The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sekolah-3606, 2022-06-14 23:33:30

PERATURAN MERENTAS DESA RENDAH

PERATURAN MERENTAS DESA RENDAH

MERENTAS DESA

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

KEJOHANAN ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur
Malaysia ( KOAM ), Peraturan – Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Johor ( MSSJ
) dan Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Johor( MSSJ ).

2. JENIS PERTANDINGAN / KATEGORI / JARAK LALUAN

2.1 Pertandingan akan dijalankan secara Individu dan Berpasukan.

2.2 Kumpulan Umur dan Kategori adalah seperti berikut:

Kategori Peringkat Umur Jarak

A Lelaki bawah 18 tahun 8 km

B Perempuan bawah 18 tahun 6 km

C Lelaki bawah 15 tahun 6 km

D Perempuan bawah 15 tahun 6 km

E Lelaki bawah 12 tahun 4 km

F Perempuan bawah 12 tahun 4 km

..

3. PENGESAHAN PESERTA – PESERTA / TURUTAN KEJOHANAN

3.1 HARI PERTAMA

3.1.1 Melaporkan diri

a) Hari pertama melapor diri akan dilakukan sesi Pengesahan
penyertaan yang akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pertandingan
dengan menunjukkan borang pertandingan.

b) Borang penyertaan yang lengkap setelah disemak hendaklah
dihantar kepada pengelola semasa melaporkan diri. ( jika belum
menghantarnya )

3.1.2 Pengenalan Trek – Pengurus Pasukan

a) Terserah kepada pengurus pasukan sekolah masing-masing

3.1.3 Taklimat Pengurus pasukan

1

a) Pada hari pertama mengikut kesesuaian

b) Nama-nama peserta yang akan mengambil bahagian
dalam semua acara hendaklah disahkan semasa mesyuarat ini.

3.1.3 Pertandingan pada awal pagi

3.1.4 Penyampaian Hadiah

4. PENDAFTARAN PESERTA

4.1 Setiap pelajar yang didaftarkan hendaklah Warga Negara Malaysia dengan 6

peserta bagi tiap kategori.

4.2 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang
Penyertaan Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Butir-butir
tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Majlis
Sukan Sekolah masing-masing.

4.3 Borang penyertaan yang telah dilengkapkan beserta dengan gambar
berukuran pengenalan hendaklah dikemukakan kepada pengelola pada atau
sebelum 7 hari kejohanan.

5. PENETAPAN PUNGUTAN MATA BAGI BERPASUKAN

5.1 Daripada 6 peserta yang berlari, prestasi / pencapaian terbaik 4 orang peserta
yang menamatkan larian akan diambil kira untuk menentukan kedudukan
pasukan.

5.2 Pasukan yang mendapat agreget terendah akan diisytiharkan sebagai
pemenang.

5.3 Jika berlaku seri penamat yang keempat terbaik akan diambil kira bagi
menentukan pemenang.

6. PENENTUAN JUARA KESELURUHAN

6.1 Juara keseluruhan merentas desa adalah berdasarkan kepada jumlah agreget
yang terendah dikumpulkan daripada kedua-dua kategori

6.2 Jika berlaku seri, pasukan lelaki yang mendapat bilangan mata terrendah akan
dikira sebagai pemenang.

2

6.3 Jika berlaku seri jua, tempat kedua dan berikutnya akan diambil kira sebagai
pemenang.

7. HADIAH – HADIAH

7.1 Bagi acara Individu

7.2 Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ke Dua Puluh bagi
setiap kategori.

7.3 Bagi Acara Berpasukan ( dengan 4 hadiah / sijil )

7.3.1 Kategori L 18 : Johan, Naib Johan dan Ketiga
7.3.2 Kategori L 15 : Johan, Naib Johan dan Ketiga
7.3.3 Kategori P 18 : Johan, Naib Johan dan Ketiga
7.3.4 Kategori P 15 : Johan, Naib Johan dan Ketiga
7.3.5 Kategori L 12 : Johan, Naib Johan dan Ketiga
7.3.6 Kategori P 12 : Johan, Naib Johan dan Ketiga

7.4 Piala pusingan akan diberikan kepada kontinjen yang menjadi Johan
Keseluruhan.

8. NOMBOR PESERTA

8.1 Setiap peserta hendaklah memakai nombor pengenalan dibahagian hadapan
dan belakang badan dan hendaklah disematkan pin pada keempat-empat
sudut kain (bawah 12 tahun warna biru muda).

8.2 Penetapan nombor adalah seperti berikut :

BIL NAMA PASUKAN KOD
SEKOLAH
1 SK Taman Sutera (P)
2 SK Skudai Bt. 10 TS 001-051
3 SK Sri Skudai SB 001-051
4 SK Taman Perling SS 001-051
5 SK Seri Perling 2 TP 001-051
SP 001-051

3

6 SK Taman Perling 3 PT 001-051
7 SK Sungai Danga DG 001-051
8 SK Komplek UDA KU 001-051
9 SK Taman Bukit Indah BI 001-051
10 SJK ( C ) Kuo Kuang KK 001-051
11 SJK ( C ) Kuo Kuang 2 ZZ 001-051
12 SJK ( C ) Pei Hwa PH 001-051
13 SK Taman Tun Aminah 1 AS 001-051
14 SK Taman Tun Aminah 2 AD 001-051
15 SK Taman Universiti 1 TU 001-051
16 SK Taman Universiti 2 UD 001-051
17 SK Taman Universiti 3 UT 001-051
18 SK Taman Universiti 4 UE 001-051
19 SK Skudai Baru SU 001-051
20 SK Taman Desa Skudai DS 001-051
21 SK (PK) Tmn Tun Aminah PA 001-051
22 SK Bandar Baru UDA 2 BD 001-051
23 SK Sungai Melayu SM 001-051
24 SK Tasek Utara (P) UP 001-051
25 SK Nong Chik NC 001-051
26 SK Ayer Molek AM 001-051
27 SK Ngee Heng NH 001-051
28 SK T. Abdul Rahman 1 AR 001-051
29 SK T. Abdul Rahman 2 AH 001-051

4

30 SK I. J. Convent JC 001-051
31 SK St. Joseph SJ 001-051
32 SK (P) Sultan Ibrahim SI 001-051
33 SK ( P ) Yahya Awal YA 001-051
34 SK ( P ) Bandar Tinggi BT 001-051
35 SJK ( C ) Foon Yew 2 FY 001-051
36 SK Kampung Pasir KP 001-051
37 SK Pengkalan Rinting PR 001-051
38 SK Taman Bkt. Mewah BM 001-051
39 SK Tmn Impian Emas IE 001-051
40 SK (PK) Princess Elizabeth PE 001-051
41 SK Tmn Tampoi Utama TT 001-051
42 SK Kampong Maju Jaya MJ 001-051
43 SJK ( C ) Tampoi CT 001-051
44 SJK ( C ) St. Joseph CJ 001-051
45 SJK ( T ) Yahya Awal TY 001-051
46 Sek Sri Johor Bahru JB 001-051
47 SK Tmn Bukit Mutiara (P) MP 001-051
48 SK Kempas KM 001-051
49 SK Sri Tebrau KT 001-051
50 SK Majidi Baru MB 001-051
51 SK Mohd Khir Johari KJ 001-051
52 SK Tebrau Bakar Batu TB 001-051
53 SK Taman Suria TM 001-051

5

54 SK Tanjung Puteri TP 001-051
LS 001-051
55 SK Larkin 1 LD 001-051
SA 001-051
56 SK Larkin 2 AT 001-051
FS 001-051
57 SK Taman Sri Amar FT 001-051
FE 001-051
58 SK Angkatan Tentera CK 001-051
PG 001-051
59 SJK ( C ) Foon Yew 1 KG 001-051
MT 001-051
60 SJK ( C ) Foon Yew 3 TD 001-051
CP 001-051
61 SJK ( C ) Foon Yew 4 AG 001-051
BK 001-051
62 SJK ( C ) Kempas Baru
AP 001-051
63 SK Taman Pelangi
SI 001-051
64 SK seri Kenanga DK 001-051
LP 001-051
65 SK seri Melati PL 001-051
MK 001-051
66 SK Perumahan Tampoi 2 PP 001-051

67 SK Taman Cempaka 6

68 SK Taman Anggerik

69 SK Taman Bukit Kempas

70 SK Kompleks Sultan Abu Bakar
(P)

71 SK Sekijang

72 SK Tiram Duku

73 SK Ladang Pendas

74 SK Pendas Laut

75 SK Morni Pok

76 SK Kampong Pulai

77 SK Tanjung Adang TJ 001-051
78 SK Tanjung Kupang GG 001-051
79 SK Taman Selesa Jaya SY 001-051
80 SK Taman Mutiara Rini MR 001-051
81 SK Taman Mutiara Rini 2 MD 001-051
82 SK Skudai Baru 2 SD 001-051
83 SK Gelang Patah GP 001-051
84 SK Taman Nusa Perintis 1 NP 001-051
85 SK Taman Nusantara NT 001-051
86 SJK ( T ) Taman Tun Aminah TA 001-051
87 SJK ( C ) Ping Ming PM 001-051
88 SJK ( C ) Pu Sze PS 001-051
89 SJK ( C ) Ming Terk CM 001-051
90 SJK ( T ) Gelang Patah TG 001-051
91 SJK ( T ) Ladang Rini LR 001-051
92 SK Taman Damai Jaya DJ 001-051
93 SK Taman Damansara Alif DL 001-051
94 SK Madini MN 001 -051
95 SK Islam Hidayah IH 001- 051
96 SK Asam Berepadu AB 001-051
97 Sjkc Thor Burn TR 001 -001
98 SJK (c) Pai Tze PZ 001-051
99 SJK ( C ) Ming Chih MC 001 -051
100 S (A) Matahari MT 001 – 051

7

101 SRI TENBY International School RT 001 – 051

102 Sunway International School SW 001 - 051

8.3 Ukuran Kain : 26 cm x 15 cm

8.4 Ukuran Nombor : 12 cm x 14 cm (Tinggi nombor )
6 cm x 7 cm ( Lebar nombor )
1.5 cm x 2 cm (Tebal nombor )

9. MELAPORKAN DIRI PESERTA

9.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 45 minit sebelum
waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung.

9.2 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka
mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing.

10. MEMANASKAN BADAN

Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan.

11. PAKAIAN

11.1 Peserta hendaklah berpakain sesuai dan kemas sewaktu mengambil bahagian
dan pada majlis penyampaian hadiah.

11.2 Pakaian hendaklah tidak jarang walaupun basah dan tidak menjolok mata.

12. BANTAHAN

Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 KOAM, kecuali perkara
berikut :

12.1 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta yang
tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula,
maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan ( under
protest ) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada MSSJ kelak.

12.2 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah
dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada :

12.2.1 Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan.

8

12.2.2 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan
wang Pertaruhan sebanyak RM 300.00 ( Ringgit Malaysia : Tiga Ratus
Sahaja )

13. HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

13.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang
ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi
Teknik dan Pembangunan Olahraga MSSJ, berhak meminda susunan acara jika
difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan
diberitahu.

13.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak
tercatat dalam Undang-Undang Olahraga KOAM terkini, Peraturan-Peraturan
Am MSSJ atau Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga MSSJ.
Termasuk TIDAK MEMBENARKAN penglibatan pelajar warga asing dalam
kejohanan ini.

14. RAJAH LALUAN MERENTAS DESA

14.1 Dikepilkan sama untuk panduan peserta.

15. HAL – HAL LAIN

15.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan
pegawai-pegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke
tempat-tempat khas tersebut.

15.2 Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-
peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE
ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.

15.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian,
kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda / sebarang
kecederaan lain berlaku :

15.3.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke stadium
15.3.2 Semasa kejohanan dijalankan
15.3.3 Di dalam dan di luar kawasan stadium
15.3.4 Di tempat-tempat penginapan

15.4 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk
mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan
peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.

9

10


Click to View FlipBook Version