menerima taklimat pentadbiran daripada
sekolah dan kesediaan untuk menjalankan Pegawai LP/Pegawai JPN/Pegawai PPD/
pemantauan. Pentadbir Sekolah bagi memastikan
pentadbiran instrumen mematuhi dokumen
yang disediakan oleh LP.
1.2 Pemantauan
i. Pemantauan dilaksanakan bagi mengawal selia pelaksanaan PEKA.
ii. Personel Pentadbiran menjalankan pemantauan bagi memastikan
Instrumen PEKA disediakan dan ditadbir mengikut Takwim PEKA Sains
SPM dan Panduan Pentaksiran Kerja Amali Sains SPM yang disediakan
oleh LP.
iii. Personel Pentadbiran menjalankan verifikasi Instrumen Pentaksiran
berdasarkan Peraturan Penskoran.
iv. Memberi bimbingan bagi mengelakkan ketidakakuran dalam pentadbiran
instrumen.
v. Menghantar laporan penjaminan kualiti kepada JPN/PPD (jika berkaitan).
13
1.3 Penyelarasan
i. Penyelarasan dilaksanakan bagi memastikan ketepatan dan ketekalan
dalam penskoran. Personel Pentaksiran dipertanggungjawabkan untuk
menjalankan penyelarasan penskoran.
ii. Tujuan penyelarasan:
• Menyeragamkan kefahaman terhadap kehendak tugasan dan kriteria
penskoran.
• Menyeragamkan skor PEKA Sains SPM yang berdasarkan Panduan
Penskoran.
• Menyeragamkan alat, bahan dan situasi mengikut kriteria yang
ditetapkan untuk menghasilkan skor yang terlaras.
• Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam
pelaksanaan PEKA Sains SPM.
• Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan dan prestasi
calon.
• Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua calon.
• Penyelarasan dalaman yang dijalankan bagi menyelaraskan
kefahaman mengenai tugasan dan penskoran PEKA Sains SPM di
peringkat sekolah.
• Skor akhir calon bagi evidens yang telah diselaraskan adalah skor
yang telah dimuktamadkan.
• Memaklumkan kepada LP sekiranya tugasan dan penskoran yang
dilaksanakan tidak akur berdasarkan Panduan Pentaksiran Kerja
Amali Sains SPM.
1.4 Pengesanan
i. Dilaksanakan oleh LP melalui penilaian instrumen yang disediakan oleh
pihak sekolah dari segi keakuran tugasan dengan DSKP,
kebolehlaksanaan dan kebolehpercayaan skor.
ii. Tujuan:
• Menilai instrumen yang disediakan oleh pentaksir.
• Memastikan tugasan instrumen dijalankan mengikut takwim.
• Membimbing/membantu pentaksir membuat penambahbaikan
instrumen yang disediakan kepada murid.
14
BAHAGIAN KES KHAS
E
1.1 Calon Hadir
SITUASI Calon hadir dan mendaftar bagi mata pelajaran tetapi tidak mahu
TINDAKAN melaksanakan PEKA Sains.
DOKUMEN
Calon akan mendapat pelaporan dengan status “TIDAK
MELAKSANAKAN”.
Permohonan pengecualian untuk kes-kes khas hendaklah dibuat
melalui Pengarah Pendidikan JPN kepada Pengarah Peperiksaan.
Minit Mesyuarat Jawatankuasa kes-kes Khas Sekolah.
1.2 Kes Disiplin
SITUASI 1 Calon tidak hadir ke sekolah (Tingkatan 4 atau 5) dan tidak
TINDAKAN melaksanakan PEKA Sains sepanjang tempoh pelaksanaan PEKA
DOKUMEN Sains.
Calon akan mendapat pelaporan dengan status “TIDAK
MELAKSANAKAN”.
Calon akan mendapat keputusan T dalam pernyataan keputusan dan
keputusan ini tidak akan tertera di dalam Sijil SPM.
Dokumen sokongan diperlukan dan disahkan oleh Pengetua.
SITUASI 2 Calon hadir ke sekolah (Tingkatan 4 atau 5) tetapi tidak melaksanakan
TINDAKAN PEKA Sains.
DOKUMEN
Calon akan mendapat pelaporan dengan status “TIDAK
MELAKSANAKAN”.
Calon akan mendapat keputusan T dalam pernyataan keputusan dan
keputusan ini tidak akan tertera di dalam Sijil SPM.
Dokumen sokongan diperlukan dan disahkan oleh Pengetua.
15
1.3 Kesihatan
SITUASI 1.3.1 Calon telah melaksanakan PEKA Sains dan mendapat pengecualian
peperiksaan SPM atas sebab-sebab tertentu.
TINDAKAN
DOKUMEN 1.3.2 Calon telah melaksanakan PEKA Sains salah satu daripada
Tingkatan 4 atau 5 dan mendapat pengecualian peperiksaan SPM
atas sebab-sebab tertentu.
Calon perlu mengulang PEKA Sains
Calon telah mendapat kelulusan LP untuk pengecualian penangguhan
peperiksaan
a) Surat permohonan melalui Pengetua dan Pengarah Pendidikan JPN
b) Sijil Perubatan yang diiktiraf oleh Pengamal Perubatan Bertauliah
1.4 Calon Berkeperluan Khas (CBK)
SITUASI Calon hadir ke sekolah namun tidak berupaya melaksanakan PEKA Sains.
TINDAKAN
Sekolah memohon pengecualian kepada JPN melalui PPD dengan
DOKUMEN mengemukakan dokumen sokongan.
Kes-kes khas CBK hendaklah membuat permohonan kepada pihak
JPN
a) Surat permohonan ibu bapa/penjaga
b) Laporan perubatan dari Hospital/kad OKU
c) Surat iringan sekolah kepada Pengarah Peperiksaan
1.5 Calon Bertukar Sekolah
SITUASI 1 Calon menyambung pelaksanaan PEKA Sains SPM di sekolah baharu dalam
TINDAKAN tempoh yang ditetapkan.
DOKUMEN
Pendaftaran murid dan kemasukan markah (sekolah lama) berlaku di
sekolah baharu.
Situasi Tingkatan 5
Sebelum 15 Mei – Tindakan sekolah baharu
Selepas 15 Mei – Tindakan sekolah lama
Dokumen dan skor PEKA Sains SPM hendaklah diposkan ke sekolah
baharu melalui pos berdaftar.
16
SITUASI 2 Calon berpindah ke sekolah baharu selepas tamat tempoh pelaksanaan
TINDAKAN PEKA Sains .
DOKUMEN
Guru sekolah lama perlu memasukkan skor PEKA Sains calon sebelum
berpindah ke sekolah baharu.
Dokumen dan skor PEKA Sains SPM hendaklah diposkan ke sekolah
baharu melalui pos berdaftar.
1.6 Calon Daftar Lewat
SITUASI Calon bersekolah di Tingkatan 4 tetapi berhenti atau diberhentikan dan
TINDAKAN mendaftar semula di Tingkatan 5 setelah tamat tempoh pelaksanaan PEKA
DOKUMEN Sains SPM (calon daftar lewat).
Calon hanya boleh mendaftar mata pelajaran teras sahaja dan pihak
sekolah perlu menyelesaikan PEKA Sains SPM calon berkenaan.
a) Surat pendaftaran daftar semula ke sekolah.
b) Minit mesyuarat Jawatankuasa Khas.
c) Surat iringan sekolah kepada Pengarah Peperiksaan.
1.7 Kes Luar Jangka
i. Kes luar jangkaan ialah perkara atau peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba
seperti kecemasan atau bencana.
ii. Sekiranya berlaku kes luar jangkaan, Pengarah Peperiksaan akan mengeluarkan
kenyataan rasmi berhubung pelaksanaan PEKA Sains SPM.
iii Kes luar jangkaan adalah seperti berikut:
a) Cuti khas
b) Keadaan darurat dan perintah berkurung
c) Pandemik
d) Banjir
e) Bencana alam
f) Ancaman bom
g) Jerebu
17
BAHAGIAN PENGURUSAN FAIL
F
1.1 Fail Induk
Fail induk disediakan oleh Personel Pentadbiran/SuP
1.1.1 Jawatankuasa Induk
1.1.2 i Carta Organisasi Jawatankuasa PEKA
1.1.3 ii Senarai nama Jawatankuasa Induk (Sekolah)
iii Senarai nama Jawatankuasa Induk (Panitia)
1.1.4
Surat Siaran/Pekeliling
1.1.5 i Surat siaran/pekeliling
Prosedur Kerja
i Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PEKA Sains SPM
ii Surat-surat pelantikan dan akuan penerimaan pelantikan
iii Takwim Peka Sains SPM
iv Arahan tugasan instrumen PEKA Sains
Minit Mesyuarat
i Surat-surat panggilan mesyuarat
ii Minit mesyuarat
iii Maklum balas minit mesyuarat
iv Makluman kepada ibu bapa/penjaga
v Taklimat tugasan kepada calon
Penjaminan Kualiti
i Pementoran (direkodkan di dalam SPLKPM)
ii Pengesanan
iii Penyelarasan
iv Pemantauan dalaman
18
1.1.6 Senarai Calon
i Senarai nama calon berdaftar
ii Borang Skor Individu dan Borang Gred Induk
1.1.7 Kes-kes Khas (sekiranya ada)
i Calon hadir
ii Kes disiplin
iii Kesihatan
iv Calon Berkeperluan Khas (CBK)
v Calon bertukar sekolah
vi Calon daftar lewat
19
BAHAGIAN PENGOPERASIAN PEKA SAINS SPM
G
1.1 Carta Alir Pengoperasian PEKA Sains SPM
MULA
Penataran PEKA
Perancangan
(Arahan tugasan)
Pelaksanaan (Amali Sains)
Laporan Amali
TIDAK Penskoran
dan
TIDAK
Penggredan
YA
Enam Amali
Lengkap
(3 T4; 3 T5)
YA
Pelaporan ke LP
Laporan Prestasi Murid
TAMAT
20
BAHAGIAN KERANGKA PEKA SAINS SPM
H
1.1 Senarai Elemen Yang Dinilai
KOD ASPEK PENERANGAN ASPEK CONTOH
ASPEK
SS 0101 Memerhati Kebolehan menggunakan • Memerhati bilangan buku teks
deria penglihatan, yang boleh disokong oleh
pendengaran, sentuhan, silinder
rasa dan bau untuk
mengumpulkan maklumat • Memerhati penggumpalan
tentang objek dan fenomena lateks
• Memerhati bilangan koloni
bakteria
SS 0102 Mengelas Kebolehan mengenal pasti, • Mengelas makanan mengikut
mengasingkan dan nilai kalori
mengumpulkan objek atau
fenomena kepada kumpulan • Mengelas saiz bahan
masing-masing berdasarkan mengikut kadar tindak balas
kriteria tertentu seperti ciri
atau sifat sepunya • Mengelas aloi dan logam
tulen berdasarkan sifat
kekerasan
SS 0103 Mengukur dan Kebolehan mengumpul • Mengukur ketinggian anak
menggunakan maklumat secara kuantitatif benih menggunakan
nombor dengan menggunakan pembaris
nombor dan alat berunit
piawai. Pengukuran • Menggunakan jam randik
menjadikan pemerhatian untuk mengukur masa objek
lebih jitu jatuh bebas
• Menggunakan termometer
untuk mengukur suhu bahan
tindak balas
SS 0104 Membuat Kebolehan menggunakan • Paku keluli tidak berkarat
inferens pengumpulan data dan kerana keluli tahan kakisan
pengalaman lalu untuk
membuat kesimpulan dan • Daun berwarna kuning kerana
menerangkan sesuatu kekurangan nitrogen
peristiwa
• Masa ayunan lengkap paling
21 panjang kerana jisim plastisin
paling besar
KOD ASPEK PENERANGAN ASPEK CONTOH
ASPEK
Kebolehan membuat • Kadar denyutan nadi
SS 0105 Meramal jangkaan tentang sesuatu meningkat kepada 110
peristiwa berdasarkan denyutan per minit
pemerhatian dan
pengalaman lalu atau data • Saiz diameter kawasan jernih
yang boleh dipercayai adalah 2 cm
• Diameter lekukan yang
dihasilkan adalah 0.8 cm
SS 0106 Berkomunikasi Kebolehan menerima, • Merekodkan data/pemerhatian
memilih, menyusun dan/atau dalam jadual
mengolah data dan
mempersembahkan data/ • Melukis graf
maklumat dalam pelbagai • Menghubungkaitkan dapatan
bentuk seperti tulisan, lisan,
jadual, graf, rajah, model, ekperimen dengan teori sains
carta alir, carta bar dan rajah
skema • Contohnya, daun menjadi
kuning jika kekurangan
nitrogen
SS 0107 Menggunakan Kebolehan memerihalkan • Ketinggian anak benih
perhubungan perubahan parameter bertambah selepas lima hari
ruang dan masa seperti lokasi, arah, bentuk,
saiz, isi padu, berat dan • Tempoh ayunan lengkap
jisim sesuatu objek dengan bertambah apabila jisim objek
masa bertambah
• Semakin kecil saiz bahan,
semakin tinggi kadar tindak
balas
SS 0108 Mentafsir data Kebolehan memberi • Masa tindak balas lebih
penerangan yang rasional pendek kerana kehadiran
tentang objek, peristiwa atau mangkin
pola daripada data yang
dikumpulkan • Sabun terhasil apabila lemak
bertindak balas dengan alkali
• Pertumbuhan mikroorganisma
rendah dalam keadaan terang
SS 0109 Mendefinisi Kebolehan memberi tafsiran • Aloi adalah bahan yang
secara operasi tentang sesuatu konsep menghasilkan diameter
dengan menyatakan perkara lekukan yang lebih kecil
yang dilakukan atau
diperhatikan • Inersia adalah keadaan yang
ditunjukkan oleh masa yang
diambil untuk 10 ayunan
lengkap
22
KOD ASPEK PENERANGAN ASPEK CONTOH
ASPEK
• Pertumbuhan tumbuhan ialah
proses yang ditunjukkan oleh
pertambahan ketinggian anak
benih
SS 0110 Mengawal Kebolehan mengenal pasti • Eksperimen membandingkan
pemboleh ubah pemboleh ubah kekuatan tulang yang padat
dimanipulasikan, pemboleh dengan tulang yang berongga.
ubah bergerak balas dan Pemboleh ubah
pemboleh ubah yang a) dimanipulasikan :
dimalarkan Jenis silinder
b) bergerak balas :
Kebolehan memanipulasi Bilangan buku teks yang
satu pemboleh ubah dan disokong
memerhatikan perubahan c) dimalarkan:
pada satu pemboleh ubah Panjang silinder
yang lain dan menetapkan
pemboleh ubah yang lain
SS 0111 Membuat Kebolehan membuat • Jika jisim bertambah, maka
hipotesis pernyataan umum tentang inersia bertambah
hubungan antara pemboleh
ubah dimanipulasikan • Semakin besar jisim, semakin
dengan pemboleh ubah tinggi inersia
bergerak balas bagi satu
penyiasatan dan pernyataan • Objek yang mempunyai jisim
ini perlu diuji untuk yang besar mempunyai inersia
membuktikan kesahihannya yang besar
SS 0112 Mengeksperimen Kebolehan mengenal pasti • Rujuk contoh laporan amali di
masalah, membuat Bahagian I (Lampiran)
hipotesis, merancang untuk
menjalankan penyiasatan,
memilih teknik serta alat dan
bahan, menjalankan aktiviti
mengikut perancangan
untuk menguji hipotesis,
mengumpul dan merekod
data, mentafsir data dan
membuat rumusan tentang
penyiasatan
23
KOD ASPEK PENERANGAN ASPEK CONTOH
ASPEK
Kebolehan menggunakan
SS 0201 Menggunakan dan mengendalikan alat
dan radas dan bahan sains
mengendalikan semasa menjalankan kajian
peralatan sains dan/atau penyiasatan
dan bahan
SS 0202 Mengendalikan Kebolehan mengendalikan
spesimen spesimen semasa
menjalankan kajian dan/atau
penyiasatan
SS 0203 Melakar Kemahiran melakar
spesimen, bahan spesimen, bahan dan radas
dan peralatan sains dapat dilihat melalui:
sains
• Kebolehan melakar
spesimen, radas dan • Kemahiran manipulatif yang
bahan berdasarkan dinilai oleh pentaksir semasa
pemerhatian murid menjalankan
eksperimen/aktiviti
• Kebolehan melakar
spesimen, radas dan
bahan secara berfungsi
• Kebolehan melakar
spesimen, radas dan
bahan dengan tepat dan
jelas
SS 0204 Membersihkan Kebolehan membersih alat
peralatan sains radas, bahan sains dan
spesimen serta melupuskan
SS 0205 Menyimpan bahan dan spesimen yang
peralatan sains tidak diperlukan lagi
dan bahan
Kebolehan menyimpan alat
radas dan bahan sains
selepas digunakan
24
KOD ASPEK PENERANGAN ASPEK CONTOH
ASPEK
NS 0101 Mengamalkan Kebolehan menunjukkan Murid berkebolehan:
Sikap Saintifik sifat dalaman yang dihayati
dan Nilai Murni dan dipamerkan melalui • Merumuskan bagaimana sains
tingkah laku, penulisan, digunakan untuk menangani
pandangan seperti: masalah atau isu tertentu.
• minat dan sifat ingin • Membincang dan menganalisis
tahu tentang alam implikasi sains untuk
sekitar menyelesaikan sesuatu
masalah atau isu tertentu.
• jujur dan tepat dalam
merekod dan • Sentiasa menggunakan bahasa
mengesahkan data saintifik secara konsisten untuk
berkomunikasi dengan jelas
• luwes dan berfikiran dan tepat.
terbuka
• Mendokumentasikan sumber
• rajin dan tabah dalam maklumat dengan lengkap.
menjalankan atau
menceburi sesuatu • Menjadi ‘role model’ kepada
perkara murid lain.
• sistematik, yakin dan
beretika
• bekerjasama
• bertanggungjawab ke
atas keselamatan diri
dan rakan-rakan serta
alam sekitar
• ikram
• menghargai sumbangan
sains dan teknologi
• mensyukuri nikmat yang
dikurniakan Tuhan
• menghargai dan
mengamalkan
kehidupan yang bersih
dan sihat
• menyedari bahawa
sains merupakan salah
satu cara untuk
memahami alam
25
1.2 Konstruk Yang Ditaksir
Konstruk ialah perkara yang dinilai untuk mengukur penguasaan murid. Terdapat
enam konstruk yang ditaksir di dalam PEKA Sains iaitu:
• Merancang eksperimen
• Menjalankan eksperimen
• Mengumpul dan merekod data/pemerhatian
• Mentafsir data dan membuat kesimpulan/rumusan
• Menilai dapatan eksperimen
• Sikap saintifik dan nilai murni
Petunjuk Prestasi (P) ialah standard ukuran yang boleh dicapai oleh murid melalui
kemahiran saintifik.
Tahap Penguasaan (TP) ialah satu bentuk pernyataan pencapaian yang
menunjukkan perkembangan murid.
Petunjuk Prestasi (P) dan Tahap Penguasaan (TP) saling berhubung kait. Kriteria
minimum bagi setiap Tahap Penguasaan dihitamkan dalam jadual bagi
menunjukkan hubung kait tersebut.
Setiap laporan amali murid boleh ditaksir daripada aspek konstruk dan tahap
penguasaan. Walau bagaimanapun, penguasaan konstruk tidak semestinya
setara dengan Tahap Penguasaan.
Contoh:
Situasi 1 : Murid yang menguasai Konstruk 2 boleh mencapai TP1 dan TP2
Situasi 2 : Murid yang menguasai Konstruk 4 tetapi tidak menguasai Konstruk
2 hanya layak mencapai TP1
Perkara ini diterangkan dalam jadual 1.2.1.
26
1.2.1 Jadual Konstruk dan Petunjuk Prestasi
Konstruk yang Petunjuk Prestasi (P)
ditaksir
Konstruk 1 Kebolehan mempamerkan perancangan amali T
(K1) secara menyeluruh yang mengandungi
perkara berikut dengan betul: •
Merancang •
eksperimen Kemahiran Proses Sains (KPS) •
P1. Pernyataan masalah •
P2. Tujuan penyiasatan
P3. Hipotesis
P4. Semua pemboleh ubah yang terlibat :
a) Pemboleh ubah dimanipulasikan
b) Pemboleh ubah bergerak balas
c) Pemboleh ubah yang dimalarkan
P5. Bahan dan radas
P6. Prosedur
Kemahiran Manipulatif (KM)
P7. Kebolehan melukis dan
melabel radas dan bahan
dengan susunan yang betul
2
Hubung kait antara konstruk dan tahap penguasaan
Tahap Penguasaan 1
• Merancang strategi dan prosedur yang kurang tepat dalam penyiasatan
saintifik.
• Menggunakan bahan dan peralatan sains yang kurang sesuai untuk
menjalankan penyiasatan saintifik.
• Tiada data dikumpul dan direkodkan.
• Tiada penerangan atau penerangan sukar difahami.
27
Konstruk Petunjuk Prestasi (PP)
yang ditaksir
Kebolehan menjalankan eksperimen
berdasarkan perancangan serta penggunaan T
dan pengendalian bahan dan radas •
Kemahiran Manipulatif (KM) •
•
P1. Kebolehan menggunakan •
dan mengendalikan bahan
Konstruk 2 dan radas dengan betul
(K2) dan selamat.
Menjalankan P2. Kebolehan membersihkan
eksperimen bahan dan radas dengan
betul dan selamat.
P3. Kebolehan menyimpan
bahan dan radas dengan
betul dan selamat.
2
Hubung kait antara konstruk dan tahap penguasaan
Tahap Penguasaan 2
• Merancang strategi dan prosedur yang betul dalam penyiasatan saintifik
dengan bimbingan.
• Menggunakan bahan dan peralatan sains yang sesuai. (P1,P2,P3)
• Mengumpul dan merekod data yang tidak lengkap atau tidak relevan.
• Membuat interpretasi dan kesimpulan yang tidak bersandar kepada data
yang dikumpul.
28
Konstruk Petunjuk Prestasi (P)
yang ditaksir
Kebolehan mengumpul dan merekod data T
dapat dipamerkan melalui perkara berikut: •
Konstruk 3 Kemahiran Proses Sains (KPS) •
(K3) •
P1. Boleh melengkapkan pemboleh ubah •
Mengumpul dimanipulasikan dan pemboleh ubah
bergerak balas dalam jadual dengan •
dan merekod betul.
•
data/ P2. Boleh mencatatkan data/ T
pemerhatian pemerhatian yang diperoleh daripada •
eksperimen dengan betul.
•
•
2
Hubung kait antara konstruk dan tahap penguasaan
Tahap Penguasaan 3
• Merancang dan melaksanakan strategi dan prosedur yang betul dalam
penyiasatan saintifik dengan bimbingan.
• Menggunakan bahan dan peralatan sains yang sesuai dan betul.
• Mengumpul dan merekodkan data yang relevan. (P1)
• Mengorganisasikan data dalam bentuk numerikal atau visual dengan
sedikit ralat.
• Membuat interpretasi dan kesimpulan yang bersandar kepada data yang
dikumpul.
• Menulis laporan penyiasatan saintifik yang kurang lengkap.
Tahap Penguasaan 4
• Merancang dan melaksanakan strategi dan prosedur yang betul dalam
penyiasatan saintifik.
• Mengendali dan menggunakan bahan dan peralatan sains yang sesuai
dan betul untuk mendapatkan keputusan yang jitu.
• Mengumpul data yang relevan dan merekodkan dalam format yang
sesuai. (P1)
29
Konstruk Petunjuk Prestasi (P)
yang ditaksir
•
•
•
3
Hubung kait antara konstruk dan tahap penguasaan
• Mengorganisasikan data dalam bentuk numerikal atau visual dengan
tiada ralat. (P2)
• Membuat interpretasi data dan kesimpulan yang tepat dengan tujuan
penyiasatan.
• Menulis laporan penyiasatan saintifik yang lengkap.
30
Konstruk Petunjuk Prestasi (P)
yang ditaksir
T
Konstruk 4
(K4) Kebolehan mentafsir dan membuat •
kesimpulan/rumusan dipamerkan melalui •
Mentafsir data perkara berikut:
dan membuat Kemahiran Proses Sains (KPS) •
kesimpulan/ P1. Boleh melukis graf dengan
•
rumusan perkara yang berikut:
a. Paksi berlabel dan berunit
b. Skala seragam
c. Plot graf
d. Bentuk graf sesuai dengan eksperimen
P2. Boleh menulis perbincangan yang
mengandungi perkara berikut :
a. Membuat inferens
b. Menghubung kait pemboleh ubah
dimanipulasikan dengan pemboleh
ubah bergerak balas.
c. Mendefinisi secara operasi
P3. Boleh membuat kesimpulan/rumusan.
3
Hubung kait antara konstruk dan tahap penguasaan
Tahap Penguasaan 5
• Menjalankan penyiasatan saintifik dan menulis laporan yang lengkap.
• Mengumpul, mengorganisasikan dan mempersembahkan data dalam
bentuk numerikal atau visual dengan baik. (P1)
• Menginterpretasi data dan kesimpulan yang tepat dengan
penaakulan saintifik. (P3)
• Mengenal pasti trend, pola dan hubungan data. (P2)
31
Konstruk yang Petunjuk Prestasi (P)
ditaksir
Konstruk 5 Kemahiran Proses Sains (KPS) T
(K5) P1. Menghubungkaitkan dapatan penyiasatan •
Menilai Dapatan dengan mengaitkan teori, prinsip dan •
Eksperimen hukum sains dalam membuat laporan •
P2. Mencadangkan penambahbaikan kepada
kaedah penyiasatan
P3. Membincangkan kesahan data
P4. Mewajarkan kesahan data
3
Hubung kait antara konstruk dan tahap penguasaan
Tahap Penguasaan 6
• Menjustifikasikan dapatan penyiasatan dengan mengaitkan teori,
prinsip dan hukum sains dalam membuat
pelaporan. (P1)
• Menilai dan mencadangkan penambahbaikan kepada kaedah
penyiasatan dan kaedah inkuiri lanjutan apabila perlu. (P2)
• Membincangkan kesahan data dan mencadangkan penambahbaikan
kaedah pengumpulan data. (P3 & P4)
32
Konstruk 6 : Sikap Saintifik Dan Nilai Murni
Kebolehan menunjukkan sifat dalaman yang dihayati dan dipamerkan melalui tingkah
laku, penulisan dan pandangan seperti:
Konstruk Sikap Saintifik Hubung kait antara
konstruk dan tahap
penguasaan
Konstruk 6 1. Minat dan sifat ingin tahu tentang alam sekitar TP1
(K6) 2. Jujur dan tepat dalam merekod dan TP2
TP3
Sikap saintifik mengesahkan data TP4
dan nilai 3. Luwes dan berfikiran terbuka TP5
murni 4. Rajin dan tabah dalam menjalankan atau TP6
menceburi sesuatu perkara
5. Sistematik, yakin dan beretika
6. Bekerjasama
7. Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan
rakan-rakan serta alam sekitar
8. Ikram
9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi
10. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan
11. Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang
bersih dan sihat
12. Menyedari bahawa sains merupakan satu cara
untuk memahami alam
Nota : Kriteria Tahap Penguasaaan diterangkan dalam jadual Tahap penguasaan untuk
sikap saintifik dan nilai murni
33
Tahap penguasaan untuk sikap saintifik dan nilai murni
Tahap Penguasaan 1
Murid belum berkebolehan:
• Menyatakan cara bagaimana sains digunakan untuk menyelesaikan masalah
• Menyatakan implikasi menggunakan sains untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau
isu tertentu
• Menggunakan bahasa saintifik untuk berkomunikasi
• Mendokumentasikan sumber maklumat yang digunakan
Tahap Penguasaan 2
Murid kurang berkebolehan:
• Menyatakan cara bagaimana sains digunakan untuk menyelesaikan masalah
• Menyatakan implikasi menggunakan sains untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau
isu tertentu
• Menggunakan bahasa saintifik untuk berkomunikasi
• Mendokumentasikan sumber maklumat yang digunakan
Tahap Penguasaan 3
Murid berkebolehan:
• Menyatakan cara bagaimana sains digunakan untuk menyelesaikan masalah
• Menyatakan implikasi menggunakan sains untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau
isu tertentu
• Menggunakan bahasa saintifik yang terhad untuk berkomunikasi
• Mendokumentasikan sedikit sumber maklumat yang digunakan
Tahap Penguasaan 4
Murid berkebolehan:
• Menentukan bagaimana sains digunakan untuk menangani masalah atau isu tertentu
• Menentukan implikasi menggunakan sains untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau
isu tertentu
• Selalu menggunakan bahasa saintifik yang mencukupi untuk berkomunikasi
• Mendokumentasikan sebahagian daripada sumber maklumat yang digunakan
34
Tahap penguasaan untuk sikap saintifik dan nilai murni
Tahap Penguasaan 5
Murid berkebolehan:
• Merumuskan bagaimana sains digunakan untuk menangani masalah atau isu tertentu
• Merumus implikasi sesuatu masalah atau isu tertentu
• Sentiasa menggunakan bahasa saintifik untuk berkomunikasi dengan baik
• Mendokumentasikan hampir kesemua sumber maklumat yang digunakan
Tahap Penguasaan 6
Murid berkebolehan:
• Merumuskan bagaimana sains digunakan untuk menangani masalah atau isu tertentu
• Membincang dan menganalisis implikasi sains untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau
isu tertentu
• Sentiasa menggunakan bahasa saintifik secara konsisten untuk berkomunikasi dengan
jelas dan tepat
• Mendokumentasikan sumber maklumat dengan lengkap
• Menjadi ‘role model’ kepada murid lain
35
1.3 Instrumen
1.3.1 Takrifan
Instrumen
Kaedah/mekanisme yang digunakan untuk mendapatkan evidens tentang
tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran yang ditaksir.
Evidens
Bukti yang dihasilkan/ditunjukkan oleh murid dalam bentuk proses, atau
laporan amali yang boleh ditaksir.
Laporan Amali
Laporan bertulis tangan sepenuhnya yang berformat mengenai sesuatu
tugasan penyiasatan berpandukan buku teks atau sumber-sumber lain.
1.3.2 Jenis Instrumen Yang Digunakan
i. Lembaran tugasan (wajib disediakan oleh pentaksir)
ii. Borang Skor Individu (BSI) untuk penilaian Konstruk 2
iii. Laporan amali
1.3.3 Format tugasan (disediakan oleh pentaksir)
1. Situasi kehidupan seharian
2. Arahan merancang dan menjalankan eksperimen
3. Soalan yang boleh menilai Konstruk 4 dan Konstruk 5
36
1.3.4 Format laporan amali
Nama : ___________________________ Tarikh : ________________
Tingkatan. : ____________
Nombor Eksperimen/ Tajuk:
Pernyataan masalah:
Tujuan:
Hipotesis:
Pemboleh ubah:
a) Dimanipulasikan :
b) Bergerak balas :
c) Dimalarkan :
Bahan dan radas:
Rajah susunan bahan dan radas:
Prosedur:
Pemerhatian/Keputusan:
Mentafsir data :
Perbincangan:
Kesimpulan:
37
1.4 Kaedah Mentaksir
1. Pentaksiran PEKA Sains SPM dijalankan sebelum, semasa dan selepas PdPc
melibatkan pentaksiran:
i. Konstruk merancang eksperimen
ii. Konstruk menjalankan eksperimen
iii. Konstruk mengumpul dan merekod data/pemerhatian
iv. Konstruk mentafsir data dan membuat kesimpulan/rumusan
v. Konstruk menilai dapatan eksperimen
vi. Sikap saintifik dan nilai murni
2. Pentaksir boleh mentaksir satu kemahiran sahaja terhadap beberapa orang murid
atau beberapa kemahiran terhadap beberapa orang murid atau keseluruhan murid
di dalam satu kelas sekiranya pentaksiran boleh dikendalikan dengan baik.
3. Pentaksiran sikap saintifik dan nilai murni boleh dilakukan serentak dengan mana-
mana pentaksiran kemahiran yang lain.
4. Hasil tugasan murid disemak, diskor, direkod dalam Templat PEKA yang
disediakan dan dimaklumkan kepada murid untuk memberi peluang untuk
mengukur dan mengesan tahap penguasaan kemahiran saintifik murid dengan
merujuk kepada konstruk dan tahap penguasaan yang ditetapkan bagi tujuan
penambahbaikan.
5. Semua murid mesti mengemukakan laporan amali yang lengkap semasa diminta
oleh pentaksir.
6. Murid yang belum menguasai perkara yang ditaksir perlu diberi peluang pada
tugasan yang lain untuk memberi peluang menguasai kemahiran saintifik iaitu
kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif serta nilai murni mengikut
potensi individu.
7. Arahan tugasan mesti diberikan kepada murid TUJUH hari sebelum pentaksiran.
8. Penskoran dijalankan sekurang-kurangnya TIGA kali di Tingkatan 4 dan TIGA
kali di Tingkatan 5.
9. Semua murid harus diberi peluang yang mencukupi untuk mencapai skor
tertinggi.
10. Murid akan mendapat skor minimum sekiranya dibimbing sepenuhnya oleh
pentaksir dalam mana-mana konstruk yang ditaksir.
38
1.5 Kaedah menskor respon murid
Penskoran yang dilaksanakan oleh pentaksir mestilah berpandukan Petunjuk
Prestasi yang terkandung di dalam Jadual Peraturan Penskoran.
39
1.5.1 Jadual Peraturan Penskoran
Konstruk Evidens Petunjuk Prestasi Hub
yang ditaksir
Kebolehan mempamerkan perancangan Taha
amali secara menyeluruh yang •M
mengandungi perkara berikut dengan y
betul: p
Konstruk 1 Laporan Kemahiran Proses Sains (KPS) •M
(K1) Amali P1. Pernyataan masalah p
P2. Tujuan penyiasatan s
Merancang P3. Hipotesis p
eksperimen P4. Semua pemboleh ubah
•T
yang terlibat: d
a) Pemboleh ubah dimanipulasikan
b) Pemboleh ubah bergerak balas •T
p
c) Pemboleh ubah yang dimalarkan
P5. Bahan dan radas
P6. Prosedur
Kemahiran Manipulatif (KM)
P7. Kebolehan melukis dan
melabel radas dan bahan
dengan susunan yang betul
4