Buletin Aktiviti SK Taman Tampoi Utama (April 2025)
Buletin ini merangkumi rangkuman aktiviti dan program yang telah berlangsung di SK Taman Tampoi Utama sepanjang minggu akhir bulan April 2025. Antara aktiviti utama ialah Majlis Raptai dan Kejohanan Mini Olahraga Kali ke-20 SeTAMA 2025 yang melibatkan penyertaan aktif murid Pra Sekolah, Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), serta murid Tahun 1 hingga Tahun 6.
Buletin ini turut mengetengahkan pencapaian murid dalam pelbagai acara padang dan balapan, keputusan rumah sukan, serta pengiktirafan olahragawan dan olahragawati sekolah. Diharapkan penerbitan ini dapat menjadi inspirasi serta rekod pencapaian berterusan warga sekolah.