The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amelynshah18, 2022-07-06 11:39:39

PHARMACOLOGY

PHARMACOLOGY

PHARMACOLOGY W
(PHA 2062) E
L
TYPE OF C
MEDICINE O
M
DISEDIAKAN OLEH: E
1.AMELYN SHAHIRA BINTI
RAHIMI 1
D2120002
2.SALINA BINTI ABDULLAH
D2120113

NAMA PENSYARAH : PUAN
FALIZA ERYLINA BINTI RAMELI

ANTICOAGULANT

● Mencegah pembekuan darah
dengan cara mengelakkan
pmebentukan faktor
pembekuan.

● Bentuk ubat: injection

● Cara pemberian: injection 2
subcutenous.

● Contoh ubat : heparin

Tanggungjawab jururawat dalam pemberian
heparin:
1. Lakukan ujian darah PT/PTT,INR ikut arahan
doktor .Perhatikan keputusan masa protrombin,
kiraan platelet adalah normal sebelum ubat
diberikan.

2.Berhati-hati jika diberikan kepada pesakit yang
telah menjalani pembedahan besar untuk
mengelakkan pendarahan teruk.

3.Pantau pesakit dengan teliti untuk tanda-tanda dan
gejala gusi berdarah, lebam, najis berwarna gelap,
air kencing berwarna gelap untuk mengelakkan
pendarahan.

4.Sediakan antidotes ( Protamine Sulphate ) untuk
merawat reaksi alahan terhadap heparin.

3

ANTIEMETIC

● Ia digunakan untuk
membantu menghentikan
loya atau muntah

● Bentuk ubat: syrup
● Cara pemberian: melalui

oral
● Contoh ubat: Promethazine

4

● Tanggungjawab jururawat dalam pemberian ubat
Antiemetic:

1. Perhatikan tanda vital pesakit terutamanya tekanan
darah dan kadar nadi sebagai penunjuk awal kepada
orthostatic hypotension.

2.Perhatikan tanda dehidrasi dengan melihat keadaan
kulit dan bibir pesakit serta periksa lidah kerana kesan
sampingan ubat ini adalah tanda dehidrasi.

3. Nasihat pesakit tidak boleh memandu apabila
mengambil ubat promethazine kerana boleh
menyebabkan drowsiness.

4. Nasihat pesakit tukar posisi baringan dengan perlahan
lahan untuk mengelakkan orthostatic hypotension

5

DIURETIC

● Untuk mengurangkan cecair
tambahan dalam badan
(edema) yang disebabkan oleh
keadaan seperti kegagalan
jantung, penyakit hati, dan
penyakit buah pinggang.

● Bentuk ubat: tablet

● Cara pemberian: melalui oral

● Contoh ubat : Lasix

6

Tanggungjawab jururawat dalam pemberian
ubat Lasix:

1.Perhatikan keputusan BUSE(Blood Urea dan Serum
Electrolyte) untuk mengesan tanda awal
ketidakseimbangan electrolyte.

2.Beri ubat pada waktu siang untuk mengelakkan
nocturia ( pesakit kencing pada sebelah malam).

3.Catat pengeluaran urin dalam carta I & O
dengan tepat untuk mengesan tanda awal
ketidakseimbangan cecair dalam badan.
4.Monitor tanda awal dehidrasi supaya dapat memberikan
jumlah air yang secukupnya untuk menggantikan air yang
telah disingkirkan oleh badan.

7

ANTIBIOTIC

● Untuk merawat jangkitan
bakteria

● Bentuk ubatan : capsule
● Cara pemberian ubat :

melalui oral
● Contoh ubat :

Cephalosporins

8

Tanggungjawab jururawat dalam pemberian ubat
Antibiotic:

1.Nasihatkan pesakit mengambil ubat mengikut masa
yang ditetapkan dan menghabiskan ubat seperti yang
diarahkan.

2.Simpan ubat di dalam peti sejuk selepas penyusunan
semula untuk mengekalkan potensi ubat.

3. Berikan Cephalexin bersama makanan jika berlaku
gangguan GI (kesan seperti loya dan muntah) untuk
mengelakkan gangguan GI dan memastikan penyerapan
ubat oleh badan.

4.Elakkan memberikannya kepada pesakit yang
mempunyai kesan alahan pada penisilin kerana mereka
akan mengalami kesan alahan pada cephalospirin untuk
mengelakkan tindak balas alahan.

9

LAXATIVE

● Membantu pengeluaran
najis

● Bentuk ubatan :
suppository

● Cara pemberian : melalui
rectal suppository

● Contoh ubat : Bisacodyl

10

Tanggungjawab jururawat semasa pemberian
Suppository :
1.Memantau I&O chart untuk mengesan tanda awal
ketidakseimbangan cecair dalam badan.
2.Maklum kepada pesakit tentang keberkesanan ubat ini
supaya pesakit dapat membuat persediaan lebih awal
untuk memastikan pesakit membuat tindakan lanjut.
3. Berikan bedpan kepada pesakit jika perlu untuk
tindakan awal keberkesanan ubat.
4.Menjaga privasi pesakit semasa pemberian
suppository.

11

ANTICHOLINERGIC

● Melebarkan bronkiol dan
melegakan bronchospasm
otot licin.

● Bentuk ubat: inhaler

● Cara pemberian : melalui
MDI(Metered Dose Inhaler)

● Contoh ubat:
Ipratopiumbromide

(Atrovent)

12

Tanggungjawab jururawat dalam pemberian ubat

Anticholinergic:
1. Asses semput, batuk dan kahak pesakit dan pantau tanda-tanda vital

seperti BP, nadi dan pernafasan.

2. Tetapkan masa yang sesuai untuk mengambil ubat tersebut iaitu

selepas makan supaya mengurangkan risiko gastrik pesakit.

3. Ajar teknik penggunaan inhaler yang betul kepada pesakit untuk

membolehkan koordinasi pernafasan dan keberkesanan
menggunakan MDI.

i. Pegang MDI dengan canister tegak iaitu jari telunjuk pada bahagian

atas canister.

ii. Goncang sebati dan tanggalkan penutup.
iii. Hembus nafas secara perlahan-lahan dan tahan nafas.
iv. Letakkan mouthpiece ke dalam mulut dan pasti mulut ditutup rapat.
v. Tekan canister ke bawah dan menarik nafas secara perlahan-lahan

sehingga paru-paru terasa penuh.

vi. Keluarkan corong sambil menahan nafas selama 10 saat.
vii. Hembus nafas secara perlahan melalui bibir yang dimuncungkan.
viii.Ulang dos yang diarahkan oleh doktor selepas 1 minit.
ix. Jika 2 atau lebih jenis MDI diarahkan, tunggu 5 –10 minit di antara

MDI.

x. Galakkan pesakit minum air atau cuci mulut selepas penyedutan.

4.Pantau kesan sampingan pesakit iaitu tachycardia.
5.Nilai keberkesanan ubat yang diberi dari segi tanda vital terutamanya
pernafasan serta semput pesakit berkurang atau tidak.

13

ANTIDIABETIC

● Mengurangkan paras
glukosa dalam darah.

● Bentuk ubat: injection
● Cara pemberian:

subcutaneous injection
● Contoh:Insulin
( Actrapid )

14

Tanggungjawab jururawat dalam pemberian ubat
Antidiabetic:

1. Lakukan ujian darah glukosa pada pesakit untuk mengetahui
paras glukosa dlm badan pesakit.

2. Asses keadaan pesakit untuk mengenal pasti sama ada pesakit
memerlukan insulin atau tidak.

3. Semak tempat suntikan pesakit untuk memastikan tiada luka
atau keradangan pada tempat tersebut.

4. Sediakan yang betul dengan menyemak semula jenis dan dos
insulin yang diarahkan oleh doktor.

5. Berikan suntikan dengan betul iaitu mengikut “site rotation
pattern” agar dapat mengelakkan lipodystrophy.

6. Pastikan insulin diberi kepada pesakit 30 minit sebelum
makan supaya insulin akan diserap dan tersedia apabila
pesakit mula makan.

7. Maklum pada pesakit supaya makan selepas 30 minit
pemberian insulin untuk

8. memastikan keberkesanan insulin.
9. Pantau kesan sampingan pesakit selepas pemberian insulin.
10. Nilai keberkesanan insulin sama ada mencapai julat sasaran

iaitu 6-8 mmol/L atau tidak.

15

ANALGESIC

● Untuk mengurangkan
kesakitan pada otot

● Bentuk ubat:
cream(topical)

● Cara pemberian :sapu
pada kulit

● Contoh :Flanil

16

Tanggungjawab jururawat dalam pemberian ubat
Analgesic:

1. Maklum kepada pesakit bahawa ubat tersebut
hanya untuk digunakan pada kulit dan berhati-hati
supaya tidak tersapu pada bahagian mata, mulut
atau hidung.

2. Letak ubat dan gosok pada kawasan yang sakit
dengan lembut dan menyeluruh.

3. Basuh tangan selepas menggunakan ubat kecuali
ubat tersebut digunakan pada tangan.

4. Elakkan bahagian yang disapu ubat disiram air
untuk memastikan keberkesanan ubat, jika perlu
disiram air pastikan telah menggunakan ubat
tersebut sekurang-kurangnya 30 minit.

17

ANTACID

● Mengurangkan tahap
keasidan dalam perut

● Bentuk ubat: suspension
● Cara pemberian: melalui

oral
● Contoh: Magnesium

Trisilicate

18

Tanggungjawab jururawat dalam pemberian ubat Antacid :

1. Nasihat pesakit supaya mengambil ubat apabila mengalami
simptom sahaja.

2. Galakkan pesakit mengambil ubat bersama makanan atau
tidak lama selepas makan kerana waktu tersebut adalah waktu
yang paling mungkin pesakit mengalami senak dan kesan ubat
akan bertahan lama jika diambil bersama makanan.

3. Nasihatkan pesakit untuk elakkan mengambil ubat lain dalam
masa 2 hingga 4 jam selepas pengambilan antacid kerana ia
boleh menjejaskan keberkesanan ubat lain.

4. Beritahu pesakit untuk maklum pada doktor terlebih dahulu
jika sedang mengandung atau menyusukan bayi dan
mempunyai penyakit lain seperti penyakit buah pinggang,
penyakit hati dan lain-lain sebelum doktor mengarahkan
pesakit untuk mengambil ubat antacid.

5. Maklum kepada pesakit untuk berjumpa dengan doktor atau
pergi ke klinik sekiranya mengalami kesan sampingan selepas
pengambilan seperti alahan, loya dan sakit kepala.

19

ALPHA ADRENERGIC
AGONISTS

● Menurunkan tekanan pada
mata pesakit yang menghidap
glaucoma.

● Bentuk ubat:eye drops
● Cara pemberian:titisan pada

mata
● Contoh: Brimonidine

20

Tanggungjawab jururawat dalam pemberian Alpha

Adrenergic Agonists:
1. Nasihat pesakit supaya basuh tangan terlebih dahulu sebelum

menyentuh mata untuk mengelakkan jangkitan mikroorganisma.
2. Elakkan menyentuh hujung penitis pada mata untuk memastikan

titisan ubat adalah sentiasa bersih tanpa mikroorganisma.
3. Ajar pesakit cara menitis ubat tersebut iaitu:
I. Condongkan kepala ke belakang, tarik ke bawah kelopak mata

dengan jari telunjuk untuk membentuk poket.
II. Pegang penitis dengan tangan yang lain dan meletakkannya

sedekat mungkin dengan mata tanpa menyentuhnya.
III. Semasa mendongak, picit penitis perlahan-lahan supaya setitik

jatuh ke dalam poket yang dibuat oleh kelopak mata bawah dan
keluarkan jari telunjuk dari kelopak mata bawah.
IV. Tutup mata selama 2 hingga 3 minit dan tundukkan kepala
seperti melihat lantai kemudian cuba untuk tidak berkelip atau
memicit kelopak mata.
V. Lap cecair berlebihan pada mata dengan menggunakan tisu.
VI. Jika ingin menggunakan lebih daripada satu titis pada mata yang
sama, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit sebelum menanam
titisan seterusnya.
4. Maklum pesakit supaya membasuh tangan selepas menggunakan
ubat tersebut.

21

SEKIAN
TERIMA KASIH

22


Click to View FlipBook Version