NAMA : MUHAMMAD AZIB SYAMIL BIN AZMAN NO. ID : 54214123112 KURSUS: BACHELOR OF ENGINEERING TECHNOLOGY HONS. IN MECHANICAL DESIGN NAMA : MUHAMMAD IZZUDDIN BIN KAMARULZAMAN NO. ID : 54214123085 KURSUS: BACHELOR OF ENGINEERING TECHNOLOGY HONS. IN MECHANICAL DESIGN NAMA : ZARIF FITRI BIN MOHAMAD SABRI NO. ID : 54214123030 KURSUS: BACHELOR OF ENGINEERING TECHNOLOGY HONS. IN MECHANICAL DESIGN NAMA : ADNAN BASHIR SAIDI BIN ROMLAN NO. ID : 54214123066 KURSUS: BACHELOR OF ENGINEERING . . TECHNOLOGY HONS. IN MECHANICAL DESIGN NAMA : TENGKU MUHAMMAD ISYRAQ BIN TENGKU IZHAM NO. ID : 54214123112 KURSUS: BACHELOR OF ENGINEERING TECHNOLOGY HONS. IN MECHANICAL DESIGN
INDEKS SEMESTER OKTOBER 2023/2024 3 BAB 1: PENDAHULUAN 5 BAB 2: DEFINISI IDEOLOGI PLURALISME 6 2.1 Penerimaan dalam keagamaan 6 2.2 Toleransi 6 2.3 Keadilan sosial 6 2.4 Penglibatan dan wacana yang positif 7 2.5 Pluralisme dan wacana yang positif 7 BAB 3: ASAL-USUL IDEOLOGI PLURALISME 8 3.1 Kemajuan dalam pemikiran agama 8 3.2 Perubahan di dunia barat 8 3.3 Peubahan dalam konteks politik dan sosial 9 BAB 4: FAKTOR PENYEBARAN IDEOLOGI PLURALISME 10 BAB 5: CIRI-CIRI IDEOLOGI PLURALISME 14 5.1 Semua agama adalah sama 15 5.2 Keterbukaan kepada perubahan 15 5.3 Penolakan diskriminasi 15 5.4 Penggunaan neraca akal melebihi neraca agama 16 BAB 6: KESAN-KESAN SEKULARISME TERHADAP UMAT ISLAM 17 6.1 Kruntuhan aqidah 17 6.2 Cenderung kepada penggunaan akal 18 6.3 Kehilangan nilai tradisional islam 18 BAB 7: TINDAKAN UNTUK MENGATASI IDEOLOGI PLURALISME DARI PANDANGAN ISLAM 19 7.1 Pemahaman dan pendidikan dalam agama 19 7.2 Komunikasi antara agama 19 7.3 Menghormati kebebasan agama 19 7.4 Membangunkan sikap toleransi 20
INDEKS SEMESTER OKTOBER 2023/2024 4 7.5 Memahami idea keadilan 20 BAB 8: KESIMPULAN 21 BIBILIOGRAFI 22
Fenomena serangan pemikiran Barat terhadap orang Islam amat membimbangkan pada masa ini. Selepas fasa penjajahan Barat di dunia Islam berakhir, pemahaman (ghazwah al- fikr) yang mengelirukan ini melanda pemikiran orang Islam di kebanyakan negara Islam. Hasil daripada penjajahan Barat ke atas dunia Islam, terdapat banyak fahaman terbuka yang bertentangan dengan prinsip Islam yang baik dan murni, seperti PLURALISME, sekularisme, liberalisme, materialisme dan feminisme. Fahaman-fahaman ini menolak fungsi sistem Islam dalam mengatur kehidupan manusia. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan pelbagai fenomena serangan pemikiran Barat terhadap pemikiran umat Islam. Ia akan membincangkan bagaimana pluralisme muncul di Barat, ciri-ciri, faktor-faktor ajarannya, cara ia diserap dalam kehidupan manusia, kesan atau implikasinya terhadap keluhuran agama dan tindakan mengatasi dari sudut pandangan Islam. BAB 1 : PENDAHULUAN SEMESTER OKTOBER 2023/2024 5
Idea atau falsafah pluralisme mengiktiraf dan menghargai kepelbagaian sosial. Pluralisme dalam konteks ideologi sering merujuk kepada sudut pandangan atau set prinsip yang mengakui dan menghargai perbezaan nilai, kepercayaan, budaya, dan perspektif kehidupan yang wujud di kalangan orang atau kumpulan. Beberapa ciri umum dalam ideologi PLURALISME mungkin seperti berikut: 2.1 Penerimaan dalam keagamaan: Pluralisme mengiktiraf kepelbagaian kumpulan dalam masyarakat, masing-masing mempunyai budaya, nilai, dan cara hidup yang unik. Pandangan dunia ini berpendapat bahawa kepelbagaian tidak dapat dielakkan dan perlu diterima. 2.2 Toleransi: Toleransi terhadap kepelbagaian sosial dipupuk oleh pluralisme. Ini memerlukan penghormatan kepada kebebasan berfikir dan pendapat yang dipegang oleh mana-mana individu atau organisasi. 2.3 Keadilan Sosial: Usaha untuk mencapai keadilan sosial dalam menghadapi kepelbagaian adalah berkaitan dengan pluralisme. Ini mungkin melibatkan menyokong kesaksamaan, hak asasi manusia, dan peluang yang sama untuk semua orang, tanpa mengira latar belakang mereka. BAB 2 : DEFINISI IDEOLOGI PLURALISME SEMESTER OKTOBER 2023/2024 6
2.4 Penglibatan dan wacana yang positif: Pluralisme menggalakkan penglibatan dan wacana yang membina di kalangan pelbagai kumpulan. Matlamatnya adalah untuk memupuk persefahaman di kalangan orang atau kumpulan yang mempunyai asal usul dan perspektif yang berbeza. 2.5 Pluralisme dan Demokrasi Inklusif: Dalam sistem politik demokrasi inklusif, kumpulan dan pandangan yang berbeza diberi hak dan perwakilan yang sama dalam proses membuat keputusan. SEMESTER OKTOBER 2023/2024 7
BAB 3 : ASAL-USUL IDEOLOGI PLURALISMA Sejarah pemikiran politik, sosial, dan falsafah adalah tempat pluralisme sebagai tanggapan penting pertama kali muncul. Kepelbagaian telah timbul dan berkembang dalam beberapa situasi intelek dan budaya yang berbeza. Berikut adalah beberapa peringkat dalam perkembangan pluralisme : 3.1 Kemajuan dalam Pemikiran Agama dan Falsafah • Yunani Purba: Falsafah Yunani mempunyai beberapa aspek pemikiran pluralistik, terutamanya dalam idea seperti relativisme dan toleransi untuk sudut pandangan yang berbeza. • Islam: Istilah "dhimmi" dalam tradisi Islam merujuk kepada sejenis perlindungan yang diberikan kepada minoriti agama yang hidup di bawah undang-undang Islam. Toleransi dan menghormati kepelbagaian juga dianjurkan oleh sebilangan ulama Islam terkenal. 3.2 Perubahan di Dunia Barat • Pencerahan: Prinsip pluralisme banyak dipengaruhi oleh falsafah pencerahan di Eropah sepanjang abad ke-17 dan ke-18. Intelektual seperti Voltaire dan John Locke bercakap tentang keperluan kebebasan beragama dan hak individu sebagai nilai asas. SEMESTER OKTOBER 2023/2024 8
• Prinsip Demokratik dan Revolusi Amerika: Semasa abad ke-18, cita-cita pluralisme politik, yang merangkumi nilai demokrasi dan hak asasi manusia, telah dinyatakan oleh Revolusi Amerika dan pandangan Bapa Pengasas, terutamanya Thomas Jefferson. 3.3 Perubahan dalam Konteks Politik dan Sosial • Pertumbuhan Masyarakat Pelbagai Budaya: Masyarakat pelbagai budaya menjadi semakin pelbagai hasil daripada pembangunan sosial dan penghijrahan manusia. Dalam dunia di mana terdapat banyak budaya dan kepercayaan yang berbeza, pluralisme menjadi semakin penting. • Pergerakan Hak Asasi Manusia dan Hak Sivil: Tanpa mengira warna kulit atau agama, pergerakan hak sivil abad ke20, khususnya di Amerika Syarikat, berkempen untuk kesaksamaan dan hak asasi manusia untuk semua orang. Kefahaman yang lebih besar tentang nilai pluraliti dalam masyarakat dipupuk oleh gerakan ini. SEMESTER OKTOBER 2023/2024 9
BAB 4 : FAKTOR PENYEBARAN PLURALISME Penyebaran pluralisme dipengaruhi oleh sejumlah faktor kompleks yang dipengaruhi oleh pemikiran atau ideologi Masyarakat pada zaman sekarang yang berpegang teguh dengan pendirian mereka tanpa merujuk sebarang rujukan atau fatwa yang dibentang oleh negara kita. Ia juga disebar melalui pelbagai platform antaranya ialah bidang Pendidikan, media massa dan juga dari tokoh-tokoh dari luar atau dari Malaysia sendiri. Antara faktor penyebaran pluralisme ialah PENDIDIKAN. Pendidikan mempunyai peranan yang penting dalam penyebaran pluralisme kerana melalui sistem pendidikan, individu dapat memperoleh pemahaman pluralisme yang mempengaruhi ideologi utama individu tersebut. Contoh Pendidikan yang menyebarkan pefahaman pluralisme adalah, kurikulum Pendidikan seperti falsafah. Antara contoh pluralisme dalam pembelajaran falsafah adalah falsafah humanisme yang menempatkan nilai martabat pada manusia dari pelbagai jenis agama dengan mendukung dan mengakui keunikan dan keagamaan setiap manusia mempunyai persefahaman yang sama. Ahli cendekiawan iaitu Paul Kurtz mengumpulkan sejumlah tulisan dalam buku Prometheus Book untuk membahas humanisme dalam konteks global yang mengeksplorasi cara-cara untuk menyatukan manusia dengan pelbagai jenis agama dengan mengakui semua jenis agama mempunyai persefahaman yang sama. SEMESTER OKTOBER 2023/2024 10
Gambar rajah 4.1 Ahli Falsafah Humanisme Gambar rajah 4.2 Paul Kurtz Selain itu, faktor penyebaran pluralisme adalah melalui MEDIA MASSA, seperti Ulil Absar Abdallah dalam Majalah Gatra 21 Disember 2002 menyatakan bahawa: “Semua agama adalah sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi, Islam bukan agama yang paling benar.” Ajaran ini telah mempengaruhi negara Indonesia dan telah terjebak ke negara kita. Melalui media massa, ideologi pluralisme dari Indonesia telah menyubur juga ke negara kita. Penularan ideologi pluralisme dapat dihidu dari kes-kes seperti sambutan Kongsiraya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama di antara agama-agama di Malaysia. Sekalipun telah ditegur oleh para ulamak dan para mufti dalam muzakarah ulamak 2006 pada 13 jun 2006. Mereka telah memberi resolusi bahawa kongsi agama sebagai bertentangan dengan islam, SEMESTER OKTOBER 2023/2024 11
namun golongan islam pluralisme dan liberal di Malaysia menolak pandangan para mufti dan ulamak tersebut bahkan menuduh ahli agamawan tersebut sebagai jumud, kolot dan konservatif. Gambar rajah 4.3 Ulil Abshar Abdalla Akhir sekali, antara faktor penyebaran pluralisme ialah melalui HUJAHAN TOKOH DARI DALAM MALAYSIA. Isu pluralisme agama menjadi bertambah hangat dalam perbincangan sarjana apabila Dato’ Sri Anwar Ibrahim telah menyampaikan ceramahnya yang dibentangkan di London school of Economics pada 18 Mac 2010 yang bertajuk ‘Religion Pluralism in a divided world’. Gambar rajah 4.4 London School of Economic SEMESTER OKTOBER 2023/2024 12
Ceramah beliau ini telah menggemparkan masyarakat Malaysia kerana didakwa beliau telah mendokong fahaman pluralisme agama. Ramai cendekiawan dan ahli politik telah memberi respon terhadap ucapan beliau antaranya ialah Muhammad Uthman el-Muhamady. Walaupun ceramahnya dibentangkan di London school of Economic, ia telah memberi kesan dalam penyebaran pluralisme di Malaysia kerana hujahan tersebut diberikan oleh tokoh dari negara kita sendiri. Ia juga membantu pengikut-pengikut ideologi pluralisme untuk menentang undang-undang agama islam di negara Malaysia. SEMESTER OKTOBER 2023/2024 13
BAB 5 : CIRI-CIRI IDEOLOGI PLURALISME Ideologi adalah merupakan satu system kepercayaan yang diikuti oleh sesebuah organisasi atau kumpulan sosial yang mampu mengubah atau mempengaruhi tingkah laku sesorang. Tingkah laku seseorang itu juga termasuk dari segi fizikal jasmani dan juga mental. Oleh demikian, ideologi pegangan seseorang atau kumpulan sosial ini juga memberi kesan kepada ekonomi, sosial dan politik sesebuah masyarakat. Namun demikian, erti ideologi ini mempunyai perbezaan pendapat dan pandangan daripada tokoh- tokoh, ahli falsafah dan juga ahli sejarawan. Terdapat suatu pandangan yang berpendapat bahawa ideologi ini adalah satu sistem yang digunakan sebagai pelindung kekuasaan oleh seseorang pemerintah atau penguasa. Pendapat ini dikeluarkan oleh seorang tokoh diplomat, ahli falsafah dan sejarawan yang berasal dari Itali, bernama Niccolo Machiavelli. Walaupun pegangan beliau dikatakan salah kerana beliau memegang pegangan bahawa untuk memerintah dan mempertahankan sebuah tempat, ia memerlukan kezaliman atau kejahilan. Pluralisme juga mempunyai beberapa ideologi yang tersendiri untuk mengukuhkan pegangan mereka dan untuk membezakan mereka dengan Kumpulan sosial yang lain seperti pegangan sekularisme. Diantaranya ialah: . SEMESTER OKTOBER 2023/2024 14
5.1 Semua Agama Adalah Sama Mengikut pandangan Pluralisme, mereka berpendapat bahawa semua agama adalah sama, dimana setiap agama yang wujud merujuk kepada suatu realiti tunggal dan suci. Hal ini demikian kerana mereka dikatakan bahawa semua agama mempunyai maklumat yang terhad kepada berkenaan Tuhan. Maka dengan itu, tiada agama yang layak dikatakan bahawa mereka adalah agama yang benar dan agama lain juga tidak boleh menafikan sesebuah agama. Mereka berpegang kepada penyataan bahawa tiada agama yang sempurna, oleh itu sesuatu penilaian tidak boleh dilakukan antara agama yang wujud. 5.2 Keterbukaan Kepada Perubahan Pluralisme mengaku bahawa masyarakat akan sentiasa berubah dari masa ke semasa. Oleh itu, pegangan ini berpendapat bahawa keterbukaan terhadap suatu perubahan itu adalah satu keharusan untuk membina suatu masyarakat pluralisme yang terangkum. Yang bermaksud, kepercayaan mereka dibolehkan berubah tidak mengira masa mengikut pandangan masyarakat. Mereka menjadikan sesebuah agama, contohnya agama Kristian sebagai rujukan mereka sambil mengabungkan agama yang lain. Ini telah dilakukan dengan cara mengizinkan kebebasan bersuara dalam kalangan masyarakat berlainan agama atau bangsa. Contohnya apabila suatu perkara dianggap baik, maka autoriti dan kesahihan agama akan ditolak. 5.3 Penolakan Diskriminasi Mereka menolak segala jenis diskriminasi tidak mengira asal usul, jentina, agama atau factor- faktor lain dari seseorang individu. Ideologi ini telah digunakan untuk membina sebuah Masyarakat yang adil dimana semua individu mempunyai hak, peluang dan kesempatan yang sama rata. SEMESTER OKTOBER 2023/2024 15
. Peluang ini juga diguna pakai untuk mempromosikan kerjasama antara kelompok- kelompok yang berbeza untuk mencapai sesebuah tujuan bersama yang menfaatkan masyarakat. Penolakan diskriminasi ini juga boleh dikatakan dari segi pemberian pendapat yang diberikan hak kepada semua pengikut walaupun pandanga tersebut bercanggah dengan agama itu boleh menyakiti penganut agama yang lain. 5.4 Penggunaan Neraca Akal Melebihi Neraca Agama Walaupun Pluralisme ini adalah masyarakat yang terdiri daripada gabungan-gabungan agama seperti Hindu, Buddha, Kristian dan banyak lagi. Namun, cara pemikiran meraka lebih cenderung kepada penggunaan akal, ataupun penterjemahan secara permukaan. Hal ini demikian kerana mereka berpendapat bahawa akal ini berautonomi dan berkemampuan untuk memikirkan segalanya. Penggunaan akal juga digunakan bagi mengajar sikap bertoleransi dan pemahaman terhadap keagamaan sambil membantu seseorang individu untuk membentuk pengikut yang berpandangan terbuka. SEMESTER OKTOBER 2023/2024 16
BAB 6 : KESAN-KESAN IDEOLOGI PLURALISME Pluralisme adalah konsep yang menekankan adanya keberagaman dan pengakuan terhadap perbedaanperbedaan dalam masyarakat, terutama dalam konteks agama, budaya, dan keyakinan. Islam sangat bertoleransi terhadap agama lain tetapi konsep pluralisme adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Islam menerima toleransi agama tetapi tidak menganggap semua agama adalah sama. Oleh itu, pluralisme akan memberi kesan yang sangat besar terhadap umat Islam dan perlu diteliti serta dikaji untuk membendung umat Islam daripada menerima ideologi pluralisme. Antara kesan pluralisme terhadap umat Islam adalah: 6.1 Keruntuhan Aqidah Pluralisme sangat berbahaya kerana berpotensi untuk meruntuhkan kemurnian aqidah dan pegangan umat Islam secara sedar atau tidak sedar. Ini kerana, jika umat Islam mula menganggap semua agama adalah sama, ini membuatkan fahamannya menjadi bertentangan dengan apa yang telah diajarkan dalam fahaman agama Islam iaitu agama Islam adalah satu-satunya agama yang benar. Ini akan menyebabkan umat Islam menjadi lebih cenderung untuk memikirkan bahawa agama lain juga layak dianuti kerana memiliki status yang sama dengan agama Islam. . SEMESTER OKTOBER 2023/2024 17
6.2 Cenderung kepada penggunaan akal Apabila umat Islam menganggap semua agama adalah sama, ini akan membuatkan umat Islam untuk mencari jawapan berlandaskan akal tanpa merujuk kepada Al-Quran dan hadis terlebih dahulu. Ini kerana, ianya akan lebih memudahkan sebahagian umat Islam untuk membuat andaian dan kefahaman sendiri walaupun fahaman itu bertentangan dengan apa yang diajarkan di dalam agama Islam sendiri. Ini akan menyebabkan fahaman seperti sekular dan liberal berleluasa di kalangan umat Islam. Perkara ini akan membuatkan umat Islam bercanggah pendapat apabila ingin menyelesaikan isu-isu berkaitan keagamaan 6.3 Kehilangan nilai tradisional Islam Kesan kehilangan nilai tradisional akibat pluralisme dapat mengundang kerisauan dan kekhuatiran terhadap penerimaan unsur-unsur budaya asing, penurunan kepatuhan terhadap ajaran agama yang konservatif, dan perubahan dalam pemahaman norma-norma sosial. Umat Islam yang menerima fahaman pluralisme akan cenderung untuk mengikuti nilai-nilai sekular dan liberal yang bertentangan dengan ajaran Islam menyebabkan sebahagian umat Islam akan melupakan perkara yang telah diajar oleh agama Islam. Dengan itu,beberapa umat Islam akan kurang mematuhi ajaran Islam kerana lebih memilih untuk mengikuti unsur-unsur budaya asing yang bersifat sekular dan liberal. SEMESTER OKTOBER 2023/2024 18
BAB 7 : TINDAKAN UNTUK MENGATASI IDEOLOGI PLURALISME DARI PANDANGAN ISLAM Bergantung kepada bagaimana seseorang itu mentafsir dan memahami ajaran Islam, terdapat banyak cara untuk memerangi pluralisme dari perspektif Islam. Dari perspektif Islam, berikut adalah beberapa tindakan atau aktiviti yang mungkin dilakukan untuk mengalahkan pluralisme 7.1 Pemahaman dan Pendidikan dalam Agama -Meningkatkan kefahaman terhadap prinsip-prinsip Islam melalui pengajaran agama yang menyeluruh. -Menawarkan buku dan bahan lain yang menggalakkan toleransi dan penghargaan terhadap perbezaan antara agama. 7.2 Komunikasi Antara Agama -Menggalakkan persefahaman dan komunikasi antara agama untuk mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara agama yang berbeza. -Wujudkan forum dan perhimpunan perbualan antara agama untuk memupuk wacana sivil di kalangan orang yang berbeza agama. 7.3 Menghormati Kebebasan Beragama -Galakkan kebebasan setiap orang untuk memilih dan mengikut kepercayaan mereka sendiri. -Enggan bertolak ansur dengan tindakan tidak bertoleransi atau prejudis terhadap minoriti agama. SEMESTER OKTOBER 2023/2024 19
7.4 Membangunkan Sikap Bertoleransi -Menggalakkan penerimaan dan toleransi terhadap kepelbagaian sosial. -Meletakkan tumpuan pada prinsip seperti keamanan, kerjasama, dan menghormati antara satu sama lain. 7.5 Memahami Idea Keadilan -Mengiktiraf dan mengamalkan prinsip keadilan semasa menangani sudut pandangan yang berbeza. -Menentang prasangka dan mempertahankan hak semua orang, tanpa mengira kepercayaan atau kepercayaan mereka.. SEMESTER OKTOBER 2023/2024 20
Sesetengah pihak melihat pemahaman PLURALISME sebagai satu usaha untuk menentang kuasa dan pengaruh Islam. Oleh itu, memahami Islam dengan teliti dan berpegang kepada ajarannya sebagaimana yang digariskan dalam Al-Quran dan As-Sunnah adalah penting. Marilah kita bersatu dengan keazaman yang kuat untuk melindungi dan memantapkan iman dan takwa kita dan menjadikan Islam sebagai prinsip panduan untuk semua aspek kehidupan. Sebagai hamba Allah SWT, kita telah dipilih dan diangkat oleh Islam untuk menjalankan amar makruf dan nahi mungkar di dunia ini. Kita mungkin gagal jika kita mencari kemuliaan dalam perkara lain. Kita tidak boleh membiarkan masyarakat Islam terjejas oleh pengaruh Barat, yang akhirnya akan mensekularkan mereka. Ini kerana kegembiraan di dunia ini adalah sementara berbanding kegembiraan abadi di syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT. Kami berharap setiap usaha dan tindakan yang diambil akan memberi kesan positif kepada Islam dan akan memenuhi matlamat menjaga integriti agama Islam. BAB 7 : KESIMPULAN SEMESTER OKTOBER 2023/2024 21
• Kurtz, P. (Ed.). (2000). Humanist Manifesto 2000: A Call for a New Planetary Humanism. Prometheus Books. • https://buletinonlines.net/v7/index.php/mendobrakfahaman-pluralisme-agama/ • https://apanamadotcom.wordpress.com/2011/04/23/bahay a-pluralisme-%E2%80%93-bahagian-6-kesan-danimplikasi-fahaman-pluralisme-agama/ • https://www.mais.gov.my/wpcontent/uploads/2021/09/BAHAYA-ANCAMANLIBERALISME-DAN-PLURALISME.pdf • https://coggle.it/diagram/Ycxu0nyrFAUggpga/t/maksuddan-ciri-ciri-pluralisme-dan-liberalisme • ANWAR IBRAHIM, illuminisme, liberalisme, dan pluralisme, pusat pemikir dan penyelidikan islam alam melayu, Kuala Lumpur, 2018 SEMESTER OKTOBER 2023/2024 22