The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mnizam, 2024-02-29 03:21:39

BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN SISTEM PEMBANGUNAN SAHSIAH MURID (SPSM)

BUKU PERATURAN DAN SPSM

Sistem Pembangunan Sahsiah Murid i BUKU PERATURAN MURID SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI) KELAS AL-QURAN & FARDHU AIN INTEGRASI (KAFAI) SEKOLAH RENDAH ISLAM (SRI) SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI (SRII) NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN


ii Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor Disediakan Oleh : Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor Tingkat 2 & 3, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah No. 2 Persiaran Masjid, Seksyen 5, Bukit SUK, 40676 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Diterbit Dan Diedar Oleh : Giga Wise Network Sdn Bhd No. 74, Jalan Kapar 27/89, Megah Industrial Park, Seksyen 27, 40400 Shah Alam, Selangor. Tel: 03- 5191 1115 Faks: 03- 5191 1004 Email: [email protected] Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada sebarang bentuk lain yang boleh diperoleh semula, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin dan kebenaran bertulis daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor. Cetakan Pertama, 2018 Hak Cipta Jabatan Agama Islam Selangor, 2018 http://pendidikan.jais.gov.my


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid iii NAMA PENUH : ……………………………………………………………………….... ………………………………………………………………………….. NO. DIKENAL : ………………………………………………………..……………….. SEKOLAH : ……………………………………………………..………………….. ………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………….. NAMA IBU BAPA : ………………………............…………………………………..…… / PENJAGA ALAMAT : ………………………………………..……………………………….. ………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………….. TELEFON (R) : …………………………………..…………………………………….. (P) : …………………………..…………………………………………….. (H.P) : ………………………..……………………………………………….. Sila Lekatkan Gambar Berukuran Kad Pengenalan BIODATA MURID


iv Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor BIL NAMA HUBUNGAN NO. TELEFON 1 2 3 4 BIL NAMA GURU KELAS TAHUN NO. TELEFON 1 2 3 4 5 6 WARIS-WARIS MURID


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid v Bahawa saya murid sekolah memahami dan mengaku akan mematuhi segala peraturan-peraturan yang termaktub dalam Buku Peraturan Murid. Saya bersedia menerima tindakan daripada Lembaga Disiplin Sekolah jika saya melanggar peraturan-peraturan ini. Tandatangan murid : .................................................................................... No. kad pengenalan : .................................................................................... Tarikh : .................................................................................... Disahkan oleh : .................................................................................... PENGAKUAN MURID


vi Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor Bahawa saya ibu bapa/ penjaga kepada murid bernama yang belajar di sekolah telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah. Saya sedia bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menentukan anak jagaan saya mematuhi peraturanperaturan tersebut. Saya juga sedia menerima tindakan oleh lembaga disiplin sekolah jika anak jagaan saya melanggar peraturan-peraturan tersebut. Tandatangan ibu bapa/ penjaga : ...................................................................... No. kad pengenalan : ...................................................................... Tarikh : ...................................................................... Disahkan oleh : .....……………………………………………… PENGAKUAN IBU BAPA/ PENJAGA


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid vii ISI KANDUNGAN NO PERKARA HALAMAN 1 Prakata 1 2 Kata Aluan - Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor 2 - Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam, JAIS 3 3 Falsafah Pendidikan Negara 4 4 Falsafah Pendidikan JAIS 4 5 Visi 4 6 Misi 4 7 Moto 4 8 Maksud Disiplin 5 9 Kepentingan Disiplin 5 10 Matlamat Disiplin 6 11 Tatasusila Hubungan 6 12 Bab 1 - PERATURAN MURID (SRA/ SRAI/ KAFAI/ SRI/ SRII) Perkara 1 : Waktu Persekolahan 8 Perkara 2 : Pakaian Seragam Sekolah 10 Perkara 3 : Kekemasan 23 Perkara 4 : Keselamatan 25 Perkara 5 : Perhimpunan 26 Perkara 6 : Sesi Pengajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc) 27 Perkara 7 : Bilik Darjah/ Kelas 27 Perkara 8 : Waktu Rehat 28 Perkara 9 : Harta Sekolah 28 Perkara 10 : Bilik Air/ Tandas 29 Perkara 11 : Kantin Sekolah 29


viii Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor NO PERKARA HALAMAN Perkara 12 : Surau/ Musolla 30 Perkara 13 : Pusat Sumber Sekolah 30 Perkara 14 : Papan Kenyataan 31 Perkara 15 : Kedai/ Koperasi Sekolah 31 Perkara 16 : Kebenaran Keluar Semasa Persekolahan 31 Perkara 17 : Pertukaran Sekolah 32 Perkara 18 : Buku Teks/ Buku Tulis/ Buku Kerja 32 Perkara 19 : Kerja Rumah/ Tugasan 32 Perkara 20 : Kelas Tambahan 32 Perkara 21 : Ujian/ Peperiksaan 33 Perkara 22 : Bayaran Persekolahan 33 Perkara 23 : Kegiatan Kokurikulum 34 Perkara 24 : Kebersihan 34 Perkara 25 : Perkara-Perkara Yang Dilarang 35 Perkara 26 : Tingkah Laku 36 13 Bab 2 - SENARAI JAWATANKUASA DAN TUGAS- TUGAS DI BAWAH LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH 38 14 Bab 3 - SISTEM PEMBENTUKAN SAHSIAH MURID (SPSM) SRA/ SRAI/ KAFAI/ SRI/ SRII Carta Alir Tindakan Disiplin Murid 42 Sistem Pembentukan Sahsiah Murid (SPSM) 43 Jenis-Jenis Salahlaku Yang Boleh Dikenakan Tindakan 44 Lampiran 52 • Borang Aduan Salahlaku Murid (B 01) 53 • Borang Laporan Siasatan (B 02) 54 • Aduan Kad Peringatan (B 03) 55 • Buku Rekod Disiplin (B 04) 56


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid ix NO PERKARA HALAMAN • Kad SPSM (LAM/DIS/002-1) 57 • Borang Pengakuan Murid (B 05) 59 • Surat Pemberitahuan/ Amaran (B 06) 60 • Surat Barang Rampasan (B 07) 61 • Surat Akujanji (B 08) 62 Surat Pekeliling Ikhtisas KPM 63


x Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 1 Jabatan Agama Islam Selangor sentiasa komited dan prihatin terhadap sahsiah serta disiplin murid di sekolah. Usaha ke arah pembentukan akhlak dan kemenjadian murid secara holistik dan seimbang amat bertepatan dengan falsafah pendidikan Islam (JAIS). Bidang pendidikan merupakan bidang yang penting dalam sesebuah negara. Pembangunan pendidikan adalah seiring dengan pembangunan murid itu sendiri kerana mereka merupakan subjek utama pendidikan itu. Dalam hal ini murid perlu dikawal selia bagi memastikan sahsiah diri mereka tetap dijaga apabila mereka meningkat dewasa. Bagi merialisasikan pengurusan disiplin yang cekap dan efisien, maka buku peraturan murid ini diterbitkan sebagai panduan kepada murid, guru-guru, ibu bapa dan pihak-pihak lain yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, semua pihak mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi bagi mencapai matlamat yang telah digariskan. Sistem pendidikan yang terbaik akan menghasilkan pelajar yang cemerlang dan membentuk modal insan yang berahlak mulia. Guru sememangnya membentuk modal insan yang terbilang, cemerlang dan gemilang. PRAKATA


2 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya Buku Peraturan SRA/ SRAI/ KAFAI/ SRI/ SRII Negeri Selangor dapat dikemaskini dan diterbitkan semula oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Buku peraturan ini merupakan panduan yang komprehensif kepada semua murid, guru, ibu bapa dan pihak-pihak lain yang berkepentingan di bawah pentadbiran JAIS. Buku ini mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi bagi melestarikan kemenjadian murid. Peraturan ini dibentuk bertujuan untuk mendidik murid agar sentiasa mengawal diri dan melakukan sesuatu perkara yang betul. Hal ini selaras dengan matlamat pendidikan JAIS bagi melahirkan murid yang berilmu, berakhlak mulia dan kukuh dengan nilai-nilai Islam untuk melahirkan muslim bertaqwa serta mendapat keredhaan Allah SWT Rasulullah SAW pernah bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah yang memiliki akhlak yang terbaik.” (Hadis riwayat Tirmidzi) Adalah menjadi harapan jabatan ini agar segala peraturan dapat dilaksanakan dengan penuh hikmah dan mencapai matlamatnya bertepatan dengan maksud firman Allah Ta’ala; “Serulah olehmu ke jalan TuhanMu dengan penuh kebijaksanaan dan nasihat yang baik’’. (An-Nahl:125) Jabatan Agama Islam Selangor mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam usaha mengemaskini dan menerbitkan semula Buku Peraturan Sekolah ini. Semoga Allah memberi sebaik baik balasan. Wassalam. S.S. DATO’ HARIS BIN KASIM DPMS, SIS, ASA, PPT Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor KATA ALUAN PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 3 Setiap anak adalah anugerah Allah yang wajib diberikan asuhan, bimbingan dan pendidikan. Ibu bapa dan guru semestinya mengharapkan anak-anak ini membesar sebagai individu yang bukan sahaja berilmu tetapi juga berakhlak mulia, boleh mengawal diri, bertanggungjawab dan menghormati orang lain. Di sekolah, peraturan dan kawalan sosial perlu ada untuk mewujudkan suasana yang tenteram dan teratur agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Di samping itu, tingkah laku anak-anak juga akan sentiasa terarah kepada pembentukan disiplin yang baik. Ibu bapa dan guru merupakan Qudwah Hasanah bagi anak-anak. Adalah diharapkan tidak wujud konflik nilai dalam usaha melaksanakan segala peraturan sekolah. Permuafakatan dan kerjasama Guru Besar, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak adalah perlu untuk memastikan matlamat pendidikan kita tercapai. Adalah diharapkan agar buku peraturan murid ini dapat dijadikan panduan dalam pengurusan disiplin secara lebih berkesan bagi mencapai pembentukan modal insan kamil. Wassalam. TUAN ANAS BIN AYOB Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor KATA ALUAN KETUA PENOLONG PENGARAH


4 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN FALSAFAH PENDIDIKAN JAIS VISI MISI MOTO Pendidikan Islam JAIS adalah satu usaha berterusan ke arah membina potensi individu berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia dan berketerampilan secara seimbang dan sepadu berlandaskan wahyu Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW bagi melahirkan masyarakat muslim yang bertaqwa, maju, mampu bersaing untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Terbaik, Bertaraf Dunia dan Diredhai Allah SWT Sepanjang Masa. Mengurus Hal Ehwal Pendidikan Islam dengan ikhlas, amanah, hikmah, ukhuwwah dan berkesan. Hikmah, Amanah dan Efisien


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 5 Disiplin ialah peraturan yang ditetapkan supaya seseorang berkelakuan baik (Kamus Dewan). Manakala, The Chambers Dictionary menyatakan disiplin ialah pengawalan diri yang diperolehi melalui pendidikan, latihan dan arahan-arahan. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Murid dan Disiplin ialah: 1. Kesediaan individu menunaikan tanggungjawab terhadap Allah SWT. 2. Kesediaan individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. 3. Kesediaan menghormati hak individu lain. 4. Kesediaan mengamalkan kepentingan orang lain. 5. Kesediaan menghormati antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong menolong. 6. Kesediaan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat. MAKSUD DISIPLIN DAN PERATURAN KEPENTINGAN DISIPLIN Setiap sekolah mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi oleh muridmurid. Peraturan itu diwujudkan dengan tujuan untuk mendidik murid-murid supaya berkelakuan baik, menghormati anggota masyarakat dan mempunyai disiplin diri yang baik dan utuh. Kebanyakan perbuatan melanggar peraturan atau dispilin disebabkan tidak diadakan penerangan kepada murid-murid. Oleh itu, peraturan perlu diterangkan kepada semua murid supaya mereka benar faham dan penuh tanggungjawab.


6 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor 1. Hubungan dengan Allah SWT - Murid hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah iaitu dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. - Murid hendaklah sentiasa berpegang teguh dengan Al-Quran dan berusaha mengamalkannya. - Murid hendaklah sentiasa istiqamah dengan hafazan Al-Quran dan berusaha mengamalkannya. 2. Hubungan dengan Ibu bapa - Murid hendaklah mentaati dan menghormati ibu bapa. - Murid hendaklah jujur, amanah, ikhlas dan taat kepada kedua-duanya selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam. - Murid hendaklah sentiasa menolong ibu bapa. 3. Hubungan dengan Guru dan Kakitangan - Murid hendaklah mentaati dan menghormati guru-guru. - Murid hendaklah menghormati kakitangan sekolah. 4. Hubungan dengan Rakan dan Masyarakat - Murid hendaklah sentiasa memlihara dan meningkatkan ukhuwah dengan rakan dan masyarakat. - Murid hendaklah bersopan santun, menjaga tingkah laku dan tutur kata serta bersifat peramah terhadap rakan dan masyarakat. TATASUSILA PEMBENTUKAN AKHLAK 1. Melahirkan individu yang beriman dan bertaqwa serta mengabdikan diri kepada Allah SWT. 2. Melahirkan individu yang sedar akan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan Negara. 3. Melahirkan individu yang tahu dan hormat akan hak dirinya dan hak orang lain. 4. Mewujudkan masyarakat berakhlak mulia, bersefahaman, adil, aman, harmoni dan progresif. MATLAMAT DISIPLIN


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 7 RUJUKAN SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI) PERATURAN MURID SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI) KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN INTEGRASI (KAFAI) SEKOLAH RENDAH ISLAM (SRI) SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI (SRII) NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN BAB 1


8 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor 1.1 Sekolah Rendah Agama (SRA)/ Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain Integrasi (KAFAI) Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) WAKTU PERSEKOLAHAN DARJAH/ TAHUN WAKTU KEHADIRAN PdPc BERMULA CATATAN SRA/ KAFAI Tahun 1 - 6 7.20 pagi 7.30 pagi - 10.45 pagi Sesi Persekolahan (sesi pagi) (Isnin - Jumaat) 7.30 pagi 7.40 pagi - 10.55 pagi 7.50 pagi 8.00 pagi - 11.15 pagi 2.20 petang 2.30 ptg - 5.45 ptg Sesi Persekolahan (sesi petang) 2.35 petang 2.45 ptg - 6.00 ptg (Isnin - Jumaat) SRAI Tahun 1 - 6 7.20 pagi 7.30 pagi - 3.30 ptg Isnin - Khamis 7.30 pagi 7.40 pagi - 3.40 ptg 7.20 pagi 7.30 pagi - 12.00 t/hari Jumaat 7.30 pagi 7.40 pagi - 12.10 t/hari * Waktu persekolahan bagi SRI/ SRII adalah tertakluk kepada Jemaah Pengurusan Sekolah masing-masing. SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI) KELAS AL-QURAN & FARDU AIN INTEGRASI (KAFAI) SEKOLAH RENDAH ISLAM (SRI) SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI (SRII) PERKARA 1 WAKTU PERSEKOLAHAN


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 9 1.1.1 Murid dikehendaki berada di kawasan sekolah 10 minit sebelum Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) bermula. 1.1.2 Murid hendaklah berbaris di luar bilik darjah sebelum waktu pertama dan masuk ke kelas bersama-sama guru. 1.1.3 Kehadiran murid adalah diwajibkan kecuali mengemukakan surat daripada ibu bapa/ penjaga atau sijil cuti sakit sekiranya tidak hadir. 1.1.4 Pada waktu persekolahan, murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah. 1.1.5 Murid hanya dibenarkan keluar sekiranya telah mendapat kebenaran bertulis daripada Guru Besar dan dijemput oleh ibu bapa, waris atau penjaga. 1.1.6 Murid tidak dibenarkan keluar kelas pada waktu PdPc kecuali pada waktu rehat. 1.1.7 Murid yang keluar kelas mestilah mendapat kebenaran daripada guru yang sedang mengajar. 1.1.8 Murid yang tidak hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu mestilah mengemukakan surat akuan daripada ibu bapa penjaga/ doktor kepada guru kelas. 1.1.9 Murid yang tidak memaklumkan ketidakhadirannya kepada pihak sekolah boleh dikenakan tindakan mengikut peraturan. 1.1.10 Murid yang pulang lewat (selepas waktu persekolahan) hendaklah menunggu ibu bapa di kawasan menunggu yang ditetapkan.


10 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor 2.1 Sekolah Rendah Agama (SRA)/ Kelas Al-Quran & Fardhu Ain Integrasi (KAFAI) 2.1.1 PAKAIAN SERAGAM MURID LELAKI MURID PEREMPUAN Berbaju melayu warna putih. Berbaju kurung putih. Bersamping hijau tua Berkain hijau tua. Bersongkok hitam Memakai anak tudung putih dan bertudung putih. Berstoking dan berkasut putih/ hitam Berstoking dan berkasut putih/ hitam. Berlencana dan tanda nama Berlencana dan tanda nama Digalakkan memakai sarung lengan warna hitam tanpa corak/ memakai baju kurung putih lengan berkancing. Nota : Pemakaian seragam sekolah tertakluk kepada perubahan pekeliling semasa Jabatan/ Kementerian Pendidikan Malaysia. PERKARA 2 PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH Contoh Pakaian Seragam


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 11 2.1.2 PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH MURID LELAKI MURID PEREMPUAN Berbaju melayu warna putih. Berbaju kurung putih. Bersamping merah hati Berkain merah hati Bersongkok hitam Memakai anak tudung putih dan bertudung putih. Berstoking dan berkasut hitam Berstoking dan berkasut hitam Berlencana dan tanda nama Berlencana dan tanda nama Dibenarkan memakai baju melayu merah jambu. Dibenarkan memakai baju kurung merah jambu dan bertudung merah jambu Digalakkan memakai sarung lengan warna hitam tanpa corak/ memakai baju kurung putih lengan berkancing. Contoh Pakaian Pengawas


12 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor 2.1.3 PAKAIAN PENGAWAS PUSAT SUMBER MURID LELAKI MURID PEREMPUAN Berbaju melayu warna putih. Berbaju kurung putih. Bersamping coklat Berkain coklat. Bersongkok hitam Memakai anak tudung putih dan bertudung putih. Berstoking dan berkasut hitam Berstoking dan berkasut hitam Berlencana dan tanda nama Berlencana dan tanda nama Dibenarkan memakai baju melayu kuning air. Dibenarkan memakai kurung kuning air dan bertudung kuning air - Digalakkan memakai sarung lengan warna hitam tanpa corak/ memakai baju kurung putih lengan berkancing. Contoh Pakaian Pengawas Pusat Sumber


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 13 2.1.4 PAKAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM MURID LELAKI MURID PEREMPUAN Memakai pakaian sukan berlogo sekolah Memakai pakaian sukan (berlengan panjang) berlogo sekolah Seluar sukan panjang berwarna biru tua atau hitam Seluar sukan panjang berwarna biru tua atau hitam Bersongkok hitam Memakai anak tudung putih dan bertudung putih atau hitam Berstoking dan berkasut. Berstoking dan berkasut. Dibenarkan memakai sarung lengan warna hitam tanpa corak Contoh Pakaian Aktiviti Kokurikulum


14 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor 2.2 Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) 2.2.1 PAKAIAN SERAGAM (ISNIN-KHAMIS) MURID LELAKI MURID PEREMPUAN Berkemeja berwarna putih, berkolar dan berlengan pendek Berbaju kurung putih. Berseluar panjang biru tua dan bertali pinggang hitam Berkain biru tua Bersongkok hitam Memakai anak tudung hitam dan bertudung putih. Berstoking dan berkasut hitam Berstoking dan berkasut hitam Berlencana dan tanda nama Berlencana dan tanda nama Digalakkan memakai sarung lengan warna hitam tanpa corak/ memakai baju kurung putih lengan berkancing. Contoh Pakaian Seragam (Isnin-Khamis)


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 15 2.2.2 PAKAIAN SERAGAM (JUMAAT) MURID LELAKI MURID PEREMPUAN Berbaju melayu warna putih. Berbaju kurung putih. Bersamping hijau tua Berkain hijau tua. Bersongkok hitam Memakai anak tudung putih dan bertudung putih. Berstoking dan berkasut hitam Berstoking dan berkasut hitam Berlencana dan tanda nama Berlencana dan tanda nama Digalakkan memakai sarung lengan warna hitam tanpa corak/ memakai baju kurung putih lengan berkancing. Contoh Pakaian Seragam (Jumaat)


16 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor Contoh Pakaian Aktiviti Kokurikulum 2.2.3 PAKAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM MURID LELAKI MURID PEREMPUAN Memakai pakaian sukan berlogo sekolah Memakai pakaian sukan (berlengan panjang) berlogo sekolah Seluar sukan panjang berwarna biru tua atau hitam Seluar sukan panjang berwarna biru tua atau hitam Bersongkok hitam Memakai anak tudung hitam dan bertudung putih atau hitam Berstoking dan berkasut. Berstoking dan berkasut. Dibenarkan memakai sarung lengan warna hitam tanpa corak


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 17 2.2.4 PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH (ISNIN-KHAMIS) MURID LELAKI MURID PEREMPUAN Berkemeja berwarna merah jambu, berkolar dan berlengan panjang Berbaju kurung merah jambu Berseluar panjang biru tua dan bertali pinggang hitam Berkain merah hati Bersongkok hitam Memakai anak tudung hitam dan bertudung merah jambu Berstoking dan berkasut hitam Berstoking dan berkasut hitam Berlencana dan tanda nama Berlencana dan tanda nama Bertali leher merah hati Digalakkan memakai sarung lengan warna hitam tanpa corak/ memakai baju kurung merah jambu lengan berkancing. Contoh Pakaian Pengawas Sekolah (Isnin-Khamis)


18 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor Contoh Pakaian Pengawas Sekolah (Jumaat) 2.2.5 PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH (JUMAAT) MURID LELAKI MURID PEREMPUAN Berbaju melayu warna merah jambu Berbaju kurung warna merah jambu Bersamping merah hati Berkain merah hati Bersongkok hitam Memakai anak tudung hitam dan bertudung merah jambu Berstoking dan berkasut hitam Berstoking dan berkasut hitam Berlencana dan tanda nama Berlencana dan tanda nama - Digalakkan memakai sarung lengan warna hitam tanpa corak/ memakai baju kurung merah jambu lengan berkancing.


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 19 2.2.6 PAKAIAN PENGAWAS PUSAT SUMBER (ISNIN-KHAMIS) MURID LELAKI MURID PEREMPUAN Berkemeja berwarna kuning air, berkolar dan berlengan panjang Berbaju kurung kuning air Berseluar panjang coklat tua dan bertali pinggang hitam Berkain coklat tua Bersongkok hitam Memakai anak tudung hitam dan bertudung kuning air Berstoking dan berkasut hitam Berstoking dan berkasut hitam Berlencana dan tanda nama Berlencana dan tanda nama Bertali leher coklat tua. Digalakkan memakai sarung lengan warna hitam tanpa corak/ memakai baju kurung kuning air lengan berkancing. Contoh Pakaian Pengawas Pusat Sumber (Isnin-Khamis)


20 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor 2.2.7 PAKAIAN PENGAWAS PUSAT SUMBER (JUMAAT) MURID LELAKI MURID PEREMPUAN Berbaju melayu warna kuning air Berbaju kurung kuning air Bersamping coklat Berkain coklat. Bersongkok hitam Memakai anak tudung hitam dan bertudung kuning air Berstoking dan berkasut hitam Berstoking dan berkasut hitam Berlencana dan tanda nama Berlencana dan tanda nama Digalakkan memakai sarung lengan warna hitam tanpa corak/ memakai baju kurung kuning air lengan berkancing. Contoh Pakaian Pengawas Pusat Sumber (Jumaat)


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 21 CONTOH PAKAIAN UNIT BERUNIFORM Contoh Pakaian Unit Beruniform


22 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor CONTOH PAKAIAN UNIT BERUNIFORM Contoh Pakaian Unit Beruniform


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 23 3.1 Murid lelaki hendaklah berambut pendek, kemas dan tidak berfesyen. 3.2 Dilarang mewarnakan rambut. 3.2.1 Ukuran rambut Murid lelaki mestilah: (SPI Bil.2/1976) Tidak menyentuh kolar baju Bahagian belakang tidak tebal Sideburn tidak melebihi cuping telinga Rambut atas tidak melebihi bulu kening PERKARA 3 KEKEMASAN Ukuran Rambut Dari Hadapan Rambut hadapan tidak boleh melebihi garisan tengah dahi. Rambut atas tidak boleh lebih 7 cm. Rambut tidak boleh menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya atau sideburn tidak melebihi garisan tengah muka Rambut belakang tidak melebihi garisan bawah cuping 2 telinga Ukuran Rambut Dari Sisi Ukuran Rambut Dari Belakang


24 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor 3.5 Pakaian sekolah mesti dalam keadaan kemas dan bersih. 3.6 Setiap murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri. 3.7 Gigi hendaklah sentiasa bersih. 3.8 Tatacara pemakaian lencana dan tanda nama hendaklah seperti berikut: Contoh kuku pendek jari kiri Contoh kuku pendek jari kanan 3.3 Dilarang menyimpan kuku panjang atau mewarnakannya, 3.4 Dilarang memakai inai dengan tujuan hiasan dan kecantikan melainkan atas sebab rawatan dan perubatan. (SPI Bil.2/1996)


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 25 PERKARA 4 KESELAMATAN (SPI Bil.8/2011) 4.1 Mengutamakan keselamatan diri semasa dalam perjalanan pergi dan balik sekolah. 4.2 Mematuhi arahan keselamatan ketika mengikuti aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, sukan permainan dan aktiviti di dalam bilik darjah, makmal serta bengkel. 4.3 Ibu bapa/ penjaga/ tetamu yang berurusan pada waktu persekolahan hendaklah mendapat kebenaran Guru Besar/ Ketua Guru. 4.4 Kenderaan luar tidak dibenarkan masuk kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran Guru Besar. 4.5 Penunggang basikal mestilah memastikan basikal dalam keadaan sempurna. Dilengkapi dengan kunci, brek, loceng dan alat-alat keselamatan yang lain. 4.6 Basikal hendaklah disusun rapi di tempat yang disediakan. 4.7 Dilarang menunggang basikal di kawasan sekolah. 4.8 Murid yang menaiki kenderaan hendaklah turun di luar pagar sekolah. NAMA LENCANA NAMA NAMA LENCANA LENCANA Lencana sekolah hendaklah dijahit di atas tanda nama murid pada bahagian kiri tudung. Tanda nama murid hendaklah dijahit pada bawah lencana pada bahagian kiri tudung. Lencana sekolah hendaklah dijahit di atas tanda nama murid. Tanda nama murid hendaklah dijahit pada poket bahagian atas.


26 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor PERKARA 5 PERHIMPUNAN 5.1 Murid diwajibkan menghadiri perhimpunan sekolah. 5.2 Murid dikehendaki segera berbaris dengan teratur dan senyap. 5.3 Murid mestilah berjalan mengikut barisan kelas dengan arahan pengawas setelah perhimpunan selesai. 5.4 Murid tidak dibenarkan bercakap atau mengganggu semasa perhimpunan. 5.5 Aturcara perhimpunan: a. Semua guru dan pengawas mengambil tempat. b. Bacaan al-Fatihah/ Doa/ Selawat/ Asmaul Husna c. Menyanyi lagu: • Lagu Kebangsaan - Negaraku • Lagu Negeri Selangor - Duli Yang Maha Mulia • Lagu Sekolah (jika ada) d. Ikrar rukun negara. e. Ucapan: • Guru bertugas • Wakil pentadbiran (Guru Besar/ Penolong Kanan Pentadbiran & Akademik/ Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/ Penolong Kanan Kokurikulum/ Penyelia) f. Pengumuman (jika ada) g. Bersurai


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 27 6.1 Murid hendaklah berdiri sambil memberi/ menjawab salam ketika guru masuk ke kelas dan mengucapkan terima kasih apabila selesai PdPc. 6.2 Bacaan doa di awal dan di akhir PdPc. 6.3 Murid diwajibkan membawa buku teks dan buku tulis/ aktiviti mengikut jadual waktu. 6.4 Murid dilarang membuat bising dan mengganggu murid lain semasa PdPc. 6.5 Hanya dua orang murid sahaja dibenarkan keluar kelas pada satu-satu masa dengan kebenaran guru dengan menggunakan Pas Kebenaran Keluar Kelas. 6.6 Murid hendaklah menyiapkan setiap aktiviti dan latihan yang diberikan. 6.7 Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas membantu kawalan kelas semasa ketiadaan guru. 7.1 Murid hendaklah membaca, memahami dan mematuhi peraturan di dalam bilik darjah/ kelas seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah. 7.2 Memastikan kerusi dan meja dalam keadaan teratur sepanjang masa. 7.3 Menjaga kebersihan bilik darjah dan persekitarannya setiap masa. 7.4 Murid-murid hendaklah mematuhi jadual bertugas harian di kelas masingmasing. 7.5 Murid bertanggungjawab menjaga harta benda sekolah di dalam kelas dan memastikan suis eletrik, pintu dan tingkap kelas ditutup sebelum meninggalkan kelas. 7.6 Murid perlu hormat dan patuh kepada semua guru dan rakan sekelas. 7.7 Murid hendaklah menjaga keharmonian kelas sendiri dan kelas orang lain dengan tidak mengganggu kelas yang lain. 7.8 Murid sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni seperti semangat kekitaan, tolong menolong/ bekerjasama, sedia menerima teguran, perubahan, dan bersedia untuk belajar. PERKARA 7 BILIK DARJAH/ KELAS PERKARA 6 SESI PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc)


28 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor 7.9 Murid dilarang makan dan minum di dalam kelas (sama ada pada waktu rehat atau PdPc). 7.10 Murid hendaklah membersihkan papan tulis setiap kali selepas sesi pembelajaran/ kelas intensif/ tambahan berakhir. 7.11 Murid perlu melaporkan sebarang kerosakan dan ketidakpatuhan peraturan kepada guru. 7.12 Murid tidak dibenarkan membawa pemadam cecair (liquid paper) 7.13 Murid dilarang membawa majalah hiburan/ komik dan barang larangan lain yang tidak berkaitan dengan PdPc. 8.1 Murid dilarang berkeliaran atau berkumpul di kawasan larangan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 8.2 Murid dilarang keluar dari kawasan sekolah. 8.3 Murid dilarang membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman. 8.4 Apabila tamat waktu rehat, murid hendaklah segera masuk ke bilik darjah/ kelas dalam keadaan terkawal. 8.5 Sentiasa mengutamakan keselamatan dan kebersihan diri ketika waktu rehat. Rujukan: (SPI Bil.8/1983), (SPI Bil.18/1998) 9.1 Sentiasa menjaga harta sekolah dan kebersihannya pada setiap masa. 9.2 Dilarang mengalih/ membawa keluar sebarang harta benda sekolah tanpa kebenaran. 9.3 Perbuatan vandalisme adalah dilarang seperti menconteng, merosak dan mengotorkan harta benda sekolah. PERKARA 9 HARTA SEKOLAH PERKARA 8 WAKTU REHAT


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 29 10.1 Mendapat kebenaran guru ketika waktu pembelajaran kecuali waktu rehat. 10.2 Murid hendaklah membawa Pas Kebenaran Keluar Kelas semasa ke tandas. 10.3 Hanya dua orang sahaja dibenarkan keluar ke tandas dalam satu-satu masa dengan kebenaran guru. 10.4 Menggunakan tandas dan bilik air yang ditetapkan. 10.5 Menjaga dan mengekalkan kebersihan serta keceriaan tandas. 10.6 Membuang sisa makanan, tisu, tuala wanita dan sampah sarap ke dalam tong sampah yang telah disediakan. 10.7 Mematikan suis lampu, menutup paip air serta flush tandas setelah digunakan. 10.8 Sentiasa menjaga adab ketika di dalam tandas. 10.9 Segera beredar setelah menggunakan tandas. 10.10 Elakkan pembaziran air dan elektrik. 10.11 Murid tidak dibenarkan menggunakan tandas guru. 10.12 Menconteng tandas adalah dilarang. PERKARA 10 BILIK AIR/ TANDAS 11.1 Beratur dan berbudi bahasa semasa membeli makanan. 11.2 Dilarang memasuki kawasan dapur kantin sekolah. 11.3 Beradab ketika makan dan minum. 11.4 Membuang sampah, sisa makanan dan meletakkan bekas makanan di tempat yang disediakan. 11.5 Dilarang membeli makanan di luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan. 11.6 Murid dikehendaki menjaga kebersihan dan keceriaan kantin pada setiap masa. PERKARA 11 KANTIN SEKOLAH


30 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor 12.1 Digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang ditetapkan oleh pihak sekolah sahaja. 12.2 Kasut dan selipar hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan serta disusun rapi. 12.3 Dilarang membuat bising, bermain atau merosakkan alatan yang terdapat di surau/ musolla. 12.4 Elakkan pembaziran air dan elektrik. 12.5 Mematikan suis elektrik dan menutup paip air sebelum meninggalkan surau/ musolla. 12.6 Mematuhi jadual tugasan/ giliran yang disediakan. 12.7 Menjaga kebersihan dan keceriaan surau/ musolla. 12.8 Menyusun dan meletakkan semula alatan yang digunakan seperti sejadah/ rehal/ telekung/ kain pelekat/ Al-Quran ditempat yang disediakan. 13.1 Beratur semasa pergi dan balik dari pusat sumber. 13.2 Mematuhi arahan dan adab di dalam pusat sumber. 13.3 Memulangkan buku atau bahan yang dipinjam pada tempat yang ditetapkan. 13.4 Tidak dibenarkan membawa masuk/ keluar bahan bacaan tanpa kebenaran. 13.5 Mengganti buku/ bahan yang dipinjam jika hilang atau rosak. 13.6 Dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam Pusat Sumber. 13.7 Mematuhi segala peraturan dan jadual penggunaan yang telah ditetapkan. PERKARA 13 PUSAT SUMBER SEKOLAH PERKARA 12 SURAU/ MUSOLLA


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 31 15.1 Digalakkan membeli alat tulis dan keperluan di kedai/ koperasi sekolah. 15.2 Urusan membeli alat tulis dan keperluan mengikut waktu yang ditetapkan. 15.3 Murid tidak dibenarkan membeli ketika waktu PdPc berjalan melainkan dengan kebenaran dari guru. 14.1 Sebarang maklumat yang hendak ditampal mesti mendapat pengesahan Guru Besar. 14.2 Murid hendaklah sentiasa membaca maklumat yang dipaparkan di papan kenyataan. 14.3 Dilarang mengoyak, menconteng, mengotorkan dan merosakkan maklumatmaklumat yang dipaparkan. PERKARA 14 PAPAN KENYATAAN PERKARA 15 KEDAI/ KOPERASI SEKOLAH 16.1 Murid tidak dibenarkan keluar dari sekolah kecuali mendapat kebenaran Guru Besar. 16.2 Hanya ibu bapa/ penjaga atau waris dibenarkan mengambil murid semasa sesi persekolahan. 16.3 Sebarang urusan keluar hendaklah dibuat di pejabat sekolah dan direkodkan. PERKARA 16 KEBENARAN KELUAR SEMASA PERSEKOLAHAN


32 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor 18.1 Melengkapkan butiran peribadi dengan jelas. 18.2 Membalut buku teks dengan menggunakan plastik lut sinar. 18.3 Dilarang menconteng, mengoyak dan merosakkan buku teks. 18.4 Dilarang meninggalkan buku di bilik darjah dan kawasan sekolah kecuali di tempat yang dikhaskan. 18.5 Sentiasa menjaga keadaan buku dengan baik dan cermat. 19.1 Murid hendaklah menyiapkan semua kerja rumah atau tugasan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan. 20.1 Hendaklah mengikuti kelas-kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah mengikut jadual yang ditetapkan. 20.2 Memakai pakaian seragam sekolah atau pakaian yang dibenarkan. PERKARA 19 KERJA RUMAH/ TUGASAN PERKARA 20 KELAS TAMBAHAN PERKARA 18 BUKU TEKS/ BUKU TULIS/ BUKU KERJA 17.1 Hanya ibu bapa/ penjaga sahaja boleh membuat permohonan untuk pertukaran murid ke sekolah lain. 17.2 Urusan pertukaran murid hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan. PERKARA 17 PERTUKARAN SEKOLAH


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 33 21.1 Murid wajib menduduki ujian/ peperiksaan mengikut jadual yang ditetapkan. 21.2 Murid yang tidak hadir mesti melampirkan surat sijil sakit atau surat tunjuk sebab daripada ibu bapa/ penjaga. 21.3 Sentiasa menjaga dan membawa alat tulis sendiri. 21.4 Menggunakan alat tulis sendiri sepanjang peperiksaan dijalankan. 21.5 Dilarang menggunakan pen dakwat merah, pemadam cecair dan seumpamanya semasa peperiksaan berlangsung. 21.6 Dilarang membawa sebarang bahan bacaan dan nota ke dalam bilik peperiksaan. 21.7 Murid mesti mematuhi peraturan semasa peperiksaan. PERKARA 21 UJIAN/ PEPERIKSAAN 22.1 Menjelaskan bayaran persekolahan mengikut waktu yang ditetapkan. 22.2 Pastikan menerima resit setelah pembayaran. 22.3 Menyelesaikan segala bayaran sebelum berpindah/ berhenti atau tamat persekolahan. PERKARA 22 BAYARAN PERSEKOLAHAN


34 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor 24.1 Murid mestilah membuang sampah di tempat yang disediakan. 24.2 Murid hendaklah mengutip sampah dan memasukkan ke dalam tong sampah tanpa menunggu arahan. 24.3 Mematuhi jadual bertugas harian yang ditetapkan. 24.4 Murid mengikuti aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh pihak sekolah. PERKARA 24 KEBERSIHAN 23.1 Setiap murid hendaklah menyertai aktiviti berikut sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak sekolah, antaranya: • Kemahiran Amal Islami (KAMIL) • Persatuan dan Kelab • Sukan dan Permainan • Unit Beruniform 23.2 Wakil sekolah dalam aktiviti kokurikulum tidak dibenarkan menarik diri kecuali atas sebab-sebab yang munasabah. 23.3 Penglibatan sebarang kegiatan yang dianjurkan oleh pihak luar sewaktu persekolahan mestilah mendapat keizinan daripada Guru Besar. PERKARA 23 KEGIATAN KOKURIKULUM


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 35 25.1 Kawasan Larangan 25.1.1 Kecuali dengan kebenaran: Pejabat sekolah, bilik Guru Besar, bilik Penolong Kanan, bilik guru, pusat sumber, tandas guru, bilik mesyuarat, bilik SPBT, bilik rawatan dan kawasan larangan yang telah ditetapkan. 25.1.2 Kawasan larangan berbahaya: Rumah sampah, rumah elektrik, tangki air, tangki septik, rumah pam air, cerun, garaj kereta, stor, dapur kantin, kawasan belakang bangunan, longkang dan kawasan-kawasan yang dilarang oleh pihak sekolah. 25.2 Barang Larangan Sekolah 25.2.1 Dilarang membawa perkara-perkara berikut: a. Dadah, rokok, bahan mudah terbakar dan seumpamanya. b. Alat permainan yang tiada kaitan PdPc. c. Permainan berunsur judi (contoh: kad poker). d. Alatan gajet: Telefon/ kamera/ radio/ teropong/ jam pintar. e. Gambar/ majalah berunsur humor, lucah dan lain-lain. f. Alat perakam: Videocam/ vcd/ dvd/ mp3/ mp4. g. Alat tajam seperti pisau/ gunting dan sebarang alat yang membahayakan (kecuali digunakan untuk subjek Pendidikan Seni). h. Pemadam cecair, pemetik api, alat solek dan barang kemas. i. Membawa jumlah wang ringgit yang banyak. j. Cermin mata berfesyen. PERKARA 25 PERKARA-PERKARA YANG DILARANG


36 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor 26.1 Bertingkah laku baik, bersopan santun, beradab dan berakhlak mulia. 26.2 Mengamalkan ucapan salam, senyum, sapa apabila berjumpa guru, kakitangan, ibu bapa, rakan dan tetamu. 26.3 Mentaati dan mematuhi arahan guru dan kakitangan sekolah. 26.4 Membantu dan bekerjasama dalam perkara kebaikan. 26.5 Sentiasa mendorong, memberi nasihat kepada kawan dan memberi maklumat salahlaku disiplin kepada pihak sekolah. PERKARA 26 TINGKAH LAKU


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 37 SENARAI JAWATANKUASA DAN TUGAS-TUGAS DI BAWAH LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH BAB 2


38 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor Lembaga Disiplin Sekolah Pengerusi : Guru Besar/ Ketua Guru Naib Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Setiausaha : Ketua Guru Disiplin AJK : 1. Penolong Kanan Pentadbiran & Akademik 2. Penolong Kanan Kokurikulum 3. Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling 4. Guru Disiplin 5. Penyelia Pagi/ Petang Tugas-Tugas Ketua Murid • Memastikan murid mematuhi peraturan sekolah. • Membantu Guru Disiplin menjalankan tugas yang ditetapkan di dalam/ luar sekolah. • Mengetuai murid-murid dalam perhimpunan sekolah/ mingguan. Jawatan • Ketua Murid • Penolong Ketua Murid • Pengawas • Tunas Pengawas • Ketua Kelas • Penolong Ketua Kelas • Ketua Kebersihan • Penolong Ketua Kebersihan Tugas-Tugas Penolong Ketua Murid • Membantu Ketua Murid. • Menjalankan tugas-tugas Ketua Murid semasa ketiadaannya. • Mengetuai murid-murid dalam perhimpunan sekolah/ mingguan.


Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 39 Tugas-Tugas Pengawas dan Tunas Pengawas • Menyediakan kerusi guru semasa perhimpunan. • Memastikan murid-murid berbaris dengan teratur. • Mengawasi murid-murid agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan sekolah yang telah ditetapkan. • Mencatat dan melapor kesalahan murid kepada Guru Disiplin. • Mengawasi kebersihan sekolah dari masa ke semasa. • Menaikkan bendera setiap pagi dan menurunkannya semula sebelum balik. • Membantu guru dalam kes-kes kecemasan. Tugas-Tugas Ketua Kelas • Memastikan jadual tugas harian dilaksanakan. • Melaporkan murid yang keluar kelas tanpa kebenaran. • Mencatat/ melaporkan kes disiplin yang berlaku dalam kelas, seperti mencuri atau meniru. • Mengawal kelas semasa ketiadaan guru. • Mengetuai murid mengucapkan salam/ terima kasih semasa guru masuk dan keluar. Tugas-Tugas Penolong Ketua Kelas • Memastikan jadual tugas harian dilaksanakan. • Menggantikan tugas Ketua Kelas semasa ketiadaannya. • Melaporkan murid yang keluar kelas tanpa kebenaran. • Mencatat/ melaporkan kes disiplin yang berlaku dalam kelas, seperti mencuri atau meniru. • Mengawal kelas semasa ketiadaan guru. • Mengetuai murid mengucapkan salam/ terima kasih semasa guru masuk dan keluar.


40 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor Tugas-Tugas Ketua Kebersihan • Membantu Ketua Kelas menjalankan tugas kebersihan. • Memastikan jadual tugasan harian dilaksanakan mengikut giliran. • Menjalankan tugas-tugas Ketua Kebersihan. Tugas-Tugas Penolong Ketua Kebersihan • Membantu Ketua Kebersihan menjalankan tugas. • Menjalankan tugas-tugas Ketua Kebersihan semasa ketiadaannya. • Memastikan jadual tugasan harian dilaksanakan mengikut giliran. Tanda Nama Jawatan (warna) • Ketua Murid - Biru Tua. • Penolong Ketua Murid - Biru Tua. • Pengawas & Tunas Pengawas - Merah • Ketua Kelas - Hijau • Penolong Ketua Kelas. - Hijau • Ketua Kebersihan - Kuning • Penolong Ketua Kebersihan - Kuning • Pengawas Pusat Sumber - Coklat


Click to View FlipBook Version