PANDUAN GAYA
PENULISAN KERTAS
ILMIAH
disediakan oleh
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
Draf DRP06042015
Pengenalan
Apabila anda menulis bahan ilmiah seperti laporan projek, laporan
penyelidikan tindakan atau artikel untuk jurnal, adalah penting sumber
bahan atau idea orang lain diperakui dengan memetik sumber anda
(cite your source) pada teks dan sumber penuhnya disenaraikan pada
bahagian Rujukan. Sekiranya anda menyalin/meniru bahan atau idea
ke dalam penulisan ilmiah anda tanpa memperakui sumber, anda
dikatakan telah plagiat hasil orang lain dan ia dianggap sangat serius
dikalangan pendidik. Terdapat beberapa panduan gaya penulisan
standard yang digunakan dalam penulisan kertas ilmiah seperti manual
penerbitan American Psychological Association (APA), manual gaya
Chicago dan manual gaya Modern Language Association (MLA). M
anual gaya utama digunakan dalam bidang pendidikan adalah APA
dan panduan lengkap mengenainya terdapat pada Manual Terbitan
APA (2010) yang kini pada edisi keenam. Anda juga boleh memperolehi
maklumat mengenai gaya APA di laman sesawang dan beberapa
pautan yang baik disenaraikan dalam Bibliografi.
1. Menulis Petikan Sumber Rujukan Dalam Teks (Citing Source in Text)
Gaya APA menggunakan sistem nama keluarga pengarang-tarikh
apabila menulis petikan sumber rujukan dalam teks. Sistem ini
membolehkan rujukan yang lengkap dicari dengan mudah pada
bahagian Rujukan.
1
………… teks
… [beberapa perenggan dan ayat]…… Rujukan
…..........
…. menurut kajian Cain dan Abel (2014) kanak-kanak pra
sekolah perlu …..
…………
… [beberapa perenggan dan ayat]……
…..........
Rujukan
……
Cain, Z. A. & Abel, M. B. (2014). The psychology of pre-
primary children in handling stress. Journal of Stress
Management. 16(3), 44-56.
…….
Dalam contoh di atas, Cain dan Abel adalah nama keluarga dua
orang pengarang yang dipetik dalam teks. Maklumat penuh bagi
sumber yang dipetik dalam teks ditulis dalam bahagian Rujukan. Z. A.
bagi Cain dan M. B. bagi Abel adalah singkatan bagi nama penuh
mereka selain nama keluarga. Nama penuh mereka adalah Zacharia
Adam Cain dan McDonald Ben Abel. Perhatikan bahawa pada amnya
nama akhir orang negara barat adalah nama keluarga.
1.1 Cara utama menulis petikan sumber rujukan dalam teks
Terdapat tiga cara utama untuk menulis petikan sumber rujukan
dalam teks:
2
Menurut Jonah dan Mathias (2013), burung stabuti mula dikesan di hutan tropika Mirik,
Indonesia dan …….
Perkataan ‘dan’ digunakan apabila menghubungkan nama pengarang
dalam ayat. Perhatikan bahawa Jonah dan Mathias adalah nama
keluarga dua orang pengarang.
Burung stabuti mula dikesan di hutan tropika Mirik, Indonesia (Jonah & Mathias, 2013)
dan …….
Tanda ‘&’ digunakan apabila nama pengarang diletak dalam
kurungan.
Pada 2013, penyelidikan oleh Jonah dan Mathias menunjukkan bahawa, burung stabuti
mula dikesan di hutan tropika Miri, Indonesia dan …….
Nama pengarang dan tarikh boleh diasingkan di dalam ayat yang
sama.
1.2 Cara menulis dua atau lebih petikan sumber rujukan dalam teks
Apabila dua atau lebih sumber rujukan dipetik dalam teks ia perlu
disusun mengikut susunan menaik nama pengarang pertama setiap
petikan.
Beberapa kajian berkaitan dengan tingkahlaku ini pernah dijalankan (Boris & Spasky,
2014; David, John, & Ahmad, 2012; Zahidi, 2009).
Tanda koma bertindih digunakan untuk mengasingkan setiap petikan
sumber apabila kurungan digunakan.
3
Tiga kajian utama yang pernah dijalankan berkaitan dengan tingkahlaku ini adalah Boris
dan Spasky (2014), David, John, dan Ahmad (2012), dan Zahidi (2009).
Tanda koma digunakan untuk mengasingkan setiap petikan sumber
apabila tiada kurungan digunakan.
Beberapa kajian utama yang pernah dijalankan berkaitan dengan tingkahlaku ini adalah
Boris dan Spasky (2014), David, John, dan Ahmad (2012), dan Zahidi (2009, 2010,
2013).
Perhatikan bahawa Zahidi telah menulis tiga artikel berkaitan dengan
tingkahlaku.
1.3 Cara menulis petikan sumber rujukan dalam teks mengikut bilangan
dan jenis pengarang
Jadual 1 merumuskan cara menulis petikan sumber rujukan dalam
teks mengikut bilangan dan jenis pengarang.
Jadual 1
Cara Menulis Petikan Sumber Rujukan Dalam Teks Mengikut Bilangan dan
Jenis Pengarang
Jenis petikan Petikan Petikan Format Format
pertama seterusnya kurungan, kurungan,
dalam teks dalam teks petikan petikan
pertama seterusnya
dalam teks dalam teks
Hasil oleh Bernard Bernard (Bernard, (Bernard,
seorang (2014) (2014) 2014) 2014)
pengarang
4
Hasil oleh dua Chong dan Chong dan (Chong & (Chong &
Josh (2013) Josh 2013) Josh 2013)
orang Josh (2013)
pengarang
Hasil oleh tiga David, Allen, David et al. (David, Allen, (David et
orang dan Bash (2015) & Bash, 2015) al., 2015)
pengarang (2015)
Hasil oleh McDonald, McDonald (McDonald, (McDonald
empat orang Pitza, et al. (2015) Pitza, et al., 2015)
pengarang Holland, dan Holland, &
Monah Monah, 2015)
(2015)
Hasil oleh Shaun, Shaun et al. (Shaun, (Shaun et
lima orang Maun, (2014) Maun, al., 2014)
pengarang Dominado, Dominado,
Albert, dan Albert, &
Albert (2014) Albert, 2014)
Hasil oleh Jonathan et Jonathan (Jonathan et (Jonathan
enam atau
lebih orang al. (2014) et al. (2014) al., 2014) et al., 2014)
pengarang
Pertubuhan Kementerian KPM (2015) (Kementerian (KPM, 2015)
(mudah Pendidikan Pendidikan
dikesan Malaysia Malaysia
melalui (KPM, 2015) [KPM], 2015)
singkatannya)
sebagai
pengarang
Pertubuhan Universiti Universiti (Universiti (Universiti
(tiada Timbuktu Timbuktu Timbuktu, Timbuktu,
singkatan) (2014) (2014) 2014) 2014)
sebagai
pengarang
Daripada Jadual 1 boleh disimpulkan bahawa apabila petikan
melibatkan lima atau kurang pengarang pada kali pertama, tulis semua
5
nama. Apabila bilangan pengarang melebihi lima orang, tulis nama
pertama diikuti ‘et al’. Sekiranya petikan yang sama diulangi pada kali
kedua dan ke atas, tulis nama pertama diikuti ‘et al.’ apabila bilangan
pengarang tiga atau lebih orang pengarang.
Chong, David dan Raymond (2014) telah menggunakan Perenggan
sama
modul Pembelajaran Berasaskan Masalah sebagai intervensi
dalam kajian mereka untuk ……. [Beberapa ayat lain dalam Perenggan
perenggan sama] …….. Dapatan kajian Chong et al. bercanggah sama
dengan dapatan pengkaji-pengkaji lain seperti ….. Mona dan
Perenggan
Masoud (2015) mendapati bahawa modul PBM sangat sesuai lain
digunakan ….. [Beberapa ayat lain dalam perenggan sama] ……
Mona dan Masoud telah ……
[Perenggan baru] …. Chong et al. (2014) …. Begitu juga
dapatan Mona dan Masoud (2015) …
Perhatikan:
Apabila petikan yang melibatkan tiga atau lebih pengarang
diulang dalam teks, ‘et al.’ digunakan dalam petikan-petikan
seterusnya. Hal ini tidak berlaku untuk dua pengarang.
Apabila petikan diulang dalam perenggan yang sama, tahun
tidak diperlu disebut walaupun petikan melibatkan seorang
pengarang.
1.4 Cara menulis nama pengarang Melayu, Cina dan India
Pada amnya nama keluarga digunakan apabila menulis petikan
sumber rujukan. Sekiranya seseorang pengarang tiada nama keluarga
nama akhir digunakan. Nama keluarga pengarang Negara barat
biasanya adalah nama akhir. Misalnya nama keluarga Alan White
adalah White, dan Gayle adalah nama keluarga bagi Crystal Mary
Gale. Pengarang Cina juga memiliki nama keluarga; Chong adalah
nama keluarga bagi Chong Kah Jin dan Tan adalah nama keluarga
6
bagi Melisa Tan Liew Sin. Bagi pengarang Cina, biasanya nama
pertama adalah nama keluarga.
Orang Melayu dan India biasanya tiada nama keluarga. Dalam
keadaan ini, menurut gaya APA, nama akhir (nama bapa)
menggantikan nama keluarga seperti Ismail untuk Zurida binti Ismail dan
Mudaliar untuk Ganesan Palaniandy a/l Swamikanu Mudaliar. Panduan
oleh Univiersity of Malaya Library (APA Formatting and Style Guide, t.t.)
mencadangkan supaya nama penuh digunakan tetapi tanpa bin, binti,
a/l, a/p dan gelaran yang perolehi dan bukan diwarisi seperti Dr dan
Haji.
Nama Penuh Ditulis sebagai
Abdullah bin Ali Abdullah Ali
Tan Sri Dr Ali bin Hamzah Ali Hamzah
Raja Jamaludin bin Raja Ali Raja Jamaludin Raja Ali
Dr Subramaniam a/l Asirvatham Subramaniam Asirvatham Kovilpillai
Kovilpillai
Phang Sin Nam Phang
Albert Phang Sin Nam Phang
Perhatikan bahawa Raja adalah gelaran yang diwarisi.
Anda akan melihat dua atau lebih sistem digunakan untuk nama
pengarang Melayu dan India dalam kertas ilmiah. Yang penting adalah
gaya perlulah konsisten. Dicadangkan Kampus Ipoh menggunakan
sistem oleh Universiti Malaya untuk nama pengarang Melayu dan India.
7
1.5 Kes-kes khas untuk menyebut tahun dalam petikan
Menurut Zahidi (t.t.), masalah tingkahlaku …
Sekiranya tiada tarikh disebut dalam artikel. Juga boleh digunakan ‘n.d.’
yang merupakan singkatan untuk ‘no date’.
Menurut Zahidi (in press), masalah tingkahlaku …
Artikel yang telah diterima untuk diterbit tetapi belum diterbit.
Menurut Zahidi (2010, 2011), masalah tingkahlaku …
Merujuk kepada dua artikel yang ditulis oleh pengarang yang sama
pada dua tahun yang berlainan.
Menurut Zahidi (2010b, 2010c), masalah tingkahlaku …
Sekurang-kurangnya tiga artikel Zahidi berlainan yang diterbit pada
tahun yang sama (2010) dipetik dan artikel b dan c beliau adalah
berkaitan dalam petikan ini.
1.6 Memetik sumber sekunder
Menurut Alim (seperti disebut dalam Zahidi, 2014, m.s. 14-15) …
Perhatikan bahawa apabila memetik sumber sekunder seperti Alim,
gunakan ‘seperti disebut dalam’ untuk merujuk kepada sumber asal dan
sertakan halaman-halaman berkaitan. Tidak perlu menyebut tarikh
pada sumber sekunder. Hanya ‘Zahidi’ perlu disenaraikan dalam
8
Rujukan. Anda tidak digalakkan untuk menggunakan banyak sumber
sekunder.
1.7 Komunikasi Peribadi
Apabila memetik bahan rujukan yang tidak dapat diperolehi oleh
pembaca lain seperti komunikasi emel, persuratan, memo dan
temubual, hasil komunikasi ini ditulis dalam teks tetapi tidak disenaraikan
di dalam bahagian Rujukan.
Menurut R. P. McKenzie (komunikasi peribadi, April 1, 2015) ramai guru di sekolah
menghadapi masalah memasuki data peribadi mereka ke dalam pangkalan data yang
disediakan oleh Jabatan Pendidikan Kota Kerian.
Dalam contoh di atas, pendidik yang dihubungi adalah Robert Peter
McKenzie. Perhatikan penggunaan singkatan R. dan P. sebelum nama
keluarga.
1.8 Memetik sedutan teks terus dari sumber
Dua kemungkinan wujud untuk keadaan ini: sedutan teks adalah kurang
daripada 40 patah perkataan dan sedutan yang panjangnya 40 atau
lebih patah perkataan.
9
… peranan itu dijelaskan oleh McKensie et al. (2014), “golongan ini Sedutan teks
sering suka bermain ditepi sungai dan oleh itu mereka semua pandai < 40 pata
berenang” (m.s. 54), jadi …. perkataan:
letak dalam
… salah suatu cara untuk menjelaskan fenomena ini adalah baris sama.
“golongan ini sering suka bermain ditepi sungai dan oleh itu mereka Gunakan
semua pandai berenang” (McKensie et al., 2014, m.s. 54). Oleh itu tanda
… petikan.
Walaupun begitu, pengarang lain tidak sependapat: Sedutan teks
panjang:
Di kampong Melewar Kuala Besut, hampir 50% daripada letak dalam
budak kecil tidak dapat berenang walaupun kampong Melewar baris baru
terletak dekat sungai Melewar. Sungai Melewar besar dan sebagai blok
dalam serta mengalir dengan deras. Hakikat ini mungkin yang di ensot
penyebab kepada ibubapa tidak menggalakkan semua anak tanpa tanda
mereka belajar berenang. Lagipun, beberapa kejadian budak petikan.
kecil mati lemas di sungai Melawar pernah berlaku. (Ibrahim,
2013, m.s. 121-124)
10
2. Rujukan
Istillah Rujukan biasanya digunakan dalam kertas ilmiah di mana
semua petikan sumber yang dirujuk dalam teks disenaraikan dengan
lengkapnya di bahagian Rujukan. Sebaliknya, semua rujukan lengkap
yang tersenarai di bahagian Rujukan sepatutnya digunakan sekurang-
kurangnya sekali sebagai petikan sumber di dalam teks. Tujuan senarai
rujukan ini adalah untuk membolehkan pembaca mencari sumber
lengkap bagi setiap petikan yang digunakan dalam teks. Senarai
rujukan perlulah disusun mengikut sususan menaik nama keluarga
pengarang pertama. Istillah Bibliografi (sebagai istillah alternative
kepada Rujukan) biasanya tidak digalakkan untuk digunakan di dalam
kertas ilmiah. Bibliografi mengandungi bahan-bahan lain yang dibaca
serta yang berguna selain daripada sumber yang dipetik dalam teks.
2.1 Cara menulis nama pengarang dalam Rujukan
Nama keluarga diikuti huruf pertama setiap nama dalam nama
penuh. Setiap huruf pertama itu adalah huruf besar dan diikuti tanda
noktah. Seperti mana yang dibincang dalam bahagian 1.5 cara menulis
nama pengarang bagi pengarang Melayu dan India adalah berlainan
sedikit.
Nama Penuh Ditulis dalam teks Ditulis dalam Rujukan
George Kent Bennett sebagai sebagai
Halls Gregory Seashore
Albert Gagne Wesman Bennett Bennett, G. K.
Seashore Seashore, H. G.
Wesman Wesman, A. G.
11
Abdullah bin Ali Abdullah Ali Abdullah Ali
Ali Hamzah
Tan Sri Dr Ali bin Hamzah Ali Hamzah Raja Jamaludin Raja
Ali
Raja Jamaludin bin Raja Ali Raja Jamaludin Subramaniam
Raja Ali Asirvatham Kovilpillai
Dr Subramaniam a/l Subramaniam Phang, S. N.
Asirvatham Kovilpillai Asirvatham Phang, A. S. N.
Kovilpillai
Phang Sin Nam Phang
Albert Phang Sin Nam Phang
2.2 Buku dan Bab dalam Buku
Format: Pengarang, Tarikh, Tajuk Bab (jika ada), Tajuk Buku, Tempat
diterbit serta nama penerbit
Pengarang (Tarikh) Tajuk Bab Tajuk Buku Tempat diterbit:
(jika Nama Penerbit atau
berkaitan) URL atau doi
Susunan Bennett, G. K., Seashore, H. G., & Wesman, A. G. (1972). Buku
menaik Manual of Differential Aptitude Test. New York: The
Psychological Corporation. Bab
ensotan dalam
bergantung Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. (2009). Correlational buku
research. Educational Research. Competencies for Analysis
and Applications (m.s. 194-215). Upper Saddle River, New
Jersey: Pearson Education Inc.
Perhatikan:
Setiap rujukan disusun mengikut susunan menaik.
Ensotan bergantung digunakan bagi setiap rujukan.
12
Simbol ‘&’ dan bukan ‘dan’ digunakan untuk mengasingkan
pengarang.
Tarikh ditulis di dalam kurungan.
Huruf pertama setiap perkataan dalam tajuk buku adalah huruf
besar kecuali perkataan hubungan seperti ‘of’ dan ‘and’. Ia juga
ditulis dalam bentuk italik.
Tajuk bab, jika ada, ditulis sebagai ayat biasa, iaitu hanya huruf
pertama perkataan pertama adalah huruf besar. Perhatikan juga
penggunaan m.s. untuk bab.
2.3 Buku dan Bab buku yang melibatkan penyunting (editors)
Hornet, K., Samson, H., & Yesman, Z. H. (Eds.). (1992). Manual of Similar Aptitude
Test. New York: The Psychological Corporation.
Kay, M. N., Jones, Q. E., & Noman, Q. (2009). Correlational research. Di dalam J.
Quincy, & D. E. Seashore (Eds.), Educational Review. Non-competencies for
Analysis and Applications (m.s. 194-215). Upper Saddle River, New Jersey:
Pearson Education Inc.
Perhatikan:
Bagi buku tambah ‘(Ed.)’ selepas nama pengarang terakhir.
Sekiranya lebih daripada seorang penyunting gunakan ‘(Eds.)’.
Bagi bab dalam buku, sebelum menulis nama buku tulis ‘Di
dalam’. Nama penyunting ditulis dengan huruf nama lain dalam
nama penuh dahulu diikuti nama keluarga. Nama akhir
penyunting diakhiri ‘(Eds.)’.
13
2.4 Pengarang adalah pertubuhan/institusi
Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.
Diperolehi dari http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-
malaysia-2013-2025
Tulis nama pertubuhan sebagai pengarang.
2.5 Bahan Berkala seperti Jurnal, Majalah dan Surat Khabar
Format: Pengarang, Tarikh, Tajuk Artikel, Tajuk Bahan Berkala Serta Jilid,
Nombor isu (jika ada) serta muka surat, doi atau URL laman sesawang
(jika ada)
Pengarang (Tarikh) Tajuk Tajuk Nombor isu doi atau URL
artikel Bahan (jika ada) laman
Berkala serta muka sesawang
Serta (Jilid) surat (jika ada)
Hansen, J. A., Barnett, M., MaKinster, J. G., & Keating, T. (2004). Tiada tanda
The impact of three-dimensional computational modelling on noktah untuk
student understanding of astronomy concepts: a qualitative doi atau URL
analysis. International Journal of Science Education, 26(13),
1555–1575. doi:10.1080/09500690420001673766 Tidak perlu
menyebut
Hoban, G. F. (2007). Using slowmation to engage preservice tarikh ia
elementary teachers in understanding science content dicapai
knowledge. Contemporary Issues in Technology and Teacher
Education, 7(2), 75–91. Dicapai daripada
http://www.citejournal.org/ articles/v7i2general2.pdf
Jabbit, J. R., Cresswell, M., & Ophus, J. (2008). What we know
about the impacts of Web-Quests: A review of research. The
Educators Journal of Online Resources, 16(4), 441–456.
Laxter, J. H. (1989). Children’s understanding of familiar
astronomical events. International Journal of Science
Education, 11, 502–513.
Malika Dexter Subramaniam (2015, Januari 15). Adakah TIMSS
relevan untuk Malaysia? Berita Harian, m.s. E4-E5, E7.
14
Rahim Abdullah Tambi Cik (2015, Februari). Adakah PISA relevan
untuk Malaysia? Dewan Siswa, m.s. 14-16, 27-28.
Perhatikan:
Tajuk artikel ditulis sebagai ayat biasa.
Bagi tajuk jurnal serta jilid huruf pertama setiap perkataan adalah
huruf besar kecuali perkataan hubungan seperti ‘of’ dan ‘and’. Ia
juga ditulis dalam bentuk italik.
Nombor isu, jika ada, ditulis dalam bentuk kurungan dan tidak
berbentuk italik.
Samada sebut doi atau URL, bukan kedua-duanya.
Tiada noktah selepas doi atau URL.
Rujukan URL dimula dengan “Dicapai daripada” (Retrieved from).
Tidak perlu menyebut tarikh URL dicapai kecuali jika bahan yang
dicapai itu sentiasa berubah.
2.6 Prosiding
Black, A. A. (2004, April). Relationship of earth science misconceptions and conceptual
understandings with three types of spatial abilities in university non-science
majors. Kertas dibentangkan dalam Seminar National Association for Research in
Science Teaching (NARST), Vancouver, Canada.
2.7 Bahan yang tidak diterbit seperti Laporan Penyelidikan Tindakan
Siti Hajar Man (2015). Kesejahtertaan subjektif, orentasi matlamat kendiri, keagamaan
dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan penyertaan sekolah di
kalangan remaja. (Laporan Penyelidikan Tindakan yang tidak diterbitkan). Institut
Pendidikan Guru, Kampus Ipoh.
15
2.8 Cara menyenaraikan bilangan pengarang yang ramai
Senaraikan semua pengarang sekiranya bilangan pengarang tidak
melebehi tujuh orang. Sekiranya bilangan pengarang melebihi tujuh,
senaraikan enam pengarang yang pertama diikuti oleh tanda “…” dan
selepas itu pengarang terakhir.
Siti Hajar Man, John Savarimuthu, Chong, K. J., Abdul Manap, Khairuddin Ali
Samsudin, Samy Rasamavi, … Lim, A. L. (2015). Inovasi dalam Pedagogi. Pulau
Pinang: Sasbadi Berhad.
2.9 Cara membezakan pengarang sama yang menerbitkan dua atau
lebih bahan ilmiah dalam tahun yang sama
Chong, K. J. (2015a). Inovasi dalam Pedagogi. Suatu pengenalan. Pulau Pinang:
Sasbadi Berhad.
Chong, K. J. (2015b). Inovasi dalam Pedagogi. Suatu kritikan. Pulau Pinang: Sasbadi
Berhad.
Chong, K. J. (2015c). Kaedah baru mengajar inovasi. Pulau Pinang: Sasbadi Berhad.
Perhatikan penggunaan huruf a, b, dan c.
3. Cara Mempamerkan Maklumat dan Data
Jadual digunakan untuk mempamerkan data manakala Rajah
digunakan untuk mempamerkan maklumat visual seperti graf serta
gambarfoto.
3.1 Jadual
Label serta tajuk ditulis dalam dua baris sebelum jadual disertakan.
Jadual juga perlu diperkenalkan dalam teks terlebih dahulu. Perhatikan
16
Jadual 2 yang merupakan contoh jadual yang mudah. Hanya garis
mendatar digunakan. Jadual diletak pada bahagian kiri kertas. Tajuk
jadual adalah diitalikkan dan tidak mempunyai tanda noktah. Pada
amnya sebuah jadual hanya menggandungi tiga garis mendatar; dua
untuk tajuk dan satu pada bahagian bawah. Garis mendatar
tambahan boleh digunakan sekiranya ia dapat menunjuk maklumat
dalam jadual dengan lebih jelas.
Jadual 2
Statistik Deskriptif Bagi Pembolehubah Bersandar Setiap Kumpulan (Mudah)
Fahaman Tugasan Min Std. N
Konsep Deviation
Paper Sketch 8.52 87
Keupayaan Slowmation 9.01 3.494 84
Mental Paper Sketch
Slowmation 2.852
Motivasi Paper Sketch
Slowmation 5.72 1.523 87
6.15 1.384 84
13.36 1.844 87
14.42 1.650 84
Perhatian: Kotak di luar Jadual 2 bukan sebahagian daripada jadual.
Perhatikan Jadual 3 yang lebih kompleks. Perhatikan bagaimana
garis mendatar pendek digunakan dalam baris pertama. Perhatikan
juga bagaima dua garis mendatar digunakan untuk menunjuk rumusan
data bagi jadual.
17
Jadual 3
Statistik Deskriptif Bagi Pembolehubah Bersandar Setiap Kumpulan (Lebih Kompleks
Daripada Jadual Di Atas)
Min Bagi Tugasan (%)
Paper Sketch Slowmation N
87
Fahaman Konsep 4.87 (87.4) 8.52 (93.2) 84
Keupayaan Mental 87
Motivasi 7.79 (97.4) 9.01 (89.2)
Purata Min
6.25 (92.8) 5.72 (91.7)
6.85 (95.7) 7.81 (90.6)
Perhatian: Kotak di luar Jadual 3 bukan sebahagian daripada jadual.
3.2 Rajah
Perhatikan Rajah 1 yang biasanya diletak pada bahagian tengah.
Label ditulis di bawah rajah. Label Rajah 1 adalah dalam bentuk italik
diakhiri dengan tanda noktah. Tajuk ditulis pada baris yang sama. Tajuk
bagi rajah adalah dalam bentuk ayat biasa dan oleh itu hanya huruf
pertama bagi perkataan pertama adalah huruf besar dan ayat diakhiri
dengan tanda noktah.
18
Rajah 1. Penyelesaian masalah fasa-fasa bulan oleh seorang responden.
Responden telah menggunakan kedua-dua rajah dan teks untuk menunjukkan
penyelesaian.
Perhatian: Kotak di luar Rajah 1 bukan sebahagian daripada rajah.
Rumusan
Panduan ini telah dihasilkan untuk membantu penyelidik baru
supaya cepat membiasakan diri dengan asas gaya APA. Manual
penerbitan APA mengandungi banyak lagi contoh dan maklumat
terperinci untuk membantu anda menulis kertas ilmiah dengan gaya
yang betul dan konsisten. Selain buku American Psychological
Association (2010) anda juga boleh merujuk kepada sumber di laman
sesawang. Beberapa laman sesawang disenaraikan di dalam bahagian
Bibliografi.
19
Bibliografi
American Psychological Association. (2010). Publication Manual of the
American Psychological Association (6th ed.). Washington, D.C.:
Author. (Terdapat dua salinan manual ini di perpustakaan Kampus
Ipoh - 808.06615 PUB).
APA (t.t.). Basics of APA Style Tutorial. Dicapai daripada http://apa.html
APA Formatting and Style Guide (6th ed.) (t.t.). Universiti Malaya Library.
Dicapai daripada www.umlib.um.edu.my/publications/APA-
Guide.pdf
APA Style (t.t.). Dicapai daripada www.apastyle.org/
The Purdue OWL: APA Style (t.t.). Dicapai daripada
https://owl.english.purdue.edu/owl/section/2/10/
20