The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Riz, 2020-12-01 12:58:27

BUKU TEKS TAHUN 3

buku teks sains tahun 3

RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan

seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017)

TA HU N SEKOLAH KEBANGSAAN

Penulis
Raja Shahida binti Raja Mansor

Abdul Karim bin Daud
Jong Tze Kian
Editor

Mohd Faizal bin Rus Rzerli
Pereka Bentuk

Muhammad Izzuan bin Idris
Ilustrator

Muhammad Izzuan bin Idris

Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur
2018

KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

No. Siri Buku: 0005

KK 507-221-0102011-49-2048-20101 Penerbitan pakej buku teks ini melibatkan kerjasama
ISBN 978-983-49-2048-7 daripada banyak pihak. Sekalung penghargaan
dan ucapan terima kasih ditujukan khusus kepada
Cetakan Pertama 2018 semua pihak yang terlibat:
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2018

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam • Jawatankuasa Penambahbaikan
buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan
lagi ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk Kementerian Pendidikan Malaysia.
atau cara, baik dengan cara bahan elektronik,
mekanik, penggambaran semula mahupun • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan
dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti
atau honorarium. • Jawatankuasa Penyemakan
Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks,
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia oleh:
Dewan Bahasa dan Pustaka, • Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks,
Jalan Dewan Bahasa, dan Bahagian Pembangunan Kurikulum,
50460 Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Telefon: 03-21479000 (8 talian)
Faksimile: 03-21479643 • Jawatankuasa Peningkatan Mutu,
Laman Web: http://www.dbp.gov.my Dewan Bahasa dan Pustaka.

Reka Letak dan Atur Huruf: • Panel Pembaca Luar,
Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muka Taip Teks: Azim • SK Lembah Subang, Selangor.
Saiz Muka Taip Teks: 16 poin
• SK Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Dicetak oleh:
Sinaran Bros Sdn. Bhd., • Planetarium Negara, Kuala Lumpur.
No. 1 & 3, Jalan 118C,
Desa Tun Razak, • Portal MyHealth,
56000 Cheras, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kuala Lumpur.
• Semua pihak yang terlibat dalam proses
penerbitan buku ini.

KANDUNGAN v

PENGENALAN

Unit 1 1
KEMAHIRAN SAINTIFIK
2
• Kemahiran Proses Sains 15
• Kemahiran Manipulatif 21
• Santai Sains 21
• Ingat Semula 22
• Mari Jawab
23
Unit 2
PERATURAN BILIK SAINS 24
26
• Mematuhi Peraturan Bilik Sains 27
• Adakah Saya Mematuhi Peraturan Bilik Sains? 27
• Santai Sains 28
• Ingat Semula
• Mari Jawab 29

Unit 3 49
MANUSIA 50
52
• Jenis Gigi dan Fungsinya 30 • Proses Pencernaan 54

• Struktur Gigi 32 • Urutan Aliran Makanan 55
55
• Gigi Susu dan Gigi Kekal 34 • Pencernaan Makanan 57

• Penjagaan Kesihatan Gigi 37 • Perbuatan yang Mengganggu 59

• Kelas Makanan 40 Pencernaan 60
62
• Pentingnya Makanan Saya 42 • Santai Sains 64
67
• Makanan Seimbang 44 • Ingat Semula 69
69
• Kesan Makanan yang Tidak 47 • Mari Jawab 70

Seimbang 71

Unit 4 72
HAIWAN 74
76
• Pengelasan Haiwan 77
• Tabiat Pemakanan Haiwan 77
• Kegigian Haiwan 78
78
• Perubahan Tabiat Pemakanan Haiwan
• Santai Sains
• Ingat Semula
• Mari Jawab

Unit 5
TUMBUH-TUMBUHAN

• Cara Pembiakan Tumbuh-tumbuhan
• Kepentingan Pembiakan Tumbuh-tumbuhan
• Satu Pokok, Pelbagai Cara Pembiakan
• Teknologi Pembiakan Tumbuh-tumbuhan
• Santai Sains
• Ingat Semula
• Mari Jawab

iii

Unit 6 79
PENGUKURAN
80
• Luas 81
• Mengukur Luas Permukaan Sekata 83
• Menganggar Luas Permukaan Tidak Sekata 85
• Isi Padu 86
• Mengukur Isi Padu Kotak Lohong 88
• Mengukur Isi Padu Cecair 91
• Isi Padu Pepejal Tidak Sekata 93
• Santai Sains 93
• Ingat Semula 94
• Mari Jawab
95
Unit 7
KETUMPATAN 96
98
• Timbul dan Tenggelam 99
• Ketumpatan 102
• Air Menjadi Lebih Tumpat 103
• Aplikasi Ketumpatan dalam Kehidupan 104
• Santai Sains 104
• Ingat Semula
• Mari Jawab 105

Unit 8 106
ASID DAN ALKALI 109
111
• Asid, Alkali dan Neutral 112
• Bahan Berasid, Beralkali dan Neutral 113
• Bahan Berasid, Beralkali dan Neutral di Sekeliling Kita 113
• Pengganti Kertas Litmus 114
• Santai Sains
• Ingat Semula 115
• Mari Jawab
116
Unit 9 120
SISTEM SURIA 122
124
• Ahli Sistem Suria 125
• Suhu Planet 126
• Orbit Planet 126
• Masa Peredaran Planet
• Santai Sains 127
• Ingat Semula
• Mari Jawab 128
129
Unit 10 131
MESIN 133
135
• Takal 136
• Cara Takal Tetap Berfungsi 137
• Kegunaan Takal 137
• Mereka Cipta Model Takal Berfungsi
• Jenis-jenis Takal 138
• Santai Sains
• Ingat Semula
• Mari Jawab

JAWAPAN

iv

PENGENALAN

Buku teks Sains Tahun 3 SK ini ditulis dan dijelmakan berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang terdapat dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Sains Tahun 3. Penulisan buku teks
ini bertujuan untuk memenuhi dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mengintegrasikan pengetahuan,
nilai, Kemahiran Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) dengan pendekatan Science, Technology, Engineering and Mathematics
(STEM) secara eksplisit. Kurikulum standard ini juga bertujuan untuk memberikan
pendidikan yang setanding dengan pendidikan antarabangsa.

Buku teks ini mengandungi sepuluh unit yang merangkumi enam tema, iaitu
Inkuiri dalam Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan Angkasa,
serta Teknologi dan Kehidupan Lestari. Penulisan buku teks ini telah disusun
bertujuan untuk merangsang dan menarik minat murid untuk terus menghayati
pembelajaran sama ada di dalam kelas atau pembelajaran kendiri. Setiap
unit di dalam buku teks ini dimulakan dengan halaman rangsangan, huraian
kandungan pembelajaran, aktiviti, rumusan, penilaian dan aktiviti pengayaan. Bagi
memudahkan pengajaran dan pembelajaran, halaman jawapan untuk setiap unit
disediakan pada akhir buku.

Bagi memastikan matlamat dan objektif Kurikulum Standard Sekolah
Rendah bagi mata pelajaran Sains tercapai, penulisan buku teks ini menekankan
elemen KBAT dan memberi fokus kepada pembelajaran berasaskan inkuiri dan
pembelajaran berasaskan projek. Di samping itu, elemen merentas kurikulum (EMK)
yang sedia ada ditambah lagi dengan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan
serta teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Nilai murni dan sikap positif, serta
budaya kerja yang baik turut diterapkan di dalam buku teks ini.

Selain itu, kurikulum standard bagi mata pelajaran Sains mempunyai strategi
pengajaran dan pembelajaran, iaitu mengutamakan pembelajaran berfikrah,
pemerolehan serta penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan murid ke tahap
optimum. Pendekatan STEM juga digarap secara kontekstual dan autentik bagi
menggalakkan pembelajaran yang harmoni dalam kalangan murid menerusi
aktiviti penyiasatan yang dapat memupuk minat murid ke arah budaya STEM. Minat
dan keseronokan ini dapat dicetuskan melalui persembahan buku teks ini dengan
unsur didik hibur yang digabungjalinkan dengan kandungan pembelajaran.

Sehubungan dengan itu, panel penulis berharap agar buku teks ini dapat
mencetuskan idea kepada guru untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian
pengajaran. Diharapkan murid akan tertarik untuk menggunakan buku ini dalam
pembelajaran mereka.

v

KETERANGAN IKON KBAT

Aktiviti Ria Soalan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT).
Aktiviti yang membantu murid
menguasai standard pembelajaran Awas
melalui kaedah inovasi dan kreativiti
sama ada secara individu, Aspek keselamatan yang
berpasangan atau berkumpulan. perlu murid berikan perhatian
ketika menjalankan aktiviti.
Mari Uji
Maklumat tambahan
Aktiviti sains berasaskan penyiasatan untuk aktiviti
ringkas yang membantu murid pembelajaran yang
menguasai standard pembelajaran. boleh diimbas
dengan peranti
pintar mudah alih.

Santai Sains 85 Pautan halaman
10.1.1 pada buku aktiviti.
Aktiviti pengayaan yang menarik dan
mencungkil daya kreativiti murid NOTA GURU Nombor standard
di samping memberikan keseronokan pembelajaran
kepada murid menghayati kandungan seperti dalam
pembelajaran setiap unit. Dokumen Standard
Kurikulum dan
Ingat Semula Pentaksiran (DSKP).

Nota ringkas berdasarkan kandungan
pembelajaran pada akhir setiap unit.

Mari Jawab Panduan dan maklumat
tambahan yang membantu
Soalan yang bertujuan untuk menilai guru semasa aktiviti pengajaran
kefahaman murid pada akhir dan pembelajaran.
pembelajaran unit.

vi

1 KEMAHIRAN SAINTIFIK

Aishah, Kina, Lim dan Langgi sedang minum petang di warung Pak Mat.

Sedap betul
bau kuih ini!

Rasanya juga
manis.

Mesin pengisar ais
itu berbunyilah.

Sejuknya cendol ini!
Warnanya pun menarik.

Ceritakan pemerhatian yang dibuat oleh Aishah, Kina, Lim dan Langgi
semasa berada di warung Pak Mat.

1

Kemahiran Proses Sains

Memerhati

Memerhati ialah kemahiran menggunakan semua deria untuk
mengumpul maklumat tentang sesuatu objek dan fenomena
yang berlaku.
Apakah deria yang digunakan untuk memerhati dalam situasi
di bawah?

Kuat betul bunyi
letupannya!
Wah, cantiknya
bunga api itu!

Lembutnya kek ini.
Rasanya pun sedap.

Biar ayah cabut
lilinnya dulu. Nanti
berbau asap.

Bagaimanakah deria membantu kamu memerhati?

1.1.1

2

Apakah perubahan yang dapat kamu perhatikan terhadap
pokok semalu dalam situasi di bawah ini?

Sebelum disentuh Semasa disentuh Selepas disentuh

Aktiviti Ria Tekalah Saya

Alat dan Bahan
• penutup mata • kotak

pemadam bunga raya sabun loceng limau nipis

Langkah-langkah
1. Lantik seorang ahli kumpulan sebagai pengawal manakala ahli lain

sebagai pemain.
2. Tutup mata pemain dengan penutup mata.
3. Pengawal meletakkan objek ke dalam kotak tanpa dilihat oleh pemain.
4. Pemain perlu mengambil satu objek daripada kotak dan menekanya

menggunakan semua deria kecuali deria penglihatan.
5. Pengawal mengawasi tekaan pemain. Bagi tekaan yang salah, pemain

diminta membuka penutup mata dan melihat objek tersebut.
6. Tukar pemain lain. Ulang langkah 2 hingga 5 dengan objek yang lain

sehingga pemenang dapat ditentukan.
7. Pemain yang berjaya meneka paling banyak objek dengan betul ialah

pemenang.

Soalan
Apakah deria yang membantu kamu mengenal pasti objek dengan betul
dalam aktiviti ini?

NOTA GURU

• Selain objek yang ditunjukkan, guru boleh menggantikan objek lain 1-2 3
yang sesuai dengan aktiviti ini.

Mengelas

Langgi ingin membantu datuknya menyusun koleksi setem
ke dalam album. Apakah ciri-ciri setem yang dapat kamu
perhatikan?

Banyaknya setem
atuk! Macam mana
nak asingkannya?

Bagaimanakah kamu dapat membantu Langgi mengasingkan
setem-setem tersebut?

Perhatikan, selain warna setem yang
berbeza, bentuk setem juga berbeza.
Oh, maknanya setem boleh
diasingkan mengikut ciri
warna dan ciri bentuk.

1.1.2

4

Koleksi Setem

Bentuk

Segi tiga Segi empat

Apakah ciri-ciri lain yang boleh digunakan untuk mengasingkan
setem-setem tersebut?

Aktiviti Ria Kemas Beg Sekolah

Alat dan Bahan

• buku-buku dalam
beg sekolah

Langkah-langkah
1. Kenal pasti ciri-ciri pada buku-buku yang terdapat di dalam beg

sekolah kamu.
2. Asingkan dan kumpulkan buku-buku tersebut mengikut ciri-ciri yang

telah dikenal pasti.

Soalan

Apakah ciri-ciri lain yang boleh digunakan untuk mengelaskan buku-buku
sekolah kamu selain ciri-ciri yang kamu pilih di atas?

NOTA GURU 35

• Bahan lain yang boleh digunakan untuk aktiviti mengelas adalah seperti
duit syiling, wang kertas, poskad dan kad ucapan.

Mengukur dan Menggunakan Nombor

Mengukur ialah kemahiran membuat pemerhatian
menggunakan nombor dan alat berunit piawai.

Cikgu, macam mana Kita boleh ukur menggunakan
nak ukur masa larian? jam randik digital.

Bagaimanakah
caranya?

Langkah 1 Tekan butang Langkah 2 Tekan
ini untuk butang ini
set semula untuk mula
bacaan mengambil
kepada sifar. bacaan.

Langkah 3 Tekan butang ini Bacaan minit
sekali lagi untuk Bacaan saat
memberhentikan
kiraan masa supaya
bacaan boleh diambil.

Berapakah bacaan masa pada jam randik digital ini?

NOTA GURU

1.1.3 • Terdapat dua jenis jam randik, iaitu jam randik digital dan jam randik

analog.

6 • Bacaan tepat jam randik di atas ialah 3 minit 59.29 saat.

Bagaimanakah cara mengukur panjang dengan betul?

Langkah 1 Langkah 2

Hujung objek diletakkan Kedudukan mata yang betul pada tanda .
pada senggat “0”.

Ukuran panjang yang betul ialah 9 cm.

Mari Uji Mengukur dengan Betul

Alat dan Bahan • jam randik digital • pembaris • klip kertas
• guli
• pensel • kereta mainan

Langkah-langkah

1. Ukur panjang pensel dan klip kertas menggunakan alat pengukur yang

sesuai dengan teknik yang betul.

2. Tolak kereta mainan di atas lantai dan ukur masa pergerakannya

sehingga berhenti.
3. Golekkan guli di atas lantai dan ukur masa pergerakannya sehingga

berhenti.

4. Rekodkan bacaan langkah 1 hingga 3 dengan unit yang betul dalam

Jadual A.

Jadual A

Objek/Aktiviti Ukuran Alat Pengukur Bacaan (Unit)

Pensel Panjang

Klip kertas Panjang

Pergerakan kereta mainan Masa

Pergerakan guli Masa

Soalan

KBAT Bolehkah ukuran panjang digunakan untuk
mengukur masa? Mengapa?

4-5 7

Membuat Inferens

Membuat inferens ialah kemahiran menyatakan kesimpulan awal
yang munasabah untuk menerangkan sesuatu pemerhatian.

Mari kita ikuti perbualan Langgi dan rakan-rakannya di bawah.

Langgi, mengapa pokok ini Mungkin pokok ini disiram
kelihatan hijau dan segar? dengan air setiap hari.

Mungkin juga pokok ini telah Bagus, kamu telah membuat
diberi baja yang mencukupi. inferens atau kesimpulan
awal terhadap pokok ini.

“Mungkin pokok ini disiram dengan air setiap hari” dan
“Mungkin juga pokok ini telah diberi baja yang mencukupi”
ialah inferens terhadap pemerhatian dalam situasi di atas.

1.1.4

8

Kenapa daun Eh, betullah! Agaknya pokok
pokok ini pula Pokok ini juga ini tidak dibaja.
berwarna kelihatan layu.
kuning?

Agaknya pokok Tanahnya Mungkin pokok ini juga telah
ini tak cukup air. juga nampak diserang oleh serangga.
kering.

Berdasarkan situasi di atas, bolehkah kamu nyatakan inferens
terhadap pokok yang layu dan kekuningan?

6-7 9

Inferens yang dibuat terhadap sesuatu pemerhatian mungkin
benar atau tidak benar.

Inferens boleh dibuat berpandukan langkah-langkah berikut.

Pemerhatian Penerangan Kesimpulan
yang munasabah awal

terhadap
pemerhatian

Aktiviti Ria Cerita Bergambar

Alat dan Bahan
• pen penanda
• gam
• kad manila
• majalah
• gunting Awas

Langkah-langkah

1. Pilih dan gunting dua gambar daripada majalah.
2. Tampalkan gambar tersebut di atas kad manila.
3. Bincang dan tulis inferens berdasarkan situasi dalam gambar tersebut.
4. Persembahkan hasil kerja kumpulan kamu di dalam kelas.

Soalan
Apakah perbezaan antara memerhati dengan membuat inferens?

NOTA GURU

• Aktiviti Ria Cerita Bergambar boleh dilakukan dengan kaedah PAK-21

10 ‘One Stay, Three Stray’. 6-7

Meramal

Meramal ialah kemahiran membuat jangkaan tentang sesuatu
peristiwa yang akan berlaku.

Ramalkan keadaan yang akan berlaku jika salah seorang
pemain tidak menggerakkan kakinya dalam permainan ini?

Ramalan yang dibuat mungkin benar atau tidak benar.
Cuba perhatikan pula situasi di bawah.

Apakah ramalan kamu terhadap warna krim yang seterusnya?

1.1.5 7-8 11

Meramal tidak sama dengan meneka kerana ramalan dibuat
berdasarkan pemerhatian, pengalaman lalu, data atau pola.

Ramalkan keadaan yang akan berlaku berdasarkan gambar ini.
Apakah bukti yang menyokong ramalan kamu?
Ramalan juga boleh dibuat lebih daripada satu.
Mari kita perhatikan situasi di bawah.

Apakah ramalan kamu terhadap pergerakan bola itu?

12 7-8

Berkomunikasi

Berkomunikasi ialah kemahiran memberikan penerangan tentang
tindakan, objek atau peristiwa menggunakan perkataan atau
simbol grafik seperti jadual, graf, rajah atau model.

Mari kita lihat contoh di bawah.

Murid tahun 3 telah mengumpulkan maklumat bilangan murid
di dalam kelas mengikut jenis buah-buahan kegemaran mereka.
Maklumat tersebut direkodkan dalam bentuk jadual.

Maklumat daripada jadual juga boleh dipindahkan kepada
bentuk lain seperti carta palang.

Buah-buahan Kegemaran Murid

Bilangan murid Jenis
(orang) buah-buahan
10 kegemaran
8

6
4
2

Betik Durian Pisang Tembikai

1.1.6 9 13

Mari Uji Merekod Maklumat

Alat dan Bahan

• pensel • kertas graf

Langkah-langkah Jadual A

1. Kenal pasti lima jenis hobi murid Hobi Bilangan murid
di dalam kelas. (orang)

2. Kumpulkan maklumat bilangan murid
bagi setiap jenis hobi.

3. Rekodkan maklumat yang dikumpul
seperti dalam Jadual A.

4. Pindahkan maklumat dalam jadual
kepada bentuk komunikasi lain secara
kreatif.

Soalan

Apakah hobi yang paling digemari oleh murid di dalam kelas?

Aktiviti Ria Melakar Wajah

Alat dan Bahan
• pensel • kertas A4

Langkah-langkah
1. Perhatikan wajah rakan kamu.
2. Lakarkan wajah rakan kamu pada sehelai kertas.
3. Labelkan setiap bahagian wajah yang dilakar.
4. Persembahkan lakaran kamu di hadapan kelas.

Soalan
Selain melakar, apakah cara berkomunikasi lain yang boleh dilakukan?

NOTA GURU

• Bentuk komunikasi lain yang kreatif adalah seperti melukis poster,

14 carta bergambar, carta pai dan bercerita. 9

Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam
penyiasatan sains.

Apakah kemahiran manipulatif yang dapat kamu perhatikan
dalam situasi di atas?

15

Menggunakan dan Mengendalikan
Peralatan, Bahan Sains dan Spesimen

Kina dan Lim akan menjalankan satu penyiasatan sains.
Mari kita ikuti perbualan mereka.

Lim, macam mana Oh, cuba Nanti saya
nak tangkap gunakan simpan belalang
belalang? sauk! yang ditangkap
ke dalam botol.

Bolehkah belalang bernafas Kalau macam tu,
di dalam botol yang bertutup? saya gunakan
kain yang
berlubang.

Semasa di padang, tiba-tiba... Saya tangkap belalang.

Kina, apa yang
kamu buat?

1.2.1
1.2.2

16

Berapa ekor belalang Masukkan daun untuk
yang kamu perlukan? Seekor. belalang ini makan.

Cikgu suruh lakarkan Saya telah
belalang ini. selesai melakar
seekor belalang.

Apakah yang perlu dilakukan oleh Kina terhadap belalang
tersebut?

Aktiviti Ria Pepatung Oh, Pepatung!

Alat dan Bahan • kanta tangan • sauk • botol

• gelang getah • kain berlubang • pepatung

Langkah-langkah

1. Tangkap pepatung di taman sains menggunakan sauk.
2. Masukkan pepatung ke dalam botol bertutup dengan kain berlubang.
3. Perhatikan pepatung menggunakan kanta tangan dan lakarkan

di dalam buku latihan Sains.
4. Lepaskan pepatung ke tempat asalnya.

Soalan
Mengapakah kanta tangan digunakan dalam aktiviti ini?

1.2.1 NOTA GURU 10-11 17
1.2.2
1.2.3 • Pepatung boleh digantikan dengan spesimen seperti kupu-kupu,
1.2.4 lipas, semut atau serangga yang lain.
1.2.5

Melakar

Melakar merupakan cara untuk merekodkan maklumat dalam
bentuk gambar rajah. Lakaran hendaklah jelas, tepat dan berlabel.

Cikgu, saya dah tahu melakar
spesimen. Bagaimanakah pula
melakar peralatan sains?

A Melakar Bikar Mari kita lihat
contoh di bawah.
1
2

3 4

1.2.3 larutan
bikar
18

B Melakar Tabung Uji 2
1

3 4

Gunakan saya penutup
untuk membuat tabung uji
garisan. larutan

Setiap lakaran
perlu dilabelkan
dengan betul.

12-13 19

Membersihkan dan Menyimpan Peralatan Sains

Selepas menjalankan penyiasatan sains, kita hendaklah

membersihkan, mengeringkan dan menyimpan peralatan

sains dengan betul.

1 Membersihkan 2 Mengeringkan

3 Menyimpan

Aktiviti Ria Melakar dengan Betul

Alat dan Bahan • pembaris • pensel
• tabung uji • bikar

• kertas A4 • cecair berwarna • 300 mℓ air

Langkah-langkah

1. Isikan cecair berwarna ke dalam tabung uji.
2. Masukkan tabung uji ke dalam bikar yang berisi

300 mℓ air.
3. Lakarkan tabung uji di dalam bikar seperti gambar

di sebelah dengan betul.
4. Labelkan lakaran.
5. Bersihkan tabung uji dan bikar kemudian simpan.

1.2.3 14
1.2.4

20 1.2.5

Santai Sains Belon Ajaib

Langkah-langkah
1. Pasang belon pada hujung bukaan botol.
2. Letakkan botol di dalam bekas berisi ais.
3. Perhatikan hasilnya.
4. Ramalkan perubahan yang akan berlaku

pada belon tersebut selepas dimasukkan
ke dalam bekas berisi air panas. Awas

Apakah hasilnya?
Adakah ramalan kamu benar?

Ingat Semula

1. Kemahiran Proses Sains
• Memerhati.
• Mengelas.
• Mengukur dan menggunakan nombor.
• Membuat inferens.
• Meramal.
• Berkomunikasi.

2. Kemahiran Manipulatif
• M enggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains
dengan betul.
• Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
• Melakar spesimen dan peralatan sains dengan betul.
• Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
• Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.

21

Mari Jawab

Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.

1. Apakah deria yang terlibat untuk 5. Berikan inferens kamu jika
membuat pemerhatian terhadap lampu suluh tidak menyala.
buah durian?
6. Maklumat atau data boleh
dipersembahkan dalam
pelbagai bentuk seperti
jadual, ______, rajah atau
model.

2. Apakah ciri sepunya yang ada 7. Tentukan betul atau salah
pada haiwan di bawah? pada pernyataan yang
berikut:
3. Pembaris ialah alat yang
digunakan untuk mengukur (i) Buang spesimen ke dalam
______ dalam unit sentimeter. singki.

4. Aishah membuat gelang (ii) Gunakan penyepit kayu
tangannya menggunakan untuk memegang tabung
manik berwarna. Ramalkan uji yang panas.
warna manik yang seterusnya.
(iii) Gunakan kuantiti spesimen
yang banyak.

(iv) Labelkan setiap lakaran
spesimen, peralatan dan
bahan sains.

8. Apakah yang harus dilakukan
setelah selesai menjalankan
penyiasatan sains?

KBAT

Rakan kamu membuang
spesimen tanah ke dalam
singki. Apakah tindakan
kamu? Mengapa?

22

2 PERATURAN BILIK SAINS

Sebaik-baik sahaja murid-murid tahun 3 meninggalkan bilik sains,
Si Bikar dan Si Tabung Uji berbual-bual tentang aktiviti yang telah
dijalankan oleh murid-murid tersebut.

Murid-murid tadi
sangat berdisiplin.

Mereka juga tahu Mereka amat
bahawa kita diperbuat berhati-hati semasa
daripada kaca dan menggunakan kita.
mudah pecah.
Kita patut berbangga kerana
mereka mengamalkan peraturan
bilik sains dengan bijak.

Apakah yang akan berlaku sekiranya murid tidak berhati-hati
semasa mengendalikan peralatan kaca di bilik sains?

23

Mematuhi Peraturan Bilik Sains

Peraturan bilik sains perlu sentiasa dipatuhi dan diamalkan.
Apakah peraturan bilik sains yang perlu kita patuhi?

Membuka pintu dan tingkap sebelum memulakan aktiviti

Mengapakah kita perlu
membuka pintu dan
tingkap sebaik-baik sahaja
memasuki bilik sains?

Memakai kasut yang bertutup

Eh, awak tak pakai kasut! Memakai kasut juga merupakan
Bahaya nanti semasa kita peraturan sekolah. Mengapakah
berada di dalam bilik sains. kita perlu sentiasa memakai
kasut ketika berada di dalam
bilik sains?

2.1.1

24

Mengambil peralatan sains dengan cermat dan tertib

Apakah yang
akan terjadi
sekiranya
semua murid
berebut-rebut
semasa
mengambil
peralatan sains?

Menjaga kelengkapan dan peralatan bilik sains

Apakah tindakan
kamu sekiranya
ternampak situasi
seperti ini?

Menutup suis kipas dan lampu apabila meninggalkan
bilik sains

Mengapakah
kita perlu
menutup suis
kipas dan
lampu apabila
meninggalkan
bilik sains?

15-16 25

Adakah Saya Mematuhi Peraturan Bilik Sains?

Peraturan bilik sains dapat mendisiplinkan kita dan boleh
diamalkan dalam kehidupan seharian.

Adakah kamu Mari kita lihat
sentiasa senarai semak
mengamalkan peraturan bilik
peraturan bilik sains di bawah.
sains?

Adakah Saya Mematuhi Peraturan Bilik Sains?

Tandakan peraturan bilik sains yang telah kamu amalkan.

1. Saya beratur sebelum memasuki bilik sains.
2. Saya memakai kasut yang bertutup di dalam bilik sains.
3. Saya tidak makan dan minum di dalam bilik sains.
4. Saya meletakkan beg sekolah di luar bilik sains.
5. Saya membuka pintu dan tingkap apabila masuk ke bilik sains.
6. Saya tidak berlari atau bermain semasa berada di dalam bilik sains.
7. Saya mengambil peralatan sains dengan cermat dan tertib.
8. Saya tidak melakukan aktiviti tanpa arahan guru.
9. Saya segera memaklumkan kepada guru jika berlaku kecederaan

atau kerosakan peralatan sains.
10. Saya membersihkan peralatan sains yang telah digunakan.
11. Saya menutup suis kipas dan lampu apabila meninggalkan bilik

sains.

Tandatangan,

........................................
Nama : ................................
Tarikh : ................................

NOTA GURU

26 • Minta murid menyalin semula senarai semak peraturan bilik sains 1155--1166
di dalam buku latihan Sains.

Santai Sains Kipas Tangan Peraturan Bilik Sains

Langkah-langkah
1. Hasilkan kipas tangan

menggunakan alatan
dan bahan mengikut
kreativiti kamu.
2. Taip dan cetak semua
peraturan bilik sains
yang telah kamu
pelajari, kemudian
tampal pada kipas
tangan tersebut.

Ingat Semula

Peraturan Bilik Sains

1. Sebelum Menjalankan Aktiviti
• Membuka semua pintu dan tingkap sebaik-baik sahaja memasuki
bilik sains supaya mendapat cahaya dan aliran udara yang baik.
• Memakai kasut yang bertutup ketika berada di dalam bilik sains
bagi mengelakkan kecederaan.

2. Semasa Menjalankan Aktiviti
• Mengambil peralatan sains dengan cermat dan tertib bagi
mengelakkan peralatan atau bahan sains terjatuh.
• Tidak menconteng meja dan merosakkan peralatan sains supaya
bilik sains sentiasa bersih dan kemas.

3. Selepas Menjalankan Aktiviti
• Menutup suis kipas dan lampu apabila meninggalkan bilik sains
bagi mengelakkan pembaziran elektrik.

27

Mari Jawab

Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
Mari bermain sambil belajar dengan menjawab soalan-soalan berikut.

Arahan
1. Jawab soalan bermula dari tangga paling bawah.
2. Sekiranya betul, teruskan ke tangga yang berikutnya.
3. Sekiranya salah, sila buat rujukan untuk mendapatkan jawapan.
4. Teruskan menjawab soalan sehingga ke tangga terakhir.

KBAT

Selain di bilik sains, di manakah peraturan ini
boleh diamalkan?

Kamu terlihat rakan menggunakan peralatan
sains yang telah pecah. Apakah tindakan kamu?

Guru mula memberikan arahan supaya setiap
murid mengambil satu kanta tangan dan satu
spesimen. Apakah yang akan berlaku jika:
(i) murid berebut-rebut? (ii) murid beratur?

Bolehkah kita melakar spesimen pada
permukaan meja di bilik sains? Mengapa?

Bagaimanakah suasana di dalam bilik sains jika
aktiviti dijalankan dalam keadaan semua pintu
dan tingkap tertutup?

Nyatakan lima peraturan bilik sains yang perlu
kamu amalkan.

28

3 MANUSIA

Kina sedang makan buah anggur. Apakah yang berlaku pada
buah anggur tersebut?

Argh... Eh, bentuk saya dah
badan saya berubahlah! Apakah
semakin hancur! yang akan berlaku
kepada saya
seterusnya?

Bagaimanakah buah anggur boleh berubah bentuk?

29

Jenis Gigi dan Fungsinya

Manusia mempunyai tiga jenis gigi.
Mari kenali jenis gigi dan fungsinya.

Gigi Taring

Fungsi:
mengoyakkan
makanan

Gigi Geraham

Fungsi: Gigi Kacip
melumatkan
makanan Fungsi:
memotong
Lagu Jom Kenali Gigi makanan

Gigi kacip untuk memotong, Gigi tersusun bantu bertutur,
Gigi taring untuk mengoyak, Barulah cantik nampak menawan,
Gigi geraham untuk melumat, Inilah gigi kita semua.
Semuanya untuk kunyah makanan.
(Irama lagu Papaku Pulang)

Ngap, Ngap, Ngap, Ngap, Ngap,
Ngap, Ngap, Ngap, Ngap

Berdasarkan lagu di atas, cuba kamu
ceritakan tentang jenis gigi dan fungsinya.

3.1.1 17-19

30

Aktiviti Ria Kenali Fungsi Gigi

Alat dan Bahan

• pembaris plastik • pensel • botol • jubin • keratan

Langkah-langkah batang sawi

1.

Potong keratan batang sawi
menggunakan pembaris.
Perhatikan hasilnya.

2.

Cucuk pensel pada keratan
batang sawi, kemudian
koyakkannya.
Perhatikan hasilnya.

3.

Lenyek keratan batang sawi
menggunakan botol sehingga
lumat. Perhatikan hasilnya.

Soalan
1. Apakah yang diwakili oleh pembaris, pensel dan botol?
2. Berdasarkan aktiviti ini, cuba kamu perihalkan fungsi setiap jenis gigi.

31

Struktur Gigi

Aishah sedang memerhatikan giginya di hadapan cermin.

Eee... kerasnya
gigi ini! Apakah
agaknya yang ada
di dalamnya?

Sekiranya sebatang gigi dibuat keratan rentas, apakah struktur
yang dapat diperhatikan? Mari kita lihat struktur gigi di bawah.

Keratan Rentas Struktur Gigi

Enamel
Dentin

Gusi

Saraf
Salur Darah

3.1.2 20

32

Aktiviti Ria Melabel Struktur Gigi

Alat dan Bahan

• pembaris plastik 3 cm

• penggelek • potongan • tanah liat putih,

• benang merah, biru dan kuning botol plastik kuning dan merah

Langkah-langkah

1. Nipiskan tanah 2. Masukkan lapisan

liat putih dengan tanah liat putih

penggelek diikuti kemudian tanah liat

dengan tanah kuning ke dalam

liat kuning. potongan botol

plastik dan tekan.

3. Tanah liat 4. Balut lapisan

merah dibentuk tanah liat merah

seperti huruf ‘U’ dengan tanah

dan diletakkan liat kuning dan

di atas tanah putih. Kemudian

liat kuning. keluarkan daripada

botol plastik.

5. Potong 6. Letakkan benang

model gigi merah dan biru

menggunakan sebagai salur

pembaris. darah, benang

kuning sebagai

saraf di atas

keratan model gigi

kemudian labelkan.

Soalan

Berdasarkan aktiviti di atas, apakah struktur lain yang tiada pada model
gigi tersebut?

33

Gigi Susu dan Gigi Kekal

Mari kita perhatikan situasi di bawah.

Ayah, gigi Apa itu gigi susu dan
adik telah gigi kekal, ayah?
tercabut!

Oh, tak mengapa! Itu hanyalah
gigi susu. Gigi kekal akan
tumbuh menggantikannya.

Mari ayah ceritakan. Manusia mempunyai dua
set gigi, iaitu set gigi susu
dan set gigi kekal.

3.1.3

34

Perbandingan antara Set Gigi Susu
dengan Set Gigi Kekal

Set Gigi Susu Set Gigi Kekal

Ada 20 batang gigi, iaitu: Ada 32 batang gigi, iaitu:
• 8 batang gigi kacip • 8 batang gigi kacip
• 4 batang gigi taring • 4 batang gigi taring
• 8 batang gigi geraham • 20 batang gigi geraham

Lapisan enamel dan Lapisan enamel dan
dentin yang nipis. dentin yang tebal.

Saiz yang kecil dan Saiz yang besar dan
gigi kurang kuat. gigi lebih kuat.

Gigi tidak kekal. Gigi kekal.
Jangka hayat yang pendek. Jangka hayat yang panjang.

Mula tumbuh pada usia 6 bulan Mula tumbuh pada usia 6 tahun
dan lengkap pada usia 3 tahun. dan lengkap pada usia 21 tahun.

Kedua-dua set gigi mempunyai jenis
gigi yang sama, iaitu gigi kacip,
gigi taring dan gigi geraham.

21 35

Aktiviti Ria Banding Beza antara Gigi Susu
dengan Gigi Kekal

Alat dan Bahan
• gam • kertas A4 • gambar set gigi susu dan set gigi kekal
• gunting • pen penanda

Langkah-langkah

1. Setiap murid dalam pasangan perlu mencari maklumat tentang set gigi
yang berlainan.

2. Bandingkan maklumat set gigi yang diperoleh bersama pasangan
masing-masing.

3. Kenal pasti perbezaan dan persamaan antara set gigi susu dengan set
gigi kekal.

4. Hasilkan peta buih berganda menggunakan gambar set gigi
seperti di bawah.

Gigi Susu Gigi Kekal

5. Persembahkan peta buih berganda kamu di hadapan kelas.
Soalan
Adakah kedua-dua set gigi manusia mempunyai struktur yang sama?

KBAT

Apakah yang akan terjadi sekiranya manusia hanya mempunyai
set gigi susu?

NOTA GURU

3.1.3 • Aktiviti Ria Banding Beza antara Gigi Susu dengan Gigi Kekal
3.1.5 dilakukan dengan kaedah PAK-21 ‘Think-Pair-Share’.

36

Penjagaan Kesihatan Gigi

Lim dan abangnya baru sahaja selesai makan.

Mengapakah abang Berkumur dapat
berkumur selepas makan? mengeluarkan
sisa makanan
yang terlekat
di celah gigi.

Mengapakah sisa makanan perlu Jika sisa makanan tidak
dikeluarkan dari celah gigi? dikeluarkan dari celah gigi,
kuman akan membiak dan
merosakkan gigi.

Memberus gigi dan Gigi diberus menggunakan ubat
menggunakan flos juga boleh gigi yang digosokkan di setiap
mengeluarkan sisa makanan. permukaan gigi. Beruslah
Mari abang tunjukkan. sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3.1.4

37

Untuk menggunakan Gigi juga boleh rosak sekiranya
flos, selitkan tali flos kamu kerap makan makanan yang
di celah gigi dan manis dan tidak membersihkannya
gerakkannya untuk dengan cara yang betul.
mengeluarkan sisa
makanan.

Kita juga perlu membuat Jika kita mengamalkan penjagaan
pemeriksaan gigi di klinik kesihatan gigi, gigi kita akan sihat
setiap enam bulan. dan cantik.

Mengapakah amalan harian penjagaan kesihatan gigi penting
kepada kita? Cuba kamu jelaskan.

Terdapat pelbagai teknologi rawatan pergigian seperti:

Tampalan Pendakap gigi Gigi palsu Rawatan akar

Dapatkan maklumat tambahan mengenai teknologi ini dan

persembahkannya secara kreatif di dalam kelas.

3.1.4 22-25
3.1.5

38

Aktiviti Ria Senangnya Membersihkan Gigi

Alat dan Bahan • tanah liat • berus gigi
• blok mainan • benang

Langkah-langkah
1.

Letakkan tanah liat di celah blok
mainan.

2.

Gunakan berus gigi untuk
mengeluarkan tanah liat di celah blok
mainan. Adakah semua tanah liat
dapat dikeluarkan? Mengapa?

3. Letakkan dan gerakkan benang
pada blok mainan yang sama untuk
mengeluarkan sisa tanah liat yang
masih terlekat di celahnya. Adakah
sisa tanah liat dapat dikeluarkan?
Mengapa?

Soalan

1. Apakah yang diwakili oleh blok mainan, tanah liat dan benang?
2. Mengapakah amalan menggunakan flos dan memberus gigi perlu

dilakukan setiap hari?

39

Kelas Makanan

Makanan boleh dikelaskan kepada tujuh kumpulan,
iaitu karbohidrat, protein, lemak, mineral, vitamin,
pelawas dan air.

Karbohidrat Protein Lemak

KELAS Mineral
Vitamin
MAKANAN

Pelawas Bolehkah kamu
Air berikan contoh
makanan lain
bagi setiap kelas
makanan di atas?

3.2.1 26

40

Aktiviti Ria Kelaskan Makanan

Alat dan Bahan • tujuh gambar
hidangan makanan
• kertas mahjung
• kertas A4
• pen penanda

Langkah-langkah

1. Setiap kumpulan akan menerima 2. Kenal pasti makanan bagi
satu gambar hidangan makanan. setiap kelas makanan daripada
gambar hidangan.

3. Bina peta pokok pengelasan 4. Pamerkan hasil kerja di dalam

makanan di atas kertas mahjung. kelas.

Soalan

Kelas makanan apakah paling banyak yang dapat kamu kenal pasti?

3.2.1 NOTA GURU 41
3.2.5
• Aktiviti Ria Kelaskan Makanan dilakukan dengan kaedah PAK-21
‘Gallery Walk’.

• Guru boleh memilih menu yang sesuai untuk tujuh kelas makanan.

Pentingnya Makanan Saya

Aishah melawat Rani yang sakit di hospital.

Rani, saya ada Eh, janganlah begitu!
bawa bubur nasi Kamu perlu makan untuk
untuk kamu. sihat semula.
Marilah makan.

Saya tak naklah. Saya tak Rani, cuba tengok
berselera. Badan saya lemah bubur ini.
dan tak bertenaga.

Bagaimanakah
saya boleh
sihat semula?

3.2.2

42


Click to View FlipBook Version