MAJLIS
SRIKANDI BERBUDI
TULUS BERBAKTI
14 Oktober 2022 (Jumaat)
11.00 Pagi- 12.30 Tengah hari
Dataran Perpaduan SMK Taman Sri Muda
KATA ALU-ALUAN PENGETUA
Salam Sejahtera.
Sesungguhnya seluruh warga sekolah amat menghargai segala jasa bakti
yang dicurahkan oleh Pn. Rahani, Pn. Nurhidayah, Pn. Noorzihan dan
Pn. Vasandi sepanjang perkhidmatan mereka di SMK Taman Sri Muda.
Saya percaya warga SMK Taman Sri Muda amat merasai kehilangan
keempat-empat guru yang berdedikasi ini. Perasaan ini juga turut sama dirasai
oleh murid-murid yang pernah menjadi anak didik mereka.
Semoga dengan perpindahan ini, Pn. Rahani, Pn Nurhidayah, Pn. Noorzihan dan
Pn. Vasandi akan terus menabur bakti mendidik anak bangsa dan cemerlang
di tempat baru.
Sekian, terima kasih.
ATUR CARA MAJLIS
Masa Aktiviti
10.45 pagi : Kehadiran tetamu
11.00 pagi : Perarakan masuk
11.10 pagi : Ucapan alu-aluan pengacara majlis
: Bacaan Doa
11.15 pagi : Persembahan
11.40 pagi : Ucapan Pengetua
: Ucapan Yang Dirai & Penyampaian Hadiah
- Puan Vasandi a/p Ragavan
- Puan Nurhidayah binti Mohd Pozi
- Puan Rahani binti Abdul Malek
- Puan Noorzihan binti Samah
12.30 tgh hari : Sesi fotografi
: Perarakan Keluar
KENANGAN TERINDAH
BIODATA YANG DIRAI
Nama Penuh : VASANDI A/P RAGAVAN
Subjek Yang Diajar : Sains dan Pendidikan Moral
Tempoh Perkhidmatan di SMKTSM : 2009-2022
Jawatan Disandang : 1. Guru Akademik Biasa
2. Ketua Panitia Sains
BIODATA YANG DIRAI
Nama Penuh : NURHIDAYAH BINTI MOHD POZI
Subjek Yang Diajar : Sains dan Geografi
Tempoh Perkhidmatan Di SMKTSM : 2007-2022
Jawatan Disandang : 1. Penyelaras Tingkatan (2011)
2. Setiausaha Disiplin (2009-2015)
3. Setiausaha Pentadbiran (2014-2018)
4. Penolong Setiausaha PBD (2012-2022)
5. Ketua Panitia (MAC- APRIL 2022)
BIODATA YANG DIRAI
Nama Penuh : RAHANI BINTI ABDUL MALEK
Subjek Yang Diajar : Reka Bentuk Teknologi dan Grafik
Komunikasi Teknikal
Tempoh Perkhidmatan di SMKTSM: 1997-2022
Jawatan Disandang : Ketua Panitia KHB dan RBT
BIODATA YANG DIRAI
Nama Penuh : NOORZIHAN BINTI SAMAH
Subjek Yang Diajar : Perniagaan
Tempoh Perkhidmatan di SMKTSM : 2019 -2022
Jawatan Disandang : Guru Akademik Biasa
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Datuk Magendran M. Munisamy
Pengerusi : Puan Atikah binti Kabol
Naib Pengerusi : Puan Shahida binti Pishol
Setiausaha : Puan Chin Yoke Khim
Naib Setiausaha : Puan Nurul Akmal binti Mohamad Kamar
Bendahari : Puan Nor Surianie binti Mat Daud
Naib Bendahari : Puan Nik Arinawati Hanum binti Mohamad
JAWATANKUASA PELAKSANA
Penyelaras : Pn Atikah Binti Kabol
Persiapan Pentas : Pn Nor Surianie Binti Mat Daud
: Pn Nabilah Binti Abdul Ghafar
Persiapan tempat & Siaraya : En Azman Bin Sharif
: En Ahmad Ridzuan Bin Md Johan
: En Muhammad Izham Bin Hairul Hisam
Pengacara Majlis : Pn Wan Hayati Binti Wan Ismail
: Pn Sivagami A/P Kandasamy
Bacaan Doa : En Muhammad Izham Bin Hairul Hisam
Teks Ucapan Pengetua: Pn Nurul Ain Atiqah Binti Mohamad Rosli
Penyediaan biodata : Pn Chin Yoke Khim
Persembahan : Pn Chin Yoke Khim
Jemputan : Pn Shahida Binti Pishol
Hadiah : Pn Nik Arinawati Hanum Binti Mohamad
: Pn Chin Yoke Khim
: Pn Shahida Binti Pishol
Fotografi & Dokumentasi : Pn Nurul Akmal Binti Mohamad Kamar
Montaj : Pn Nurul Farhana Binti Junus
: Pn Khairunnisa Binti Abdul Wahid
Jamuan : Pn Lailatul Akma Binti Mohd Jamil
Buku Atur Cara : Pn Rosmadia Binti Lamapa
: Pn Norniza Binti Misran
PANTUN PERPISAHAN
Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung,
Hendak membeli tikarlah rotan,
Budi dikenang, bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan.
Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.
SEKALUNG PENGHARGAAN
Kelab Jalinan Mesra
dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih atas kerjasama
dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak
secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan Majlis Srikandi Berbudi, Tulus Berbakti ini .