1 SKRIP RESENSI BUKU Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara, Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara, Selamat pagi ,salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Hadirin sekalian, Tak kenal maka tak cinta. Maka izinkan saya perkenalkan diri saya. Saya, Nor Hazirah Binti Idris, berumur 10 tahun. Anak bungsu dari 5 orang adik beradik, 2 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Ayah saya seorang pesara . Sementara, emak pula seorang suri rumahtangga.
2 Saya belajar dalam Darjah 4 Pintar di sekolah SK Bukit Dinding, Jerantut, Pahang. Alamat sekolah saya, KM18, Jalan Jerantut-Temerloh, 27000 Jerantut Pahang. Kod sekolah CBA2008. Nombor Telefon sekolah saya 09-2667378. Kawan-kawan Hari ini saya ingin menyampaikan Resensi buku cerita kegemaran saya. Buku yang ingin saya kongsikan ini bertajuk GADIS NOVEL LAWAN BUDAK KOMIK. Buku ini ditulis oleh Penulis Kesayangan saya iaitu AIN MAISARAH dan KHAIRIL KAMARUDIN. Buku ini diterbitkan pada tahun 2013 oleh Syarikat Penerbitan BLINK BOOK SDN BHD, di Kuala Lumpur. Harga buku ini sangat mampu milik. Buku ini berharga
3 RM12 untuk Semenjung Malaysia dan RM14 untuk Sabah dan Sarawak. Buku ini mempunyai 104 muka surat. Dalam system perpuluhan Dewey buku ini dikelaskan di bawah Bidang Kesusasteraan dengan nombor Kelas 899.2333 Pereka bentuk kulit buku ini, saudara Azmi, sangat cerdik dalam meletakkan dan menggambarkan keadaan watak utama di muka kulit hadapan buku . Kulit buku ini sangat berwarna-warni. Ditambah dengan adanya gambar watak utama yang bergaya, diletakkan dengan menarik ia sudah tentu menggamit hati dan perhatian saya untuk membacanya Dari rekabentuk muka depan kulit buku ini kita sudah tahu buku ini dibawah kategori genre FIKSYEN.
4 Novel ini bertemakan Perjuangan. Di mana 2 orang ketua kelab yang sangat menyayangi Kelab yang mereka terajui yang telah dibubarkan berjuang untuk menghidupkan semula kelab tersebut agar mereka dapat berkarya menerusi kelab-kelab yang mereka sertai. Menerusi perjuangan tersebut, walaupun kelab mereka tidak dapat dihidupkan semula seperti sebelumnya. Tetapi dengan usaha mereka itu pihak sekolah telah bersetuju menghidupkan semula menerusi pencantuman Kelab-Kelab mereka agar mereka saling bekerjasama dan tidak bercakaran bagi memastikan minat mereka terhadap bidang yang mereka sukai itu terus subur. Kisah dalam buku ini terbagai kepada 10 Bab. Bab Pertama(1) : Dibawah judul bab Bilik Pengetua ini, ia mengisahkan tentang Neela Amara dan Rafizi yang merupakan 2 orang presiden kelab bagi Kelab Novel yang diketuai oleh Neela Amara dan Kelab
5 Komik yang diketuai oleh Rafizi yang mana kelab mereka terajui telah dibubarkan oleh pihak sekolah di sebuah Sekolah Menengah di Sekolah Menengah Sri Bali. Disebabkan rasa tidak puas hati dan amarah yang tidak dibendung mereka telah menyerang kelab-kelab yang tidak dibubarkan dengan mengganggu kelab-kelab lain yang sedang bermesyuarat. Keduanya telah dipanggil ke bilik Pengetua disebabkan masalah yang mereka lakukan. Bab Kedua : Dalam bab ini judulnya: Gadis-gadis novel.
6 Dalam bab ini mengisahkan tuan pengetua telah memberi peluang kepada kedua-dua kelab untuk mereka menunjukkan prestasi terbaik mereka menerusi penjualan buku. Di mana kelab yang berjaya menghasilkan jualan terbanyak akan dikekalkan kewujudan kelab tersebut. Untuk itu ahli kelab Novel telah menconteng mural yang dibuat oleh Komik Bab 3 dibawah judul Budak Komik: Dalam bab ini pula mengisahkan ahli kelab Komik yang telah mensebotaj buku-buku yang terdapat dalam Kelab Novel tersebut dengan gambar-gambar lucah. Ini telah menimbulkan kemarahan ahli kelab Novel
7 Bab 4: Dibawah Judul Pertembungan Pertama ini kedua-dua kelab ini saling membuat promosi yang menarik untuk menarik minat pelajar lain membeli hasil karya mereka. Bab 5: Dalam judul Persembahan Khas. Bab ini mengisahkan Kelab Komik yang telah mempamerkan Cosplay mereka. Cosplay ditunjukkan itu tidak patuhi syariah yang memakan diri mereka. Bab 6 ini diberi tajuk Program Jelajah Sekolah. Dalam bab ini Kelab Novel mempamerkan program Jelajah Sekolah Ain Maisarah. Program yang bertujuan mengajak Penulis terkenal ini datang ke sekolah. Bab7 , diberikan judul Rekod Negara.
8 Dalam bab ini kelab Komik telah menghasilkan mural komik pengajaran. Hasil karya mereka ini mendapat pujian oleh tuan pengetua dan sebahagian dari ahli Kelab Novel. Ini menjadi satu tamparan pada Kelab Novel. Bab seterusnya Bab 8. Dibawah judul Membalas budi ini mengisahkan Presiden Kelab Komik saudara Rafizi yang telah membawa pelukis komik dari Syarikat Blink Book. Bab 9 dibawah tajuk Pertembungan Terakhir ini kedua-dua kelab berusaha disaat-saat akhir untuk mengumpulkan hasil jualan yang terbanyak untuk kelab masing-masing. Dalam bab akhir iaitu bab 10. Watak Penulis yang merupakan Penulis buku ini sendiri iaitu Ain Maisarah telah datang ke sekolah untuk memberi sokongan kepada murid-murid di sekolah tersebut.
9 Atas idea penulis Ain Maisarah dan dipersetujui oleh tuan pengetua. Kedua-dua Kelab tersebut digabungkan untuk mengelakkan perpecahan dan terus menghidupkan kedua-dua kelab yang telah dibubarkan. Dengan cara ini, kelab terus dapat meneruskan minat mereka melalui aktiviti yang dijalankan oleh Kelab. 2 buah kelab yang saling serang menyerang itu telah bergabung dan menjadi ahli kelab baru yang dinamakan KELAB NOMIK . iaitu cantuman nama Novel dan Komik. Kawan-kawan,
10 Menerusi novel ini kita boleh mendapat pengajaran. Dalam novel ini kita mendapat Pengajaran PERTAMA, kawan satu sekolah kita perlulah saling bersahabat dan jangan bergaduh. Pengajaran KEDUA pula, pergaduhan akan menjadikan kita bertindak melakukan perkara buruk. Contohnya Kelab Novel dan Kelab Komik yang saling mensebotaj untuk mencapai kejayaan. Akhirnya perkara ini telah membinasakan kelab masing-masing. Kawan-kawan tahukah mengapa saya suka membaca buku ini? Pertama saya suka membaca novel yang ditulis oleh Ain Maisarah ini. Bahasa yang digunakan oleh penulis mudah saya fahami. Kedua rekabentuk kulit hadapan buku ini sangat menarik. Gambar hadapan kulit buku ini sangat cantik dengan warna yang ceria.
11 Watak-watak yang ada pula sangat menarik hati saya. Watakwatak mereka ini mengingatkan tingkahlaku kakak dan abang saya semasa mereka di sekolah menengah dulu. Di mana mereka sangat berminat dan bersemangat dengan aktiviti sekolah. Ini juga memberi semangat untuk saya membaca. Oleh itu saya syorkan untuk kawan-kawan membaca buku ini. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Sekian. Terima kasih