The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pertubuhan Kebajikan Persaudaraan Elit Jaz Malaysia (ECJ Cares)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mjazmiejamaludin, 2022-09-10 20:49:40

Profil ECJ Cares

Pertubuhan Kebajikan Persaudaraan Elit Jaz Malaysia (ECJ Cares)

Keywords: ECJCares

EMPOWER CHARITY FOR JANNAH 1

ISI KANDUNGAN EMPOWER

02 Dari Meja Pengerusi
03 Pengenalan
04 Objektif & Misi
05 Sijil Pendaftaran ROS
06 Carta Organisasi
07 Program dan Aktiviti Pertubuhan
14 Agihan Sumbangan Setakat Jan - Sept 2021
15 Rakan Kerjasama

CHARITY

FOR JANNAH

2 PROFIL PERTUBUHAN KEBAJIKAN PERSAUDARAAN ELIT JAZ MALAYSIA (ECJ CARES)

PDAREI MNEJAGERUSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah
dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan
kebahagian hari akhirat dan janganlah engkau
melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari
dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah)
sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan
pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah).”
Al-Qasas, Ayat 77

Memetik dari ayat di atas, Islam sentiasa menganjurkan
umatnya untuk berbuat kebaikan dan kebajikan sebagai
salah satu tanda syukur kita atas nikmatNya. Berdasarkan
prinsip ini juga, idea ECJ Cares ini tercetus dan
berkembang hingga ke hari ini. Syukur ke hadrat Ilahi atas
segala nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan.

Melihat kepada data statistik tentang taraf hidup dan
kisah-kisah sebahagian rakyat Malaysia yang daif dari
tahun ke tahun menjadi antara sumber kekuatan saya
dan pasukan untuk terus berusaha lebih kuat dalam membantu golongan ini berani untuk
bermimpi. Saya percaya pendidikan adalah asas utama bagi seseorang itu untuk keluar
dari kepompong kemiskinan. Oleh kerana itu juga, antara misi utama bantuan ECJ Cares
terarah kepada memberikan akses dan peluang pendidikan kepada mereka yang kurang
berkemampuan.

Mewakili ECJ Cares, saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang
atas kepercayaan yang diberikan kepada pihak kami yang bertindak sebagai medium
pengantara dalam membantu mereka yang memerlukan. Kami di ECJ Cares akan sentiasa
berusaha ke arah yang lebih baik dan sedaya upaya kami membantu lebih ramai pihak yang
memerlukan dari semasa ke semasa. Semoga segala niat baik dan usaha kita bersama ini
akan menjadi bekalan akhirat kita kelak.

JAZLI IZZUDDIN B. JAMALUDIN
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan Persaudaraan
Elit Jaz Malaysia (ECJ Cares)

EMPOWER CHARITY FOR JANNAH 3

PENGENALAN

Pertubuhan Kebajikan Persaudaraan Elit Jaz Malaysia (ECJ Cares) telah ditubuhkan
pada 11 Julai 2020 dan telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1996, pertubuhan badan bukan kerajaan atau
Non-Governmental Organisation (NGO) dengan nombor pendaftaran PPM-014-10-11072020.
Diterajui oleh saudara Jazli Izzuddin bin Jamaluddin, seorang graduan dari Universiti
Teknologi Petronas bersama rakan-rakan beliau yang terlibat dalam dunia pelaburan pasaran
saham secara langsung.

ECJ Cares merupakan pertubuhan kebajikan yang bertujuan memberi bantuan kemanusiaan,
bencana, pendidikan dan juga sara hidup terutamanya kepada anak yatim, ibu tunggal dan
juga asnaf yang telah dikenal pasti dan berkelayakan. Bantuan dalam bidang pendidikan
menjadi keutamaan kepada ECJ Cares memandangkan pendidikan merupakan prasyarat
peningkatan status sosio-ekonomi individu dan juga isi rumah lantas menambah baik mutu
kehidupan seseorang.

Hidup di dunia ini hanya sekali, justeru biarlah bererti. Semoga dengan usaha murni ini,
ECJ Cares berupaya menambah erti kehidupan dan titik permulaan yang lebih baik insan
memerlukan di luar sana.

Pertubuhan Kebajikan Persaudaraan
Elit Jaz Malaysia (ECJ Cares)

No.26, Jalan Keluli AJ7/AJ, Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

4 PROFIL PERTUBUHAN KEBAJIKAN PERSAUDARAAN ELIT JAZ MALAYSIA (ECJ CARES)

OBJEKTIF & MISI

Pendidikan

Sebahagian besar dana ECJ Cares disalurkan kepada bidang
pendidikan kerana kami percaya hanya melalui pendidikan
yang baik, nasib masyarakat dapat diubah. Sumbangan
pendidikan ini turut disalurkan ke pusat pendidikan
termasuk madrasah yang layak di seluruh negara.

Bencana

Mereka yang terkesan dengan bencana juga
antara golongan yang termasuk dalam fokus
kami. Antara jenis bencana dan musibah yang
pernah kami bantu adalah seperti kebakaran,
banjir dan juga bencana alam.

Kemanusiaan Sara Hidup

Bantuan Kemanusiaan ECJ Cares ECJ Cares turut aktif dalam mengenal
pasti golongan yang layak menerima
meliputi bantuan keperluan makanan bantuan sara hidup. Bantuan disalurkan
asas yang disalurkan melalui program terutamanya kepada penerima yang
seperti Foodbank ECJ Cares, Projek hilang upaya kekal akibat kemalangan
Beras Merdeka, Susu Untukmu atau sakit kronik. Selain itu, ECJ Cares
Sayang dan juga pelbagai program turut memberi bantuan kepada keluarga
lain termasuk yang dijalankan oleh miskin dan juga pelajar pusat pengajian
rakan kerjasama kami di seluruh tinggi yang terdiri daripada keluarga
Malaysia. Bantuan ini disumbangkan asnaf.
kepada para asnaf, ibu tunggal, anak
yatim dan mereka yang terjejas
pendapatan.

EMPOWER CHARITY FOR JANNAH 5

SIJIL ROS

PPM-014-10-11072020

MALAYSIAJPPM

AKTA PERTUBUHAN 1966

PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN 1984

BORANG 3
(Peraturan 5)

SIJIL PENDAFTARAN

Adalah diperakui bahawa

PERTUBUHAN KEBAJIKAN PERSAUDARAAN ELIT JAZ MALAYSIA (ECJ CARES)
NO. 26, JALAN KELULI AJ7/AJ, SEKSYEN 7
40000 SHAH ALAM
SELANGOR

hari ini didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7
Akta Pertubuhan 1966 dan bahawa nombor pendaftarannya ialah

PPM-014-10-11072020

Diperbuat dengan ditandatangani oleh saya pada
11 haribulan Julai 2020

(MASYATI BINTI ABANG IBRAHIM)
Pendaftar Pertubuhan,
Malaysia

6 PROFIL PERTUBUHAN KEBAJIKAN PERSAUDARAAN ELIT JAZ MALAYSIA (ECJ CARES)

CARTA ORGANISASI

PENGERUSI

JAZLI IZZUDDIN
JAMALUDIN

TIMBALAN PENGERUSI

SHAZARIN
ABDUL RAHIM

SETIAUSAHA BENDAHARI BIRO PENGURUSAN & PENTADBIRAN

MOHAMAD YUSNIZAM M. HUSAINI YUSOFF GHAZALI HASRI AKHMAL
M. YUSOF MOHD AMIN SAMSURI

BIRO PROGRAM & KEBAJIKAN BIRO STRATEGIK & PENAJAAN

MOHD FAISAL MUHAMAD ROSNI MUHAMMAD SYAFIQ KHAIRUL AMIN
MAT SHARIF KHAMIS @ DOLAH FITREE ROZALI UMUR @ ADLI

BIRO MEDIA BIRO PROMOSI & PEMASARAN

M. SUHAIZAD MUHAMMAD BARIKH AZWIN JAZMIE
JURITAH YUSOF MD TUMIN JAMALUDIN

EMPOWER CHARITY FOR JANNAH 7

PROGRAM & AKTIVITI

SENTUHAN KASIH RAMADHAN

Tarikh : 14 April – 13 Mei 2021 (Sepanjang Ramadhan 1443H)
Jumlah Sumbangan : RM450,000.00

Program Sentuhan Kasih Ramadhan ECJ Cares adalah pertama kali ini dianjurkan sejak
penubuhan ECJ Cares. Program ini melibatkan jumlah sumbangan sebanyak RM450,000.00
yang telah diagihkan kepada lebih 3,500 penerima di seluruh Malaysia.

Antara program yang dijalankan adalah seperti majlis tajaan berbuka puasa, tajaan sahur dan
bantuan Aidilfitri. Penerima sumbangan terdiri daripada rumah anak yatim, madrasah dan
asnaf yang telah dikenalpasti oleh ahli ECJ Cares.

QURBAN & AQIQAH ECJ CARES

Tarikh : 21 – 23 Julai 2021
Jumlah Sumbangan : RM246,750.00

Program Qurban & Aqiqah ECJ Cares telah berjaya mengumpul sebanyak 47 ekor lembu
daripada peserta di seluruh Malaysia. Seramai 250 orang peserta telah mengambil bahagian
dalam program yang dianjurkan pada tahun 2021. Daging-daging lembu ini diagihkan ke
seluruh Malaysia melalui wakil-wakil ECJ Cares yang telah diamanahkan.

8 PROFIL PERTUBUHAN KEBAJIKAN PERSAUDARAAN ELIT JAZ MALAYSIA (ECJ CARES)

BANTUAN PENDIDIKAN ECJ CARES

Tarikh : Sepanjang tahun 2021
Jumlah Keseluruhan Sumbangan : RM581,693.90

Pendidikan adalah teras utama kepada sesebuah
negara. Kami percaya dengan pendidikan sahaja akan
dapat mengubah masyarakat dan negara menjadi lebih
berdaya maju. Namun begitu, tidak semua orang mampu
mendapatkan pendidikan yang sempurna.

Sejak penubuhan ECJ Cares, kami sangat prihatin
terhadap pendidikan anak bangsa. Antara sumbangan
yang telah diberikan adalah sumbangan bulanan Rumah
Ngaji Kelab Bani Az-Zahra (KBAZ) di Shah Alam,
Selangor; Pertubuhan Geng Ngaji Negeri Sembilan
dan Rumah Ngaji di Kuantan, Pahang yang melibatkan
perbelanjaan sebanyak RM17,300.00 setiap bulan bagi
menampung kos gaji bulanan guru-guru dan juga
sebahagian kos operasi pusat pengajian tersebut.

ECJ Cares juga telah membantu pembelian tanah
sebanyak RM95,000.00 bagi pembinaan Maahad Tahfiz
Darul Hadis di Kota Kinabalu, Sabah. Selain itu, seramai
10 orang pelajar asnaf telah ditaja sepenuhnya oleh ECJ
Cares untuk melanjutkan pelajaran di sana.

Akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara
sejak awal 2020, pendidikan di sekolah dan IPTA juga
tidak dapat dijalankan secara fizikal. Oleh kerana itu,
ramai pelajar ketinggalan dalam pelajaran dek kerana
ibu bapa tidak mampu menyediakan peranti kepada
anak-anak. Tambahan lagi, ada di kalangan ibu bapa
yang mempunyai ramai anak. Justeru itu, ECJ CARES
tampil membantu meringankan beban golongan yang
terkesan ini terutamanya daripada asnaf dan golongan
berpendapatan rendah (B40) dengan memberi bantuan
berupa Tablet dan Laptop kepada pelajar yang terpilih.
Seramai 132 orang telah menerima sumbangan ini.

EMPOWER CHARITY FOR JANNAH 9

BANTUAN KEMANUSIAAN ECJ CARES

Tarikh : Sepanjang tahun 2021
Jumlah Keseluruhan Sumbangan : RM1,323.399.90

Cakna dengan situasi yang sedang berlaku di seluruh negara, pihak ECJ Cares turut terpanggil
untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Antara
program bantuan yang telah dijalankan ialah bantuan kemanusiaan yang turut melibatkan
kerjasama dengan rakan strategik seperti I-SEJAHTERA, MADAD, GLOKAL IKHSAN, KELAB
ANAK MUDA, PERSATUAN AMAL & KEBAJIKAN AL-BAASITH, PERTUBUHAN KHIDMAT
SABAH, PERTUBUHAN AR-RAUDHAH dan lain-lain.

FOODBANK LOCK DOWN

Tarikh : Sepanjang tempoh PKP
Jumlah Sumbangan : RM157,210.00

Sepanjang PKP dilaksanakan oleh Kerajaan, seperti sudah jatuh ditimpa tangga, ramai rakyat
Malaysia yang mengalami masalah kewangan. ECJ Cares dengan rasa prihatin telah menjadi
sebahagian ‘frontliners’ dalam membantu meringankan beban rakyat Malaysia yang amat
memerlukan bantuan makanan. Melalui program FoodBank Lock Down ini, ECJ Cares telah
menghulurkan sumbangan berupa kit bantuan makanan asas. Program ini telah membantu
seramai lebih 6,000 orang diseluruh Malaysia.

10 PROFIL PERTUBUHAN KEBAJIKAN PERSAUDARAAN ELIT JAZ MALAYSIA (ECJ CARES)

BERAS MERDEKA 64

Tarikh : 1 – 31 Ogos 2021
Jumlah Sumbangan : RM86,400.00
Sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke-64, ECJ Cares telah menganjurkan
program Beras Merdeka 64 yang mana program ini telah berjaya mengagihkan sebanyak
6,400 kampit beras ke seluruh Malaysia. Program agihan telah berlangsung sepanjang
bulan Ogos dan kemuncaknya pada 31 Ogos 2021. Seramai 6,400 keluarga telah menerima
sumbangan beras melalui program ini.

SUSU UNTUKMU SAYANG

Tarikh : 1 – 31 Ogos 2021
Jumlah Sumbangan : RM16,000.00
Akibat pandemik COVID-19, ramai ibu bapa tidak mampu membeli susu untuk bayi dan anak
kecil mereka. Menerusi program Susu Untukmu Sayang, sebanyak 420 pek susu formula telah
diagihkan kepada penerima di semenanjung Malaysia demi memastikan anak-anak kecil ini
mendapatkan nutrisi yang secukupnya.

EMPOWER CHARITY FOR JANNAH 11

DAPUR ASNAF (KIT BARANGAN KEPERLUAN ASAS)

Tarikh : Sepanjang tahun 2021
Jumlah Sumbangan : RM200,000.00

ECJ Cares turut membantu asnaf-asnaf terutamanya di kawasan pedalaman sekitar negeri
Kedah, Kelantan, Pahang dan juga Sabah. Program ini menyasarkan golongan petani dan
nelayan yang terjejas pendapatan disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan mereka
turun ke lapangan untuk melakukan kerja hakiki. ECJ Cares menghulurkan sumbangan berupa
barangan makanan asas. Sehingga November 2021, Program ini memberi manfaat kepada
seramai lebih 2,000 penerima.

BANTUAN BUTTERFLY FOOD RELIEF MALAYSIA PRIHATIN
PULAU TIOMAN

Tarikh : September 2021
Jumlah Sumbangan : RM28,913.00

Program ini dijalankan selama 3 hari bertempat di Pulau Tioman, Pahang. Sebanyak 370 pek
kit barangan keperluan asas telah diagihkan kepada tujuh buah kampung di Pulau Tioman.
Bantuan ini turut melibatkan kerjasama daripada pihak SIRIM Negeri Pahang.

12 PROFIL PERTUBUHAN KEBAJIKAN PERSAUDARAAN ELIT JAZ MALAYSIA (ECJ CARES)

BANTUAN BENCANA

Tarikh : Sepanjang tahun 2021
Jumlah Keseluruhan Sumbangan : RM32,577.95

Cakna dengan musibah yang dihadapi oleh masyarakat, ECJ Cares turut terpanggil untuk
sama-sama membantu meringankan beban mereka yang ditimpa musibah. Sehingga
November 2021, banyak bantuan yang telah disalurkan. Antaranya bantuan kepada mangsa
banjir di beberapa buah negeri yang terjejas seperti Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu,
Pahang dan Sabah. Bantuan yang telah disalurkan adalah seperti barangan keperluan asas,
makanan, bantuan alat pembersihan, barang perabot asas dan alat kelengkapan ibadah.

Selain itu, ECJ Cares turut membantu mangsa kebakaran di Perak, Kelantan, Johor dan Sabah
dengan menghulurkan sumbangan berupa wang tunai untuk meringankan bebanan mangsa
yang terlibat.

EMPOWER CHARITY FOR JANNAH 13

PROJEK WAKAF ECJ CARES

Tarikh : Sepanjang tahun 2021
Jumlah Sumbangan : RM189,000.00

ECJ Cares juga telah berjaya melaksanakan projek Wakaf di beberapa lokasi. Antaranya ialah
mewakafkan dua buah van jenazah untuk kegunaan masyarakat yang berada di Lenggong,
Perak dan di sekitar Lembah Klang. Selain itu, ECJ Cares turut mewakafkan jambatan bagi
kegunaan penduduk di kampung Bakau, Sabah. Dua lagi projek yang sedang diusahakan
adalah van komuniti di Manjoi, Perak dan bot komuniti bagi kegunaan orang ramai di Pulau
Simagun, Sandakan Sabah.

Selain itu, ECJ Cares juga turut menyumbang dalam pembinaan bengkel kemahiran di
Madrasah Darul Muhtadin bertempat di Sik, Kedah bagi tujuan pendidikan kemahiran hidup
kepada pelajar-pelajar Madrasah tersebut. ECJ Cares turut bekerjasama dengan Sekolah
Menengah Agama Yayasan Khairiah di Baling, Kedah bagi membaik pulih semula bangunan
induk untuk kegunaan kelas pengajian agar lebih selesa dan kondusif.

KEUSAHAWANAN ASNAF ECJ CARES

Tarikh : Sepanjang tahun 2021
Jumlah Sumbangan : RM10,090.00

Bagi membantu golongan asnaf dan ibu tunggal menjana pendapatan untuk menampung
perbelanjaan keluarga, pihak ECJ Cares turut memberi bantuan keusahawanan berupa
peralatan dan perkakasan perniagaan. Antara peralatan yang disumbangkan seperti peti
sejuk beku, balang air, kanopi, mixer, oven dan modal permulaan perniagaan.

14 PROFIL PERTUBUHAN KEBAJIKAN PERSAUDARAAN ELIT JAZ MALAYSIA (ECJ CARES)

AGIHAN SUMBANGAN
TAHUN 2021

EMPOWER CHARITY FOR JANNAH 15

RAKAN KERJASAMA

Asri Ahmad Academy Murtadha Dakwah Centre Pertubuhan Generasi
(MADAD) Sejahtera (i-Sejahtera)

Pertubuhan Glokal Ihsan Pertubuhan Geng Ngaji Pertubuhan Khidmat
Malaysia (Glokal Ihsan) Negeri Sembilan Sabah

Pertubuhan Dapur Infaq Persatuan Amal Dan Kelab Anak Muda (KAM)
Ummah Kuantan Kebajikan Al-Baasith Bandar Tun Razak

Negeri Sembilan

Pertubuhan Komuniti
Pandan Prihatin


Click to View FlipBook Version