SIRI KEKELUARGAAN
Sesal dulu pendapatan
sesal kemudian tiada
berguna
IQWAN HAKIM
buku ini dimiliki oleh:
Di ruang tamu, kedengaran bunyi
lantai dihentak kuat. Adam baru
sahaja berumur dua belas tahun,
namun dia sudah pandai memberontak.
Adam akan mewakili sekolahnya dalam
perlawanan bola sepak. Di matanya
ada api dan di dadanya ada gunung
untuk memenangi perlawanan tersebut.
Hari ini Adam menjadi singa kerana
ayahnya tidak membeli but bola sepak
yang baharu. Hatinya hampa bagai
kaca jatuh ke batu.
1
“Ayah memang tidak
pernah menurut kemahuan
Adam, ayah tidak seperti
Ibu” teriak Adam.
“Jangan tinggikan suara
kepada ayah, hormati
ayah” kakak kembarnya
menyampuk.
Adam terus masuk ke 2
dalam bilik selepas
berakhirnya pertengkaran.
Kehidupan keluarga Adam tidak seperti kanak-
kanak yang sebaya dengannya. Kehidupan
keluarga Adam ibarat kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang. Pak Ali merupakan
seorang nelayan. Pak Ali membanting tulang
mencari rezeki untuk menyara keluarga. Musim
tengkujuh menyebabkan hasil tangkapan dan
pendapatan terjejas. Begitulah adattari
kehidupan sebagai seorang nelayan.
3
Berikutan pertengkaran,
Pak Ali teringat peristiwa
pahit mencengkam rindu.
Hatinya mengimbas luka
lama. Perasaannya masih
terpilu oleh luka lama. Adam
masih hijau ketika peristiwa
itu berlaku. Ibu Adam
meninggalkan keluarga.
4
Pada keesokan pagi, Adam bersiap-siap untuk
ke sekolah. Adam tidak banyak bercakap
dengan ayahnya mahupun kakak kembarnya.
Adam terus mengambil beg sekolah dan
berlari keluar dari rumah. Sesudah sampai di
sekolah, Adam tertanya-tanya adakah
ayahnya akan membeli but bola sepak yang
baharu.
5
Di sekolah, Adam akan mengelak untuk
terserempak mahupun bercakap dengan kakak
kembarnya iaitu Siti. Siti dilahirkan dengan
kaki yang tempang. Walaupun tempang, Siti
merupakan pelajar cemerlang di sekolah.
Adam dan Siti ibarat langit dan bumi. Adam
malu dan kesal dilahirkan dalam keluarganya.
Perkataan miskin dan cacat seringkali keluar
daripada mulutnya yang lancang itu.
6
Adam pulang lewat kerana ada latihan bola
sepak. Selepas tamat latihan bola sepak,
Adam ternampak ibunya menunggu
kepulangannya di luar sekolah.
“Mengapa ibu “Ibu mahu bawa kamu
di sini?” tanya beli but bola baharu.”
Adam. balas ibunya sambil
tersenyum.
“Macam mana ibu “Siti beritahu”
tahu?” tanya Adam jawab ibu.
lagi.
7
Apabila Adam masuk ke dalam kereta, ibunya
dapat merasakan ada sesuatu yang tidak
kena. Di sepanjang jalan, Adam hanya
mendiamkan diri.
“Apa yang berlaku
malam tadi?” tanya
ibunya.
“Ada pertengkaran
malam tadi” jawab
Adam.
Setibanya mereka di kedai but bola sepak,
ibunya memberhentikan kereta. Mereka
masuk ke dalam kedai but bola sepak.
Mukanya berisi keriangan.
kedai kasut
8
Adam dan ibunya ke kedai aiskirm. Ketika
Adam sedang menikmati aiskrim, ibunya
berkata, “Adam, walaupun ibu dan ayah
tidak sehaluan lagi, ibu dan ayah sangat
sayangkan kamu”.
“Macam mana kamu
hormati ibu, macam itu
juga kamu perlu hormati
ayah” ujar ibunya lagi.
“Ibu minta maaf kerana
kamu terpaksa melalui
situasi ini. Ibu dan ayah
akan berusaha yang terbaik
untuk kamu. Habiskan
aiskrim kamu. Ibu akan
hantar kamu pulang”.
9
Semenjak ayah dan ibunya berpisah, Adam dan
Siti tinggal bersama Pak Ali. Pak Ali juga
dilahirkan dengan kaki yang tempang. Angin sepoi
bahasa di pinggiran pantai itu menampar pipinya.
Dedaun kelapa di pantai melambainya riang.
Dingin senja menggigit tulang.
Siti menghala ke
beranda dari ruang
tamu lalu menanya
ayahnya, “Apa yang
dirisaukan ayah?”.
“Ayah risau Adam
tidak pulang lagi ke
rumah” jawab Pak Ali.
“Adam keluar bersama
ibu, Siti beritahu ibu
yang Adam mahu but
bola sepak baharu”
balas Siti.
10
Pada senja nan merah, Adam tiba di rumah.
Adam terus melulu ke dalam bilik tanpa
menghiraukan ayahnya dan kakak kembarnya di
beranda. Perlawanan bola sepak akan
berlangsung pada esok hari, jadi Adam tidur
awal. Situasi di rumah masih tegang. Adam
masih belum minta maaf kepada ayahnya.
11
Ayam berkokok menandakan hari baru bermula.
Adam bangun awal kerana semangatnya yang
membara-bara. Perlawanan bola sepak
berlangsung dengan sengitnya. Perjuangan Adam
bak perwira tak kenal tewas. Pasukan bola
sepak sekolah Adam berjaya memenangi
perlawanan tersebut. Adam senyum sampai ke
telinga kerana menjadi penjaring gol kemenangan.
12
Upacara penyampaian hadiah berlangsung
sejurus perlawanan tamat. Adam dipanggil
untuk naik ke pentas menerima trofi pemain
terbaik perlawanan. Ayah dan ibunya juga
dijemput naik ke pentas. Tiba-tiba jeritan
Adam menggoncang bumi.
“Kau turun sekarang,
kau bukan ayah aku”
pekik Adam.
13
Hati Pak Ali bisupilu mendengar teriakan itu.
Pak Ali menggenggam kesedihan bagai
menggenggam emas. Pak Ali turun pentas lalu
pulang ke rumah. Siti berlari sepantas kilat
mengejar Pak Ali yang pulang dengan
menunggang motosikal. Mereka menuju ke luar
sekolah.
14
Bunyi dentuman perlanggaran yang kuat
mengejutkan Adam dan ibunya. Wajah Adam
berubah pucat umpama mayat. Mereka yang
berada di dalam sekolah bergegas ke luar
sekolah. Rupa-rupanya ada berlaku kemalangan.
Darah bercucuran melimpah dan mengalir di
atas jalan raya. Pak Ali dan Siti terkulai layu.
Adam dan ibunya rebah tak bermaya.
15
Siren ambulan menghampiri. Pak Ali dan Siti
dibawakan ke hospital. Nasib tidak menyebelahi Adam
kerana Pak Ali dan Siti meninggal dunia. Jika dilihat
dari raut wajah Adam, terdampar seribu kekesalan.
Adam masih belum sempat minta maaf kepada
ayahnya. But bola sepak baharu itu ditenung tajam
mengenangkan jasa Siti yang memberitahu ibunya akan
kemahuannya. Adam tidak dapat menerima hakikat
bahawa ayahnya dan kakak kembarnya sudah tiada.
16
Hari berganti hari, keadaan menjadi baik.
Adam mula tinggal bersama ibunya. Ibunya
merasakan Adam semakin tenang dan
gembira. Pada hujung minggu, ibunya akan
membawa Adam menziarahi kubur Pak Ali
dan Siti. Ketika sedang berdoa, ibunya
ternampak Adam sedang menangis.
17
“Adam, apa yang
berlaku?” tanya ibunya.
“Oh tak ada apa-apa.
Adam baik-baik saja”
jawab Adam.
“Jadi kenapa kamu
menangis lagi?” tanya
ibunya lagi.
“Adam menyesal kerana
tidak menghormati ayah
dan Siti dan tak
mendengar cakap ibu”
jawab Adam.
18
Selepas beberapa bulan, akhirnya adam dapat
menerima hakikat bahawa ayahnya dan kakak
kembarnya sudah tiada. Namun, rindunya tak
berpenghujung. Jasa ayahnya membanting tulang
setiap hari demi sebutir nasi mulai Adam hargai.
Kekesalan Adam mengajar dirinya untuk lebih
menghargai insan tersayang iaitu keluarga.
Adam berjanji pada dirinya untuk menjadi
hormat dan mendengar cakap.
19
nilai murni:
pengajaran:
SIRI KEKELUARGAAN
Sesal dulu pendapatan
sesal kemudian tiada
berguna
Siri Kekeluargaan menekankan nilai
murni dan dalam buku ini menunjukkan
nilai hormat dan taat kepada anggota
keluarga. Nilai hormat dan taat
kepada anggota keluarga bermaksud
memuliakan setiap anggota keluarga
dengan berinteraksi dan memberi
layanan secara bersopan untuk
mewujudkan keluarga yang harmonis.
publication