Seni
Persembahan
Tarian traditional melayu :
Kesihatan: Tarian Zapin
Tips tidur yang Norma baharu:
lena Cabaran belajar
dalam talian
Berita Kreatif:
semasa Pantun 4 kerat
Isi Kandungan
3 Asal-usul 8 Artikel sampingan:
tarian zapin Cabaran belajar
dalam talian
4 Pakaian untuk 9 Artikel sampingan:
tarian zapin Tips tidur lena
5 Jtaenriisa-njezniaspin 10 PRaunatnugnan kreatif:
6 Atalraitanmzuzapikindalam 11 Berita : Tarian zapin
mdiaJsoihhomr enjadi warisan
7 Contoh lagu zapin
Tinta editor
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.....
Bertemu lagi kita buat pertama kali.....
Pada masa kini, mungkin ada diantara kita yang tidak kenal
tarian yang terdapat di Malaysia. Kita telah didedahkan
dengan tarian moden seperti k-pop. Tarian tersebut telah
mendapat sambutan yang hangat dari semua golongan
terutamanya golongan muda.
E-majalah kali ini memaparkan satu topik yang mungkin
dilupakan oleh segelintir masyarakat. Benar, dalam era yang
moden kita telah melupakan warisan yang telah ditinggalakn
oleh nenek moyang kita. Tambahan pula, tidak semua
golongan meminati warisan seni persembahan ini.
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengenali sedikit sebanyak
mengenai seni persembahan tarian zapin.
Pengenalan
Berikutan oleh peredaran zaman kini, penggunaan gajet seperti
telefon pintar kian meluas di serata dunia termasuklah di tanah
melayu, Malaysia. Di samping perkembangan telefon pintar,
perisian dan aplikasi seperti "TikTok", "Instagram" dan "Bigo"
kian mendapat perhatian yang tinggi oleh masyarakat masa kini
termasuklah golongan yang berusia. Menurut laporan oleh
Sensor Tower aplikasi "TikTok" merupakan antara 20 aplikasi
yang popular dimuat turun dari Play Store dan Apple Store.
Aplikasi tiktok terkenal dengan pelbagai tarian yang moden.
Tarian zapin merupakan tarian tradisional dalam masyarakat
melayu. Tarian ini sukar dilihat pada zaman moden ini.
Kebanyakan orang muda lebih menyukai tarian yang baru
seperti "k-pop" dan tarian yang dipaparkan dalam aplikasi
"TikTok".
Oleh itu, kita perlulah mengetahui sedikit sebanyak mengenai
tarian zapin supaya ia tidak ditelan zaman.
Asal Usul Tarian Zapin
Tarian Zapin adalah berasal dari bahasa Arab iaitu
"Zafn" yang bermaksud pergerakan kaki cepat
mengikut rentak pukulan. Ia dibawa oleh mubaligh-
mubaligh dan pedagang-pedagang dari Timur Tengah
yang datang dari Tanah Arab dan Parsi, pada sekitar
abad ke-16. Di dalam dialek Yaman ia dikenali sebagai
Zaffana. Pada permulaan hanya golongan lelaki yang
menyertai tarian ini. Tapi kini ia telah dimodifikasi
dengan penyertaan daripada golongan wanita. Tarian
Zapin juga terkenal di Indonesia iaitu di sekitar
kawasan Sambas dan Riau. Dialek orang Brunei zapin
lebih dikenali dengan sebutan "Jipin". Terbahagi
kepada 2 tarian Zapin di Brunei iaitu Zapin Laila
Sembah (Jipin Laila Sembah) dan Zapin Tar (Jipin Tar).
Tarian Zapin ini juga kadang-kadang ditarikan secara
berlagu atau berzikir atau di Brunei iaitu berdikir atau
berselawat ke atas Nabi. Di Malaysia, dimana zapin
terkenal di negeri Johor, ianya dikenali dalam dua
bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Kedua-
duanya genre zapin itu berasal dari satu keseniaan
masyarakat Arab yang dibawa dari Hadramaut. Di
Johor Tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni
yang berunsur Islam yang berfungsi sebagai hiburan
sama ada pada acara-acara sekular mahupun acara
sambutan hari-hari kebesaran. Pada zaman dahulu
kesenian zapin melayu bukan hanya di persembahkan
halaman atau di anjung rumah ianya juga di
persekitaran masjid juga surau untuk menyambut
kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dan lain-lain.
3
Pakaian untuk Tarian
Zapin
LELAKI PEREMPUAN
- Baju Melayu Johor - Baju Kurung Melayu Johor
- Songkok tinggi - Samping
- Samping di bawah paras lutut - Bersanggul atau bertudung
- Jambul(di songkok) - Rantai emas
- Kerongsang(di songkok)
4
Jenis-jenis
Tarian Zapin
Pontian Zapin Seri Bunian Mersing Zapin Tenglu
• Pengasas Tuan Hj Jaafar Bin • Dikenali (permainan lapu)
Ikhwan • Selepas solat isyak dan
• Nama samaran (wak gendu ) majlis perkahwinan
• Kampung seri bunian • Pergerakan pantas
• Dipelajari di jawa Indonesia • Asas tarian sama seperti
• 7 langkah tarian zapin melayu johor
Johor Baharu Zapin
Pekajang
• Dikenalkan pada 1998
• sambutan perkahwinan Batu Pahat Tanjung
• Pengasas Abdul Rashid Bin Labuh
Riona
• 13 Ragam tarian • Wanita sahaja
• 4 langkah sahaja
• lelaki sahaja • Langkah halus dan
tatatertib
• wajib menari dengan
memegang setangkai bunga
telur dan balut sehelai sapu Daerah Muar Zapin Lenga
tangan • Zapin yang tertua di johor
• Diwarisi oleh kerajaan melayu
Melaka
• lenga ialah daerah berburunya
raja Melaka
• 6 langkah tarian
5
Alat Muzik dalam
Tarian Zapin
Gendang ibu dan anak Rebana
Marakas Gambus
6
Contoh Lagu Zapin
Lancang kuning
Lancang kuning
belayar malam
Belayar malam...
Lancang kuning
Lancang kuning belayar malam
Hai belayar malam...
Haluan menuju
Haluan menuju ke laut dalam...
Haluan menuju
Haluan menuju ke laut dalam...
Lancang kuning belayar malam... Kalau nakhoda
Kalau nakhoda kuranglah faham
Kuranglah faham...
Kalau nakhoda
Kalau nakhoda kuranglah faham
Hai kuranglah faham...
Alamatlah kapal
Alamatlah kapal akan tenggelam...
Alamatlah kapal
Alamatlah kapal akan tenggelam...
Lancang kuning belayar malam...
Lancang kuning
Lancang…
7
Tips: Tidur yang lena
Tips tidur yang lena?
Mutakhir ini, ramai yang sukar untuk tidur disebabkan oleh mata yang sentiasa melihat
gajet. Perkara sebegitu sering berlaku dalam kalangan remaja. Mereka akan berjaga
pada waktu malam dan tidur pada siang hari. Selain itu, pemakanan dan gaya hidup
boleh mempengaruhi kualiti tidur individu itu sendiri.
Terdapat tiga tips yang boleh dicuba untuk mendapatkan tidur yang lena. Antaranya:
1 Kita perlulah mengelakkan diri daripada tidur di siang hari
dalam tempoh yang lama.
2 Kerapkan bersenam 30 minit setiap hari. Waktu yang sesuai
untuk bersenam adalah antara 5 petang hinggan 7 petang.
3 Elakkan minum air yang berkafein tinggi seperti "nescafe"
kerana ia boleh menyebabkan kadar denyutan badan
meningkat seterusnya membuatkan kita susah untuk tidur.
Dalam mencuba tiga tips di atas, anda mungkin boleh mendapatkan tidur yang lena
dan badan yang cergas untuk melakukan kerja. Selamat mencuba !
Ditulis oleh:
Ain Nabilah Huda.256452
8
Cabaran pembelajaran
secara dalam talian
Berikutan oleh perkembangan teknologi yang pesat, terdapat pelbagai jenis
gajet dan alat yang dicipta untuk kegunaan masa kini. Dalam ruang pendidikan,
teknik dan cara pembelajaran juga telah berubah oleh kerana persekitaran yang
baru. Belajar secara dalam talian adalah kaedah yang baru digunakan. Oleh
kerana ia kaedah yang baru, maka terdapat beberapa cabaran yang perlu
dihadapi bagi segelintir pelajar.
Capaian kemudahan internet
Sambungan kepada internet adalah perkara utama dan penting sebelm
memulakan pembelajaran dalam talian. Perisian yang digunakan perlu
disambungkan kepada internet dengan kadar kelajuan tertentu bagi
membolehkan komunikasi secara atas talian berlaku.
Tiada kemudahan komputer riba atau
telefon pintar
Bagi yang kurang berkemampuan, perkara ini akan menyukarkan mereka untuk
belajar secara dalam talian. Seperti kita sedia maklum, harga bagu sebuah komputer
riba adalah RM1,000 ke atas manakala harga bagi telefon pintar yang bagus adalam
RM500 ke atas.
Suasana pembelajaran yang tidak
kondusif
Cabaran ini juga tertumpu kepada pelajar atau mereka yang kurang berkemampuan.
Bagi mereka yang kurang berkemampuan, mereka hidup dalam suasana rumah
yang bising, ruang yang sempit, tiada kemudahan untuk belajar dan sebagainya. Bagi
ibu bapa yang tidak memahami pembelajaran dalam talian, mereka akan berfikir
ianya senang dan mudah untuk fokus.
Cabaran-cabaran sebeginilah yang sedang dihadapi oleh segelintir pelajar. Setiap
individu seperti pensyarah, guru dan ibu bapa perlulah memahami keadaan
pelajar supaya mereka tidak tertekan dengan persekitaran pembelajaran yang
baru ini.
Disediakan oleh,
Nur Athirah,256510
9
Pantun
Ulam di makan bersama nasi,
Sungguh enak di jamu bersamateman,
Tarian Zapin tarian tradisi,
Menjadi kebanggaan sepanjang zaman.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokan,
Kalau cik adik mahu belajar,
Tarian tradisional boleh jadi pilihan
Masyarakat majmuk keunikan negara,
Di warnai dengan berbilang kaum,
Seni dan budaya perlu dipelihara,
Menjadi pemangkin keharmnian kaum
Asam kandis asam gelugur,
Simpan sebiji buat si tampan,
Tarian Zapin berasal Johor,
Tarian Mak yong berasal Kelantan.
110
Berita semasa
TARIAN ZAPIN MASIH MENJADI Sehingga kini, tarian zapin ini masih lagi
WARISAN DI JOHOR terpelihara dan diberikan perhatian yang serius
Oleh: Zuraidah Mohamed oleh negeri Johor. Malahan pada masa dahulu
dan kini, tarian ini pernah dipersembahkan di
Pada hari ini, tarian zapin pelbagai majlis keramaian seperti aktiviti
boleh dikatakan masih sinonim dan popular di masyarakat kampung, khatam Al-Quran, majlis
negeri Johor. Tarian zapin merupakan sejenis perkahwinan dan cukur rambut.
tarian rakyat tradisional dilakukan oleh
masyarakat Melayu dalam kepulauan Memelihara keaslian
Nusantara terutamanya di Semenanjung Tanah Menariknya, negeri Johor mewujudkan sebuah
Melayu khususnya negeri jabatan kesenian yang berfungsi untuk
Johor. mengekalkan dan memelihara tradisi tarian zapin
ini di masa hadapan. Tujuan jabatan ini
Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan ditubuhkan untuk memelihara gerak tari tarian
dikatakan berasal dari Yaman melalui para zapin yang boleh dikatakan pada masa kini
pedagang asal di sana. Ia mengalami sudah ada keaslian lagi. Hari ini, boleh dilihat
pengubahsuaian dari segi bentuk dan negeri Johor memandang serius dalam
ragamnya yang ternyata lebih tradisional memulihara seni warisan Melayu itu dan ia dapat
sifatnya lalu berpincang melalui sifat ia dilihat daripada penciptaan tarian zapin oleh
dipersembahkan iaitu zapin Arab dan zapin pengasasnya dan pewaris serta penggiat yang
Melayu. meneruskannya.
Terus terpelihara sehingga kini Melihat kepada keadaan ini, PE-ZAPIN
Pada awal kemunculannya, tarian zapin ini ditubuhkan di Batu Pahat dengan persetujuan 10
hanya ditarikan oleh kaum lelaki sahaja. Ia guru zapin. Penubuhan persatuan ini bagi
mula berkembang luas sehingga diterima oleh membela dan memastikan keaslian tarian zapin
masyarakat. Namun kini tarian ini turut ditarikan tidak hilang kerana ia adalah warisan bangsa
oleh kaum wanita secara berpasangan dalam Melayu yang tidak ternilai," kata Yang Dipertua
kelompok berasingan di pelbagai majlis keraian Persatuan Penggiat Zapin Johor, Abd. Razak
dan festival di negeri tersebut. Rahmat
Tarian zapin diasaskan oleh masyarakat Sumber : Berita Harian Online
Melayu tempatan, malah hampir semua
kawasan dan daerah boleh dikatakan
mempunyai keunikan gerak tari versi tarian
zapin yang tersendiri.
Terdapat kira-kira 20 jenis tarian zapin di negeri
Johor yang berlainan versi gerak tarinya yang
dipersembahkan kepada penonton. Antara
tarian Zapin popular di Johor ialah zapin
Melayu Johor, zapin Lenga dan Putar Alam dari
Muar selain zapin Pulau dan Tenglu (Mersing),
zapin Lapis Batu Putih (Batu Pahat) dan zapin
Parit Mastar (Pontian) serta zapin Selat
Panjang (Kluang) yang masing-masing
mempunyai keunikan tersendiri daripada segi
gerak tari, muzik, seni kata dan pakaian.
11
Penerbit
Ain Nabilah Huda binti Mat Taib
256452
Nur Athirah binti Roslan
256510
Siti Hajar binti Alias
254131
Wan Nurin Isyrafani binti Wan Aziz
253082
Natasha Adlina binti Mohd Shafiee
253087