Tingkatan 3 : Pendidikan Seni Visual
Bidang : Sejarah dan Apresiasi Seni Visual
Bab 1 : Pakaian Tradisional dan Perhiasan Diri
Latihan Sumatif
1. Apakah jenis pakaian yang digayakan dengan perhiasan diri berdasarkan
gambar foto 1
a) Baju Kebaya
b) Baju Riau Pahang gambar foto 1
c) Baju Kurung Kedah
d) Baju Kurung Teluk Belanga
2.
gambar foto 2
Apakah jenis perhiasan berdasarkan gambar foto 2?
a) Dokoh
b) Sugu Tinggi
c) Pemanis Dahi
d) Cucuk Sanggul
3. Antara berikut yang manakah merupakan perhiasan kepala bagi lelaki etnik Kadazan?
a) Sia
b) Sigal
c) Siung
d) Ketapu
4. Padanan yang manakah tepat bagi pakaian tradisional lelaki dan wanita mengikut kaum dan etnik?
I Doti-Sari III Ketapu-Siung
II Gagung-Sia IV Samfu-Ceongsam
a) I dan II c) II dan III
b) I dan IV d) III dan IV
5. Antara berikut yang manakah bukan merupakan jenis perhiasan di telinga?
I Dokoh III Subang
II Pending IV Anting-anting
c) I dan II c) II dan III
d) I dan IV d) III dan IV
6. Apakah tujuan kita mengetahui tentang pakaian tradisional dan perhiasan diri pelbagai kaum dan
etnik di Malaysia ?
A Menghargai warisan kebangsaan
B Melihat jurang perbezaan budaya
C Kepelbagaian komposisi mengikut kaum
D Bidang pekerjaan mempengaruhi budaya
7. Gambar di bawah menunjukkan pakaian tradisional Baju Melayu .
Apakah jenis baju melayu tersebut ?
A Baju Sikap
B Dagang Dalam
C Baju Melayu Teluk Belanga
D Baju Melayu Cekak Musang
8. Maklumat di bawah tentang Pakaian Tradisional wanita melayu .
• Baju berbelah pada bahagian hadapan
• Beserta kemasan kerongsang ibu dan anak tiga sejajar
Apakah jenis baju tersebut ?
A Baju Kebaya
B Baju Kurung Kedah
C Baju kurung Teluk Belanga
D Baju Kurung Cekak Musang
9. Jika seorang lelaki kaum India memakai Doti, apakah pelengkap bagi pakaian tersebut?
I Jipa III Turban
II Kurta IV Thundu
a) I dan II c) II dan III
b) I dan IV d) III dan IV
10. Pilih padanan yang sesuai berdasarkan etnik dengan perhiasan yang di pakai .
Etnik Jenis perhiasan
A Lelaki Iban Ketapu
B Perempuan Iban Siung
C Lelaki Kadazan Sigal
D Perempuan Sugu tinggi
Kadazan