The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pertandingan Pisak Tibou - Syarat & Borang Pendaftaran Flip Book

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tabekbenyoh, 2023-04-25 00:32:42

Pertandingan Pisak Tibou - Syarat & Borang Pendaftaran Flip Book

Pertandingan Pisak Tibou - Syarat & Borang Pendaftaran Flip Book

PERTANDINGAN PISAK TIBOU SEMPENA PESTA KAUL MUKAH 2023 ANJURAN PERSATUAN MELANAU MIRI DENGAN KERJASAMA PERSATUAN MELANAU MUKAH SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 1. BUTIRAN PELAKSANAAN PERTANDINGAN Tempat : Tapak Kaul, Kala Dana, Mukah Tarikh : 28 & 29 April 2023 Masa : 7.30 pagi hingga 4.00 petang ⚫ Setiap kampung boleh menghantar satu atau lebih pasukan untuk penyertaan pertandingan. ⚫ Saringan akan dibuat pada 28 April 2023 di Tapak Kaul, Kala Dana dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. ⚫ Hanya 5 pasukan yang mendapat tempat tertinggi akan bertanding pada 29 April 2023 di Tapak Kaul Kala Dana Mukah pada jam 2.00 petang. ⚫ Pasukan mesti berada di Tapak Tibou sekurang-kurangnya 15 minit sebelum pertandingan dimulakan. Hakim berhak menolak penyertaan pasukan tersebut sekiranya lewat. 2. HADIAH TEMPAT LELAKI PEREMPUAN 1 Trofi & RM400.00 Trofi & RM300.00 2 Trofi & RM280.00 Trofi & RM210.00 3 Trofi & RM200.00 Trofi & RM150.00 Pasukan Pakaian Terbaik Hamper RM100.00 Hamper RM100.00 Pemain “Takek” Terbaik RM50.00 RM50.00 3. ATURCARA MAJLIS Tarikh Masa Perkara 28/04/2023 (Jumaat) 0700 : ⚫ Pendaftaran peserta 0730 : ⚫ Taklimat Pertandingan 0800 - 0400 : ⚫ Saringan Pisak Tibou bermula ⚫ Kategori Lelaki ⚫ Kategori Perempuan 29/04/2023 (Sabtu) 0900 - 1100 : ⚫ Demo pisak Tibou 1300 : ⚫ Pendaftaran Peserta dan Taklimat Pertandingan 1330 : ⚫ Pertandingan peringkat akhir pisak tibou bermula


4. MAKLUMAT PERTANDINGAN 4.1 Pertandingan ini dikelolakan oleh Persatuan Melanau Miri (PMM) dengan kerjasama Persatuan Melanau Mukah (PMM) serta Ketua-Ketua Kaum dan Ketua-Ketua Masyarakat Daerah Mukah. 4.2 Keputusan Jawatankuasa Pengelola dan hakim adalah muktamad. 5. KELAYAKAN PESERTA 5.1 Pemain yang menyertai pertandingan ini adalah secara sukarela. 5.2 Keselamatan pemain adalah keutamaan dan menjadi tanggungjawab sendiri. 5.3 Penyertaan adalah secara berkumpulan sahaja dan sihat tubuh badan pada hari pertandingan. 6. PENYERTAAN 6.1 Terbuka kepada semua warga negara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. 6.2 Penyertaan adalah PERCUMA. 6.3 Penyertaan adalah didaftar secara kumpulan. (a) Kategori Lelaki - 4 orang (b) Kategori Perempuan - 3 orang 6.4 Setiap pasukan diwajibkan mendaftar (a) Kategori Lelaki : 5 orang pemain sahaja (seorang pemain simpanan) (b) Kategori Perempuan : 4 orang pemain sahaja (seorang pemain simpanan) 6.4 Seorang pemain hanya boleh didaftar dalam satu (1) pasukan sahaja. 6.5 Setiap pasukan tidak dibenarkan menukar pemain yang telah didaftarkan. 6.6 Sekiranya salah seorang atau lebih pemain yang tidak dapat bermain pada masa yang ditetapkan, pasukan tersebut akan dibatalkan penyertaannya. 7. ATURAN PERMAINAN 7.1 Uyan (pemain pertama didaftarkan sebagai Ketua Pasukan). 7.2 Pasukan hendaklah mendaftarkan susunan pemain mengikut senarai pemainpemain yang melakukan terjunan sebelum naik ke atas “Tukad” Tibou (anak tangga). 7.3 Markah akan dikira ; 7.3.1 berdasarkan terjunan mengikut anak tangga (Tukad) 7.3.2 Ayunan uyan mestilah tidak melebihi dua (2) minit selepas wisel dibunyikan. Tiada markah akan diberi jika melebihi 2 minit. 1600 ⚫ Penyampaian hadiah dan cenderamata kepada Hakim ⚫ Bersurai


7.3.3 Ayunan pasukan keseluruhan mestilah melebihi dua (2) minit. 7.3.4 Ayunan tidak “Menyeruyan” atau menyonsang. 7.3.5 Pakaian/kekemasan pemain dan pasukan. 7.3.6 Disiplin/etika pemain dan pasukan. 8. KELENGKAPAN DAN ETIKA PEMAIN 8.1 Nombor Baju Pemain 8.1.1 Setiap pasukan hendaklah memakai baju seragam yang bernombor di depan dan belakang baju (disediakan oleh setiap pasukan masingmasing). 8.1.2 Nombor tidak boleh dilekat menggunakan pin. 8.1.3 Penggunaan nombor di baju adalah bagi memudahkan Jawatankuasa Pengelola mengenalpasti pasukan yang bertanding. 8.2 Pakaian Pemain 8.2.1 Pemain-pemain hendaklah memakai seluar sukan yang bersesuaian dan tidak menjolok mata. 8.2.2 Pemain tidak dibenarkan memakai sebarang aksesori atau perhiasan diri seperti rantai, gelang, anting-anting, jam, cincin, topi dan yang membahayakan. Jika bercermin mata, pastikan diikat dengan kemas dan tidak mengganggu pergerakan. 8.2.3 Pemain-pemain berkaki ayam dan tidak dibenarkan menggunakan alas kaki, selipar atau kasut semasa bertanding. 8.3 Etika Pemain 8.3.1 Pemain-pemain hendaklah tidak berada di bawah pengaruh alkohol dan bahan terlarang. 8.3.2 Pemain-pemain hendaklah sentiasa menjaga etika, bahasa, kelakuan dan norma-norma permainan ini. 9. FORMAT PERTANDINGAN 9.1 Pertandingan ini menggunakan format satu (1) pusingan sahaja sekiranya melebihi dari lima (5) pasukan. 9.2 Cabutan Undi akan diadakan semasa pendaftaran pada 28/04/23 untuk menentukan giliran permainan untuk peringkat saringan. 9.3 Cabutan undi akan diadakan semasa pendaftaran pada 29/04/23 untuk menentukan giliran permainan pada Peringkat Akhir. 9.4 Markah 9.4.1 Lima (5) pasukan yang mendapat markah tertinggi akan layak ke Peringkat Akhir. 9.4.2 Bagi menentukan pemenang pasukan yang mendapat markah tertinggi akan diumumkan sebagai pemenang dan seterusnya. 9.5 Sekiranya cuaca hujan, pertandingan akan ditangguhkan atas faktor keselamatan.


10. TARIKH TUTUP PENYERTAAN 10.1 Borang yang lengkap hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 28 April 2023 (Jumaat) jam 8.00 pagi kepada ; 10.1.1 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Puan Susana Clement (011-1403-7753) 10.1.2 AJK Publisiti Encik James Anthony (011-1537-9385) 11. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 11.1 Sekiranya terdapat perkara yang tidak dinyatakan dalam Syarat Pertandingan ini, maka ianya akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusannya adalah muktamad oleh Ketua Hakim. 11.2 Sebarang pertanyaan, sila hubungi ; 1.2.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Encik Alexius Nayang Munan (019-855-4622) 1.2.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Puan Susana Clement (011-1403-7753) 1.2.3 AJK Publisiti Encik James Anthony (011-1537-9385)


PERTANDINGAN PISAK TIBOU SEMPENA PESTA KAUL MUKAH 2023 ANJURAN PERSATUAN MELANAU MIRI DENGAN KERJASAMA PERSATUAN MELANAU MUKAH BORANG PENYERTAAN NAMA PASUKAN : ……….……………………………………………………………… PENGURUS PASUKAN : ……….……………………………………………………………… NO. H/P : ……….……………………………………………………………… KETUA PASUKAN / UYAN : ……….……………………………………………………………… NO. H/P : ……….……………………………………………………………… KATEGORI : LELAKI / PEREMPUAN NO. BAJU NAMA PENUH NO. KAD PENGENALAN PENGAKUAN Dengan ini saya selaku pengurus pasukan seperti nama di atas telah bersetuju menyertai Pertandingan ini. Saya juga bersetuju dengan semua syarat yang telah ditetapkan untuk menyertai dan pasukan saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak pengelola di atas sebarang musibah ke atas pemain pasukan saya sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini. Sekian, terima kasih. Tarikh : ……………………….. …………….……………..……………………………….…… ( ) Nama dan Tandatangan Pengurus Pasukan Borang yang lengkap hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 28 April 2023 (Jumaat) jam 8.00 pagi kepada ; 1. Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Puan Susana Clement (011-1403-7753) 2. AJK Publisiti Encik James Anthony (011-1537-9385)


Click to View FlipBook Version