The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dynrzk00, 2021-07-13 17:55:04

BUKU LOG PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN

06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

NAMA : DIYANA AL KAUTHSAR BINTI ABDUL RAZAK

NO.KAD PENGENALAN : 000618-07-0028

KOD KURSUS : MPU 3062

KURSUS : KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM

KUMPULAN : PERSATUAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

AMBILAN : JUN 2020

KELAS : TESL 2

NAMA PENSYARAH : PUAN AINEE BT. HAJI AHMAD

TUGASAN : BUKU LOG

TARIKH HANTAR : 14 JULAI 2021

PERGERAKAN
PUTERI ISLAM

MALAYSIA

KANDUNGAN

1) BIODATA DIRI
2) FALSAFAH PPIM
3) MATLAMAT
4) OBJEKTIF
5) LOGO
6) BENDERA
7) MOTO/ COGAN KATA
8) LAGU PUTERI
9) IKRAR PUTERI
10) SULUH KATA
11) STRUKTUR ORGANISASI
12) CATATAN/ LAPORAN AKTIVITI
13) NOTA- NOTA PPIM
14) LAMPIRAN

BIODATA DIRI

NAMA PENUH: DIYANA AL KAUTHSAR BINTI ABDUL RAZAK
NO.KAD PENGENALAN: 000618070028
TARILH LAHIR : 18 JUN 2000
ALAMAT PENUH: NO. 72 JALAN ORKID, PONGSU SERIBU, 13200
KEPALA BATAS, PULAU PINANG
NO. TELEFON: 018-4064562
KELAS: PISMP AMBILAN JUN 2020 TESL 2

BIL TAHUN JAWATAN

1 2021 NAIB PENGERUSI

FALSAFAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam
yang bergerak pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah di institut pengajian tinggi
,maktab-maktab perguruan serta sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktiviti yang

dijalankan sebagai ko-kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan
membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri
secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek , rohani ,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Allah SWT. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke
dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan
, berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta
mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

bangsa , masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam

MATLAMAT

Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan bersepadu, PPIM berharap
agar mencapai matlamat seperti:
1. Menyeimbangkan antara perkembangan intelektual , sosial , fizikal dan spiritual
puteri-puteri melalui penyemaian , penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai
pendidikan.
2. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri-puteri.
3. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerak kerja
ko-kurikulum sekolah, institut , maktab , kolej dan universiti.
4. Meningkatkan disiplin puteri-puteri.
5. Menggalakkan iklim persekolahan terbuka dan menyeronokkan.
6. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa
dan masyarakat khasnya masyarakat setempat.

OBJEKTIF

Objektif PPIM pada peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan
seperti berikut:

1. Melahirkan satu masyarakat muda yang
i. Taat kepada Allah , raja dan Negara
ii. Berilmu.
iii. Berakhlak mulia
iv. Berbakti kepada masyarakat
. Membimbing gadis-gadis dari segi akhlak , rohani dan jasmani supaya menjadi
insan kamilah , berilmu mengejar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup
mereka berasakan jalan yang diterima Allah SWT dan dapat berbakti untuk agama
, nusa dan bangsa.
3. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri progresif dan diterima
masyarakat.

4. Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.

PENGERTIAN LOGO LOGO
PPIM
● Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit
dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

● Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis
dengan huruf jawi Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI
ISLAM.”( Pa Pa Alif).

● Di bawah logo ini tertulis perkataan :-

“PUTERI”-Bagi Ahli-Ahli Puteri & “PEMIMPIN PUTERI” -Bagi Pemimpin-Pemimpin

PENGERTIAN WARNA

● Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
● Hijau : Agama
● Taqwa sebagai TERAS
● Putih : Kesucian
● Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

BENDERA PPIM

● Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah
terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran
bendera.

● Penggunaan
- Setiap upacara rasmi
- Tatacara Perjumpaan

VISI PPIM

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :
● Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
● Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara
bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan
fizikal.
● Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan
terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

MISI PPIM

● Mendedahkan puteri tentang kebenaran Agama Islam melalui aktiviti yang
dijalankan.

● Memberikan latihan yang tidak formal melalui aktiviti yang mencabar dan mampu
menarik minat puteri.

● Melengkapkan puteri dengan pengetahuan dan kemahiran agar mampu memberi
sumbangan secara aktif dan positif.

LAGU PUTERI ISLAM

IKRAR PUTERI

Bahawa kami, ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia,
berikrar akan;

● Taat kepada allah, rasul, pemerintah, guru dan ibubapa
● Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak
● Membangunkan diri dengan sempurna
● Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri
● Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara

SULUH KATA PPIM

P Patuh kepada ibubapa Insaf diri: Ia kepunyaan Allah dan
I kepada Allah ia kembali ('inna lillahi
U Ugama/agama berteraskan
Al-Quran dan Al-Hadith wa'inna ilayhi raji'un)

S Solat ditunai setiap waktu

T Taat kepada Allah dan L Larangan Allah dijauhi
Rasul

65%

E Erat ukhwah Islamiyah A Akhlaq mulia pengukuh keimanan

R Rela berbakti kerana Allah M Muslimah Mukminah rakyat
I Iman dipupuk ilmu dituntut seperjuangan

CARTA ORGANISASI

● Guru Penasihat: Pn. Ainee bt. Hj. Ahmad
● Pengerusi: Umie Suriani binti Mohd Sabri
● Naib Pengerusi: Diyana Al Kauthsar binti Abdul Razak
● Setiausaha: Nur Syahira Syafiqah binti Rosli
● Bendahari: Nur Ain Batrisyia binti Zaini
● Ajk: 1) Farah Nasuha binti Halim

2) Irdina Rushda binti Shahirul Nizam
3) Alia Atikah binti Jaafar

CATATAN/ LAPORAN AKTIVITI

Tarikh: 23/ 06/2021 Masa: 8-10.00 a.m Tempat: Dalam aplikasi Google Meet
Jurulatih bertugas: Puan Ainee binti Haji Ahmad Kehadiran: 27/27 orang

Aktiviti:

● Semua pelajar dan jurulatih berkumpul di Google Meet pada pukul 8 pagi.
● Pelajar mengisi kehadiran yang diberikan melalui Google Classroom
● Jurulatih membincangkan tentang perkara-perkara yang akan dipelajari dalam

unit kokurikulum ini.
● Jurulatih telah membincangkan tentang pengertian logo, warna, cogan kata,

bendera, lagu, ikrar, suluh kata PPIM, visi, misi, matlamat, objektif dan
falsafah PPIM.
● Jurulatih memberi pencerahan tentang matlamat penubuhan persatuan PPIM
dan penerangan tentang spesifikasi tugas jawatankuasa.

CATATAN/ LAPORAN AKTIVITI

Tarikh: 30/ 06/2021 Masa: 8-10.00 a.m Tempat: Dalam aplikasi Google Meet
Jurulatih bertugas: Puan Ainee binti Haji Ahmad Kehadiran: 27/27 orang

Aktiviti:

● Semua pelajar dan jurulatih berkumpul di Google Meet pada pukul 8 pagi.
● Pelajar mengisi kehadiran yang diberikan melalui Google Classroom
● Lantikan AJK PPIM sesi 2021
● Jurulatih memberi panduan menulis buku log PPIM dan juga menunjukkan
● gambar pakaian rasmi PPIM (rujuk lampiran untuk contoh buku log dan pakaian rasmi)
● Jurulatih memberi penerangan dan huraian mengenai Sejarah PPIM.
● Jurulatih memberi pencerahan tentang contoh perlembagaan pertubuhan bagi unit

beruniform PPIM Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996.

CATATAN/ LAPORAN AKTIVITI

Tarikh: 07/ 07/2021 Masa: 8-10.00 a.m Tempat: Dalam aplikasi Google Meet
Jurulatih bertugas: Puan Ainee binti Haji Ahmad Kehadiran: 27/27 orang

Aktiviti:
● Semua pelajar berkumpul di Google Meet pada pukul 8 pagi.
● Pelajar mengisi kehadiran yang diberikan melalui Google Classroom
● Semua pelajar terlibat dengan tata cara perjumpaan PPIM iaitu mereka hendaklah
mengikuti:
★ Nasyid Asmaul Husna (rujuk di lampiran).
★ Lagu Puteri Islam
★ Ikrar Puteri
★ Bacaan doa
★ Pengerusi telah menerangkan tatacara perjumpaan PPIM dan juga struktur
organisasi PPIM di pelbagai peringkat.
● Semua pelajar dibahagi kepada lima kumpulan dan dikehendaki menerangkan
tujuan dan konsep pengurusan dan persediaan awal perkhemahan.
● Perjumpaan sampai ke penghujung dan ditutup dengan Tasbih Kifarah dan surah
Al-asr.

NOTA-NOTA PPIM





LATAR BELAKANG PPIM SEJARAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Pergerakan Puteri Islam Malaysia
adalah sebuah pergerakan berpakaian (PPIM) diwujudkan pada tahun
seragam yang bergerak secara sukarela di 60an oleh Lembaga Kebajikan
sekolah-sekolah rendah, menengah, institut Perempuan Islam Malaysia
dan Maktab Perguruan serta Institusi (LKPIM) yang diilhamkan oleh
Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti YMM Tunku Puan Besar Kurshiah,
PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing Raja Permaisuri Agong yang
puteriputeri ke arah penyuburan dan pertama. Keanggotaannya hanya
pengembangan potensi-potensi diri secara untuk pelajar sekolah menengah.
menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, Ketika itu, kurikulum hanya
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan berdasarkan kepada aktiviti
kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah keagamaan dan khidmat
S.W.T masyarakat yang bersifat memberi
bantuan kepada golongan miskin.

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail Skuad Puteri telah
dilancarkan dengan rasminya dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM dilancarkan oleh Y.A.Bhg.
oleh DYMM Raja Permaisuri Pertama. Hari Puteri disambut pada 17 Datin Seri Dr. Wan Azizah
Agong Ke 6 Almarhummah Ke Jun setiap tahun bagi memperingati Wan Ismail pada 23
Bawah Duli Yang Maha Mulia kelahiran PPIM dan ia pertama kali November 1996 bagi
Tengku Ampuan Pahang, diadakan di peringkat kebangsaan pada meluaskan penglibatan
Tengku Hajah Afzan binti 20 Jun 1987. Pada Hari Puteri 1988, remaja dan wanita lepasan
Almarhum Tengku Panglima Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah sekolah di dalam
Perang, Tengku Muhammad mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala kerja-kerja khidmat
Rahimahallah, di Dewan Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri masyarakat seperti
Canselor Tun Abdul Razak, telah disumbangkan oleh DYMM Raja bantuan bagi mangsa
Universiti Kebangsaan Permaisuri Agong Tuanku Bainun. Pada banjir dan program ziarah
Malaysia. 11 September 1993, PPIM dibenarkan hospital.
bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform
di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di
semua maktab perguruan di seluruh
Malaysia.

PPIM sekali lagi menempa Pada awal tahun 2004.
sejarah apabila dibawah kepimpinan
dilancarkan di institusi Y.Bhg. Puan Sri Hajah
pengajian tinggi pada 8 Hazizah Haji Tumin
April 2000 oleh Y.A.Bhg. (Allahyarhamah), ibu
Datin Seri Endon pejabat PPIM telah
Mahmood berpindah ke Darul Puteri.
(Allahyarhamah) di Perasmian Darul Puteri
Universiti Islam telah disempurnakan oleh
Antarabangsa. Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong Tuanku
Fauziah binti Almarhum
Tengku Abdul Rashid pada
24 Ogos 2005.

STRUKRUR ORGANISASI
PPIM











PERLEMBAGAAN BADAN BERUNIFORM
(PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

( SEKSYEN 130 AKTA PENDIDIKAN 19960

1. NAMA DAN ALAMAT

a) Nama Persatuan : Pergerakan Puteri Islam Malaysia

b) Alamat : Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah.

2. MATLAMAT

a) Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan
menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

b) Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan setiap pelajar yang terlibat dalam aktiviti badan
beruniform.

3. OBJEKTIF

a) Ahli yang menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pergerakan Puteri Islam) dengan lebih
terpimpin dalam menimba ilmu berpersatuan dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.

b) Ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang
paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutiinya.
4. KEAHLIAN
a) Dibuka kepada semua pelajar perempuan Institut Pendidikan Guru ini.
b) Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
c) Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil
bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

5. PENASIHAT
a) Pensyarah hendaklah melantik seorang atau beberapa orang pensyarah yang lain sebagai penasihat.
b) Pensyarah perlu menyimpan atau membuat laporan ia disimpan sebagai rekod berpersatuan.

6. PENSYARAH PENASIHAT
a) Pensyarah Penasihat adalah terdiri daripada pensyarah IPG ini.

b) Pensyarah Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu
Pensyarah Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.
aktiviti.
c)

7. AHLI JAWATANKUASA

a) Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

b) Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang
tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

c) Pemilihan Ahli Jawatankuasa secara undian.
d) Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Pensyarah Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
e) Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan
kepada Pensyarah Penasihat.
f) Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

(i) Pengerusi

(ii) Naib Pengerusi

(iii) Setiausaha

(iv) Bendahari

(v) Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

8. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

a) Pengerusi

(i) Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat.

(ii) Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

(iii) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari semasa ke semasa.

b) Naib Pengerusi

(i) Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang
diberi.

(ii) Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

(iii) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari semasa ke semasa.

c) Setiausaha

(i) Menguruskan hal-hal surat menyurat.

(ii) Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.

(iii) Mencatat kehadiran ahli.
(iv) Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
(v) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari semasa ke semasa.

d) Bendahari
(i) Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan.
(ii) Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di
atas kesahihannya.
(iii) Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
(iv) Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
(v) Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
(vi) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari masa ke semasa.

e) Ahli Jawatankuasa

(i) Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

(ii) Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

(iii) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari masa ke semasa.

9. KEWANGAN

a) Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa Mesyuarat
Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 5.00 seorang setahun.

b) Persatuan juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.

c) Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan
derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

d) Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun Badan Beruniform PPIM IPG,
sekiranya mendapat kebenaran Pensyarah Penasihat.

10. KEHADIRAN/PENYERTAAN

a) Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang
tahun.

b) Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis
surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil
sekiranya gagal berbuat demikian.

11. MENGENDALI MESYUARAT

a) Setiap mesyurat yang dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa hendaklah dihadiri oleh Pensyarah
Penasihat.

12. PEMATUHAN PENGURUSAN

a) Pengerusi atau Pensyarah Penasihat boleh mengawal mana – mana persatuan IPG mematuhi
peraturan, tentang pengurusan, aktiviti, keahlian atau yang selainnya berkenaan dengan persatuan itu.

13. AKTIVITI

a) Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat Ahli Jawatankuasa.

b) Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Pensyarah Penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.

14. PERATURAN-PERATURAN

a) Peraturan IPG adalah menjadi peraturan asas.
b) Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
c) Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

15. KESALAHAN
a) Antara kesalahan yang dilarang semasa menjadi ahli kelab:
(i) Salah laku jenayah
(ii) Tingkah laku berunsur lucah
(iii) Tidak kemas
(iv) Tidak menepati masa
(v) Kurang sopan
(vi) Melakukan kesalahan kecil
16. LARANGAN
a) Pelajar dilarang menyertai aktiviti yang tidak berkaitan dan menyalahi peraturan
IPG dan hukum syarak.
17. TINDAKAN DISIPLIN
a) Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang
ditetapkan.

b) Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
(i) Amaran lisan
(ii) Amaran bertulis
c) Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan

kepada Pensyarah Penasihat Persatuan secara bertulis dan keputusan Pensyarah Penasihat adalah
muktamad.
18. PINDAAN PERLEMBAGAAN
a) Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
b) Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Pensyarah Penasihat
atau Pentadbir IPG secara bertulis.
c) Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pensyarah Penasihat dan Ahli Jawatankuasa
akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
d) Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pensyarah.

19. PEMBUBARAN PERSATUAN
a) Pensyarah Penasihat diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan
dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

20. PERUBAHAN
a) Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan bertulis kepada Pensyarah Penasihat tentang
penubahan dalam perlembagaan dalam peraturan atau ahli persatuan. Laporan itu hendaklah diserahkan dalam
masa 14 hari dari tarikh perubahan. Pensyarah Penasihat berhak menerima atau menolak perubahan tersebut.
21. HAL-HAL LAIN
a) Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
b) Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

syahira ……………………….... (PUAN AINEE BINTI HJ AHMAD)
Pensyarah Penasihat PPIM,
……………………….... (UMIE SURIANI BINTI MOHD Institut Pendidikan Guru Kampus
SABRI) Darulaman,
(NUR SYAHIRA SYAFIQAH Jitra, Kedah.
BINTI ROSLI) Pengerusi Unit Beruniform,

Setiausaha Unit Beruniform, Institut Pendidikan Guru Kampus
Darulaman,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Darulaman, Jitra, Kedah.

Jitra, Kedah.

PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN PERKHEMAHAN

UNIT/ KEM TAHUNAN KEBANGSAAN/ANTARABANGSA Pengalaman ini sangat

berguna dan penting

Berkhemah bermakna kepada belia yang
anda menerima atau sedang membesar untuk
memikul beberapa
tanggungjawab terhadap terus hidup dalam
pengurusan makanan, masyarakat yang lebih
kompleks dan mencabar.

perlindungan dan

melibatkan diri dalam

aktiviti berkaitan dengan

persekitaran anda.

KONSEP TUJUAN

Berkhemah Banyak faedah yang
berkait rapat diperoleh oleh remaja
dengan ikhtiar semasa menghadiri
hidup secara
individu atau sesuatu
berkumpulan. perkhemahan

LAMPIRAN
PAKAIAN FORMAL PPIM

BUKU LOG RASMI PPIM

PERJUMPAAN ASMAUL HUSNA
PUTERI DI
GOOGLE MEET

RUJUKAN

Ab Alim Abdul Rahim. (2004). Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering.
Kuala Lumpur: Fajar Sakti Sdn. Bhd.

Ab Alim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan Jejak Kerja Kokurikulum. Kuala Lumpur:
Fajar Sdn. Bhd.

Azizan Salahuddin. (2019). Pengenalan & Falsafah Kurikulum PPIM. Kuala
Lumpur. Pergerakan Puteri Islam Malaysia.

Azizan Baharuddin. ( 2009). Panduan Bidang-Bidang Kokurikulum. Kuala Lumpur.
Budiman Publishing.

Consalvo, C. (2012). Experiential Training Activities for Outside and In. New York:
Amherst: Mass Publishing.

Martin, B. (2006). Outdoor Leadership: Theory and Practice. Champaign.IL:
Human Kinetics.


Click to View FlipBook Version