The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ain Hassan, 2024-01-01 02:59:18

KEMERDEKAAN TANAH MELAYU (FLIP BOOK)

KEMERDEKAAN TANAH MELAYU (FLIP BOOK)

TUN TAN CHENG LOCK Perjuangan Tokoh Kearah Kemrdekaan Tanah Melayu


Pengenalan Latar belakang Cabaran yang dihadapi Isi Kandungan Sumbangan Tokoh Sumbangan parti MCA kepada masyarakat 2 Objektif Kajian Penutup Rujukan 1 3 5 8 10 Pengenalan Parti MCA 9 11 12 ............................................................................. ......................................................................... ......................................................................... .................................................................. ........................................................ ........................................................... .............................................................................. .................................................................................... ......................................................................................


Tun Tan Cheng Lock merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan yang disegani di Malaysia. Beliau dilahirkan di Melaka pada 5 April 1883. Asalnya , Tun Tan Cheng Lock berasal dari keluarga yang kaya dengan kepentingan perkapalan dan perladangan . Beliau mendapat Pendidikan Inggeris yang sempurna di Sekolah Tinggi Melaka dan kemudian ke Raffles Institution di Singapura. Mempunyai kecerdikan di usia muda , beliau telah menjadi seorang guru Inggeris di sekolah tersebut pada 1902. Kemudian , beliau juga pernah menjadi Penolong Pengurus di Ladang GetahBukit Kajang Berhad . Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan dalam bidang tersebut , beliau kemudianya membuka Malacca Pride Rubber Estate dan United Malacca Rubber Estate pada tahun 1910. Bermula dilantik sebagai Ahli Majlis Bandaraya Melaka pada tahun 1912, beliau menjadi tempat orang ramai menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap British, terutamanya dari kaum Cina. Orang melayu nelayan juga pernah berjumpa beliau dan meminta supaya bayaran lesen yang dikenakan kepada mereka agar diturunkan harga kerana pendapatan nelayan terlalu kecil . Disamping itu , perhatian beliau lebih tertumpu kepada kaum beliau samada di Melaka ataupun Negeri- negeri Selat khususnya . Beliau juga pernah menubuhkan , Overseas Chinese Association (OCAI) pada November 1943 di India. Pertubuhan ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah politik di Tanah Malaya Selepas perang . Pengenalan 1


i Cabaran Tun tan Cheng Lock bagi Kemerdekaan Tanah Melayu Objektif Kajian Sumbangan Tun Tan Cheng Lock kepada Kemerdekaan Tanah Melayu Biodata Tun Tan Cheng Lock Pengenalan MCA 2 Mengenalpasti objektif kajian


Tun Dato’ Sri Tan Cheng Lock berasal dari Melaka dan dilahirkan pada 5 April 1883 di Jalan Hereen. Tan ialah anak ketiga dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada tujuh adik beradik. Tun Tan Cheng Lock berasal dari keluarga yang kaya dengan kepentingan perkapalan dan perladangan. Beliau mendapat Pendidikan Inggeris yang sempurna di Sekolah Tinggi Melaka dan kemudian ke Raffles Institution di Singapur. Selepas persekolahan, Tan Cheng Lock bertugas sebagai seorang guru selama enam tahun sebelum meletakkan jawatannya untuk menjadi Penolong Pengurus di Ladang Getah Bukit Kajang Berhad, sebuah ladang getah yang dimiliki oleh saudara sepupunya. Pada tahun 1909, berbekalkan ilmu pertanian dan bantuan kewangan daripada jutawan Melaka (Chan Kang Swi), beliau menubuhkan Malacca Rubber Estate pada 1910. Selepas Tun Tan Cheng Lock dua tahun kemudianya , beliau membuka sebuah lagi ladang dikenali Nyalas Rubber Estate Limited di Melaka. Pada tahun 1913, Tan Cheng Lock berkahwin dengan Yeo Yeok Neo, anak kepada Yeo Tin Thye yang merupakan Presiden Persatuan Hokkien Melaka. Mereka dikurniakan dengan seorang anak lelaki, dan empat orang anak perempuan. Anak lelaki beliau, Tun Tan Siew Sin merupakan Menteri Kewangan Malaysia pada 1959 - 1974. Tun Tan Cheng Lock bersama anaknya (dari kiri: Tan Kim Tin, Tan Kim Yoke, Tun Tan Siew Sin, Tan Kim Lwi) 3 Tun Tan Siew Sin Latar Belakang Tokoh


01. Adakah anda tahu sumabangan Tun Tan Cheng Lock ? 4


1951 1949 Menyokong cadangan Dato’ Onn untuk menubuhkan ‘Independence Malaya Party’ (IMP). Sumbangan Tokoh Dilantik sebagai Ahli Majlis Bandaraya Melaka oleh British kerana merupakan ahli perniagaan terkenal di Melaka. 1912 1914 Membantu menghidupkan semula Pertubuhan Sukarelawan Cina Melaka dan menjadi president (1915) 5 Menubuhkan ‘Overseas Chinese Association of India’ (OCAI) dan menghantar memorandum ke Pejabat Tanah Jajahan supaya memperkenalkan kerakyatan jus soli dan kerakyatan yang longgar bagi mereka yang tidak lahir di Tanah Melayu Tun Tan Cheng Lock bersama-sama pemimpin Cina seperti Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee mengasaskan penubuhan MCA (Persatuan Cina Malaya)Sangat besar sumbangan beliau kepada kemerdekaan Tanah Melayu bukan 1943


SOSIAL PENDIDIKAN PERTANIAN Sumbangan Tokoh POLITIK Menubuhkan Malayan Chinese Associate (MCA) Memupuk perpaduan kaum Memperjuangkan pendidikan Cina Penanaman getah Penanaman padi Melindungi hak- hak orang Cina Memupuk perpaduan kaum Pemberian biasiswa, mencadangkan bahasa mandrin diajar di kurikulumsekolah Permintaan getah tinggi di Eropah memastikan bekalan beras negara mencukup 6


Bagaimana dengan cabaran beliau pula? 7 sumber: google


Cabaran Tokoh 8 Ladang getah milik Tun Tan Cheng Lock dirosakkan PKM bertujuan untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu kerana dianggap menyokong British Dikeluarkan arahan untuk membunuh Tun Tan Cheng Lock lalu PKM membaling bom tangan ke pentas semasa beliau sedan memberikan ucapan kerana diangap musuh Menyatukan pelbagai kaum. Ketegangan antara pelbagai kaum di Malaysia pada masa itu boleh mencipta cabaran dalam merapatkanperbezaan antara Melayu, Cina, dan India. Beliau berusaha untuk mempromosikan perpaduan dan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum melalui usahanya dalam Parti Perikatan. Persaingan politik di antara parti-parti politik lain, seperti UMNO dan MIC, boleh mencipta cabaran dalam membentuk aliansi politik yang kukuh. Tun Tan Cheng Lock perlu mengatasi perbezaan pendapat dan kepentingan untuk menjaga kestabilan politik di kalangan parti-parti komponen. Penindasan dan kawalan terhadap pergerakan politik tempatan boleh mencipta cabaran dalam usaha mencapai kemerdekaan. Persaingan politik di antara parti-parti politik lain seperti UMNO dan MIC, boleh mencipta cabaran dalam membentuk aliansi politik yang kukuh. Tun Tan Cheng Lock perlu mengatasi perbezaan pendapat dan kepentingan untuk menjaga kestabilan politik di kalangan parti-parti komponen Keadaan ekonomi yang sukar selepas Perang Dunia II menjadi cabaran dalam menyediakan kestabilan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Beliau menyokong pembangunan ekonomi yang mampan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.


Malayan Chinese Associate (MCA) telah ditubuhkan pada 27 Febuari 1949. MCA adalah parti politik yang mewakili komuniti Cina di Malaysia. Pada 1949, H.S. Lee telah meminta kebenaran Henry Gurney untuk menubuhkan persatuan tersebuut. Meskipun ia adalah parti berorientasikan etnik, MCA telah berusaha untuk merangkumi dan mewakili kepentingan semua lapisan masyarakat Malaysia. Selain itu, MCA berperan dalam membangunkan ekonomi negara dengan menitikberatkan pada pembangunan ekonomi masyarakat Cina. Tun Tan Cheng Lock merupakan presiden pertama setelah penubuhan MCA. Parti ini diwujudkan bertujuan untuk menyatu-padukan masyarakat Cina, bekerjasama dengan kerajaan menentang komunisme, dan berganding bahu dengan kaum-kaum lain demi berjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak British. Pengenalan Parti MCA 9 sumber: google


Sumbangan Parti MCA 10 Pendidikan MCA telah menyumbang kepada pembangunan pendidikan dengan menubuhkan dan menyokong sekolahsekolah vernakular Cina. Mereka juga mungkin menyediakan bantuan kewangan dan peluang pelajaran melalui pemberian biasiswa kepada pelajar yang memerlukan Pembangunan Ekonomi MCA memainkan peranan dalam memajukan usaha perniagaan dan ekonomi komuniti Cina. Mereka menyokong program latihan dan bimbingan untuk usahawan tempatan atau menyediakan geran kewangan untuk membantu perkembangan perniagaan. Kepentingan Ekonomi Komuniti Cina MCA ditubuhkan untuk melindungi dan memperjuangkan kepentingan ekonomi komuniti Cina. Ini termasuk usaha untuk meningkatkan pembangunan ekonomi dan perniagaan dalam kalangan komuniti tersebut. Pertahanan Hak dan Kebebasan MCA aktif membela hak dan kebebasan politik komuniti Cina, terutama ketika Malaysia sedang melalui proses menuju kemerdekaan. MCA turut menyuarakan kebimbangan dan pendirian mereka dalam hal perlembagaan dan struktur politik negara yang baru.


PENUTUP Sangat banyak pengorbanan beliau untuk memerdekakan negara kita. Kamu semua haruslah menghargai pengorbanan beliau. Tun Tan Cheng Lock, menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang tokoh yang penting dalam sejarah Malaysia. Beliau adalah pemimpin utama dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu dan menyumbangkan banyak kepada pembentukan negara. Tun Tan Cheng Lock dikenali sebagai salah satu pendiri Parti Perikatan, yang kemudian menjadi asas kepada Barisan Nasional. Beliau memainkan peranan yang signifikan dalam merapatkan perbezaan antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia dan memupuk semangat perpaduan kebangsaan. Kesetiaan dan ketekunannya dalam mengejar cita-cita merdeka bagi Tanah Melayu. Beliau menyumbangkan kepada pembentukan landskap politik yang stabil dan harmoni.Selain daripada aspek politik, Tun Tan Cheng Lock juga memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi negara dan kesejahteraan masyarakat. Beliau berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pembangunan ekonomi yang mampan dan penyelenggaraan keadilan sosial.Secara keseluruhannya, kajian terhadap Tun Tan Cheng Lock menunjukkan bahawa beliau merupakan tokoh berpengaruh yang berperanan besar dalam membentuk dan membimbing Malaysia ke arah kemerdekaan dan kemakmuran. 11 Imbas kod qr untuk menonton dokumentari Tun Tan Cheng Lock


RUJUKAN 12 Azman Abd. Manaf, Malaysia: Gerakan Kesedaran & Nasionalisme, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution,2012 Britannica, The Editors of Encyclopaedia. "Tan Cheng Lock". Encyclopedia Britannica, 4 Dec. 2023, https://www.britannica.com/biography/Tan-Cheng-Lock.Accessed%2011%20December%202023 Cambridge University Press (2009, August 24). Tan Cheng Lock His Leadership of the Malayan Chinese. Cambridge Core. https://www.cambridge.org/core/journals/journal-of-southeast-asianhistory/article/abs/tan-cheng-lock-his-leadership-of-the-malayanchinese/1AFB3F51BC38B64B040DCDEB1B5110ED Dato’ Dr Ling Liong Sik, The Future og Malaysian Chinese, Kuala Lumpur: Malaysian Chinese Association, 1988 Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, hlm. 86 Tregonning KG. Tan Cheng Lock: A Malayan Nationalist. Journal of Southeast Asian Studies. 1979;10(1):25-76. doi:10.1017/S0022463400011838 Lim SE. Tan Cheng Lock His Leadership of the Malayan Chinese. Journal of Southeast Asian History. 1960;1(1):29-55. doi:10.1017/S021778110000003X


NUR’AIN BINTI HASSAN 301753 [email protected] 0195958516 Penulis Disediakan oleh: Disemak oleh: Profesor Madya Dr. Mohamed Ali Haniffa SLCP, UUM 019-9788816 13


Perjuangan Tokoh kearah Kemerdekaan Tanah Melayu TUN TAN CHENG LOCK “ Jika seseorang itu hendak tinggal di Malaya, beliau hendaklah memikul tangungjawab dan menjalankan tugas sebagai warganegara yang baik “ - Tun tan Cheng Lock


Click to View FlipBook Version