The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aisyah aziz, 2025-03-03 02:02:01

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Menifestasi akal budi pantunpantun melayu BMMB1104( KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU) NAMA PENSYARAH: DR. AZAHA BIN IBRAHIM TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK (30%)


BIODATA DIRI NAMA: NUR AMNI SUFIYAH BINTI ZULKIFLI NOMBOR KAD PENGENALAN: 050531-11-0280 NOMBOR KAD MATRIKS: P24081299 ANGKA GILIRAN: 2024082310113 KELAS: BAHASA MELAYU 2 AMBILAN: 2024/2029


KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2017) mendefinisikan sastera sebagai hasil seni ataupun karya tulisan dalam bentuk prosa dan puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu. Perkataan sastera berasal dari bahasa Sanskrit iaitu “castra“ yang bermaksud kitab suci. Siti Hajar Abdul Aziz (2011) menyatakan perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Kesusasteraan dalam bahasa Melayu juga mempunyai maksud yag sama dengan literature dalam Bahasa Inggeris. Perkataan literature berasal daripada perkataan literate yang bermaksud huruf atau abjad dimana perkataan asalnya digunakan untuk tatabahasa dan puisi.


BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU PROSA PUISI Prosa merupakan karya sastera bahasa melayu yang ditulis dalam ayat-ayat biasa dan menggunakan tatabahasa yang mudah serta disusun dalam bentuk karangan Prosa lebih mudah difahami berbanding puisi kerana sifatnya yang menggunakan bahasa yang mudah difahami masyarakat. Contoh prosa yang biasa dihasilkan ialah novel, cerpen dan skrip drama. Puisi merujuk kepada hasil karya sastera yang ditulis dengan tidak mematuhi tatabahasa yang telah ditetapkan dalam Bahasa Melayu. Puisi tidak terdiri daripada ayat yang lengkap dan menggunakan frasa-frasa yang disusun dalam bentuk barisan Puisi merupakan bahasa berirama dan mempunya rentak tersendiri apabila dibaca. Contoh, pantun, seloka dan syair.


Menurut Azman Rahmat et al. (2023) mengatakan karya sastera digunakan untuk menghiburkan dan membawa keseronokkan kepada membaca. Karya tersebut perlulah mempunyai keindahan kata-kata yang diungkapkan dan irama yang tersusun agar diterima oleh msyarakat sebagai karya yang diminati ramai. Selain itu, karya sastera untuk hiburan juga tidak mempunyai plot yang kompleks. Karya sastera bertujuan untuk mengubah pemikiran dan membawa kesedaran kepada masyarakat. Karya ini boleh dijadikan sebagai bahan pengajaran secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat di samping memberi pengajaran dan nasihat. Pendidik bertanggungjawab untuk menyampaikan pengetahuan dan sentiasa membuat latihan. Secara umumnya, dakwah mendorong manusia untuk berbuat kebaikan dan mencegah mereka daripada perbuatan mungkar. Karya sastera dakwah bertujuaan untuk mendidik pembaca agar memiliki unsur moral di samping menyampaikan pesan suci Tuhan. Karya sastera mestilah disampaikan secara tidak langsung dan halus melalui mesej yang tersirat. Kritikan sosial merupakan satu bentuk komunikasi dalam masyarakat yang bertujuaan sebagai pengawalan terhadap jalan cerita dalam sistem bermasyarakat. Oleh itu, tindakan membandingkan an memerhati secara teliti amatlah penting untuk mengetahui perkembangan tentang baik atau buruknya kualiti sesuatu masyarakat. Terdapat tiga perkara yang perlu diambil kira iaitu penilaian, perbandingan dan pengungkapan mengenai sesuatu masyarakat. FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU HBURAN PENDIDIKAN DAKWAH KRITIKAN SOSIAL


Pisang emas dibawa belayar, Masak sebijik di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. PANTUN 1- TEMA BUDI MAKSUD KESELURUHAN PANTUN Pantun ini bermaksud bahawa hutang harta benda boleh dibayar semula, tetapi jasa atau budi seseorang tidak dapat dibalas dengan wang ringgit dan akan sentiasa dikenang hingga ke akhir hayat


MENIFESTASI AKAL BUDI PANTUN 1 Maksud berlayar menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah menggunakan layar seperti kapa atau perahu. Maksud emas menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah logam berwarna kuning yg mahal harganya atau bernilai yang selalu dijadikan perhiasan seperti cincin, rantai dan gelang. Pisang emas ini sangat bernilai harganya dan pisang emas dibawa bersama ketika belayar atau merantau, melambangkan pemberian kecil atau bekalan yang penting ketika dalam perjalanan Baris 1 “ Pisang emas dibawa belayar” Baris 2 “ Masak sebiji di atas peti” Maksud masak ialah sudah tua, matang dan bolehdimakan Maksud rangkap ini ialah pisang emas itu masakdan matang di atas peti yang menggambarkansesuatu yang berharga dan menggambarkansesuatu yang berharga serta dijaga dengan rapi


MENIFESTASI AKAL BUDI PANTUN 1 Maksud hutang menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sesuatu benda yang dipinjam daripada orang lain . Baris ini menceritakan hutang berupa harta benda atau wang ringgit boleh dilunaskan dengan pembayaran Ini kerana emas itu sendiri mempunyai nilai yang sangat berharga dan boleh dicari galang ganti. Baris 3 “ hutang emas boleh dibayar” Baris 4“ Hutang budi dibawa mati” Maksud budi menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah jasa seseorang kepada orang lain. Mati bermaksud tidak bernyawa dan tidak hidup lagi. Baris ini bermaksud budi tak boleh dibayar dengan wang ringgit dan budi atau jasa baik seseorang tidak dapat dibalas sepenuhnya dan akan dikenang hingga akhir hayat


PANTUN 2- TEMA BUDI Puas sudah menanam ubi, Nanas juga dipandang orang; Puas sudah menanam budi , Emas juga dipandang orang. MAKSUD KESELURUHAN PANTUN Pantun ini menyampaikan kekecewaan kerana walaupun banyak budi telah ditabur, kebanyakan orang lebih menghargai kekayaan dan kebendaan daripada jasa dan kebaikan yang diberikan.


MENIFESTASI AKAL BUDI PANTUN 2 Baris 1 “Puas sudah menanam ubi” Baris 2 “Nanas juga dipandang orang” Maksud puas menurut DBP ialah sudah bosan jemu dan tidak ingin lagi . Maksud menanam menurut DBP ialah menimbuni sesuatu yg di dlm lubang dgn tanah . Baris ini bermaksud walaupun sudah banyak usaha dilakukan atau kebaikan telah dibuat, diibaratkan seperti menanam ubi yang memerlukan masa dan tenaga Maksud dipandang menurut DBP ialah lihat pada sesuatu perkara. . Nanas berbau harum apabila sudah masak menyababkan masyarakat tertarik dan ingin memilikinya. Baris ini juga bermaksud hasil atau usaha tersebut tidak dihargai, sebaliknya orang lebih tertarik kepada perkara lain yang mungkin lebih mewah atau bernilai tinggi seperti nanas


MENIFESTASI AKAL BUDI PANTUN 2 Baris 3 ” Emas juga dipandang orang” Baris ini menerangkan seseorang yang sudah banyak menabur jasa dan kebaikan telah dicurahkan atau diberikan kepada orang lain. Baris ini membawa maksud walaupun sudah banyak jasa dicurahkan tetapi jasa dan budi itu sering diabaikan kerana kebanyakan orang lebih menghargai kekayaan atau harta benda seperti emas yang lebih bernilai di mata mereka berbanding nilai budi yang diberikan. Baris 3 “ Puas sudah menanam budi”


PANTUN 3-TEMA NASIHAT Nyuir muda dibuat pengat, Mari dimakan bulan puasa; Wahai pemuda hendaklah ingat, Kerana mulut badan binasa. MAKSUD KESELURUHAN PANTUN Pantun ini menasihati agar berhati-hati dalam bertutur kata kerana percakapan yang tidak baik boleh membawa musibah dan kesan kepada diri sendiri


MENIFESTASI AKAL BUDI PANTUN 3 Maksud nyiur muda menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sejenis tumbuhan yang buahnya dipanggil kelapa. Maksud pengat ialah sejenis penganang daripada ubi dan lain-lain yang dimasak dengan gula dan santan atau sejenis manisan. Baris ini menggambarkan persiapan sesuatu yang bernilai atau berguna. Maksud bulan puasa menurut DBP ialah Ramadhan . Baris ini menceritakan makanan itu dimakan ketika bulan puasa dan ini menunjukkan pentingnya menikmati hasil usaha pada waktu yang sesuai Baris 1 “ Nyiur muda dibuat pengat” Baris 2 “ Mari dimakan bulan puasa ”


MENIFESTASI AKAL BUDI PANTUN 3 Maksud pemuda menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah seorang yang masih muda dan remaja. Baris ini menceritakan pesanan yang diberikan kepada anak muda agar sentiasa berhati-hati dan berfikir sebelum bertindak mengeluarkan katakata. Maksud binasa menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah musnah atau mendatangkan kemudaratan . Baris ini bermaksud kata-kata yang tidak dijaga boleh akan membawa akibat buruk, seperti pertengkaran atau masalah besar. Baris 3 “ Wahai pemuda hendaklah ingat” Baris 4 “ Kerana mulut badan binasa”


PANTUN 4- TEMA NASIHAT Tanam balik buah peria, Buah peria mahal sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sesekali. MAKSUD KESELURUHAN PANTUN Pantun ini mengajarkan keseimbangan dalam berbuat baik dan tidak berlebihlebihan sehingga tidak kena pada tempatnya dan menasihati agar menghindari kejahatan dalam kehidupan.


MENIFESTASI AKAL BUDI PANTUN 4 Baris 2 ” Buah peria mahal sekali” Maksud mahal menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah tinggi harganya atau bernilai. Maksud baris pantun ini ialah menunjukkan bahwa sesuatu yang dihasilkan dari usaha boleh memiliki nilai yang tinggi seperti walaupun peria pahit, tetap berharga. dan mempunyai nilai. Baris 1 “ Tanam balik buah peria” Maksud tanam menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah membuat pekerjaan pertanian atau meletakkan sesuatu ke dalam tanah. Maksud peria ialah sejenis tumbuhan yang buahnya sangat pahit dan boleh dibuat sayur. Baris pantun ini menceritakan usaha atau tindakan yang dilakukan secara berulang melambangkan usaha atau tindakan yang memerlukan kesabaran dan ketekunan.


MENIFESTASI AKAL BUDI PANTUN 4 Baris 4 ” Buat jahat jangan sesekali” Maksud baik menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah tidak jahat atau buruk kelakuannya. Maksud berpada-pada ialah tidak berlebihlebihan atau tidak melebihi sesuatu batas. Maksud baris pantun ini telah memberi nasihat agar dalam berbuat baik tetap ada batasnya, tidak sampai dimanfaatkan oleh orang lain atau merugikan diri sendiri. Maksud jahat menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah orang yang berkelakuan yang tidak baik dan buruk perangainya. Baris pantun ini telah menegaskan bahwa perbuatan jahat seharusnya tidak dilakukan sama sekali karana boleh membawa keburukan dan padah kepada diri sendiri dan orang lain. Baris 3 “ Berbuat baik berpada-pada”


PANTUN 5-TEMA KIASAN Bunga terang menawan hati, Indah merekah ku pandangi; Gunung tinggi akan ku daki, Biar lautan akan ku seberangi. MAKSUD KESELURUHAN PANTUN Pantun ini menyampaikan semangat juang dan keteguhan hati dalam meraih impian, meskipun harus menghadapi berbagai rintangan.


MENIFESTASI AKAL BUDI PANTUN 5 Maksud menawan menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah menarik hati atau memikat. Baris ini menggambarkan keindahan bunga yang cerah dan memikat hati serta melambangkan sesuatu yang diinginkan atau dicita-citakan Maksud indah menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah cantik dan bagus . Maksud merekah menurut DBP ialah meretak atau terbuka. Baris ini menunjukkan kekaguman dan apresiasi terhadap sesuatu yang berharga atau bernilai dalam kehidupan. Baris 1 “ Bunga terang menawan hati” Baris 2 “ Indah merekah kupandangi”


MENIFESTASI AKAL BUDI PANTUN 5 Maksud daki menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah memanjat dan menuju ke puncak. Baris ini melambangkan tekad dan usaha keras dalam menghadapi tantangan atau mencapai citacita. Maksud lautan ialah jasad air yang sebahagian besar hidrosfera sesebuah planet . Baris pantun ini menggambarkan keberanian dan kesungguhan dalam menghadapi rintangan demi mencapai tujuan. Baris 3 “ Gunung tinggi akan ku daki” Baris 4 “ Biar lautan akan ku seberangi ”


PANTUN 6- TEMA KIASAN Tanam timun dalam jerelung , Sagu ladang makan dek kuda; Segala semut sejenak jerung, Tidak padan dengan kita. MAKSUD KESELURUHAN PANTUN Pantun ini membawa pengajaran bahawa seseorang harus sedar akan batas kemampuannya dan tidak mencuba sesuatu yang tidak sesuai dengan kedudukannya. Ia juga boleh bermaksud bahawa sesuatu yang kecil dan lemah tidak seharusnya menentang sesuatu yang jauh lebih besar dan kuat kerana akhirnya akan merugikan diri sendiri


MENIFESTASI AKAL BUDI PANTUN 6 Baris ini menceritakan usaha dan harapan seseorang. Menanam timun boleh melambangkan usaha kecil yang dilakukan dalam keadaan tertentu. Baris ini menceritakan usaha yang dilakukan dalam keadaan terbatas atau kurang sesuai untuk mencapai hasil yang diinginkan. Maksud sagu ialah sejenis kanji yang dihasilkan dari teras berkabus. Baris ini juga bermaksud sesuatu yang diberikan atau digunakan oleh pihak yang tidak menghargai sesuatu perkara atau sesuatu yang jatuh ke tangan yang salah. Baris ini boleh menjadi kiasan kepada sesuatu yang sia-sia atau tidak memberi manfaat kepada pihak yang sepatutnya. Baris 1 “Tanam timun dalam jerelung” Baris 2 “ Sagu ladang makan dek kuda”


MENIFESTASI AKAL BUDI PANTUN 6 Baris ini menunjukkan perbandingan antara makhluk kecil seperti semut dengan makhluk besar jerung. Baris ini juga menggambarkan perbandingan antara sesuatu yang lemah dengan sesuatu yang kuat, menunjukkan ketidakseimbangan dalam kekuatan atau kedudukan Maksud padan ialah sesuai atau setanding dengan sesuatu perkara. Baris ini juga bermaksud ada sesuatu yang tidak sepadan atau tidak sesuai dengan kita Keseluruhan maksud pantun ini juga membawa maksud perbandingan yang dibuat sebelum ini menunjukkan jurang perbezaan antara dua pihak yang berbeza dalam kekuatan, kedudukan, atau kemampuan. Baris 1 “Segala semut sejenak jerung” Baris 2 “ Tidak padan dengan kita”


PANTUN 7 Orang hulu memalu nobat, Nobat dipalu kayu berangan; Fikir dahulu sebelum buat, Kalau dibuat menyesal jangan. MAKSUD KESELURUHAN PANTUN pantun ini menasihati agar kita berhati-hati dalam membuat keputusan dan bertindak dengan bijaksana agar tidak menyesal di kemudian hari


MENIFESTASI AKAL BUDI PANTUN 4 Maksud orang hulu menurut DBP ialah orang yang tinggal di kawasan pedalaman. Maksud memalu menurut DBP ialah memukul dan nobat bermaksud gendang besar atau alat muzik tradisional. Baris ini bermaksud penduduk dari kawasan hulu sedang memainkan alat muzik nobat. Ini menggambarkan tindakan atau amalan tertentu dalam masyarakat Maksud berangan ialah sejenis tumbuhan atau pokok yang berkualiti. Baris ini juga bermaksud nobat dimainkan menggunakan kayu berangan. Ini melambangkan pentingnya menggunakan alat yang tepat untuk tujuan tertentu Baris 1 “Orang hulu memalu nobat” Baris 2 “Nobat dipalu kayu beranagan”


MENIFESTASI AKAL BUDI PANTUN 4 Maksud fikir menurut DBP ialah daya atau keupayaan untuk mengeluarkan pendapat . Baris ini bermaksud seseorang perlu berfikir dengan matang sebelum melakukan sesuatu tindakan agar tidak tersilap langkah. Maksud menyesal menurut DBP ialah berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan Baris ini juga bermaksud jika sudah mengambil atau membuat keputusan dan melaksanakannya, jangan sesekali menyesal kerana tindakan itu adalah hasil pertimbangan sendiri. Baris 3 “Fikir dahulu sebelum buat” Baris 4 “Kalau dibuat jangan menyesal”


PANTUN 8 - PANTUN AGAMA Burung nuri, burung merpati, Terbang tinggi jauh melayang; Jika ingin terhibur hati, Ingatlah Tuhan Maha Penyayang. MAKSUD KESELURUHAN PANTUN Pantun ini memberikan nasihat agar selalu mengingat Tuhan dalam kehidupan, terutama saat mencari ketenangan dan kebahagiaan


MENIFESTASI AKAL BUDI PANTUN 7 Maksud menawan menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah menarik hati atau memikat. Baris ini menggambarkan sesuatu yang indah dan mempesona, mungkin merujuk pada kecantikan, semangat, atau harapan dalam hidup. Maksud terbang menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah melayang atau bergerak di udara dengan menggunakan sayap . Maksud melayang menurut DBP ialah terbang dengan tidak menggunakan sayap. Baris pantung ini melambangkan perjalanan hidup manusia yang penuh dengan liku-liku, tantangan, dan harapan untuk mencapai sesuatu yang lebih baik Baris 1 “ Bunga terang menawan hati” Baris 2 “ Terbang tinggi jauh melayang”


MENIFESTASI AKAL BUDI PANTUN 7 Maksud terhibur menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah menjadi senang, girang dan gembira. Hati bermaksud organ yang berwarna kemerahmerahan di dalam tubuh manusia yang mengeluarka hempedu dan membersihkan darah. Baris ini memberi maksud menunjukkan bahwa dalam hidup, manusia sering mencari ketenangan dan kebahagiaan. Maksud tuhan menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sesuatu yang dipuja oleh golongan manusia yg agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa. Maksud penyayang menurut DBP ialah mempunyai sifat belas kasihan terhadap orang lain. Baris ini menegaskan bahwa ketenangan dan kebahagiaan sejati dapat ditemukan dengan mengingat dan mendekatkan diri kepada Tuhan yang Maha Penyayang. Baris 1 “ Jika ingin terhibur hati” Baris 2 “ Ingatlah Tuhan Maha Penyanyang”


RUJUKAN


RUJUKAN


Sekian, Terima kasih


Click to View FlipBook Version