1 NAMA JABATAN / UNIT: PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TUGASAN KERJA KURSUS (INDIVIDU) SESI 2023 / SEM 5 Nama : NUR HANI ATHIRAH BINTI RADI Angka Giliran : 2021212350085 Nombor Kad Pengenalan : Kumpulan / Unit : PISMP TESL D JUN 2021 Kod dan Nama Kursus : MPU 3081 PERSATUAN Nama Pensyarah : PUAN SARASWATHY VELLASAMY Tarikh Hantar : 14 JULAI 2023 Tarikh Diterima : (Diisi Oleh Pensyarah) Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami. Tandatangan Pelajar: Jumlah markah: Tarikh : Catatan: Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus pelajar.
2 ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN………………………………………………………………………….3 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN…………………………………………………………..3 3.0 OBJEKTIF KAJIAN……………………………………………………………………..3 4.0 PERSATUAN……………………………………………………………………………3 5.0 OBJEKTIF PERSATUAN………………………………………………………………4 6.0 SEJARAH PENUBUHAN………………………………………………………………4 7.0 CIRI-CIRI PERSATUAN…………………………………………………………….….4 8.0 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN………………………………………………5 9.0 AKTIVITI ATAU PERKHIDMATAN YANG DIAMALKAN………………………….…6 10.0 FOTO-FOTO YANG BERKENAAN…………………………………………………..7 11.0 STRATEGI PENJANAAN SUMBER KEWANGAN………………………………….8 12.0 ANALISIS SWOT………………………………………………………………………..8 12.1 KEKUATAN…………………………………………………………………….………..8 12.2 KELEMAHAN…………………………………………………………………….………8 12.3 PELUANG…………………………………………………………………………..…….9 12.4 ANCAMAN………………………………………………………………………..……....9 12.5 CADANGAN……………………………………………………………………...…..….10 13.0 KESIMPULAN………………………………………………………………….………..10 14.0 RUJUKAN……………………………………………………………………….……….11
3 1.0 PENGENALAN Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, persatuan dan kelab dapat diterjemahkan sebagai beberapa individu dalam sesebuah kumpulan yang mendukung objektif yang sama. Sebagai contoh, kelab Bola Jaring Malaysia merupakan pasukan yang mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk mengharumkan tanah air dalam perlawanan bola jaring di peringkat antarabangsa. Persatuan dan kelab juga boleh diwujudkan di sekolah sama ada sekolah rendah atau pun sekolah menengah. Apabila sesebuah persatuan dan kelab berjaya ditubuhkan, ahli persatuan akan merancang aktiviti dan aktiviti tersebut akan direkodkan sebagai aktiviti tahunan. Oleh itu, aktiviti persatuan dan kelab ini memerlukan peruntukan dana dalam nilai-nilai tertentu untuk menjayakan aktiviti tersebut. 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Sebuah persatuan dan kelab telah dipilih untuk melaksanakan sebuah kajian untuk melengkapi tugasan kerja kursus yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Saya telah memilih sebuah kelab iaitu Kelab Bahasa Iban di Sekolah Kebangsaan Inas. Tujuan utama penubuhan persatuan ini adalah untuk mendedahkan pelajar dengan Bahasa Iban serta menyemai rasa cinta akan budaya masyarakat Iban khususnya. Penubuhan kelab ini juga dapat memberi peluang kepada murid untuk mendidik murid untuk menghormati keistimewaan budaya masyarakat Iban sekali gus mengeratkan perpaduan antara ahli persatuan yang berbilang bangsa. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian kes ini dijalankan adalah untuk; a) Mendalami sejarah penubuhan Persatuan Bahasa Iban SK Inas. b) Mengetahui objektif dan matlamat utama Persatuan Bahasa Iban SK Inas. c) Mengenal pasti bagaimana persatuan ini mendapatkan dana untuk menjalankan aktiviti yang telah dirangka. 4.0 PERSATUAN Berdasarkan maklumat yang telah saya analisis, kaedah dan proses penubuhan persatuan ini ialah melalui pelantikan setiausaha kokurikulum. Setiausaha kokurikulum tersebut kemudian akan mengemukakan satu kertas kerja untuk diusulkan bagi permohonan menubuhkan persatuan di SK Inas. Selepas kertas kerja telah diluluskan, unit kokurikulum akan mengadakan mesyuarat agung untuk berdiskusi mengenai takwim tahunan dan melantik ahli jawatankuasa baharu bagi persatuan bahasa Iban tersebut. Terdapat beberapa isu berbangkit yang telah dibincangkan termasuk perancangan aktiviti, pendaftaran ahli dan pelantikan ahli jawatankuasa.
4 5.0 OBJEKTIF PERSATUAN a) Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Iban dan meningkatkan kebolehan bertutur dalam Bahasa Iban. b) Membantu murid-murid untuk belajar cara berkomunikasi yang sopan dan betul dalam kehidupan seharian. c) Melahirkan generasi yang mengambil tahu asas tarian, pakaian tradisional, makanan, cara hidup, dan muzik tradisional masyarakat Iban. d) Menyuburkan perasaan cinta akan negara bangsa kerana terdiri daripada pelbagai keunikan budaya. e) Mengeratkan perpaduan antara ahli persatuan yang berbilang bangsa. f) Mendidik murid untuk menghormati keistimewaan budaya masyarakat Iban. 6.0 SEJARAH PENUBUHAN Persatuan Bahasa Iban Sekolah Kebangsaan Inas telah ditubuhkan pada tahun 2005. Persatuan ini telah dipelopori oleh Pejabat Pendidikan Negeri Sembilan dan sewaktu perasmian penubuhan tersebut, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri telah diberi tanggungjawab sebagai Yang Di-Pertuan Pengerusi persatuan bahasa Iban ini. Gagasan utama dalam pembentukan persatuan ini berasal daripada idea saudara Jesmine Anak Jabu yang merupakan guru bahasa Iban yang pertama bertugas di SK Inas. Beliau amat berbangga dan memberi sepenuh kepercayaan dalam proses penubuhan persatuan Bahasa Iban yang akan memainkan peranan penting dalam perkembangan akademik serta kebudayaan murid-murid. 7.0 CIRI-CIRI PERSATUAN menguasai kemahiran berbahasa Iban dalam komunikasi seharian di antara murid. membaiki dan mengukuhkan kemahiran dalam bertutur dengan tatabahasa yang betul. menyemai perasaan rasa cinta dan minat terhadap bahasa Iban. memberi peluang kepada murid-murid untuk mempelajari tarian masyarakat Iban. menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis dalam persembahan. meningkatkan keyakinan diri pelajar. Memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman meraikan Pesta Gawai yang diraikan oleh masyarakat Iban. mengekalkan warisan tradisional agar tidak tenggelam dek zaman, melibatkan gabungan dan lawatan sambil belajar. menggalakkan sikap tolong-menolong dalam sesebuah pasukan. memberi peluang kepada murid-murid untuk berkongsi idea dan pendapat.
5 8.0 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN Berdasarkan carta alir berikut, terdapat beberapa langkah untuk menubuhkan sesebuah persatuan. Langkah yang pertama ialah pembentukan jawatankuasa penaja seramai sekurang-kurangnya 10 orang untuk merangka perlembagaan. Kemudian, penasihat persatuan juga telah menyediakan laporan mesyuarat agung pertama. Langkah yang kedua ialah merancang dan membuat kertas kerja dan borang permohonan persatuan kemudian, menyerahkannya kepada BPM. Seterusnya, semakan kertas kerja dan borang telah dilaksanakan dalam tempoh 3 hari bekerja. Sekiranya telah lengkap, penilaian dibuat oleh PAM dalam masa 7 hari bekerja. Setelah penilaian diluluskan, persatuan tersebut telah menjalankan mesyuarat agung yang pertama. Kemudian, laporan mesyuarat agung tersebut
6 dihantar ke BPM dalam tempoh seminggu selepas mesyuarat agung dilaksanakan. Setelah semua proses ini selesai, maka persatuan boleh menjalankan aktiviti tahunan yang telah dirancang. 9.0 AKTIVITI ATAU PERKHIDMATAN YANG DIAMALKAN Terdapat beberapa aktiviti tahunan yang telah dirancang antaranya ialah pertandingan memasak makanan tradisi masyarakat Iban dengan kerjasama pihak sekolah iaitu guru, ibu bapa dan staf sokongan. Sebelum memulakan aktiviti ini, satu taklimat telah diberikan oleh pengerusi persatuan tersebut bagi menerangkan mengenai peraturan pertandingan dan aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan sepanjang program berlangsung. Terdapat 4 kumpulan yang terdiri daripada guru, ibu bapa, staf dan murid-murid. Setiap kumpulan tersebut dikehendaki untuk memasak satu jenis masakan tradisional Iban iaitu, umai, kemiding, manuk pansuh dan hinava ginapan. Aktiviti ini hendaklah dibimbing oleh guru dan staf dalam sesebuah kumpulan. Proses memasak diberi masa selama 1 jam dan penilaian akan dilakukan untuk menentukan para pemenang. Murid-murid kelihatan amat seronok untuk mengikuti aktiviti memasak sekali gus mempelajari alatan dan bahan yang digunakan untuk menyediakan menu tersebut. Terdapat juga aktiviti lain yang telah dilaksanakan iaitu; Penulisan karangan dalam Bahasa Iban Pengenalan tarian Ngajat Pengenalan kepada alat muzik tradisional Meraikan perayaan Hari Gawai Pertandingan busana tradisional tercantik Pengenalan kepada rumah panjang dan perkakas rumah Pengenalan kepada makanan tradisi Sketsa cerita teladan Iban Lawatan ke rumah budaya di Sarawak Jamuan akhir tahun
7 10.0 FOTO-FOTO YANG BERKENAAN Perjumpaan bersama guru besar SK Inas bagi memperoleh maklumat kajian kes.
8 11.0 STRATEGI PENJANAAN SUMBER KEWANGAN Setiap persatuan dan kelab mempunyai pengurusan kewangan bagi memastikan setiap aktiviti berjaya dijalankan dengan kemas dan teratur (Faiz, 2020). Dana dan kewangan merupakan faktor utama untuk menentukan sama ada persatuan tersebut aktif atau tidak. Setiap AJK dalam persatuan dan kelab yang ditubuhkan haruslah sentiasa berfikiran kritis untuk menguruskan kewangan dengan berkesan. Hal ini demikian kerana, setiap aktiviti yang dirangka memerlukan kutipan wang untuk menjayakannya. Berdasarkan analisis yang telah diperoleh dari persatuan bahasa Iban, sumber kewangan dikumpul daripada yuran pendaftaran kelab semata-mata. Oleh itu, sumber kewangan persatuan ini agak terhad. Maka, pengerusi kelab telah mengambil inisiatif lain dengan membuat kutipan wang bulanan sebanyak RM5 untuk sebulan. Selain itu, ahli persatuan juga telah membuat kertas kerja untuk memohon peruntukan daripada pihak kerajaan dan bukan kerajaan, agensi, perbadanan serta orang yang berpengaruh. Setiap ibu bapa juga dialu-alukan untuk memberi sumbangan dana bagi menyokong aktiviti anak-anak mereka. 12.0 ANALISIS SWOT 12.1 KEKUATAN Kekuatan persatuan ini ialah terdapat ramai tenaga pengajar yang boleh mengajar bahasa Iban. SK Inas mempunyai seramai 3 orang guru bahasa Iban yang merupakan anak jati kelahiran bumi kenyalang, Sarawak. Maka, ini memudahkan sesi pembelajaran bahasa Iban dan menjadi tempat rujukan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti kebudayaan Iban yang telah dirangka. Selain itu, persatuan ini juga mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Hal ini demikian kerana persatuan ini membuat kutipan yuran pendaftaran ahli dan yuran bulanan sebanyak RM 5. Di samping itu, persatuan ini juga telah mendapatkan peruntukan sokongan melalui agensi dan perbadanan kerajaan mahu pun bukan kerajaan. Permohonan sumbangan juga telah dibuat kepada pihak-pihak yang berpengaruh bagi mengukuhkan lagi sumber kewangan Persatuan Bahasa Iban SK Inas. 12.2 KELEMAHAN Namun begitu, terdapat juga kelemahan daripada persatuan ini, iaitu kekangan masa daripada guru-guru. Hal ini demikian kerana, guru-guru mempunyai pelbagai tugas yang perlu dilakukan selain daripada sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) di dalam kelas. Setiap orang guru itu telah sedia ada dengan pelbagai tugasan, maka ia akan menjadi beban guru untuk mengendalikan sesebuah persatuan. Sekelompok peneliti telah mengkaji seberapa banyak waktu yang dihabiskan guru sekolah dasar untuk bekerja. Mereka menemukan bahwa rata-rata guru bekerja selama 64.1 jam setiap minggu. Dari waktu itu, 60 peratus dihabiskan untuk tugas sekolah seperti merencanakan pelajaran dan menilai Makala baki 20 peratus jam
9 digunakan untuk hal lain yang tidak terkait langsung dengan sekolah, seperti urusan bukan akademik (Ahmad, A, 2022). Selain itu, penglibatan ibu bapa juga boleh menyukarkan kerja guru kerana boleh menimbulkan isu ketidakadilan, penyalahgunaan kuasa dan gangguan tugas guru. 12.3 PELUANG Pelbagai peluang boleh digunakan oleh persatuan ini dalam usaha untuk meningkatkan sumber kewangan. Antaranya ialah, mendapatkan sumbangan dana daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Guru-guru telah menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka di dalam bilik darjah, ibu dan bapa juga seharusnya memainkan peranan untuk menaikkan semangat dan iltizam pelajar untuk penglibatan yang aktif dalam persatuan (Hamid, 2022). Justeru, adalah bagus sekiranya, sebagai ibu dan bapa yang bertanggungjawab, mereka boleh menyumbang sedikit sumber kewangan untuk membantu pihak sekolah dalam menyediakan infrastruktur yang selesa dan bahan diperlukan untuk pembelajaran anak- anak. Selain itu, alumni sekolah tersebut juga boleh membantu guru untuk menguruskan murid dan menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, alumni sekolah menolong guru dengan membuat hiasan pentas sewaktu pertandingan busana tradisional tercantik diadakan. Hal ini dapat meringankan tugas guru dan melatih para alumni untuk menguruskan sesebuah majlis. 12.4 ANCAMAN Dalam menjayakan sesebuah persatuan, terdapat beberapa ancaman yang perlu dikenalpasti. Antara ancaman tersebut ialah murid sukar untuk mempelajari bahasa Iban kerana bahasa tersebut bukan bahasa ibunda mereka. Selain itu, pihak pentadbiran mungkin tidak bersetuju dengan pelaksanaa program kerana melibatkan pelbagai proses. Sebagai contoh, pelaksanaan aktiviti lawatan sambil belajar di rumah budaya Sarawak melibatkan kos penerbangan, keselamatan, kelulusan daripada ibu bapa, imigresen dan sebagainya. Hal ini akan menyukarkan pihak sekolah untuk menguruskan pelbagai proses sebelum melaksanakan aktiviti tersebut. Di samping itu, masa untuk menjalankan program juga menjadi satu masalah. Hal ini kerana, aktiviti sekolah mungkin mempunyai tarikh yang sama dengan pelaksanaan aktiviti persatuan, maka ini menyebabkan aktiviti terpaksa ditangguh atau dibatalkan serta-merta.
10 12.5 CADANGAN Terdapat beberapa cadangan untuk menambah baik masalah-masalah yang timbul dalam persatuan ini. Antara masalah-masalah tersebut ialah kekangan masa guru. Untuk menyelesaikan masalah ini, guru perlu bijak merangka skop kerja kepada ahli jawatankuasa persatuan. Hal ini demikian supaya guru tersebut tidak terbeban dengan semua kerja. Sebagai contoh, aktiviti tarian tradisional masyarakat Iban, guru telah memilih beberapa tarian yang mudah dan mengajar 5 orang murid dahulu, maka, 5 orang murid tersebut akan bergerak sebagai pelatih tarian dan melatih ahli-ahli persatuan yang lain. Selain itu, bagi isu penglibatan ibu bapa, guru-guru perlu mengehadkan atau membahagikan tugas yang sesuai untuk ibu bapa supaya tidak menimbulkan isu ketidakadilan, atau isu-isu lain. 13.0 KESIMPULAN Tuntasnya, pengurusan kewangan merupakan satu elemen yang amat penting dalam mana-mana organisasi terutama persatuan dan kelab di sekolah. Bukan itu sahaja, malah sumber kewangan ini ditakrifkan sebagai nadi yang menggerakkan setiap perancangan dan pelaksanaan program (Saadiah, 2020). Maka, ahli jawatankuasa persatuan haruslah bijak dalam mencari idea lain untuk menampung perbelanjaan sepanjang program persatuan yang berlangsung. Selain itu, setiap ahli persatuan mestilah melibatkan diri secara aktif dengan melaksanakan tugas masing-masing supaya segala objektif dan matlamat persatuan dapat dicapai dengan jayanya.
11 14.0 RUJUKAN Ahmad, A. (2022, September 4). Beban tugas guru halang transformasi pendidikan. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/beban-tugas-guru-halangtransformasi-pendidikan/ Faiz. (2020). 1.2 Penulisan KKerja & Laporan - PENGURUSAN KEWANGAN. Sites.google.com. https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/penulisankkerja/pengurusan-kewangan Hamid. (2022, August 14). Peranan PIBG Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Di Sekolah. IRujukan.my. https://www.irujukan.my/pibg-persatuan-ibu-bapa-dan-guru/ Saadiah. (2020). Kajian Kes Isu Pengurusan Kewangan Sekolah Rendah - Membalik Buku Halaman 1-40 | AnyFlip. Anyflip.com. https://anyflip.com/yqfbl/ilse/basic