Di pelusuk hutan rimba, adanya sebuah perkampungan yang terpencil daripada dunia manusia. Perkampungan bernama Kampung Maulana itu diduduki hidupanhidupan kecil. Sekumpulan anak-anak sedang bermain, sementara dewasa sibuk mengerjakan kebun tanaman herba dan buah-buahan. Koli, tumbuhan berkaki dua dan berseluar biru sedang bergembira rakannya, Dami dan Rara. Dami berasal daripada keluarga cendawan, manakala Rara pula berketurunan terung. Walaupun berlainan jenis, mereka masih dapat tinggal bersama-sama. 1
Kampung itu bukan cuma didiami dengan tumbuhan seperti mereka namun pelbagai jenis bentuk dan spesies lain. Ada yang badannya lonjong berwarna merah, malah ada yang berbadan bulat tidak berambut. Mereka hidup aman damai tanpa sebarang ancaman. Setiap hari merupakan hari baru yang mengujakan bagi mereka untuk tumbuh bersamasama. 2
“Koli, mari teman ibu berjumpa Mak Guya. Sudah lama ibu tidak berkunjung ke rumahnya” ajak Mak Kurih kepada Koli. Dengar sahaja ajakan ibunya, Koli terus melompat dari anjung rumah turun ke tanah. Anak Mak Guya, Gima merupakan rakan sepermainannya dahulu. 3
Sudah lama dia tidak bertemu Gima kerana Mak Guya jarang membenarkan Gima keluar jauh dari rumah. Gima mempunyai kulit yang berkilat-kilat dan berwarna cerah. 4
Di rumah Mak Guya, Koli bermain bersama-sama Gima. Walaupun mereka sudah lama tidak berjumpa, mereka masih lagi akrab. Mereka hanya duduk bermain. 5
6
5 “Kamu tahu Kurih, kampung sebelah sedang dilanda musibah. Katanya penduduk mereka diserang penyakit misteri angkara Raja Turnip. ” Dengan bersungguh-sungguh Mak Guya bercerita. “Ya, aku risau. Lambat-laun serangan Raja Turnip pasti akan tiba di kampung kita juga" Kerisauan Mak Kurih mula kelihatan dari raut wajahnya.
8 Perbualan Mak Kurih dan Mak Guya rupa-rupanya telah didengari oleh anak-anak mereka. Sengaja Koli dan Gima bermain-main di suatu sudut rumah yang tidak jauh agar dapat memasang telinga. Mereka tertanyatanya akan kejadian yang terjadi di kampung sebelah, namun mereka hanya membiarkannya berlalu sahaja.
Sehinggalah suatu ketika, penduduk di kampung itu diserang kutu daun. Raja Turnip, keturunan kutu daun tiba untuk menakluk perkampungan itu. Penduduk yang dihurungi kutu daun mula menunjukkan simptom yang pelik. Penduduk yang berusia mula tidak bermaya, sakit-sakit dan pucat keseluruhan badan. 9
“Hairan. Di rumah, cuma saya yang tidak batuk atau muntah-muntah. ” cerita Koli kepada sahabat baiknya. “Keluarga Rara semuanya tidak sihat. Hanya Rara yang masih bertenaga. ” Rara turut berkongsi keadaan di rumahnya. 10
Mereka hanya berjalan-jalan sahaja tanpa hala tuju. Tanpa mereka sedar, mereka telah melalui suatu denai. “Nak ke mana kamu bertiga?” tibatiba muncul setubuh sayuran tua bertongkat. “Kami hendak pulang ke rumah. ” Balas Koli takut-takut. “Jangan sampai bangunkan Sang Kelembai” dengan muka sinis si tua itu berpesan. “Sang kelembai?’ soal Rara. “Ingat… ” raut muka misteri pemilik tubuh itu menggusarkan hati mereka. 11
12
Koli, Dami dan Rara terkejut apabila tubuh tua tersebut berubah menjadi satu raksasa yang besar dan berkedutkedut wajahnya. Mereka melarikan diri. Dari kejauhan terdengar satu nyanyian yang sayup. 13
“Dua daun pule, akar kunyit satu, tiga sirih emas, yang kiri dan kanan, dua beri pula, mari kita catu, satu ramuan khas, usah berhenti makan. Nyam nyam nyam nyam. Ha Ha Ha… ” (Lagu Dua Mata Saya) Sayup sahaja lagu itu dinyanyikan. Sedang Dami dan Rara berteka-teki akan kejadian itu, Dami hanya diam seribu bahasa. Dia sepertinya sedang berfikir-fikir. 14
“Ah, aku sudah faham! Lagu itu… ” Tiba-tiba Koli berkata mengejutkan dua sahabatnya. “Apa? Apakah lagi dengan lagu seram itu?” Laju saja Dami memotong ayat Si Koli. 15
“Sabar. Aku rasa lagu itu adalah petunjuk untuk merawat orang kampung. ” jelas Dami. “Perlukah kita berjumpa raksasa itu untuk meminta ramuan tersebut? Dia seolah-olah ingin menelan kita sahaja tadi. ” ujar Rara. 16
Lama mereka berfikir-fikir. Akhirnya mereka bersetuju untuk mencari sendiri bahan ramuan itu dan menghasilkan satu ubat ajaib. Koli juga mencadangkan untuk mengajak Gima untuk membantu mereka mengumpul bahan ramuan. Setibanya di rumah Gima, Mak Guya menghalang Koli untuk bertemu Gima. “Tak perlu libatkan keluarga Mak Guya. Kami selamat di rumah kami sendiri” herdik Mak Guya. 17
Nampaknya Mak Guya tidak mahu membenarkan Gima untuk keluar mencari penawar bagi penyakit misteri itu. Koli faham, sudah ramai yang jatuh sakit. Pasti Mak Guya takut jika keluarganya yang sihat-sihat belaka itu terkesan juga. Dari awal serangan penyakit itu, keluarga Mak Guya sahaja yang tetap tinggal di rumah dan tidak merayau-rayau. Walaupun mereka berasa agak kecewa dengan sikap Mak Guya, mereka cuba untuk tidak menyalahkan keluarga itu. Mereka bertiga mula mengembara ke setiap kebun. 18
Koli pulang dari kebun Koli bawakan beri Beri kecil warna merah Boleh dibuat ramuan Huk huk hukhuk huk uhuk uhuk Penduduk kampung sudah tenat Marilah cepat mari cipta Ramuan ajaib untuk rawat Rara dan Dima dari kebun Mereka bawakan akar kunyit Akar kunyit herba ajaib Boleh dicampur bersama pule Huk huk hukhuk uhuk uhuk Sudah ramai yang tenat Marilah cepat mari cari Sirih emas yang terakhir (Lagu Bapaku Pulang) 19
“Mustahil kita boleh dapatkan sirih emas. Apakah benar ada sirih yang berwarna emas?” Luah Dami yang mula berputus asa. Hari mulai gelap menunjukkan malam sudah hampir tiba. Tenaga mereka juga sudah kehabisan. “Kita pulang ke rumah dahulu. Esok kita fikirkan di mana boleh kita dapatkan ramuan terakhir itu. ” Cadang Koli. Akhirnya mereka pulang ke rumah masing-masing untuk merehatkan diri sebelum menyambung usaha mereka menyelamatkan Kampung Maulana. 20
Keesokan harinya, Koli, Dami, dan Rara meneruskan pencarian daun sirih emas. Mereka merancang untuk menjelajah ke dalam kawasan hutan yang belum pernah mereka jelajahi sebelum ini. 21
Tiga sayur muda, Mahu cari sirih, Daun sirih emas, Di mana mahu jumpa. Tiga sayur muda, Masuk dalam hutan, Apa khilaf kami, Lalu tidak jumpa. (Lagu Anak Rusa Nani) 22
Setiap kali mereka menemui sejenis sirih, mereka memeriksa dengan teliti dan berharap untuk menemui yang berwarna emas. Sehinggalah matahari hampir terbenam dan semangat mereka hampir terpadam, mereka ternampak sepohon kayu dililit dengan sirih yang berkilauan. Mereka berlari menuju pokok itu dan dengan gembiranya. 23
Dengan hati penuh syukur, mereka memetik helaian sirih emas itu dan segera pulang ke kampung untuk menyediakan ramuan penyembuh. Setelah ramuan itu siap, mereka segera merawat penduduk kampung. 24
Mereka menunggu dengan penuh harapan untuk melihat kesan ramuan tersebut. Dari masa ke masa, perubahan pada tubuh badan penduduk mula kelihatan segarbugar. 25
Seluruh penduduk kampung terhutang budi dengan tiga sahabat itu. Dari kejauhan juga, Tok Kasa, tubuh tua yang mereka temui di denai dahulu mula mengukir senyuman. Sengaja dia menghantar kutu daun untuk menguji keteguhan persaudaraan penduduk di Kampung Maulana itu. 26 -TAMAT-