The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iefah alongz, 2020-07-11 07:07:34

SOPSKC1

SOPSKC1

SK CONVENT 1, KLANG

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

BERPANDUKAN
GARIS PANDUAN KPM :
PENGURUSAN PEMBUKAAN

SEMULA SEKOLAH

1

SK CONVENT (1)

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN 1
2
GARIS PANDUAN : 3
PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA 4
5
1 SEKOLAH NORMA BAHARU 6
7
PRASARANA SEKOLAH 9

2

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

3

PELAKSANAAN KESELAMATAN MURID

4

PERKARA-PERKARA PENTING
PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA
SEKOLAH

5

CARTA ALIR PERGERAKAN MURID DATANG
DAN BALIK SEKOLAH

6

PELAN LANTAI SEKOLAH
(LALUAN MASUK DAN LALUAN BALIK)

7

LAMPIRAN BERGAMBAR :
PERSIAPAN KESEDIAAN SEKOLAH
MENGIKUT KETETAPAN SOP

8

GARIS PANDUAN :
PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

NORMA BAHARU

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

MUKADIMAH

Buku ini disediakan sebagai rujukan kepada guru, ibu bapa dan penjaga tentang pengurusan
sekolah dengan mengambil kira langkah-langkah bagi mengawal penularan jangkitan penyakit
Coronavirus 2019 (COVID 19) berpandukan Garis Panduan dari KPM.

INFO MAKLUMAN :

1. Seiring dengan pengumuman KPM berkenaan pembukaan semula semua sekolah dengan
NORMA BAHARU secara berperingkat :

15 JULAI 2020 (RABU) – MURID TAHUN 6 DAN 5
22 JULAI 2020 (RABU) – MURID TAHUN 1 HINGGA 4

TIADA PENGGILIRAN MURID DAN SEMUA MURID PERLU HADIR KE SEKOLAH
* Kecuali atas sebab-sebab yang dibenarkan. Kumpulan yang dibenarkan dengan surat

makluman perlu di hantar kepada pihak sekolah.
* Sebab-sebab :

1. bergejala
2. OKU
3. Mempunyai sakit kronik dengan sokongan pegawai perubatan berdaftar

2. Penjagaan kesihatan dan amalan penjarakan sosial adalah amat penting dalam
pengurusan sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID -19 dalam kalangan
murid, guru dan warga sekolah.

3. Bergejala bermaksud simptom awal COVID iaitu sama ada mengalami demam (suhu
badan 37.5o C dan ke atas ), batuk, selsema, sakit tekak atau sesak nafas.

4. Bilik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bermaksud bilik darjah dan bilik-bilik khas
yang digunakan bagi tujuan PdP.

5. Penjarakan sosial bermaksud jarak antara satu individu dengan individu lain sekurang-
kurangnya satu (1) meter dalam sebarang aktiviti.

6. Memberikan penerangan dan pendidikan berterusan kepada murid, guru, dan warga
sekolah mengenai penularan jangkitan COVID-19 dengan memperincikan kepentingan
penjagaan kesihatan seperti mencuci tangan dan menggunakan pensanitasi tangan
(handsanitizer), penggunaan pelitup muka apabila perlu serta kepentingan amalan
penjarakan sosial.

7. Waktu persekolahan dilaksanakan seperti biasa, tiada perubahan dari segi jadual waktu,
masa dan mata pelajaran bagi setiap sesi.

1

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH NORMA BAHARU

PRASARANA SEKOLAH

1. Memastikan fokus utama pembersihan adalah pada permukaan yang sering disentuh
dan pada paras ketinggian yang boleh dicapai oleh tangan seperti tombol pintu, suis
lampu, singki, kepala paip, pengepam tandas, pelapik duduk tandas, susur tangan di
laluan pergerakan murid.

2. Memastikan susunan meja bagi setiap kelas mesti berada dalam jarak satu (1) meter dari
“bahu ke bahu” antara satu dengan yang lain. Contoh pelan lantai bilik darjah ada di
lampiran.

3. Kantin – tanda penjarakan diletakkan pada ruang berbaris untuk pembelian dan
pengambilan makanan serta laluan ke singki.

Maklumat tambahan:
• Tidak beroperasi sepenuhnya untuk murid – tiada penjualan selain penyediaan

makanan waktu rehat murid sahaja.
• Makan di dalam kelas pada waktu rehat.
• Murid adalah digalakkan membawa bekal dari rumah.
• Untuk menempah makanan dari kantin akan diuruskan oleh guru kelas secara

mingguan.
• Murid tidak dibenarkan makan menggunakan tangan – sebaliknya menggunakan

sudu dan garfu.
• Disarankan guna sudu dan garfu sendiri serta bekal makan sendiri.
• Perubahan dan penambahbaikan akan dibuat dari semasa ke semasa dan akan

dimaklumkan.
4. Bilik guru/pejabat – tanda penjarakan diletakkan pada kerusi, meja dan kaunter.

5. Bilik darjah, bilik-bilik khas, bilik guru, pejabat, kantin dan kemudahan-kemudahan lain
seperti bilik isolasi/kesihatan, tandas serta mana-mana kawasan dan persekitaran yang
melibatkan penggunaan oleh murid, guru dan kakitangan.

6. Bilik Musolla/ Surau – individu/kumpulan kecil dengan penjarakan 1 meter secara bergilir
dalam satu- satu masa.

7. Tandas – dibuka secara bergilir – seorang/berdua dalam satu-satu masa.

2

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH NORMA BAHARU

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
1. Meneruskan pembelajaran melalui bersemuka: dan
2. Guru merancang dan melaksanakan aktiviti PdP yang akur kepada penjarakan sosial.
Kelengkapan dan peralatan PdP
1. Semua kelengkapan dan peralatan telah dibersihkan sebelum aktiviti PdP dilaksanakan

dan berfungsi.
Pelaksanaan aktiviti PdP
1. Aktiviti mengikut jadual waktu pembelajaran seperti biasa, tiada pengurangan waktu.
2. Berjalan mengikut sesi persekolahan biasa.
Sebarang aktiviti di luar waktu pembelajaran tidak dibenarkan
1. Aktiviti PdP dihadkan di bilik PdP sahaja dan hendaklah mengambil kira penjarakan

sosial yang ditetapkan: dan
2. Aktiviti luar bilik seperti kegiatan kokurikulum tidak dibenarkan sehingga arahan lanjut

dikeluarkan oleh KPM.

KESELAMATAN MURID, GURU DAN WARGA SEKOLAH
1. Garis Panduan KPM dan Panduan Pengoperasian Sekolah sebagai bahan rujukan
2. Pemakluman awal kepada murid, guru dan warga sekolah perlu diberikan apabila

dimaklumkan bila sekolah akan dibuka.
3. Saringan : 3 terma yang telah dikeluarkan oleh DBP.
4. Hand sanitizer – pensanitasi tangan DBP.
5. Alat pengimbas suhu badan.
6. Pelitup muka digalakkan pakai (warna bercorak TIDAK DIBENARKAN).
7. Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan masuk kawasan sekolah. Hanya menghantar di pintu

masuk yang ditetapkan sahaja.
8. Anak digalakkan perlu membuat saringan di rumah terlebih dahulu.
9. Memastikan murid, guru dan warga sekolah mengamalkan kebersihan tangan.
10. Memastikan murid yang mempunyai masalah berkaitan imuniti badan yang rendah

sentiasa memakai pelitup muka. Bagi murid yang dapat kesan bergejala kurang sihat dari
rumah TIDAK perlu hadir ke sekolah.

3

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH NORMA BAHARU

PELAKSANAAN KESELAMATAN MURID
• Alat pengimbas suhu badan
• Hand sanitizer
• Penjarakan sosial
• Memakai pelitup muka
• Jika wujud COVID 19 yang disahkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.
• Tiada tindakan disiplin dikenakan jika murid kerap tidak hadir sepanjang tempoh PKPP
tanpa sebab yang kukuh.

PELAKSANAAN : PENGLIBATAN IBU BAPA
• PIBG dan KISB bantu pihak sekolah
• Membangkitkan kesedaran dan kefahaman berkaitan penularan jangkitan COVID 19.
• Membuat tanda penjarakan sosial dam mengawal pergerakan murid

PUAN NORFAZILAH BT BAHARUM
Guru Besar
SK Convent (1)
Sekolah Kluster Kecemrlangan.

4

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH NORMA BAHARU

PERKARA-PERKARA PENTING
PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

WAKTU HADIR

1. Waktu datang 7.10 pagi
2. Murid bergerak terus ke kelas selepas mengambil suhu badan, tiada perhimpunan
3. PdP bermula jam 7.20 pagi

WAKTU BALIK

1. Murid bergerak balik mengikut giliran :
Tahun 1 : 12.20 tengah hari
Tahun 2 : 12.25 tengah hari
Tahun 3 : 12.30 tengah hari
Tahun 4 : 12.35 tengah hari
Tahun 5 dan 6 : 12.40 tengah hari

SUHU BADAN

1. Ibu bapa perlu pastikan anak sihat.
2. Guru yang ditugaskan akan mengambil dan mencatat suhu badan murid di pondok

pengawal.
3. Murid bergejala dan suhu badan tinggi ( melebihi 37.5o darjah) akan diarahkan pulang

atau diasingkan di bilik isolasi sementara ibu bapa, penjaga hadir menjemput pulang.
4. Jika kes gejala berat, pihak sekolah akan memaklumkan Pusat Kesihatan Daerah (PKD)

berhampiran untuk tindakan selanjutnya.
5. Memastikan murid bergejala memakai pelitup muka.

KANTIN/WAKTU REHAT

1. Murid digalakkan membawa bekal makanan sendiri.
2. Semasa rehat murid makan dan berada di dalam kelas bersama guru
3. Murid yang menempah makanan perlu membayar nilai makanan melalui pakej mingguan

yang akan diuruskan oleh guru kelas. Murid tersebut tidak perlu beratur ke kantin kerana
4. makanan akan dihantar terus ke kelas.
5. Murid yang memilih untuk membeli secara tunai perlu bergerak ke kelas untuk makan.
6. Murid digalakkan membawa sudu dan garfu sendiri.
7. Murid tidak digalakkan berkongsi makanan dengan muid lain
8. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah / kantin semasa tempoh murid

sedang rehat.

5

CARTA ALIR PERGERAKAN MURID DATANG DAN BALIK SEKOLAH

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH NORMA BAHARU

CARTA ALIR PERGERAKAN MURID
DATANG DAN BALIK SEKOLAH

6

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH NORMA BAHARU

PELAN LANTAI SEKOLAH
(LALUAN MASUK DAN LALUAN BALIK)

7

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH NORMA BAHARU

PELAN LANTAI KELAS

8

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH NORMA BAHARU

LAMPIRAN BERGAMBAR :
PERSIAPAN KESEDIAAN SEKOLAH

MENGIKUT KETETAPAN SOP

9

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH NORMA BAHARU

10


Click to View FlipBook Version