The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adlinan7, 2021-05-29 03:22:59

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN SEBAGAI TAPAK INTEGRASI DAN WAHANA ETIKA DAN PERADABAN (integrasi makro)

EFOLIO pdf

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
SEBAGAI TAPAK INTEGRASI DAN
WAHANA ETIKA DAN PERADABAN

(PLATFORM INTEGRASI MAKRO)

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

PUAN NATRAH MAT NOOR

ISI KANDUNGAN

AHLI KUMPULAN
OBJEKTIF
PENGENALAN
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN
INTEGRASI NASIONAL
MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN
SEKOLAH WAWASAN
PROGRAM KHIDMAT LATIHAN NEGARA
(PLKN)
RANCANGAN MALAYSIA
WAWASAN 2020
TRANSFORMASI NASIONAL 2050 (TN50)
RUMUSAN
PENGHARGAAN
SUMBER RUJUKAN

AHLI KUMPULAN

--------

OBJEKTIF

--------

PENGENALAN

Usaha negara menuju perpaduan masih lagi merupakan
sebuah impian yang masih belum tercapai sepenuhnya.
Namun begitu naratif Malaysia yang mampu mengekalkan
keamanan dalam kepelbagaian kaum, agama dan budaya
secara relatif berbanding negara-negara termasuk Sri Lanka
(Sirimal 2008), Indonesia (Bertrand 2008), dan Thailand
(Funston 2010) yang berdepan dengan konflik etnik yang
berpanjangan melibatkan kematian serta kemusnahan
infrastruktur beratus juta ringgit. Malaysia telah mencapai
tahap kesepaduan sosial dengan mengekalkan hubungan yang
baik dikalangan etnik yang pelbagai dan mengakui masih
terdapat kekangan yang bersifat ‘stable tensions’ yang boleh
mengubah suasana aman yang dialami kepada suatu keadaan
konflik. Bab ini mengupas usaha kerajaan dari atas ke bawah
(top down) memperkenalkan dasar-dasar yang dilihat sebagai
tapak integrasi penyatupaduan perbezaan etnik dalam
ekonomi, agama, budaya dan sebagainya. Pelan perancangan
pembangunan yang rancak diusaha dan direalisasi oleh
kerajaan membawa bersama matlamat menjadikan Malaysia
makmur dan sejahtera melalui tapak penyatupaduan ini.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

1.MENGIKAT MASYARAKAT UNTUK MERUJUK PADA SATU UNDANG YANG SAMA
UNTUK SESUATU MASALAH SUPAYA TIDAK BERCANGGAH ANTARA SATU
SAMA LAIN.
Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan
Perlembagaan Malaysia 1963, disebutkan bahawa, Bahasa
kebangsaan adalah Bahasa Melayu dan akal kekal seperti itu
seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen.
Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa
“Ugama Islam ialah ugama bagi persekutuan; tetapi agama-
agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di
mana-mana bahagian Persekutuan”.
Perkara 11 mengenai Kebebasan Ugama pula menyatakan
“Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan
ugamanya dan tertaluk kepada Fasal (4), mengembangkan
ugamanya”.

2) MENJAMIN KESTABILAN POLITIK DAN SISTEM
PENTADBIRAN NEGARA.

Penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN)
2016 yang memperuntukkan penubuhan badan yang
dipanggil MKN, membolehkan pihak kerajaan
mengisyhtiharkan kawasan keselamatan, menjelaskan
kuasa-kuasa khas pasukan keselamatan di kawasan
keselamatan dan perkara-perkara berkaitan. Akta ini
Nampak berkesan Ketika pengurusan kes penularan
Covid-19 di Malaysia.

3) MENJAMIN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN
RAKYAT

Hak asasi rakyat seperti kebebasan bersuara dapat
digunakan tetapi tertakluk kepada peruntukkan Akta
Hasutan dan beberapa akta lain. Ini membawa maksud
walaupun setiap rakyat dibenarkan untuk meluahkan
pendapat dan pandangan masing-masing namun ia
masih di bawah undang-undang di mana sekiranya
berlaku unsur hasutan yang boleh menghuru-harakan
keharmonian masyarakat, seseorang masih boleh
diambil tindakan.

4) MELINDUNGI KEPENTINGAN SEMUA KAUM DENGAN
JAMINAN KEADILAN SOSIAL ANTARA KAUM

Contohnya perkara 149 berkenaan perundangan menentang
perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan
ketenteraman awam. Di bawah perkara ini, disebut bahawa
mana-mana perbuatan atau perkataan yang diutarakan,
yang mana boleh menimbulkan perasaan niat jahat dan
permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan
penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan
keganasan maka apa-apa peruntukan undang-undang itu
yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah
tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak
selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5
(Kebebasan Diri), Perkara 9 (Larangan Buang Negeri dan
Kebebasan bergerak), Perkara 10 ( Kebebasan Percakap
Berhimpun dan Berpesatuan) atau Perkara 13 (Hak Terhadap
Harta).

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN
INTEGRASI NASIONAL

‘’

MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha
untuk memperkasakan SK dengan meningkatkan kualiti SK
agar menjadi sekolah pilihan utama ibu bapa tanpa mengira
kaum dan agama. Walaupun pelbagai inisiatif dan program
telah dilaksanakan oleh kerajaan, hasrat dan aspirasi
penubuhan SK untuk menyatupadukan masyarakat berbilang
kaum menghadapi pelbagai cabaran.Brif ini bertujuan
membincangkan isu-isu yang menjadi halangan dan cabaran
dalam hasrat kerajaan memperkasakan SK sebagai sekolah
pilihan pelbagai kaun berserta inisiatif memperkasakan SK
yang telah dan sedang dilaksanakan. Faktor-faktor yang
menjadi penghalang dan cabaran adalah seperti peningkatan
permohonan penubuhan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsan Tamil (SJKT),
pemasuhan kuota kemasukan murid warganegara Malaysia,
pelaksanaan Dasar Memartabatkan BahasaMalaysia
Memperkukuh Bahasa Inggeris dan perkembangan
homeschooling. Matlamat brif ini adalah untuk mendapatkan
pandangan daripada ahli Majlis Penasihat berkaitan cadangan
langkah ke hadapan bagi memperkasakan Sekolah
Kebangsaan.

Sekolah Wawasan merupakan sejenis sekolah integrasi yang
menempatkan beberapa buah sekolah yang berbeza aliran di dalam
satu kawasan yang sama. Sekolah Wawasan ini telah diluluskan
dalam kabinet pada tahun 1997. Dalam konsep ini, Sekolah
Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C) dan juga
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T) akan ditempatkan dalam satu
kompleks sekolah yang sama. Setiap murid daripada sekolah-sekolah
tersebut akan berkongsi kemudahan dan prasarana sekolah seperti
padang, kantin dan koperasi sekolah yang sama. Dalam pelaksanaan
Kertas Konsep dan pelaksanaan Sekolah Wawasan, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyenaraikan empat matlamat
Sekolah Wawasan iaitu:

• Untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang
berbagai-bagai bangsa dan latar belakang

• Untuk memupuk semangat integrasi antara murid dari pelbagai aliran
• Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan

persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara
yangbersatu padu
• Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga
sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan
aktiviti-aktiviti lain di sekolah.

Justeru, secara umumnya,
konsep Sekolah Wawasan
ialah usaha untuk melahirkan
anak bangsa Malaysia yang
lebih bersifat cintakan negara
dengan menyatukan sekolah di
dalam satu sistem pendidikan
yang seragam yang dahulunya
terasing antara satu sama lain
bagi mewujudkan sat
pertembungan etnik dalam
satu ruang yang sama.

PROGRAM LATIHAN
KHIDMAT NEGARA (PLKN)

Program Latihan Khidmat Negara telah Program Latihan Khidmat Negara bakal
diperkenalkan dan dilaksanakan melahirkan warga negara yang cinta
bebepada tahun yang lalu. Pelaksanaan akan tanah air. Selama ini warga
negara ini, khususnya golongan remaja
program ini telah menimbulkan pelbagai tidak memberi perhatian terhadap
reaksi dalam kalangan masyarakat. perkara ini. Pada anggapan mereka
Kerajaan telah berusaha untuk negara ini ditadbir oleh kerajaan tanpa
meyakinkan masyarakat bahawa melibatkan rakyat jelata. Selain itu
program ini mempunyai banyak golongan muda hari sudah pudar
kebaikan, khususnya kepada golongan semangat cinta akan air kerana
remaja dan umumnya kepada negara. kemewahan hidup, keamanan, dan
Namun begitu, sehingga kini banyak kemudahan yang cukup, telah
melalaikan mereka. Oleh itu semangat
pihak belum mendapat penjelasan yang cinta akan tanah air perlu diterapkan
sebenar akan kebaikan-kebaikan yang dengan kaedah yang lebih berkesan
terhasil daripada pelaksanaan program
tersebut. Sesungguh, jika dihalusi supaya jiwa golongan remaja kembali
secara mendalam Program Latihan diisi dengan semangat patriotisme yang
Khidmat Negara menjanjikan pelbagai tinggi, bak kata pepatah melentur buluh
manfaat kepada rakyat Malaysia. biar dari rebungnya. Jadi, program ini
merupakan satu kaedah yang sesuai
untuk melahirkan warga negara yang
cinta akan tanah air.

RANCANGAN MALAYSIA

Rancangan Malaysia merupakan hingga 1965.Setelah penubuhan
rancangan lima tahun Malaysia pada tahun 1963,
pembangunan kerajaan Malaysia. rancangan lima tahun ini telah
Rancangan lima tahun ini ditukar kepada Rancangan

merupakan kesan peninggalan Malaysia (RM) dengan
daripada zaman pemerintah Rancangan Malaysia Pertama
British di Tanah bermula pada tahun 1966 hingga
Melayu selepas Perang Dunia 1970. Bezanya ialah
Kedua. Rancangan lima tahun perancangan ekonomi sebelumn
bermula dengan Rancangan tertubuhnya Malaysia, tumpuan
Malaya Pertama, iaitu, dari tahun untuk kali ini dan seterusnya
1956 hingga 1960. Selepas itu adalah untuk seluruh Malaysia

disambung dengan Rancangan termasuk Sabah dan Sarawak.
Malaya Kedua dari tahun 1961

Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) adalah rancangan pembangunan
ekonomi yang pertama dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia.
Rancangan pembangunan ekonomi selama lima tahun (1966–1970) ini
membabitkan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Objektif RMK1 adalah untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat, dan
meninggikan taraf hidup kawasan luar bandar terutamanya di
kalangan mereka yang berpendapatan rendah.Rancangan ini
mempunyai objektif seperti:

• memajukan ekonomi seluruh negara demi kebajikan rakyat dan seterusnya
mengeratkan perpaduan rakyat.

• meningkatkan pendapatan penduduk yang miskin.
• membangunkan ekonomi luar bandar.
• mempertingkatkan lagi usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi negara.
• mengurangkan pengangguran.memajukan sektor perindustrian.

Merupakan satu rancangan pembangunan ekonomi yang
diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan sasaran
melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuan rancangan ini
diwujudkan adalah untuk menyusun semula masyarakat dan
mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang-orang asing
dalam sektor ekonomi di Malaysia sekaligus memperbaiki
kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.

RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang
mempunyai tujuan sama iaitu menangani masalah kemiskinan di
kalangan orang-orang Melayu. Namun begitu, RMP dilihat kurang
berjaya mengatasi isu kemiskinan ini, sehinggakan masalah ini
menjadi salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13 Mei pada tahun
1969 apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur.

Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai
berlebih-lebihan dalam usahanya meningkatkan penglibatan orang-
orang Melayu di dalam ekonomi. Kerajaan kemudiannya
mengurangkan penekanan terhadap penstrukturan semula sosio-
ekonomi apabila rancangan ini berakhir.

Rancangan Malaysia
Ketiga (RMK3) dijalankan dalam
tahun 1976-1980 semasa
tempoh Dasar Ekonomi Baru
(DEB) berlangsung. RMK3
mempunyai matlamat yang
sama dengan RMK2 iaitu
membasmi kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat.

RMK3 masih memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang dilihat
sebagai salah satu cara untuk merapatkan jurang ekonomi penduduk
luar bandar dan penduduk bandar. Rancangan ini menyaksikan
pembukaan bandar baru dan pembangunan tanah dipergiatkan
antaranya KEJORA, DARA, KETENGAH dan KESEDAR. Bandar-bandar
baru ini dibina menjelang akhir tempoh RMK3 iaitu 1980 dan pada
masa itu terdapat sebanyak 28 buah bandar baru di kawasan
rancangan pembangunan tanah.Tanaman getah dan kelapa sawit juga
telah dipertingkatkan dengan tujuan ekspot

Rancangan Malaysia Keempat (RMK4) adalah rancangan pembangunan
lima tahun Malaysia dari 1981 sehingga 1985. RMK4 masih
bertunjangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai matlamat
membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.Strategi di
bawah RMK4 untuk membangun sosioekonomi rakyat adalah:

• menggunakan dengan lebih berkesan modal, tenaga manusia,
teknologi dan sumber lain dalam Malaysia

• mempelbagai dan mengukuhkan ekonomi melalui peluang-peluang
pasaran luar dan dalam negeri

• meningkatkan daya pengeluaran rakyat dalam semua sektor

• membuka dan memulih tanah untuk meningkatkan taraf hidup petani
dan bidang pertanian

• mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dan pekerjaan kaum

• menggalak penguasaan modal saham kepada 70% untuk rakyat
Malaysia

• memastikan pembangunan industri

Kerajaan Malaysia
memperuntukkan hampir
RM59.6 bilion untuk RMK4 di
mana 58% daripada jumlah
ini dibelanjakan untuk
pembangunan sektor

ekonomi.

Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) (1986-1990) merupakan
rancangan lima tahun ekonomi yang terakhir untuk merealisasikan
aspirasi Dasar Ekonomi Baru yang genap 20 tahun pada tahun 1990.

Penekanan utama Rancangan Malaysia Kelima adalah untuk
meningkatkan sektor perindustrian dengan melonggarkan peraturan
mengawal hak milik syarikat dan perlesenan dalam sektor swasta.
Selain itu, syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk
meningkatkan pelaburan sektor perindustrian berorientasikan
eksport. Pada masa yang sama, kerajaan berusaha meningkatkan
kecekapan pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama dengan
sektor swasta dengan lebih berkesan.

Rancangan Malaysia Keenam Dengan pelancaran RM6,negara
(RM6) yang meliputi tempoh
1991-95, merupakan fasa kini sedia untuk memasuki satu
pertama pelaksanaan Rangka lagi tempoh pembangunan
Rancangan Jangka Panjang ekonomi dan sosial yang
Kedua (RRJP2), 1991-2000. berterusan bagi dekad baru
Dasar Pembangunan Nasional sembilan puluhan. Sejak
(DPN) yang terkandung dalam mencapai kemerdekaan dalam
RRJP2 menetapkan keseluruhan tahun 1957, negara telah
objektif, strategi dan matlamat mencapai kemajuan yang
yang akan dijadikan panduan membanggakan dalam usaha
kepada pembangunan negara merubah struktur ekonomi dan
dalam tahun¬tahun sembilan meningkatkan taraf hidup rakyat
yang dilaksanakan melalui
puluhan. RM6 menjelaskan beberapa siri rancangan
strategi, program dan projek pembangunan lima tahun.
yang akan dibentuk bagi
mencapai objektif DPN.

Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2001)

Objektif:

Mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang
dengan strategi peningkatan produktiviti dan
memperkuat daya tahan ekonomi negara.

Pembasmian kemiskinan dan
pengagihan pendapatan turut diberi

keutamaan

Mempertingkatkan guna tenaga,
pendidikan dan latihan

Pembangunan kemasyarakatan seperti
perumahan,kesihatan,khidmat social dan

infrastruktur ditekankan

Menggiatkan program penswastaan
bagi meringankan beban kerajaan

Menyediakan kemudahan bagi
meningkatkan kualiti hidup golongan

miskin

Menambah peluang pendidikan dan latihan
dengan menambah jumlah university/pusat

pengajian tinggi

PERLAKSANAAN RMK7

Penempatan semula setinggan,projek perumahan
kos rendah dan Program Pembangunan Rakyat

Termiskin (PPRT)

Melaksanakan projek-projek yang dapat menjana
pendapatan dan memperbaik perhubungan seperti
KLIA,Hubungan Kedua Malaysia-Singapura, MEASAT

dan lain-lain

Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) mencatat pertumbuhan
purata 4.7% setahun,melepasi
sasaran 3.0%. Langkah pemulihan
ekonomi telah meningkatkan
penggunaan dan membendung
inflasi. Kadar pengangguran kekal
pada paras rendah,3.0% manakala
Indeks Harga Pengguna turun
kepada 1.6% pada tahun 2000

Rancangan Malaysia Kelapan
(RMKe-8) yang meliputi tempoh

2001-2005 merupakan fasa

pertama pelaksanaan Rangka

Rancangan Jangka Panjang

Ketiga (RRJP3), 2001-2010.

Dasar Wawasan Negara (DWN)
yang terkandung dalam RRJP3

akan menentukan arah
pembangunan negara dalam

dekad pertama abad ke-21. Rancangan Malaysia
RMKe-8 menggabungkan Kesembilan (RMK9)
strategi, program dan projek merupakan rancangan
yang dirangka bagi mencapai pembangunan Malaysia bagi
objektif DWN, iaitu pertumbuhan tempoh 2006-2010. RMK9
mampan dan pengukuhan daya dibentangkan oleh Perdana
tahan ekonomi serta Menteri Malaysia kelima, Datuk
mewujudkan masyarakat yang Seri Abdullah Ahmad Badawi, di
Parlimen pada 31 Mac 2006.
bersatu padu dan saksama

Rancangan pembangunan lima tahun ini diumumkan setelah
Malaysia melalui fasa 15 tahun pertama semenjak Wawasan
2020 diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir
Mohamad semasa membentangkan Rancangan Malaysia
Keenam pada tahun 1991. Seperti rancangan-rancangan
pembangunan dahulu, RMK9 bermatlamat untuk terus memacu
negara ke arah kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi
persekitaran dalam dan luar negara yang sukar seperti kesan dari
krisis kewangan Asia dan kenaikan harga minyak

Rancangan Malaysia
Kesepuluh (RMK10) merupakan
rancangan lima tahun
pembangunan Malaysia bagi
tempoh 2011-2015. RMK10
dibentangkan oleh Perdana
Menteri Malaysia ke-6, Datuk
Seri Najib Razak, di Parlimen
pada 10 Jun 2010. Menurut
Najib, RMK10 mengandungi
aspirasi Program Transformasi
Kerajaan dan Model Ekonomi
Baru yang berteraskan
pendapatan tinggi,
keterangkuman dan
kemampanan.

Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 (RMKe-11)
merupakan rancangan pembangunan lima tahun Malaysia ke
arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Penyediaan
RMKe-11 adalah berpandukan Strategi Pembangunan Nasional
Malaysia (MyNDS) yang memberi tumpuan pada pembangunan
ekonomi berteraskan rakyat dan ekonomi berteraskan modal
dengan pelaksanaan projek berimpak tinggi. RMKe-11
dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri
Malaysia Datuk Seri Najib Razak pada 21 Mei 2015.

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir
Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat ketika
merangka Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991, yang
bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah
negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang
tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya bukan sahaja pada
bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik,
sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan
sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan

keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup,
nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga
keyakinan.

Transformasi Nasional 2050

Transformasi Nasional 2050 (atau TN50) merupakan satu inisiatif
pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050.
Inisiatif ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas

selama 30 tahun, yang akan dibangunkan melalui proses
perundingan dalam fasa persediaan dari tahun 2017 hingga
2019.Matlamat dan sasaran yang digariskan dalam dokumen dasar
TN50 bakal diterbitkan pada awal tahun 2020.

TN50 merupakan satu inisiatif aspirasi rakyat serta
pembangunan negara jangka
panjang. Sebagai sebahagian menentukan bidang untuk
daripada persediaan dan tahap transformasi termasuk ekonomi,
kemasyarakatan, kebudayaan
pembangunan TN50, dan alam sekitar dan
bekas Perdana Menteri sebagainya Peringkat
Malaysia Dato' Sri Mohd Najib bin persediaan 2017-2019 akan
Tun Haji Abdul Razak telah menyaksikan aktiviti-aktiviti lain
memberi mandat kepada yang berkaitan dengan
Kementerian Belia dan Sukan
untuk memulakan proses dengan pembangunan dokumen dasar
menerajui ‘Perbincangan TN50’, TN50 seperti penglibatan dengan
siri penglibatan dan aktiviti- pihak yang berkepentingan
aktiviti wacana yang bertujuan dasar, pakar-pakar domain dan
untuk mencetuskan pemimpin dalam bidang-bidang
tertentu.



PENGHARGAAN

Setinggi tinggi terima kasih kepada ahli
kumpulan kerana memberi kerjasama
dalam menyelesaikan tugas yang diberikan
pada tarikh yang ditetapkan . Segulung
perhargaan kepada Puan Natrah atas
sokongan dan dorongan bagi menjayakan

efolioini .

SUMBER RUJUKAN

• Buku Penghayatan Etika Dan Peradaban
( Munirah Mustaffa, Mohamad Bazli MD
Radzi, Naimah Ghazali, Wan Mohd
Tarmizi Wan Otman, Mohamad Faizal
Ahmat, Mohammad Tarmizi Balya) versi
POLITEKNIK MALAYSIA

• https://perlembagaan-
integrasi.blogspot.com/2020/10/62-
perlembagaan-sebagai-tiang-seri-
dan.html

• http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/25199
/1/Integrasi%20Kaum%20Dalam%20Ranc
angan%20Pembangunan%20Negara.pdf

• https://www.ukm.my/kita/other-
publications/icip2018/

• https://www.coursehero.com/file/707
91254/07-Topik-6-Pelembagaan-
Persekutuan-sbg-Tapak-
Integrasipdf/



MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN


Click to View FlipBook Version