The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-86062368, 2022-11-12 22:43:46

Mesyuarat Pengurusan HEM 1/2022

Minit HEM 1 2022

SJK T ARUMUGAM PILLAI TEL : 04-4421154/019-4444913
Email : [email protected]
JALAN CINTA SAYANG
08000 SUNGAI PETANI Blog: https://sjktarumugampillaisp.blogspot.com
KEDAH DARUL AMAN.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID KALI KE-1 2022/2023

TARIKH : 20.03.2022
HARI : Ahad
MASA : 11:30 pagi - 1:30 tengah hari
TEMPAT : Dewan Sekolah Tamilmathi SJKT Arumugam Pillai

Kehadiran:
1. Nagendran a/l Subramaniam (Guru Besar)
2. Geetha a/p Pasupathy (PK HEM)
3. Nantah a/l Ponnusamy (PK Koku)
4. Thanaletchemi a/p Nadeson
5. Umavathy a/p Krishnan
6. Malathy a/p Gnauselam
7. Uthravathi a/p Mururgaiah
8. Danaletchumy a/p Annamalai
9. Puvaneswaran a/l Ratnam
10. Vasukee a/p Alagirisamy
11. Sangaran a/l Thangavaloo
12. Habibah Begam binti Muhamad Ismail
13. Kanagawali a/p Ratnam
14. Subathera Devi a/p Permesewan
15. Paidithalli a/p Appallanarasiah
16. Mageswari a/p Vellasamy
17. Kothainayagi a/p K.Ramasamy
18. Maithylyn Mary a/p Doraisamy
19. Yogeswary a/p Krishna Moorthi
20. Rajeswari a/p Nagan @ Thanikachalam
21. Sarasu a/p M.Chelvam
22. Jai Sri Shahila a/p Jewaratnam
23. Ponggody a/p Barathan
24. Puneetha a/p Moorthy

25. Leena Dewi a/p Marimuthu
26. Raja Segar a/l Athimolom
27. Sethubathi a/l Umaganthan
28. Kokilam a/p Gandiappan

Tidak hadir:
1. Sarathamani a/p Subramaniam (PKK) – Quarantine
2. Kogila a/p Sriraman - Tidak sihat
3. Dineeshwary a/p Subramaniam - Tidak sihat
4. Zaiimah Bt Ahmad - Tidak sihat

I. UCAPAN PENGERUSI

1. Naib Pengerusi Pn P.Geetha selaku PKHEM mengalu-alukan kedatangan semua guru ke
mesyuarat HEM kali ke-1 bagi tahun 2022/2023.

2. Beliau menyatakan bahawa banyak program telah dijalankan sepanjang tahun lalu.
3. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama yang telah diberikan dan

berharap akan diteruskan pada tahun 2022/2023.

II. PERUTUSAN GURU BESAR

4. Guru besar menyatakan bahawa segala tugasan bidang Hem telah dilengkapkan dengan
sempurna.

5. Guru-guru harus merekod dan failkan semua maklumat berpandukan perincian tugasan yang telah
diedarkan.

6. Satu set salinan perancangan bidang HEM 2022/2023 diserahkan kepada PK HEM untuk rujukan
pihak pentadbiran.

III. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

7. Setiausaha membaca minit mesyuarat yang lalu.
8. Minit ini telah dicadang oleh Pn.M.Puneetha dan disokong oleh Pn. C.Sarasu.

IV. PERKARA BERBANGKIT

9. Mesyuarat HEM perlu diadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun. Guru-guru perlu mengikuti
Agenda Tetap Mesyuarat yang diberi.

10. Guru Kelas perlu mengemaskini maklumat murid iaitu alamat, nombor telefon, pekerjaan, gaji,
status penjaga 1 dan 2, bilangan tanggungan dan sebagainya dari masa ke semasa.

11. Guru Kelas perlu daftar murid baru dalam APDM manakala maklumat murid yang dipindah akan
dipadam oleh PK HEM atau PPD/JPN.

12. Menukar kelas murid, daftar kelas baru atau padam kelas lama akan dibuat oleh Guru Penyelaras
APDM iaitu Pn.Dineeshwary.

13. Guru Kelas dinasihatkan untuk reset kata laluan APDM bagi memudahkan proses mengemaskini
kehadiran murid oleh PK HEM jika perlu. Kata laluan baru akan direset oleh Pn. Dineeshwary.

14. PK HEM bersedia untuk membantu guru kelas isi eKehadiran sekiranya mereka tidak hadir
ke sekolah, hadir kursus atau mengajar di kelas lain pada waktu pertama.

15. Guru-guru perlu login SSDM dengan id pengguna dan kata laluan yang telah diberi sebelum ini.
16. Guru Besar, PK HEM, Guru Disiplin Sekolah, Guru Bimbingan dan Kaunseling dan guru-guru

diberi id dan kata laluan untuk mengakses sistem SSDM.

17. Guru biasa, guru kelas, guru bimbingan dan kaunseling, guru disiplin, Anggota Kumpulan
Pelaksana (AKP), dan kakitangan sekolah boleh mengakses SSDM dengan id pengguna dan
kata laluan masing-masing.

18. Kebajikan dan bantuan disalurkan secara terancang pada tahun 2021/2022.
19. Bantuan seperti ini akan berterusan pada tahun 2022/2023 daripada kerajaan dan juga bukan

kerajaan (NGO).
20. Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah (SPKS) perlu dibuat 2 kali setahun iaitu pada bulan April

dan September sebelum ini tetapi setahun sekali selepas pendamik Covid-19 iaitu pada bulan
Oktober.
21. Perhimpunan sekolah diadakan seminggu sekali iaitu pada hari Ahad selama 30 minit. Ia
dimasukkan dalam jadual waktu kelas dan induk.
22. Perhimpunan sekolah diuruskan oleh PKHEM, Guru Bertugas dan Pengawas sekolah. Guru
bertugas terdiri daripada 6 - 7 orang guru setiap minggu.
Konsep :
 Termasuk dalam Jadual Waktu, dengan itu;

1. Kehadiran semua guru dan murid
2. Guru Besar dan semua guru berada di hadapan perhimpunan.
23. Unsur ucapan guru bertugas bertema dan berdasarkan visi dan misi sekolah.
24. Penerapan disiplin / kerjasama / penyatuan di semua peringkat dalam instituisi sekolah.
- Memahami arahan asas: sedia, senang diri, rehatkan diri, luruskan barisan, ke kanan lurus.
- Mempraktikkan asas kawad / perhimpunan / keseragaman perlakuan.
- Mematuhi arahan dan menyemai semangat kekitaan dan patriotisme.
- Membudayakan ilmu (pengisian program / aktiviti mengikut arus perdana secara professional )
- Melatih pemimpin dan mencungkil bakat di peringkat sekolah
25. Guru-guru perlu memberi keutamaan kepada waktu mula persekolahan, waktu rehat, waktu akhir
persekolahan dan waktu keluar masuk kelas semasa pengajaran dan pembelajaran.
26. Guru bertugas perlu menjalankan tugas mereka untuk 42 minggu mengikut Jadual Guru Bertugas
yang diberi.
27. Semua guru bertugas mingguan dikehendaki berada di sekolah sebelum 6.45 pagi bagi
tugasan sesi pagi.
28. Guru bertugas mingguan bertanggungjawab dalam kawalan murid pada waktu rehat iaitu 09.40
hingga 10.10 pagi bagi tahun 1, 2, dan 3 dan 10.10 hingga 10.40 pagi bagi tahun 4, 5, dan 6.
29. Semua guru bertugas mingguan bertanggungjawab dalam kawalan murid pada waktu surai
bermula 12.10 tgh hingga 2.00 petang pada hari Ahad dan 1.10 tgh hingga 2.00 petang dari hari
Isnin hingga Khamis.
30. Buku Laporan Harian Guru Bertugas, Buku Laporan Perhimpunan Mingguan, Buku Laporan
Kantin, Buku Kedatangan RMT dan data Budimas hendaklah dilengkapkan dan dihantar kepada
PK HEM pada 1.15 tengahari pada setiap hari.
31.Sebarang perubahan atau masalah hendaklah dimaklumkan kepada Guru Besar, PK 1, PK HEM
atau PK KK.
32. Guru-guru diminta mengikuti Takwim Perancangan Tahunan HEM 2022 / 2023.
33. Dua Jawatankuasa Kelab baharu telah diwujudkan bagi tahun ini iaitu Kelab Pencegahan
Jenayah(KPJ) dan Iklim. Pn G.Kogilam dilantik sebagai Penyelaras Iklim manakala Encik
A.Rajasekaran dilantik sebagai Penyelaras Kelab Pencegahan Jenayah.

V. PENGURUSAN HEM 2022 / 2023

34. Surat pelantikan bidang Hal Ehwal Murid (HEM) telah diedarkan kepada guru-guru yang
memegang jawatan dalam bidang HEM bagi tahun 2022/2023.

35. Guru-guru telah diberi penerangan yang jelas tentang bidang tugas masing-masing.
36. Carta Organisasi, Perancangan Tahunan dan Carta Gant telah disediakan bagi tahun 2022/2023.
37. Guru-guru perlu merujuk dan merancang sesuatu program dalam boring OPPM dan PINTAS

yang sedia ada.
38. Enrolmen Murid Sekolah pada 21.03.2022 adalah seperti berikut:-

BIL NAMA KELAS L P JUMLAH

1 PRASEKOLAH 11 5 16
2 1 GANGGAI 8 4 12
3 1 YAMUNAI 10 11 21
4 1 KAVERI 12 9 21
5 2 GANGGAI 10 13 23
6 2 YAMUNAI 11 11 22
7 3 GANGGAI 17 11 28
8 3 YAMUNAI 13 14 27
9 4 GANGGAI 11 15 26
10 4 YAMUNAI 9 13 22
11 4 KAVERI 11 4 15
12 5 GANGGAI 14 14 28
13 5 YAMUNAI 14 14 28
14 6 GANGGAI 15 13 28
15 6 YAMUNAI 15 13 28
JUMLAH 181 164 345

VI. GARIS PANDUAN PEMBUKAAAN SEKOLAH

39. SOP Covid-19 perlu dipatuhi oleh semua warga sekolah.
40. Para guru diminta menghubungi ibubapa sekiranya terdapat murid yang kurang sihat, demam,

batuk, selsema dan sebagainya dan menghantar murid berkenaan dengan kadar segera.
41. Pemakaian pelitup muka ditekankan dari masa ke semasa.
42. Guru-guru harus memastikan murid-murid sentiasa mematuhi penjarakkan sosial.
43. Guru mata pelajaran terakhir diarah membawa murid-murid sehingga ke kantin/Bilik RBT.
44. Tempat duduk murid dan guru di dalam kelas tidak boleh diubah sewenang-wenangnya.
45. Pelan keluar masuk kelas dan kawasan sekolah perlu diikut.
46. Tanda, label dan pita lekat yang rosak atau tertanggal perlu diperbaharui.

VII. PENGURUSAN KELAS / BILIK DARJAH

47. Berpandukan kepada budaya buka sekolah guru kelas perlu memastikan kerusi dan meja murid
mencukupi dan menyusunkannya dengan kemas dan teratur mengikut penjarakan sosial 1 meter.

48. Guru kelas perlu melekatkan jadual waktu kelas dan senarai nama murid di papan kenyataan.
49. Guru kelas perlu meletakkan sanitizer di pintu masuk kelas.
50. Guru kelas juga perlu menyemak buku teks murid supaya tidak ditinggal di kelas dan perlu

mengembalikannya kepada guru SPBT sekiranya ada.
51. Guru kelas diminta mendapatkan Buku Anekdot Murid (BAM), Pas Keluar Murid, Senarai Nama

Murid RMT dari Penyelaras RMT dan Budimas dari Penyelaras Budimas.
52. Jawatankuasa Kelas (rujuk Buku Pengurusan Sekolah) dan Persediaan Kelas (rujuk Buku

Pengurusan Sekolah – ikut Senarai Semak Persediaan Kelas)
53. Alatan pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam /papan putih, penyeduk sampah,

bakul sampah dan sebagainya hendaklah disediakan dan disimpan di tempat yang sesuai.

54. Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran hendaklah dipamerkan di semua kelas dan bilik
khas.

55. Sudut Bahan Bacaan hendaklah disediakan di tempat yang bersesuaian.
56. Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan tulis (kanan / atas) atau di tempat yang

mudah dilihat.

VIII. eKEHADIRAN / PROFIL MURID / KAD KESIHATAN DAN PERGIGIAN

eKEHADIRAN / APDM
57. Guru Kelas perlu menggunakan sistem APDM untuk menanda kehadiran murid pada setiap hari.
58. Guru kelas perlu mengisi kehadiran murid sebelum pukul 9.00 pagi.
59. eKehadiran sentiasa diawasi oleh Pihak kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan

Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dari masa ke semasa.
60. Sebarang masalah berkaitan dengan kemasukan ekehadiran, guru kelas boleh merujuk PKHEM

dan juga guru APDM sekolah.

KAD KESIHATAN MURID
61. Guru kelas boleh mengambil Kad kesihatan murid daripada PK HEM.
62. Kad kesihatan biru adalah untuk murid tahun 6 sahaja.
63. Bagi kelas Tahun 1,2, 3, 4 dan 5 mereka menggunakan sistem online eRKM.
64. Murid prasekolah boleh menggunakan Buku Kesihatan Murid (Biru).
65. Semua maklumat prasekolah dan Tahun 6 perlu diemail kepada
[email protected].
66. Guru kelas perlu mengemaskinikan buku dan borang kesihatan tersebut.
67. Murid Prasekolah – sediakan borang permohonan kemasukan pra yang didaftar online dan isi

borang morbiditi (soft copy) Nama, Berat, tinggi.
68. Tahun 1 - Sediakan borang permohonan kemasukan Tahun 1 yang didaftar online.

- Borang kebenaran waris suntikan yang telah ditandatangani Hidup.
- Salinan fotostat kad suntikan semasa bayi.
- Guru kelas perlu lengkapkan data murid di APDM termasuk berat dan tinggi.
69. Tahun 6 - Sediakan buku rekod kesihatan murid (RKM) yang sedia ada.
- Isi borang morbiditi (soft copy) nama, Berat, Tinggi
- Maklumat murid di APDM (Nama, No Kad Pengenalan, Nombor Telefon waris, alamat

dan gaji)

IX. RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) / PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS) /
BUDIMAS

70. Cik J. Jai Sri telah dilantik sebagai Guru Penyelaras RMT dan Pn M. Leena telah dilantik
sebagai Penyelaras Program Susu PSS manakala Pn V. Mageswari dilantik sebagai guru
Penyelaras BUDIMAS bagi Tahun 2022/2023.

71. Seramai 152 orang murid dari Tahun 2 hingga 6 mendapat RMT bagi Tahun 2022/2023. Seramai
22 orang murid-murid dari Tahun 2 hingga 6 mendapat BUDIMAS bagi Tahun 2022/2023.
murid-murid Tahun 1 belum dapat RMT dan BUDIMAS. RMT bagi murid Tahun 1 dan cicir, akan
ditentukan dan diumumkan oleh Pihak PPD.

72. Guru bertugas mingguan RMT dan BUDIMAS akan mengawasi pengedaran RMTdan BUDIMAS
murid Tahun 1, 2, dan 3 dari pukul 09.40 pagi hingga 10.10 pagi dan murid Tahun 4, 5 dan 6
sehingga 10.10 hingga 10.40 pagi di kelas masing-masing.

73. Makanan RMTdan BUDIMAS yang dibekalkan kepada murid tidak melebihi 190 hari setahun dan
perlu ditanda dalam buku RMT dan BUDIMAS yang disediakan.(Budimas secara talian)

74. Guru bertugas mingguan RMT juga akan merekod kualiti makanan pada setiap hari dalam buku
Kawalan Mutu Makanan RMT pada setiap hari.

75. Guru Penyelaras RMT juga perlu merekodkan Rekod Prestasi Akademik Murid RMT dua kali
Setahun.

76. Guru Penyelaras perlu mengemaskini papan kenyataan info RMT, Carta Organisasi, Menu RMT,
Perancangan Tahunan RMT dan senarai nama murid RMT bagi tahun 2022/2023.

77. Pengedaran PSS bagi tahun 2022/2023, belum dimaklumkan lagi. Sebarang maklumat akan

dikongsi pada mesyuarat akan datang.
78. Syarat kelayakan = Miskin tegar - isi rumah RM1169.00 dan perkapita RM310.00.
79. Setiap murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang belajar di Sekolah

Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan layak mendapat RMT di seluruh Malaysia.
80. Diminta mematuhi senarai menu yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

(KKM) seperti dalam Buku Panduan Pengurusan Program RMT di muka surat 100-106.
81. Ada 20 menu pilihan sekolah. Namun, hanya pilih 10 menu sahaja untuk digilirkan ikut minggu.

Patuhi format dan senarai menu apabila membuat Dokumen Perjanjian seperti yang
terdapat di muka surat 69-98.
82. Program Susu telah dilaksanakan sehingga bulan Disember tahun 2020.
83. Program Susu tidak dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan 2021/2022 dan sehingga kini.

X. PENGURUSAN DISIPLIN DAN SSDM

84. En A. Rajasegar dilantik sebagai Guru Penyelaras Disiplin Sekolah dan SSDM.
85. Guru Disiplin perlu mengemaskini fail bagi awal tahun 2022/2023.
86. Guru disiplin perlu mempamerkan maklumat berkaitan Disiplin dan Lembaga Pengawas.
87. Pemilihan pengawas telah diadakan bagi tahun 2022/2023. Perjumpaan pertama bersama

pengawas dan pengawas perpustakaan akan diadakan selepas pembukaan sekolah.
88. Sistem SSDM perlu diberi perhatian oleh semua guru pada tahun 2022/2023.
89. Kemasukan kes salah laku dan amalan baik perlu dibuat sepanjang tahun dan disahkan oleh guru

disiplin setiap akhir bulan walaupun tiada kes.
90. Semua guru telah diberi ID dan Katalaluan SSDM pada mesyuarat HEM kali tahun 2022/2023.
91. Catatan dalam Buku Anekdot (salah laku kelas) perlu diberi perhatian pada tahun ini dan Buku

Anekdot tersebut telah diedarkan kepada semua guru kelas.
92. Eviden yang direkodkan dalam Buku Anekdot amat berguna untuk tindakan susulan guru.
93. Penggunaan rotan sama sekali dielakkan dalam penggunaannya.
94. Pas Keluar telah diedarkan kepada guru kelas untuk kegunaan bagi tahun 2022.2023.

XI. BANTUAN MURID (EMK, KWAPM, BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN, EKASIH )

95. Pn R. Kanaga dilantik sebagai Guru Penyelaras Kebajikan Murid / Bantuan Murid (KWAMP,
Bantuan Awal Persekolahan (BAK), EKASIH dan EMK) bagi tahun 2022/2023.

96. PKHEM memberitahu kepada setiausaha kebajikan murid dan bantuan murid untuk
mengadakan program yang berkesan mengikut OPPM dan PINTAS yang disediakan.

97. Beliau juga menyatakan bahawa sebarang bantuan melalui NGO atau sebarang persatuan
hendaklah dimaklumkan kepada pihak JPN dan PPD dengan segera.

98. Permohonan Bantuan EMK 2022 akan dibuka di apd1.moe.gov.my mulai 11 -31 Mac 2022.
99. Beliau juga menyeru setiausaha kebajikan murid, Pn M. Uthravathi supaya menyediakan senarai

nama murid yang memerlukan bantuan.
100. Beliau juga meminta setiausaha bantuan murid untuk mengemaskini maklumat KWAPM.
101. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pn M. Uthravathi kerana berjaya menguruskan

bidang kebajikan murid dan bantuan murid.
102. Guru kelas perlu membantu penyelaras bantuan murid untuk mengemaskini maklumat murid

dalam APDM pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun sepanjang tahun.
➢ permohonan bantuan KWAMP 2022 – guru penyelaras bantuan dan guru kelas – beri

perhatian ) – belum dimaklumkan oleh pihak PPD sehingga kini.
➢ bantuan murid seperti BAP, KWAPM, EKASIH, EMK, RMT diurus dengan tepat dan jujur.
➢ pengakuan penerimaan bantuan perlu diurus dengan tepat dan direkodkan dan

didokumentasikan.
Syarat kelayakan RMT / KWAMP = Miskin - isi rumah RM1169.00 dan perkapita RM310.00.
Syarat kelayakan BAP = isi rumah RM 3000.00 ke bawah

XII. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

103. Pn T. Rajeswari dilantik sebagai Guru SPBT bagi Tahun 2022/2023.
104. PK HEM memuji guru SPBT kerana menjalankan tugasnya dengan baik dan sempurna.

105. Mulai tahun 2018 kegunaan tahun 2019 pesanan buku teks melalui online (e-SPBT). Pesanan
dibuat mengikut enrolmen murid mengikut aliran.

106. Lebihan pesanan buku teks akan dikenakan surat tunjuk sebab oleh bbt. Kekurangan buku
teks (pesanan tambahan): maklum secara manual : minggu ke-3 bulan Januari 2022 (tindakan
penyelaras sPBT sekolah kepada JPNK (salinan kepada Pen.PPD HEM ppdkmy). Rujuk buku
panduan pengurusan SPBT edisi ke-4.

107. Murid berpindah masuk / keluar dalam daerah, luar daerah, luar negeri perlu bawa buku teks
bersama.

108. Guru SPBT diminta mengemaskini bilik boss dan fail.
109. Semua buku teks kena balut menggunakan plastik. Pembalut buku lutsinar. PK HEM & j/kuasa

guru SPBT kena buat pemantauan.
110. Murid kena ganti jika buku hilang atau rosak (mandatori).
111. Pastikan murid bukan warganegara dan murid warganegara tanpa dokumen tidak mendapat

SPBT. (ikut sop).
112. Beli buku teks di pasaran terbuka: Union Book Store, Hasani Book Store dan Arfa Baling.
113. Jumlah Pengawas SPBT bagi Tahun 2022/2023 adalah seramai 20 orang.

XIII. PENGURUSAN PENGAWAS SEKOLAH

114. Pn A. Vasugee dilantik sebagai guru pengawas sekolah bagi tahun 2022/2023.
115. Jumlah pengawas bagi tahun 2022/2023 adalah seramai 63 orang murid.
116. Pemilihan pengawas telah dijalankan berdasarkan kriteria pemilihan yang telah dirangka dengan

jitu dan tepat.

XIV. PENGURUSAN KESIHATAN

117. Ujian Saringan Covid Test telah dijalankan selama 7 minggu Tahun lepas oleh Pn S. Kogila.
118. Murid-murid diedar Borang Ujian Saringan Covid Test dan dijalankan saringan dengan baik.
119. Guru Besar, Guru Kesihatan dan Guru Kelas dipuji kerana menjalankan tugasnya dengan baik.
120. Ujian Saringan Covid Test akan dijalankan pada tahun 2022/2023. Namun, belum dapat apa-

apa maklumat berkaitannya setakat ini.
121. Jururawat akan datang ke sekolah pada 4.04.2022 untuk melihat Murid-murid Prasekolah,

Tahun 1 dan Tahun 6.

XV. PENGURUSAN PROGRAM 3K (KECERIAAN , KESIHATAN , KESELAMATAN)

122. Puan P.Subathera Devi (Keceriaan), PuanB.Ponggody (Kesihatan) dan Puan M.Puneetha
(Keselamatan) dilantik sebagai Penyelaras Jawatankuasa 3K bagi Tahun 2022/2023.

123. PK HEM menyuruh setiausaha 3K untuk mengemaskinikan fail 3K dengan lengkap.
124. PK HEM meminta penyelaras supaya memberi penekanan terhadap keselamatan murid

terutamanya latihan kecemasan & kebakaran diadakan 2 kali setahun.
125. Keceriaan sekolah akan dibuat dengan perancangan yang sistematik.
126. PKHEM telah mengedarkan pelan kecemasan kepada semua guru kelas untuk melekat dalam

kelas masing-masing.
127. Guru-guru juga hendaklah memberitahu murid-murid tentang penggunaan jalan kecemasan.
128. Beliau juga meminta setiausaha 3K untuk mengemaskini laluan kecemasan sekiranya rosak.

➢ kenderaan murid, kakitangan dan pelawat
➢ pondok kawalan keselamatan
➢ sistem penarafan keselamatan sekolah perlu dibuat setahun sekali (bulan okt )
➢ rumusan skor piawaian sekolah selamat tahun 2021 – 100 %

XVI. PENGURUSAN KANTIN

129. Pn A.Vasugee dilantik sebagai Penyelaras Kantin Sekolah bagi Tahun 2022/2023.
PKHEM meminta setiausaha bidang Kantin untuk mengemaskinikan fail dan melaksanakan
program dari masa ke semasa.

130. Maklumat mengenai bidang kantin perlu dipaparkan di sudut sedia ada di kantin sekolah.

131. Guru kantin juga perlu memaparkan makanan yang perlu dijual dan tidak boleh dijual di kantin
sekolah.

132. PKHEM telah mengedarkan buku kendiri kantin kepada guru kantin untuk menandakan pada
setiap hari.

133. Murid-murid tidak akan makan di kantin sekolah. Mereka akan makan di bilik darjah masing-
masing.

134. Mengikut buku panduan pengurusan kantin sekolah sihat terbitan pada tahun 2017.
135. Tatacara pemakaian pengendali makanan ialah tudung, topi, apron, barang kemas, kuku, seluar

panjang, baju lengan panjang : wanita.
136. Kebersihan dapur memasak, apron, susun atur barangan, peti sejuk, cara menyimpan bahan

makanan dalam peti sejuk, lantai, longkang dan sinki perlu diberi keutamaan dari masa ke
semasa.
137. Dilarang penjualan makanan & minuman yang tidak digalakkan dijual di kantin.
138. Sebarang masalah / aduan tentang ketidakpuasan terhadap pihak kantin hendaklah diberitahu
kepada guru besar dan PK HEM.

XVII. BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SEKOLAH PENYAYANG, PPDa

Bimbingan dan Kaunseling

139. Pn. M.Puneetha dilantik sebagai Penyelaras Bimbingan dan Kaunseling bagi Tahun 2022/2023.
140. GBK diminta memberikan tumpuan kepada empat fokus utama iaitu:

▪ Pembangunan sahsiah diri murid
• Peningkatan disiplin diri murid
• Pendidikan kerjaya murid
• Psikososial dan kesejahteraan mental murid
141. GBK boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara
individu atau kelompok.
142. GBK harus mengenalpasti dan membimbing murid yang bermasalah dan berisiko serta
mengadakan bimbingan kepada murid-murid tersebut.
143. GBK mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang telah
diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah digantung /
dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam
bulan dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan.
144. Guru Disiplin mahupun Guru Kelas boleh merujuk kepada GBK tentang murid yang memerlukan
bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin.
145. Seramai 11 orang murid telah dilantik sebagai PRS bagi tahun 2022/2023.
146. GPK juga perlu mengakses dalam SSDM mengikut id dan kata laluan yang diberikan.
147. Guru juga mengadakan program bermotivasi yang melibatkan ibubapa, murid dan juga komuniti
setempat.
148. Program seperti ini perlu diperkasakan melalui sarana PIBK yang melibatkan ibubapa dan
komuniti setempat.

Sekolah Penyayang
149. Pn. Subahtera Devi pula diberi tugas sebagai Guru Sekolah Penyayang bagi tahun 2022/2023.
150. Beliau meminta setiausaha untuk merancang aktiviti yang melibatkan murid-murid sekolah.
151. Segala sumbangan atau kutipan perlu direkodkan.
152. Program-program seperti Sambutan Hari Jadi Murid, Sambut Kedatangan Murid tahun 1

dengan mickey mouse, hadiah dan sebagainya.
153. Setiap program yang dilaksanakan perlu didokumentasikan dengan baik.

Pengurusan PPDa
154. Pn K.Umavathy dilantik sebagai guru PPDa bagi tahun 2022/2023.
155. Bulan antidadah disambut pada bulan Februari setiap tahun.
156. Program-program seperti Anti Dadah atau Bebas Dari Dadah perlu diadakan di sekolah rendah

untuk memberi kesedaran kepada murid-murid.
➢ antara yang perlu beri perhatian sempena bulan antidadah adalah

1. ceramah antidadah
2. pameran antidadah
3. melukis & mewarna poster
4. lawatan ke pusat agensi antidadah dan lain-lain lagi yang bersesuain.
157. semua program yang dirancang perlu didokumentasikan dengan baik.

XVIII. KEBAJIKAN MURID

158. Pn M. Utharavathy dilantik sebagai guru Kebajikan murid bagi tahun 2022/2023.
159. Guru Kelas hendaklah mengenalpasti maklumat;

• Bilangan anak yatim di dalam kelas
• Bilangan murid B40
• Bilangan murid Kehilangan Ibubapa akibat Covod-19
160. Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di kalangan muridnya
yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya.
161. Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan dan menyerahkan derma kepada murid berkenaan
sekiranya berlaku kematian / bencana seperti kematian saudara terdekat (ibubapa) atau diri
sendiri.

XIX. KEBAJIKAN GURU

162. En A. Rajasekar dilantik sebagai Pengerusi Kelab Guru 2022.
163. Penyelaras kebajikan guru perlu merancang aktiviti yang relevan dan bermakna.
164. Kutipan guru sebulan sebanyak RM 30.00 akan dikutip bagi tahun 2022.
165. Perbelanjaan dan baki kebajikan guru perlu dibentangkan pada akhir tahun.
166. Hari jadi guru-guru akan disambut pada tahun ini sebanyak 4 kali setahun iaitu bulan Mac,

Jun, September dan Disember.
167. Kek akan diuruskan pada tahun ini.

XX. PENGURUSAN PRASEKOLAH

Pengurusan Prasekolah
168. Pendaftaran murid prasekolah telah dijalankan. Keutamaan diberi kepada jadual seperti berikut:

BIL TARIKH LAHIR CATATAN
1 02 Jan 2016 hingga 1 Jan 2017
2 02 Jan 2017 hingga 01 Jan 2018 Diberi keutamaan

3 02 Jan 2018 hingga 15 Jan 2019 Diterima jika murid di bil.1 belum
mencukupi
Jika murid di bil.1 dan 2 masih belum
mencukupi ( tidak digalakkan )

169. Sebanyak 40 orang berdaftar bagi tahun 2022/2023.

170. Keutamaan juga diberikan kepada kanak-kanak berpendapatan ibubapa / penjaga dikategorikan

rendah dan sederhana dan juga jumlah tanggungan Ibubapa / pemjaga hendaklah memenuhi

permohonan samada atas talian mulai 01 Mac 2022 hingga 30 April 2022 atau secara manual

mulai 01 Mac 2022 hingga 31 Mei 2022.

171. Pemilihan hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa yang terdiri daripada:-

Guru Besar sekolah – Pengerusi

GPK Pentadbiran – Naib Pengerusi

GPK Hal Ehwal Murid – Setiausaha

Seorang guru Prasekolah – Penolong setiausaha

GPK Kokurikulum – AJK

Guru prasekolah jika melebihi1kelas) – AJK

Seorang wakil PIBG / JKK Kg – AJK

XXI. PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)

172. Pn Habibah Begam dilantik sebagai setiausaha PIBG bagi tahun 2022/2023.
173. PKHEM meminta setiausaha PIBG untuk mengemaskinikan fail bidang tersebut sehingga

Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun ini.
174. Mesyuarat Agung perlu diadakan sebelum 30 Jun bagi tahun 2022.
175. Mesyuarat AJK yang seterusnya akan membincang dan mengesahkan tarikh Mesyuarat Agung

PIBG.
176. Setiausaha PIBG perlu persiapan awal untuk mengendalikan mesyuarat tersebut.

XXII. HAL-HAL LAIN

REKOD SALAHLAKU MURID / KAD PAS KELUAR / ISU BEG BERAT
177. Semua guru kelas telah diedarkan buku Rekod Salahlaku Murid. Buku Rekod Salahlaku itu

ditulis oleh guru kelas dan juga guru matapelajaran dalam kelas.
178. Guru juga menyerahkan buku tersebut sebulan sekali kepada PKHEM untuk penyemakan.
179. Isu berat beg sekolah akan diselesaikan dengan mengedarkan storage box bagi setiap murid.

Buku teks murid akan disimpan dalam kotak tersebut. Murid hanya membawa balik buku jika
terdapat kerja rumah pada hari tersebut.

PROGRAM TRANSISI
180. Hari Pendaftaran Tahun 1 2022/2023 dijalankan pada 19.03.2022 (Sabtu).
181. Seramai 54 murid telah berdaftar bagi Tahun 2022/2023.
182. Jawatankuasa Kerja dan Aturcara Program telah disediakan.
183. Laksanakan tugas yang diberi dengan sempurna bagi melicinkan program.

XXIII. PENUTUP

184. Semua guru diminta mengemaskini fail bidang masing-masing dan hantar kepada PK HEM
untuk melicinkan bidang pengurusan Hal Ehwal Murid bagi tahun 2022/2023.

185. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 tengah hari.

Disediakan Oleh; Disemak Oleh; Disahkan Oleh;

…………………….…… ………………………… ………………………
Cik J.Jai Sri Shahila
( Setiausaha HEM)


Click to View FlipBook Version