The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

BACHELOR OF FINANCE
SBLM 1023 (A231)

SEMESTER PERTAMA SESI 2023/2024
___________________________________________________________________________
TAJUK : BUKU CERITA KANAK-KANAK - KELAHIRAN SEMULA

DISEDIAKAN UNTUK : DR. MOHD TARMIZI BIN HASRAH

DISEDIAKAN OLEH : DINAHARAN GUNALAN
NO. MATRIK : 280188

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dinaharangunalan280188, 2023-11-23 03:46:28

BUKU CERITA - KELAHIRAN SEMULA

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

BACHELOR OF FINANCE
SBLM 1023 (A231)

SEMESTER PERTAMA SESI 2023/2024
___________________________________________________________________________
TAJUK : BUKU CERITA KANAK-KANAK - KELAHIRAN SEMULA

DISEDIAKAN UNTUK : DR. MOHD TARMIZI BIN HASRAH

DISEDIAKAN OLEH : DINAHARAN GUNALAN
NO. MATRIK : 280188

SEMESTER I 2023/2024 (A231) SBLM 1023 PENGANTAR PENULISAN (GROUP H) TUGASAN INDIVIDU BUKU CERITA KANAK-KANAK PREPARED FOR: DR. MOHD TARMIZI BIN HASRAH PREPARED BY: MATRIC NO. NAME 1. 280188 DINAHARAN A/L GUNALAN DUE DATE: 23 NOVEMBER 2023


Kelahiran semula DINAHARAN GUNALAN


WATAK PAHLAWAN aLEXANDER PUTERI LUNA jENERAL vIKTOR mAHARAJA MERLIN lEO (KELAHIRAN SEMULA PAHLAWAN ALEXANER) aURORA (KELAHIRAN SEMULA PUTERI LUNA) sIMON (KELAHIRAN SEMULA MAHARAJA MERLIN)


Pada zaman kerajaan kuno, di bahagian selatan dibawah pemerintahan Maharaja Daiman yang dipenuhi magik dan legenda, hidup seorang pahlawan gagah bernama Alexander yang dikasihi rakyatnya dan memimpin pasukannya dengan keberanian. Suatu hari, dalam sebuah pertempuran yang hebat dengan puak hutan, dia terjumpa sebuah tongkat sakti purba dengan ukiran mistik bertakhta berlian biru yang memiliki kuasa untuk mengawal elemen alam serta meramal masa depan. Tongkat itu dikenal sebagai Blue Ardent dikalangan rakyat, dan telah wujud dalam legenda Kerajaan tersebut selama berabad-abad. Tongkat tersebut susah untuk dimiliki oleh ramai pahlawan, ulama, mahupun raja kerana ia hanya boleh dipertuankan oleh seorang pahlawan mulia. Alexander memutuskan untuk menggabungkan niat baiknya dengan tongkat Blue Ardent untuk mengawal dan melindungi ketenteramaan kerajaannya. Kelahiran Semula


Pada masa yang sama, Maharaja Merlin dari kerajaan utara bersiap untuk meyerang kerajaan Maharaja Daiman bagi menguji kehandalan Alexander apabila khabar angin kehandalan pahlawan sampai ke telinganya. “Aku akan mengalahkan Alexander dengan bantuan 300 orang tenteraku yang jauh lebih handal darinya. Hanya kerajaan aku yang perlu menguasai kuasa tentera yang mahir dan handal. Ayuh… wahai tenteraku, kita tunjukkan erti peperangan sebenar kepada Alezander”.


Anak Perempuan dan pewaris kerajaan Daiman, Puteri Luna, mempunyai perasaan cinta terhadap Alexander, tetapi dia menolak walaupun tuan puteri melamarnya atas kesetiaan kepada Raja. Manakala, Viktor, jeneral diraja serta anak saudara Raja, bercinta dan bernafsu ke atas tuan puteri. Viktor merancang pelbagai pelan bagi menawan hati puteri namun tewas di depan cinta puteri terhadap Alexander. Raja yang mengetahui hal ini, merancang pertandingan lumba kuda antara Alexander dan Viktor dengan satu syarat. “Siapa yang berjaya memenangi pertandingan ini, akan dikahwinkan dengan tuan puteri dan yang kalah akan dihalau dari kerajaan selama-lamanya”. Kemenangan Alexander membawa kepada pengusiran Jeneral diraja, Viktor. Cinta antara Alexander dan puteri mula berkembang dimana mereka berjanji untuk bersatu walaupun takdir menyebelahi mereka.


Tanpa menyedari ancaman Maharaja Merlin yang menuju ke kerajaannya, Alexander bersiap menikahi puteri di hadapan patung berhala Dewi Veronica di puncak gunung. Maharaja Merlin yang tiba, telah menewaskan Maharaja Daiman dan sebilangan rakyatnya dengan bantuan Jeneral Raja, Viktor yang dihalau tempoh hari sebelum tiba di puncak gunung. Maharaja mencabar Alexander. “Kalaulah kamu memang pahlawan yang handal, buktikan dengan menewaskan sekurang-kurangnya 100 tentera saya”. Meskipun, Alexander mengalami kecederaan parah dalam pertempuran, dia berjaya menewaskan tentera 100 tentera Maharaja Merlin dan membuktikan kehandalannya. Maharaja yang kagum melihat kecekapan Alexander dan menerimanya sebagai kawan seperjuangan.


Sedetik tanpa disedar, Viktor menikam perut puteri bagi mengelakkan mereka bersatu sebelum menolak Alexander yang parah dari puncak gunung. Kisah cinta antara Alexander dan puteri mengalami kesudahan tragis dengan kematian mereka yang dikomplot oleh Viktor. Namun, pada saat-saat akhir nyawanya, Alexander menggunakan kekuatan tongkat Blue Ardent untuk mengunci janji cintanya. “Sumpah atas cinta, kami akan bersatu kembali dalam kelahiran seterusnya”. Dengan janji tersebut, tongkat Blue Ardent berpecah kepada beberapa serpihan dan jatuh ke tanah. Walaupun berabad-abad berlalu, cerita Alexander dan puteri menjadi legenda yang sentiasa dikenang.


Selepas beberapa abad berlalu, pada tahun 2023, Leo yang merupakan kelahiran semula Alexander, ialah seorang petinju professional yang selalu melintas sebuah kedai lukisan yang mempamerkan pelbagai lukisan kuno. Dalam lingkaran kelahiran baru, Leo dan Aurora masih mencari erti cinta antara satu sama lain. Meskipun tiada ingatan tentang kelahiran sebelumnya, ikatan cinta mereka dan takdir membimbing ke tempat-tempat yang sama. Suatu hari dalam keadaan hujan, Leo yang berlindung didalam kedai tersebut. “Mm…lebih baik aku mengambil kesempatan ini untuk melihat lukisan sementara menunggu hujan redah”. Dia mendapati dirinya tertarik pada sebuah lukisan yang menampilkan seorang pahlawan dan puteri berdiri bersama. “Aku macam pernah tengok gambaran lukisan ini tapi kurang pasti dimana. Mungkin ia hanya perasaanku”. Leo yang leka mendalami lukisan tersebut, terlanggar seorang gadis, Aurora. Sentuhan diantara mereka, menimbulkan sebuah perasaan yang tidak dapat dibayangkan serta beberapa bayangan imej dalam ingatan Leo.


“Uhh...aku dapat merasa bagaikan kejutan eletrik mengalir seluruh tubuh, apakah erti bayangan imej yang timbul dan kenapa wajah dalam lukisan ini seiras kami berdua?”. Imej yang terpapar dalam ingatan, mencetuskan rasa ingin tahu Leo yang membawa dia ke puncak gunung dimana Alexander menemukan tongkat sakti Blue Ardent dulu. Secara kebetulan, Leo terpandang Aurora yang mendaki puncak gunung yang sama bersama rakannya. “Hi, saya Leo. Kamu masih ingat saya? Kita pernah berjumpa di kedai lukisan. Maaf sebab terlanggar kamu tempoh hari”. “Tak mengapa, saya tahu kamu tak sengaja. Saya, Aurora. Salam berkenalan”. Aurora mengajak Leo yang keseorangan menyertai rakan-rakannya. Di sana, Leo dan Aurora menemukan kembali serpihan tongkat sakti, yang tertanam di bawah sebuah batu. Kekuatan tongkat dari serpihan tersebut membangkitkan kenangan zaman silam yang terpendam dan membuka mata terhadap takdir mereka yang berulang. Leo dan Aurora menyedari bahawa mereka adalah reinkarnasi pahlawan dan puteri atas perjanjian satu sama lain.


Manakala, Leo dan Aurora yang menyedari kedatangan Viktor risau menghadapi tentangan mengalahkannya dan memastikan cinta mereka bersatu. Leo bimbang mengenai ketidaksempurnaan tongkat Blue Ardent yang mengehadkan keupayaan mengeluarkan kuasa. “Haishh… Aurora, tongkat ini tidak sempurna. Mungkin ia tak boleh digunakan sepenuhnya. Siapalah gerangan yang pandai sangat pergi patahkan tongkat ini?”. “Mungkin ada sebab tongkat ini dipatahkan. Mungkin mengelakkan ia terjatuh ke tangan orang jahat. Awak jangan bimbang, pasti ada cara untuk kita mengalahkan Viktor nanti”. “Hmm…Kalaulah saya diberikan tongkat sakti ini dengan sempurna, saya akan mengalahkan Viktor dengan mudah”. “Boleh”. Tiba-tiba, terdengar suara dari seorang nenek yang bertapah di gua berhampiran. “Boleh. Tongkat itu mampu dikembalikan kepada bentuk asal. Tetapi dengan satu syarat. Ia harus diletakkan bersama berlian biru yang terhasil dari mendapan garam dasar laut yang hanya ditemui di Tengah laut berhampiran gunung ini”. Tanpa diduga, ancaman dari zaman silam bangkit kembali, Viktor. Dia yang telah memperoleh keabadian melalui kekuatan gelap, masih menunggu untuk memuaskan nafsunya terhadap puteri dengan menawan Aurora. Dia mengetahui kelahiran Leo dan Aurora saat mereka berdua menyentuh serpihan tongkat Blue Ardent. “Akhirnya, hari yang aku tunggu berabad-abad lamanya telah pun tiba. Haah…aku akan bunuh pahlawan dan jadikan puteri milikku”.


Setelah mendengar penjelasan dari nenek misteri itu, Leo dan Aurora bergegas ke pelabuhan nelayan di kaki gunung. Dengan bantuan seorang nelayan bernama, Simon, mereka berdua sampai ke pertengahan laut. Leo menyelam dalam proses pencarian berlian biru dengan berpandukan cahayanya. Semakin dalam dia menyelam, semakin terang cahaya dari berlian biru. Saat dia menyentuh dan mengambil berlian tersebut, dia dapat rasakan gegaran sekelilingnya. “Ehh…kenapa air sekeliling aku bergegar? Bunyi apa pula datang dari belakang aku? Alamak!! Kenapa ikan jerung ini datang ke arah aku…” Leo berenang ke kapal Simon sekuat hati. Dengan pertolongan Simon, dia berjaya naik kapal dan mereka menuju ke puncak gunung semula. Di puncak gunung, Leo, Aurora dan Simon tiba di dewan patung berhala yang kini dalam keadaan usang. Leo meletakkan berlian biru bersama serpihan tongkat Blue Ardent. Berlian biru dan serpihan tersebut terapung dan berputar sambil mengeluarkan cahaya. Selepas beberapa saat, tongkat tersebut mendarat ke pangkuan Leo dalam keadaan sempurna. Tiba-tiba, terdengar sebuah tendangan pada pintu dewan, mengisyaratkan ketibaan Viktor. Dia yang mempunyai kuasa kegelapan terus mara menyerang mereka.


“Wahai pahlawan yang tewas di tanganku, jangan harap engkau akan bersatu dputeri dengan mahupun dalam kelahiran ini. Aku tak akan bagi engkau peluang tersebut. Puteri yang milikku seorang. Bersedialah untuk maut dalam tanganku semula”. Dalam pertempuran sengit antara mereka berdua, dengan keberanian, cinta yang Ikhlas, dan pertolongan dari Simon, Leo dan Aurora berhasil mengatasi Viktor dan menamatkan pertarungan yang telah menghantui berabad-abad lamanya. Tongkat sakti Blue Ardent mengeluarkan cahaya terang, menangkap dan mengikat roh Viktor yang menunjukkan dia tidak mempunyai kelahiran semula serta roh akan bersama tongkat sakti selama-lamanya. Memahami kekuatan tongkat Blue Ardent, Leo menyimpannya dalam sebuah kotak besi dan mengarah Simon untuk membuang di Tengah laut bagi mengelakkannya terjatuh ke tangan jahat. Kisah legenda cinta abadi antara pahlawan dan puteri berakhir dengan penyatuan Leo dan Aurora. Tongkat sakti Blue Ardent mengandungi kekuatan yang tidak dapat dibayangkan, menjadi kunci penyatuan cinta abadi yang akan dikenang oleh generasi akan datang.


Click to View FlipBook Version