8.30 pagi SMK ST MICHAEL, ALOR SETAR, KEDAH
8.50 pagi
9.00 pagi ATUR CARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48
9.30 pagi
: Pendaftaran Ibu bapa dan Guru
10.00 pagi : Kehadiran Tetamu Kehormat
: Ucapan dan Laporan
11.15 pagi
` • Ucapan dan Laporan oleh Pengetua SMK St. Michael
Merangkap Penasihat PIBG
Puan Goh Kim Bung
• Ucapan YDP PIBG Sesi 2021/2022, Encik Tan Hwa Sing
: Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2022/2023 bermula
(dipengerusikan oleh YDP PIBG sesi 2021/2022)
Agenda Mesyuarat
• Ucapan Pengerusi PIBG sesi 2021/2022
• membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG sesi
2021/2022
• membentang dan menerima Laporan Tahunan Sesi 2021/2022
• membentang dan menerima Penyata Kewangan PIBG berakhir
31 Disember 2021
• Pembubaran AJK PIBG 2021/2022
: Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2022/2023 diteruskan.
(dipengerusikan oleh Pengerusi Sementara)
• Pelantikan Pengerusi Sementara bagi sesi 2022/2023
• Pelantikan dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi
2022/2023
• Pemilihan Juruaudit Dalaman sesi 2022/2023
• Pembentangan Usul / Cadangan
• Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG sesi 2021/2022
• Persembahan Power Point
• Ucapan Penangguhan oleh YDP PIBG sesi 2022/2023
: Majlis bersurai
SENARAI AJK
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU 2021/2022
PENASIHAT Pn. Goh Kim Bung
YDP En. Tan Hwa Sing
NYDP En. Ong San Leong
EX-oFFICIO Pn.Faizah Bt Ramli ( PK Pentadbiran)
SETIAUSAHA Pn. Chan Sweet Ching (PK HEM)
En. Mohd Rashid Bin Abdul Hadi
(PK Kokurikulum)
Pn. Rahmah Bt Mohamed Desa
BENDAHARI En. Somphon Sophaphan A/L Endin Nor Tong
AJK WARIS Pn. Keong Shea Wei
AJK GURU Pn. Sim Fee Lin
Pn. Nyeow Sook Peng
Pn. Wendy Sim
Pn. Siew Suam Ng
En. Limtec Tralg
En. Kok Chie Ein
Pn. Hoh Seik Tee
Pn. Chiok Wen Min
Pn. Rozita Bt Mansor
JURUAUDIT Cik Ooi Yin Yin (wakil guru)
En. Anthony Lim Kok Chai (wakil waris
Teks Ucapan
Yang Berusaha Pn. Goh Kim Bung
Pengetua Sek. Men. Kebangsaan St. Michael, Alor Setar, Kedah
Sempena
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-48
Sesi 2022/2023
SMK St Michael ,
Alor Setar, Kedah
Pada:
28 Mei 2022
(SABTU)
Masa:
9.00 pagi -11.15 pagi
Bertempat:
Kediaman Masing-masing.
1
Terima kasih, saya ucapkan kepada pengacara majlis.
Yang dihormati, En Tan Hwa Sing, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru, SMK St Michael,
Yang dihormati, Pn. Faizah bt. Ramli, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang dihormati, Pn Chan Sweet Ching, PK Hal Ehwal Murid,
Yang dihormati, En. Mohd Rashid bin Abdul Hadi, Penolong Kanan
Kokurikulum
Yang dihormati, ahli-ahli Lembaga Pengelola Sekolah, Ahli-ahli Jawatankuasa
PIBG, Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru, ibu-ibu bapa serta
hadirin dan hadirat sekalian.
Selamat pagi dan salam muhibbah, saya ucapkan kepada semua
Kain bernama sutera impian,
Dibawa bersama selendang delima,
Salam ceria kami ucapkan,
Mesyuarat PIBG penuh bermakna.
2
.
Bersyukur kepada tuhan kerana kita dapat berkumpul secara maya sempena
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK St Michael kali ke-48 tahun 2022.
Sesungguhnya jauh disudut hati, saya mengimpikan mesyuarat ini dilakukan
secara bersemuka kerana sejak saya mengemudi SMK St Michael ini, saya
belum berkesempatan bersua muka, beramah mesra dengan para waris di
sekolah ini. Namun apakan daya, pandemik Covid-19 menjadi kekangan
bukan sahaja kepada kita bahkan masyarakat seluruh dunia. Kita perlu akur
kepada Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan demi memastikan kita
kembali ke dalam norma yang biasa. Walau bagaimanapun, sebagai
pentadbir saya tetap akan melaksanakan tugas saya sebaik mungkin.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Saya pasti ibu bapa tertanya-tanya tentang keselamatan anak-anak di
sekolah. Keselamatan guru dan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan
pihak sekolah dengan memastikan semua SOP yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dipatuhi. Kami yakin dengan kerjasama ibu
bapa, guru dan anak-anak mematuhi SOP yang telah dikeluarkan, anak -anak
kita akan hadir ke sekolah dalam keadaan selamat. Dalam hal ini kami
berharap ibu bapa atau penjaga dapat memastikan bahawa anak-anak yang
sihat sahaja dihantar ke sekolah.
Tuan/puan sekalian,
Syukur kepada Tuhan, masa terus berlalu tanpa kita sedar. Banyak
kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam
bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Kejayaan dan
kecemerlangan ini menggambarkan usaha guru-guru yang tidak pernah
putus asa dalam mendidik anak-anak. Kejayaan ini juga menggambarkan
usaha dan kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dengan ibu bapa
selama ini diberkati oleh Tuhan.
3
Hadirin dan hadirat sekalian
,
Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG
sentiasa menyokong pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Pihak PIBG
juga banyak memberi sumbangan dalam bentuk kewangan untuk pelbagai
aktiviti sekolah serta hadiah kecemerlangan untuk anak-anak yang berjaya.
Sumbangan yang PIBG berikan dalam menjayakan semua aktiviti ini adalah
hasil sumbangan ibu bapa kepada tabung PIBG. Untuk itu, saya menyeru
kepada ibu bapa agar terus menyumbang kepada tabung PIBG untuk kita
sama-sama terus menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang
menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak kita.
Hadirin sekalian,
Sebenarnya, sekolah ini ialah sekolah harian biasa yang terletak di
Lorong Merpati, Alor Setar, Kedah yang menempatkan 4 buah blok termasuk
bilik darjah, pejabat, bilik guru, dan surau, sebuah bangunan Makmal
Komputer, sebuah gelanggang bola keranjang dan gelanggang futsal serta
kafetaria sekolah.
Untuk makluman, bumbung di Bangunan B di sekolah ini telah dinaik taraf
baru-baru ini. Bangunan A pula telah dibaik pulih sepenuhnya selepas
mengalami kebakaran pada September 2019 yang lalu. Keselesaan yang
diwujudkan adalah untuk menampung pelajar tingkatan satu hingga
tingkatan lima yang belajar dalam satu sesi di sekolah ini.
Sebenarnya, dalam memastikan aspek kurikulum sentiasa diutamakan,
pelbagai program telah diatur dan dilaksanakan oleh pihak sekolah seperti
ceramah dan bengkel teknik menjawab, kelas tambahan, Program Guru
Muda, Bengkel Pembinaan Item, Minggu Bidang Bahasa, Kemanusiaan, Sains
dan Matematik serta Minggu Teknik dan Vokasional dan pelbagai program
lain oleh panitia masing-masing. Program NILAM juga diaktifkan kepada
murid supaya membantu mereka dalam percambahan ilmu dan PAJSK.
4
Dari segi peperiksaan, pada tahun ini, dua ujian dan dua Pentaksiran akan
diadakan kepada pelajar supaya mereka sentiasa bersedia walaupun diuji
dengan pandemik COVID-19. Pada minggu hadapan, Ujian 1 akan diadakan.
Saya berharap agar ibu bapa sentiasa memberi dorongan dan sokongan
kepada para pelajar supaya melakukan yang terbaik dalam semua aspek
kurikulum.
Dari segi sahsiah dan Hal Ehwal Murid pula, pihak sekolah sangat berharap
agar para pelajar yang dilahirkan dapat menjadi insan yang beriman,
berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan sepanjang masa di samping
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.
Sehubungan dengan itu, Unit HEM sentiasa cakna dengan para pelajar
melalui kepelbagaian program dan aktiviti seperti Program Jom ke Sekolah,
Program Mentor-Mente. Program Sambutan Hari Jadi dan banyak lagi
program lain. Melalui Kerjasama dengan Unit bimbingan Bimbingan dan
Kaunseling, Program SUMUR juga dilaksanakan.
Dari segi kehadiran, peratus kehadiran pelajar ke sekolah (awal tahun) dan
sesi pembelajaran ketika ini adalah pada tahap yang agak baik. Walau
bagaimanapun, pihak sekolah sangat berharap agar ibu bapa sentiasa
memberi kerjasama untuk memantau kehadiran para pelajar dalam sesi
pembelajaran supaya mereka tidak ketinggalan sekali gus meletakkan jurang
ketidakhadiran yang besar. Selaku pengetua, saya memohon kerjasama yang
penuh daripada ibu bapa yang ada di sini dan di luar sana untuk memastikan
kehadiran pelajar ke sekolah setiap hari.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Adalah tidak lengkap, jika saya tidak melaporkan perkembangan aktiviti
kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah. Aktiviti kokurikulum telah
dijalankan secara bersemuka pada setiap hari Rabu, pelaksanaannya juga
dijalankan secara atas talian selama 40 minit selepas waktu persekolahan.
5
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian,
Suka saya menyatakan sekali lagi, bahawa saya sangat bersyukur
kerana adanya komitmen yang baik daripada guru-guru dan staf dalam
melaksanakan semua aktiviti kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid
.Namun, saya tidak pernah lupa atas sumbangan dan bantuan yang diterima
dalam pelbagai bentuk daripada pihak luar dalam membantu para pelajar
untuk menikmati segala kemudahan yang membolehkan mereka berjaya
dengan cemerlang dalam segala aspek yang diceburi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada
pihak kerajaan, JPN, PPD atas segala perkongsian ilmu dan keprihatinan
yang diberi dalam menampung kekurangan guru di sekolah ini baru-baru ini.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pihak luar termasuk Persatuan
Bekas Pelajar dan Lembaga Pengelola Sekolah yang dipimpin oleh Datuk
Chong Itt Chew, DUN Kota Darulaman dan mantan guru St. Michael , Encik
Koh Beng Hock yang telah memberi sumbangan kepada pihak sekolah dalam
membantu meningkatkan kecemerlangan pembelajaran dan segala kegiatan
sekolah yang lain. Terima kasih juga kepada penyumbang-penyumbang lain
yang membantu sekolah selama ini.
Hakikatnya, segala sumbangan tersebut dipulangkan kepada para pelajar
supaya mereka dapat menikmati peluang pembelajaran yang terbaik. Oleh
itu, saya merayu kepada tuan-tuan dan puan-puan supaya tidak berasa jemu
untuk menghulurkan sokongan dan bantuan kepada pihak sekolah ini secara
berterusan dan konsisten kerana kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.
Saya sentiasa optimis bahawa warga sekolah baik para pelajar, para guru,
kakitangan sekolah dan pentadbir dapat berganding bahu dan saling
bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam memastikan apa-apa jua
kemajuan yang dikecapi. Dengan cara itu, konsep kecemerlangan yang
holistik dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dapat
dijana sepanjang hayat. Sesungguhnya, penglibatan luar baik daripada
Persatuan Bekas Pelajar, PIBG, Lembaga Pengelola Sekolah dan pihak NGO
amatlah saya harapkan sepanjang masa.
6
Hadirin sekalian,
Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan
pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham
sesama kita. Masalah disiplin dan tingkah laku anak-anak perlu ditangani
bersama. Masalah ponteng sekolah yakni tidak hadir ke sekolah tanpa sebab
mesti diambil tindakan segera. Jangan kita biarkan anak -anak kita tidak
hadir tanpa sebab. Para guru akan berasa bangga jika ibu bapa sentiasa
mengambil berat dengan disiplin anak-anak di sekolah.
Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan
ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir secara maya dalam
majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa menggambarkan kesungguhan
dan komitmen dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak pada masa
hadapan.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh: Tarikh : 26 Mei 2022
AJK Teks Ucapan Pengetua
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47
UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
Terima kasih kepada Pengacara Majlis,
Yang Berusaha,
Puan Noor Mazwin bt. Idris, Pengetua SMK Mak Mandin
En. Choo Theam Hooi, Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Noraini bt Puteh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En. Mohd. Zulkifle bin Sulaiman, Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Magaletchumy a/p Kuppusamy , Penolong Kanan Petang
Puan Azizah bt Abdul Rahman, Penolong Kanan Pendidikan Khas
Barisan Guru Kanan
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG
Guru-guru yang berdedikasi serta para ibu bapa dan waris yang dikasihi sekalian.
Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan kepada semua.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargan kepada
pihak sekolah kerana telah mengundang saya untuk menyampaikan sepatah dua
kata dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG pada kali ke-47. Saya juga
ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa dan
waris dalam majlis ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan menggambarkan
kesungguhan dan komitmen yang jitu dalam meningkatkan kecemerlangan anak-
anak kita di sekolah ini.
Hadirin yang dimuliakan,
Permuafakatan merupakan kunci kejayaan bagi membolehkan PIBG dan
pihak sekolah menggembleng tenaga ke arah kecemerlangan yang diharapkan. Kita
perlu sedar bahawa tanggungjawab utama bagi menentukan sahsiah dan
kecemerlangan anak-anak adalah terbeban di bahu ibu bapa bukan terhadap guru
dan pihak sekolah semata-mata. Oleh itu, majlis pada pagi ini amat bermakna
kerana pihak sekolah dan ibu bapa dapat bersua muka, berbincang dan mencari
kata sepakat demi kepentingan dan masa depan anak masing-masing.
Hadirin sekalian,
Penglibatan daripada semua pihak amatlah penting untuk melahirkan modal
insan yang terunggul. Sokongan ibu bapa dan waris kepada pihak sekolah amat
saya harapkan kerana setiap orang boleh menyumbang demi kemajuan anak-anak
kita. Menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa bukan sahaja dapat
membantu pihak sekolah untuk mengurangkan masalah disiplin malah dapat
meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum anak-anak. Saya juga yakin
dan percaya bahawa di bawah pentadbiran Puan Pengetua SMK Mak Mandin yang
penuh dedikasi, maka pencapaian akademik dan Koakademik anak_anak dapat
ditiingkatkan. Terima kasih dan sekalung budi kepada guru-guru kerana telah
mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak kami tanpa mengira penat dan
jemu.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Saya selaku Yang DiPertua PIBG sekolah ini, berasa amat bangga dan
bersyukur dengan kerjasama yang terjalin antara ibu bapa dengan pihak sekolah.
Dalam usaha untuk melonjakkan prestasi murid, pihak PIBG sentiasa menyokong
segala usaha pihak sekolah dengan memberi sumbangan dalam bentuk kewangan
dan tenaga bagi menjayakan pelbagai aktiviti teemasuklah program kecemerlangan
. Sokongan dan kerjasama yang kukuh dapat membantu kemenjadian murid dalam
pelbagai bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri. Sesungguhnya, tonggak
kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada permuafakatan dan pengurusan
PIBG yang cekap, bertanggungjawab dan ikhlas dalam menjalankan amanah.
Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, ingin saya rakamkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak terutamanya kepada guru-guru dan ibu bapa
kerana sudi meluangkan masa bagi menjayakan majlis ini demi kejayaan anak-anak
kita pada masa depan. Saya ingin memohon maaf andai terkasar bahasa dan
terkhilaf kata dalam ucapan saya sebentar tadi.
Sekian, terima kasih.
MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-47
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK ST MICHAEL
LORONG MERPATI, 05200 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN
MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-47
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK ST MICHAEL
LORONG MERPATI, 05200 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN
TARIKH : 10 APRIL 2021
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING (APLIKASI GOOGLE MEET)
MASA : 9.00 – 11.00 PAGI
KEHADIRAN : WARIS 48 ORANG & GURU 45 ORANG (JUMLAH
PENYERTAAN KESELURUHAN IALAH 93 orang)
AGENDA 1
Ucapan Pengerusi
1.1 YDP PIBG sesi 2020/2021, En. Lim Wei Chien merakamkan jutaan terima kasih
kepada semua waris dan guru kerana sudi menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung
Tahunan ke-47 secara dalam talian.
1.2 Beliau menyatakan tujuan PIBG ditubuhkan adalah untuk mewujudkan kesepakatan
antara pihak sekolah dan waris untuk meningkatkan prestasi cemerlang dalam
akademik dan menjayakan agenda pendidikan negara.
1.3 Beliau juga berharap agar semua AJK PIBG dan waris yang terlibat dalam PIBG
dapat menyumbang idea untuk membangunkan prestasi pelajar sekolah daripada
sudut kurikulum, kokurikulum dan sahsiah selari dengan misi dan visi sekolah.
1.4 Seterusnya beliau juga menyatakan bahawa kutipan sumbangan PIBG sebanyak
RM60 dan Majalah Sekolah sebanyak RM20 adalah seperti yang diputuskan dalam
mesyuarat AJK PIBG kali ketiga Sesi 2020 / 2021 pada 25.11.2020.
1.5 Untuk memuaskan semua pihak, beliau mencadangkan supaya ada pencadang dan
penyokong atau bantahan dalam kalangan ahli PIBG yang hadir.
Pencadang : Pn Ghazali b. Hashim
Penyokong : Pn. Noor Laili bt. Mohamad Elias
Pn Jamkhuriyati bt. Hussain mencadangkan cadangan ditutup. Tiada bantahan.
Dengan ini kadar tersebut adalah sah.
1.6 Akhir sekali beliau berharap agar waris dan guru dapat bersatu hati dalam
menjamin kejayaan anak-anak murid.
AGENDA 2
Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46.
2.1 Setiausaha PIBG, Pn Hjh Zaliza Ibrahim membentangkan Minit Mesyuarat Agung
PIBG Kali ke-46.
2.2 Cadangan kelulusan:
Pencadang : Pn Ooi Gaik Hoon
Penyokong : Pn. Noor Laili bt. Mohamad Elias
6
AGENDA 3
Membentang dan Menerima Laporan Tahunan Jawatankuasa PIBG Sesi 2020 / 2021
3.1 Seterusnya Pn Hjh Zaliza Ibrahim membentangkan Laporan Tahunan
Jawatankuasa PIBG SMK St Michael sesi 2020 / 2021.
3.2 Cadangan kelulusan:
Pencadang : Pn Ooi Bee Hong
Penyokong : En. Ghazali b. Hashim
AGENDA 4
Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahunan PIBG Berakhir 31 Disember
2021
Cik Beh Poh Luang selaku bendahari membentangkan penyata kewangan tahunan
(01.01.2020 hingga 31.12.2021).
Pn Fuziah bt. Bakri bertanya perkara yang dimaksudkan dengan akaun tumpang. Pn
Beh Poh Luang menyatakan akaun tumpang ialah wang yang diterima dari sumber
tertentu dan diletakkan sementara di dalam akaun PIBG.
Cadangan kelulusan: 4.1
Pencadang : Pn Fuziah bt. Bakri 4.2
Penyokong : Pn Jamkhuriyati bt. Hussain 4.3
AGENDA 5
Membentang dan Membahaskan Usul
5.1 Tiada sebarang usul yang dikemukakan oleh waris.
AGENDA 6
Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020 / 2021
6.1 Yang Dipertua PIBG, En. Lim Wei Chien membubarkan AJK PIBG Sesi 2020/2021.
6.2 Mesyuarat dengan sebulat suaranya melantik En. Mohd Rashid bin Abd Hadi
sebagai pengerusi sementara bagi menjalankan pemilihan AJK PIBG Sesi
2021/2022.
6.3 Pengerusi mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada penasihat, YDP dan
semua ahli PIBG yang turut serta dalam google meet.
6.4 Beliau juga menerangkan tentang jawatan-jawatan yang akan dipertandingkan atau
terlibat dengan pemilihan AJK yang baharu.
AGENDA 7
Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022
7.1 Majlis menerima cadangan untuk mengekalkan jawatan semua AJK waris PIBG
sesi 2020 / 2021.
7.2 Untuk jawatan YDP:
Pencadang : En. Law Yong Hoe mencadangkan En. Tan Hwa Sing
Penyokong : Pn. Danzila bt. Saidin
Pn. Diu Siew Ley mencadangkan supaya cadangan ditutup.
En. Somphom Sophaphan a/l Endin Nor Tong menyokong cadangan ditutup.
7
Tiada bantahan daripada mana-mana ahli. Tiada cadangan lain. Dengan ini En.
Tan Hwa Sing sah menjadi YDP untuk sesi 2021/2022.
7.3 Untuk jawatan NYDP:
Pn Chan Sweet Ching mencadangkan En. Ong San Leong
Penyokong : Pn. Ooi Bee Hong
En. Mohd Shukri b. Abdul Razak mencadangkan cadangan ditutup.
En. Lai King Fuat menyokong cadangan ditutup. Tiada bantahan dan tiada
cadangan lain. Dengan itu En. Ong San Leong sah menjadi NYDP PIBG untuk sesi
2021/2022.
7.4 Untuk pencalonan AJK waris:
Pn Chan Sweet Ching mencadangkan tiga calon iaitu Pn. Sim Fei Lin, Pn. Goh Gaik
Hoon dan Pn. Nyeow Sook Peng dikekalkan sebagai AJK waris. Pn. Diu Siew Ley
menyokong cadangan ini.
E. Lai King Fuat pula mencadangkan Pn. Keong Shea Wei dan disokong oleh Pn.
Jamkhuriyati bt Hussain.
En. Mohd Shukri b. Abdul Razak mencadangkan cadangan ditutup dan disokong
oleh Pn. Danzila bt. Saidi. Tiada bantahan atas cadangan ditutup. Dengan ini
keempat-empat nama yang dicadangkan sah menjadi AJK PIBG Sesi 2021/2022
mewakili waris.
7.5 Dengan itu secara rasmi dilantik wakil-wakil daripada kalangan waris untuk jawatan-
jawatan dalam PIBG SMK. St. Michael Sesi 2021 / 2022 iaitu:
EN. TAN HWA SING (YDP PIBG)
EN. ONG SAN LEONG (NYDP PIBG)
PN. KEONG SHEA WEI (AJK PIBG)
PN. GOH GAIK HOON (AJK PIBG)
PN. SIM FEE LIN (AJK PIBG)
PN. NYEOW SOOK PENG (AJK PIBG)
7.6 Puan Pengetua selaku Penasihat mengumumkan senarai guru yang dipilih untuk
menjadi AJK Guru:
EN GHAZALI B. HASHIM (SETIAUSAHA PIBG)
EN. SOMPHON SOPHAPHAN A/L ENDIN NOR TONG (BENDAHARI PIBG)
PN RAHMAH BT. MOHAMED DESA (AJK PIBG)
EN BADRI HAZLAN B. BADROL HISHAM (AJK PIBG)
PN HOH SEIK TEE (AJK PIBG)
EN LAW YONG HOE (AJK PIBG)
PN CHIOK WEN MIN (AJK PIBG)
EN. MOHD SHUKRI B. ABDUL RAZAK (PK PENTADBIRAN) - Ex-Officio
Kurikulum
PN CHAN SWEET CHING (PK HEM) - Ex-Officio Hal Ehwal Murid
EN MOHD RASHID ABD HADI (PK KOKURIKULUM) - Ex-Officio Kokurikulum
7.7 Puan Pengetua juga mengumumkan EN. ANTHONY LIM KOK CHAI (wakil waris)
dan CIK OOI YIN YIN (wakil guru) sebagai JURUAUDIT.
AGENDA 8
Hal-hal Lain
8.1 Puan Pengetua mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK PIBG Sesi
2020 / 2021 atas kerjasama, dan kesungguhan dalam menjalankan tanggungjawab
yang diberikan. Tahniah juga kepada semua AJK yang baru dilantik. Harapan beliau
AJK yang baru dilantik ini menjadi berjaya membantu meningkatkan kecemerlangan
sekolah.
8
AGENDA 9
Ucapan Penangguhan
9.1 Yang Dipertua PIBG yang baru Sesi 2021/2022 iaitu En. Tan Hwa Sing menyatakan
rasa terima kasih atas sokongan dan lantikan. Beliau berharap agar semua warga
SMK St Michael dapat bekerjasama untuk mengharumkan nama sekolah di masa
akan datang demi anak-anak pelajar.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.50 pagi.
Pencatat Minit Mesyuarat Agung PIBG:
1. Pn. Noor Laili Mohamad Elias (Ketua)
2. Pn. Fuziah bt Bakri
3. Pn. Rahmah bt. Mohamed Desa
Disediakan oleh, Disemak oleh,
....................................... ...................................
(GHAZALI B. HASHIM) (TAN HWA SING)
Setiausaha PIBG Yang DiPertua PIBG
SMK St. Michael SMK St. Michael
05200 Alor Setar, 05200 Alor Setar,
Kedah Darul Aman Kedah Darul Aman
9
PENGHARGAAN
Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:
Penasihat PIBG
Pn. Goh Kim Bung
Yang Dipertua PIBG
En. Tan Hwa Sing
Lembaga Pengelola sekolah
Old Michaelians’ Association
Penderma Tabung PIBG sekolah
Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022
Ahli Jawatankuasa Pelaksana MAT kali ke-48,sesi 2021/2022
&
Semua pihak yang memberikan sumbangan secara langsung dan
tidak langsung bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG kali ke-48 sesi 2021/2022.
******************