1 MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-5 SESI 2023/2024 TARIKH : 05 FEBRUARI 2024 (ISNIN) MASA : 12.45 TENGAH HARI TEMPAT : ANJUNG MUAFAKAT SKHAR KEHADIRAN : 1. MAZIAH BINTI MASRI ( GURU BESAR ) 2. KHAMARUL NIZAM BIN AHMAD ( PENOLONG KANAN PENTADBIRAN ) 3. SITI BALKIS BINTI OTHMAN ( PENOLONG KANAN HEM ) 4. ROSADAH BINTI AHMAD (PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS) 5. FAUZIAH BINTI RAZAB (SETIAUSAHA) 6. RASHIDI BIN RAMLI 7. HUSNA BINTI ABDUL GHANI 8. MOHAMAD NASIR BIN ABDULLAH 9. MOHD ZAINAL ABIDIN BIN ABD WAHID 10. MURSHIDAH BINTI IDRIS 11. MUZAIYAH BINTI MD ZAIN 12. NOR FADZLIYATON BINTI MUHD YUSOF 13. NORAZAH BINTI MOHAMAD TAHIR 14. NORFARIZA BINTI ABDUL RAZAK 15. NORSANIZA BINTI MD SAID 16. NORSHAFIZA BINTI SHAFFIE 17. NORSON BINTI HUSSAIN 18. SAJIDAH BINTI ISMAIL 19. SHARIFAH ZAWIAH BINTI SYED KASIM 20. SITI HAJAR BINTI ISMAIL 21. SITI NORLIS BINTI AHMAD SHUKRI 22. SURIANI BINTI ABU HASSAN 23. NUR HAFIZAH BINTI MOHAMAD 24. ZANARIAH BINTI BAHAROM 25. INA MARNI BINTI SAZALI 26. AMIRA BINTI AMRAN 27. FAEZAH BINTI ABU HANIFAH 28. MUHAMMAD FIRDAUS BIN ISMAIL 29. SAKINAH BINTI HJ SHARIFF 30. NOR INZON BINTI ABDERAHMAN 31. RUHAIDA BINTI ABDULLAH 32. AZMI BIN ABDUL WAHAB 33. MOHD FAIZUL BIN MOHD KAIL 34. NORSHIMAH BINTI ABU BAKAR 35.SUHAIDA BINTI ABD MANAP 36. SURAYA BINTI SAMSUDIN 37. ZULKORNAIN BIN MOHAMAD 38.SHAHRIL FITRI BIN JOHARI 39.NAIMAH SALWA BINTI AYOB * Turut hadir staf sokongan
2 AGENDA MESYUARAT 1.0 UCAPAN GURU BESAR 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah. 1.2 Guru besar selaku pengerusi mengucapkan terima kasih kepada barisan penolong kanan dan semua guru serta staf sokongan yang menghadirkan diri dalam mesyuarat guru kali ke-5. 1.3 Guru besar berharap semua warga SKHAR dapat menjalankan setiap tanggunjawab yang diberikan dengan bersungguh-sungguh agar dapat membuahkan hasil yang terbaik. 1.4 Guru besar mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru dan staf di atas komitmen dan kesungguhan yang telah diberikan untuk menjayakan pelbagai agenda pendidikan sepanjang sesi 2023/2024. Beliau menyatakan kejayaan yang dicapai adalah hasil kesepakatan, komitmen dan keikhlasan semua. Makluman: Semua guru 2.0 PENGESAHAN MINIT YANG LALU Fauziah binti Razab selaku setiausaha membentangkan minit mesyuarat kali ke-4 sebanyak 11 muka surat untuk disemak dan disahkan bagi sesi 2023/2024. Cadangan - Pn Husna binti Abdul Ghani Sokongan - Pn Norshimah binti Abu Bakar 3.0 PERKARA BERBANGKIT - Tiada4.0 TAKLIMAT GURU BESAR 4.1 Guru Besar telah menyampaikan ‘10 Mutiara Kata’ sebagai pesanan daripada Timbalan PPD Pendang untuk budaya tutup sekolah iaitu: 1. Communication, Collaboration, Teamwork and Respect. Guru besar menerangkan tentang hubungan yang baik,saling menghormati pentadbir dan rakan sekerja supaya mewujudkan hubungan yang mesra agar memudahkan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
3 2. Bersedialah membantu dengan ringankan tulang, bersikap ramah terhadap orang lain dan pemurah. Guru besar berharap guru dapat bekerjasama antara guru lama dan baharu dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.Beliau berharap guru dapat memberi kerjasama kepada guru yang memerlukan pertolongan dalam menjayakan program sekolah. Guru besar mengingatkan guru tentang hubungan antara guru berlainan jantina yang mempunyai batasan dalam bersikap ramah untuk mengelakkan fitnah. Guru besar mengucapkan terima kasih kepada guru kerana pemurah, prihatin dan memberi sumbangan dalam setiap aktiviti telah dianjurkan. 3. Elak menghampakan harapan dan permintaan orang lain Guru besar berharap guru dapat memberi harapan kepada yang memerlukan pertolongan. Guru besar menggunakan pepatah ‘Mudahkan urusan orang, Allah akan memudahkan urusan kita’. 4. Sesuatu itu harus dilakukan dengan pantas dan cekap tanpa mengabaikan SOP. Guru Besar memaklumkan terdapat 3 tahap pelaksanaan untuk guru membuat pilihan iaitu ‘before time, on time dan after time. Walau bagaimanapun beliau menekankan before time dan on time sahaja untuk menjadikan guru seorang yang pantas dan cekap dalam menjalankan tanggunjawab yang diamanahkan. 5. Amalan Muafakat akan memudahkan semua pihak untuk meningkatkan Kecemerlangan Pendidikan. Guru besar sentiasa mengingatkan guru tentang kerjasama dalam menjayakan program agar beroleh kejayaan yang cemerlang. 6. Kesungguhan,keazaman yang tinggi dan berani menghadapi risiko perlu menjadi prinsip semua individu. Guru besar memberi kata-kata semangat kepada guru dalam menjalankan tanggujawab sebagai seorang guru.
4 7. Nilai murni memperkukuhkan semangat kekeluargaan warga Pendidikan. Guru besar mengingatkan hubungan antara guru perlu saling hormat-menghormati agar ukhwah yang terjalin dapat memberi kecemerlangan kepada pembangunan sekolah. 8. Nekad mesti sentiasa utuh di dalam hati semua warga pendidikan. Guru besar memberi perangsang dan semangat kepada guru tentang tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh agar setiap program dan aktiviti yang dijalankan memberi impak yang berkesan. 9. Keazaman diterjemahkan dalam bentuk keberhasilan sehingga lahirnya Generasi Terdidik dan Beradab. Guru besar menekankan betapa pentingnya kesungguhan guru dalam mendidik untuk melahirkan murid-murid yang berilmu dan beradab. Makluman:Semua guru 10.Murid-murid wajib pandai solat semasa tahap satu. Guru besar memaklumkan bahawa guru perlu memberi penekanan kepada murid tahap 1 mendirikan solat. Tindakan:Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dan guru tahap 1 4.2Guru Besar juga menyampaikan 5 pengurusan berkesan iaitu: 1. Trust & Inspire Guru besar memaklumkan bahawa beliau memberi kepercayaan kepada guru menjalankan tanggunjawab yang diamanahkan tanpa gangguan daripada pihak pengurusan. 2. Pengurusan Masa Guru besar mengingatkan guru tentang pengurusan masa yang cekap agar setiap program yang dijalankan diselesaikan pada masa yang ditetapkan. 3. Pengurusan mesyuarat berkesan. Guru besar memaklumkan bahawa mesyuarat yang berkesan adalah tempoh yang singkat,berfokus dan keputusan yang jelas dalam setiap cadangan yang diutarakan.
5 4. Pengurusan Sumber Guru besar memaklumkan bahawa terdapat 3 pengurusan sumber yang penting ialah manusia,aset dan kewangan. 5. Semangat Kebersamaan. Guru besar mengucapkan tahniah kepada guru yang sentiasa memberi bekerjasama dan komitmen dalam membangunkan sekolah. Makluman:Semua guru 4.3 Guru besar juga menyampaikan pesanan daripada Pn Faridah Timbalan PPD Pembelajaran iaitu: 1. Kuasai Pedagogi mata pelajaran guru. Setiap pembelajaran rujuk kepada Dokumen standard Kurikulum dan Prestasi(DSKP). 2. Kuasai skor pemberian skor PBD. Banyak yang berdosa kerana memberi markah PBD tidak ikut ruberik dalam DSKP yang telah ditetapkan. Jangan menganiyai murid jika guru tidak mengajar kemahiran kepada murid.oleh itu murid tidak akan memiliki kemahiran tersebut. 3. Bertindak segera jika ada tugasan. Jangan banyak merungut kerana kita pelaksana dasar. Jangan membuang masa dan sekiranya guru tidak faham terus bertanya kepada pihak pentadbir. 4. Patuhi dan akur perkara berkaitan dengan kurikulum. Akur setiap arahan yang dikeluarkan oleh KPM. Makluman:Semua guru
6 4.4 Guru besar menyampaikan maklumat berkaitan dengan pengurusan pengoperasian sekolah yang dikemukakan oleh En Anuar Zamani iaitu: 1. Keselamatan murid & Kesihatan Mental Murid Langkah waspada terhadap aset yang membahayakan murid. Membuat Saringan Minda Sihat untuk mengetahui tahap keupayaan minda murid. Peranan guru untuk menangani setiap isu yang dikemukakan. 2. Salah laku Buli & Seksual. SPI Bil.12 Tahun 2023: Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli. SPI Bil.13:Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual di Institusi Pendidikan bawah KPM. Jangan sembunyikan kerana mengakibatkan kecederaan emosi kepada mangsa. Guru boleh mengisi salah laku ini dalam Sistem Sahsiah Diri Murid(SSDM) Terdapat 4 jenis salah laku buli iaitu: a.Buli Fizikal- Sebarang sentuhan fizikal yang tidak diingini antara pembuli dan mangsa. b.Buli Siber- Buli yang berlaku dalam talian melalui teks,imej atau video untuk memalukan, menggugut atau memaki hamun mangsa. - Guru diminta memaklumkan kepada pihak pentadbir sekiranya berlaku dalam kalangan murid. - Guru besar mengingatkan kepada guru sebagai Penjawat awam yang terikat dengan undang-undang dan akta boleh dikenakan tindakan tatatertib. - Beliau memaklumkan bahawa sebagai penjawat awam tidak boleh mengaibkan penjawat awam yang lain. - Laporan boleh dibuat dengan menggunakan aduan Sistem Pengaduan Awam(SISPAA) atau laporan polis.
7 - Penjawat awam tidak boleh membuat sebarang komen negatif atau tanda ‘like’ dalam media sosial terutama untuk megaibkan seseorang dan melibatkan dasar kerajaan. Tindakan:Semua guru. c.Buli Lisan - Sebarang bentuk tindakan seperti mengusik atau menghina, menyebarkan khabar angin atau fitnah,mengancam dan mengejek orang lain. d.Buli bukan Lisan - Dilakukan dengan isyarat atau gaya bahasa badan, gerak tubuh dan mimik muka seperti menjegilkan mata, senyum sinis dan mencebik mulut, menjelir lidah dan perbuatan lain bukan lisan seumpamanya. Salah laku seksual – Jangan disembunyikan tetapi hendaklah membuat laporan kepada pihak pentadbir untuk tindakan seterusnya. Sekiranya guru besar menyembunyikan salah laku ini tetapi ada laporan dibuat dan disiasat benar kejadian tersebut, guru besar akan ‘surcharge’ sebanyak RM5000. Salah laku seksual murid juga boleh diisi dalam SSDM. Guru besar mengingatkan guru dan staf supaya tidak menghantar emoji seperti emoji ‘love’ kepada guru terutama yang berlainan jantina kerana terdapat dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2018 “Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja. Makluman:Semua guru 3. Pengurusan Buku Teks Pengagihan buku teks kepada semua murid dan membuat tindakan segera sekiranya buku teks tidak mencukupi. Guru besar mengucapkan tahniah kepada guru SPBT atas kecekapan mengurus. Sesi pertama persekolahan- setiap murid mempunyai kerusi dan meja.
8 4. Pengurusan Kantin. Senario dan isu pemakanan di sekolah. Guru besar memaklumkan tiada isu keracunan makanan di kantin sekolah SKHAR. 5. Pemakaian Pakaian Seragam. Surat siaran KPM Bil.2 Tahun 2024: Ketetapan Pemakaian Pakaian Seragam oleh murid sekolah bawah KPM mulai Kalendar Akademik Sesi 2024/2025. Guru besar memaklumkan 2 hari pemakaian seragam sekolah, 2 hari pakaian Pendidikan Jasmani dan sehari pakaian unit uniform. Hari Ahad ditetapkan kepada murid untuk pakaian uniform sekolah. 6. Bencana Banjir. Peringatan banjir Monsun Timur Laut(MTL) 2023/2024. Manakala kawasan utara pula mengalami cuaca yang panas.Oleh itu, guru besar mengingatkan guru supaya menasihatkan murid kerap minum air dan berkemungkinan cuaca panas ini berlanjutan sehingga sesi persekolahan yang baru. 5.0 LAPORAN GPK KURIKULUM 5.1 En Khamarul Nizam bin Ahmad selaku penolong kanan pentadbiran memberi ucapan alu-aluan kepada barisan pentadbir, guru dan staf yang hadir mesyuarat kali ke-5. 5.2 En Khamarul Nizam mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada guru dan staf kerana telah berjaya menjalankan aktiviti kurikulum dengan jayanya seperti pdp, Ringkasan Rancangan Pelajaran Harian(RPH),pelaporan PBD, MAK,UASA,Program Bantu Membaca,e-operasi,keberhasilan dan lain-lain lagi.
9 5.3En Khamarul Nizam memperincikan lagi bahagian Kurikulum iaitu: 1. Rancangan Pelajaran Harian(RPH) Mengingatkan guru menghantar RPH pada hari terakhir persekolahan iaitu pada hari Rabu dikaunter pejabat. Tindakan: Semua guru 2. Majlis Apresiasi Kecemerlangan(MAK) Mengucapkan tahniah kerana berjaya dilaksanakan. Walau bagaimanapun penambahbaikan perlu untuk tahun hadapan kerana MAK merupakan majlis utama sekolah. 3. Unit Peningkatan Tahun 6 Mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Pn Muzaiyah dan guru tahun 6 kerana telah berjaya melaksanakan dengan baik. Aktiviti berunsur pendidikan diluar kelas yang dijalankan adalah lawatan, memancing, penyembelihan ayam, kursus pengurusan jenazah dan graduasi. 4. Standard Kualiti @Sekolah(SK@S) Mengucapkan tahniah kepada guru yang telah menghantar kepada pihak pentadbir. Beliau memaklumkan bahawa pihak pentadbir perlu menyelesaikan pada atau 17 Februari 2024. 5. Hari Mesra Waris Mengucapkan tahniah kepada guru kerana berjaya menyiapkan BMI,PBD dan UASA sebanyak 2 kali setahun dengan bertemu dengan waris. 6. Mesyuarat Kurikulum kali ke-3 Agenda akan dikemukakan oleh penolong kanan dan akan membincangkan aktiviti serta kelemahan dan kekuatan. Perbincangan juga meliputi tentang buku aktiviti dan buku kerja. Minit mesyuarat masukkan dalam fail. Tindakan: Setiausaha Kurikulum Pn Norshafiza binti Shafiee
10 7. Jadual Waktu Akan disiapkan semasa cuti persekolahan. Guru boleh berjumpa dengan Penolong kanan pentadbiran sekiranya mempunyai masalah berkaitan dengan jadual waktu dan mata pelajaran. Tindakan: Guru Jadual Waktu 8. Takwim Sekolah Akan disiapkan semasa cuti persekolahan 9. Standard Kecergasan Fizikal(SEGAK) Mengucapkapkan tahniah kepada guru menyiapkan SEGAK dengan jayanya. 10. Budaya Buka Sekolah Memaklumkan tentang cuti persekolahan selama 4 minggu dan meminta guru datang pada minggu terakhir cuti sekolah untuk persediaan persekolahan. Memaklumkan tarikh penting untuk makluman guru. - 3 Mac 2024 – Ahad - Mesyuarat Pengurusan Sekolah - 4 Mac 2024 – Isnin - Mesyuarat guru dan staf pukul 8.00 Pagi - 5 Mac 2024 – Selasa - Pendaftaran Tahun 1 dan Penjualan buku tahap 1 - 6 Mac 2024 – Rabu - Jualan buku tahap 2 - 7 Mac 2024 – Khamis - Gotong royong kelas dan sekolah. Tindakan: Semua guru 11. Perubahan Kelas Perubahan kelas akan dilakukan pada hari Rabu sejam sebelum waktu pulang sekolah. 12. SPLKPM Mengucapkan tahniah kepada Pn Naimah Salwa binti Ayob kerana telah berjaya menghantar laporan kursus sesi 2023/2024 Memaklumkan sesi 2024 telah dimulakan dengan kursus AI dan sijil dihantar kepada setiausaha LDP.Pengumpulan 42 mata kredit untuk guru sahaja.
11 13. Pangkalan Data Utama(PADU) Memaklumkan tentang pengisian PADU kepada pejawatan awam.Tarikh tutup pengisian Padu Pada 31 Mac 2024. Tindakan:Semua guru 14. HRMIS Memaklumkan tentang mengingati ID dan Password HRMIS. Memaklumkan tentang cuti kepada guru besar dan penolong kanan untuk pengesahan cuti dalam HRMIS. 6.4 En Khamarul Nizam memohon maaf kepada semua guru dan staf sekiranya beliau melakukan kesilapan sepanjang memegang jawatan Penolong Kanan Pentadbiran di SKHAR. 6.0 LAPORAN GPK HEM ( PN SITI BALKIS BINTI OTHMAN) 6.1 Pn Siti Balkis binti Othman selaku guru Penolong Kanan HEM mengucapkan terima kasih atas komitmen,kerjasama daripada semua guru dalam memastikan segala program HEM berjalan lancar. Beliau mengucapkan tahniah kerana guru menjadi tulang belakang membantu barisan pentadbir dalam melaksanakan semua program di sekolah berjalan dengan lancar dan jayanya. 6.2 Penolong Kanan HEM memaklumkan bahawa enrolmen murid sehingga 4 Februari 2024 adalah sebanyak 345 orang iaitu tahun 1sehingga tahun 6 dan PPKI.Beliau turut memaklumkan bahawa murid pra sekolah sebanyak 50 orang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 395 orang murid. 6.3 Pn Siti Balkis memaklumkan bahawa peratus kehadiran bulan Januari 2024 sebanyak 92.27 peratus. 6.4 Pn Siti Balkis memaklumkan tentang aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan iaitu: 1. Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape pada 13 Disember 2023. 2. Pelancaran Hentikan Buli dan Gangguan Seksual serta melancarkan peti aduan iaitu sepanjang Januari 2023 dan telah menghantar laporan sebelum 7 Februari 2024 3. Ziarah Cakna – Berjaya dilaksanakan pada 10 Januari 2024 ke rumah murid Muhammad Ammar Ayub 2 Dinamik dan menyampaikan tuntutan insuran Takaful murid kerana berada diwad selama 11 hari.
12 4. Ziarah Prihatin – Pada 16 Januari 2024 bersama pengarah, pegawai JPN dan PPD ke rumah Muhammad Uwais Uqasyah bin Sollehudin kelas 3 Waja yang mendapat bantuan CSR Takaful JPN Kedah. 5. Penyampaian Sumbangan YAPIEM kepada murid PPKI pada 14 Januari 2024. 6. Membuat permohonan awal bantuan sumbangan baju raya kepada murid yatim, asnaf dan miskin di Jakel Mall Alor Setar, Kedah 7. Gotong royong Madani Fasa 2 telah diadakan pada 13 Januari 2024. Berjaya menyelesaikan pusingan pertama menanam 300 anak pokok nanas, meratakan pasir dan memasang simen slap. Pekerja sekolah akan mengecat kelas pada cuti persekolahan. 8. Agihan Bantuan Awal Persekolohan(BAP) – Telah diselesaikan pada 18 Januari 2024 iaitu sebanyak RM51450 telah diperuntukan oleh kerajaan kepada 343 orang murid. 9. Agihan bantuan baju sekolah sumbangan zakat negeri Kedah pada 4 Februari 2024 10.Jamuan Kelas – Pn Nur Masuriyana binti Abdul Satar NYDP PIBG telah memberi sumbangan kek, Chicken chop dan air minuman kepada semua murid SKHAR pada 6 Februari 2024. 11.Budaya tutup sekolah telah dilaksanakan pada hari terakhir persekolahan iaitu hari Rabu bersamaan 7 Februari 2024. 12.Hari jualan buku tahap 1 dan orientasi tahun 1pada 5 Mac 2024 13.Hari jualan buku tahap 2 pada 6 Mac 2024 14.Gotong royong kemas kelas pada 7 Mac 2024 6.5 Penolong Kanan HEM memaklumkan bahawa watikah pelantikan pengawas akan diadakan pada minggu ke dua selepas pembukaan sekolah sesi baharu. Beliau juga memaklumkan akan diadakan ceramah yang akan disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah. 6.6 Pn Siti Balkis mendoakan semoga guru diberi kesihatan yang baik, gembira dan ceria bersama keluarga.. Beliau berharap guru mendapat idea yang kreatif semasa cuti persekolahan yang panjang ini untuk persediaan sesi baharu 2024/2025. Makluman:Semua guru
13 7.0 LAPORAN GPK KOKURIKULUM 7.1 Guru besar memaklumkan bahawa guru persatuan atau unit uniform yang belum mengambil duit Hari Usahawan SKHAR boleh berjumpa dengan Pn Shakirah binti Kasim. 8.0 LAPORAN GPK PENDIDIKAN KHAS(PN ROSADAH BINTI AHMAD) 8.1 Pn Rosadah binti Ahmad selaku Penolong Kanan Pendidikan Khas mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada barisan pentadbir dan guru yang hadir mesyuarat kali ke-5. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada guru PPKI yang sentiasa memberi komitmen dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang. 8.2 Memaklumkan tentang enrolmen murid PPKI sesi 2024/2025 seramai 33 orang. Beliau memaklumkan bahawa Waiz Kaisan bin Khairil Khir akan di tempatkan di aliran perdana kerana waris tidak bersetuju untuk membuat kad OKU. 8.3 Memaklumkan bahawa seramai 6 orang murid akan ke sekolah menengah bagi sesi 2024/2025 iaitu Nur Azwani binti Zainol Abidin,Muhammad Dini Luqman bin Rozmin, Muhammad Irfan bin Azmi, Nur Alia Najwa bin Saidin,Siti Nazifah binti Ismail dan Nur Fatin Nabiha binti Muda. 8.4 Memaklumkan bahawa sebanyak 4 kelas PPKI dan 6 orang guru untuk sesi 2024/2025. 8.5 Memaklumkan bahawa PPKI telah mendapat peruntukan RM30 ribu untuk penambahbaikan tandas. 8.6 Pn Rosadah berharap akan mendapat seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas yang baharu untuk mengantikan tempatnya pada sesi persekolahan 2024/2025 dan boleh memberi idea untuk kemajuan PPKI dan sekolah kerana beliau akan bersara pada 1 Mac 2024. 8.7 Memaklumkan bahawa jadual waktu telah disediakan untuk 6 orang guru sebelum beliau bersara. Beliau berharap En Mohd Zainal bin Abd Wahid dan En Khamarul Nizam bin Ahmad boleh membuat penambahbaikan sekiranya mempunyai guru PPKI yang baharu. 8.8 Mengingatkan guru tentang cerita negatif yang di dengar hendaklah diselidiki terlebih dahulu agar guru akan mendapat kebenarannya.
14 8.9 Beliau Mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada guru kerana memberi kerjasama kepadanya selama 7 tahun di SKHAR.Beliau menggunakan pepatah ‘ sederap mendayun’ dan ‘di mana langit dijunjung di situ bumi dipijak’ sebagai motivasi kepada guru untuk terus cemerlang dalam memberi komitmen terhadap tugas yang diamanahkan. Makluman:Semua guru 9.0 HAL-HAL LAIN 9.1 Guru besar memaklumkan bahawa sekiranya guru mendapat pengaduan daripada murid tentang sesuatu perkara, guru wajar menerima aduan tersebut dan tidakkan perlu dilakukan. Tindakan: Guru disiplin dan semua guru 9.2 En Mohd Zainal Abidin bin Abd Wahid memaklumkan tentang pemakaian baju melayu dan songket sempena Majlis Persaraan Puan Hajah Rosadah binti Ahmad Makluman: Semua guru 9.3 Pn Suriani binti Abu Hassan meminta guru Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan lebih awal tentang senarai nama guru kelas. Tindakan: Penolong Kanan Pentadbiran 9.4 Pn Suhaida binti Abdul Manap berharap 3 orang guru sahaja terlibat bertugas mingguan. Beliau juga berharap nama guru bertugas mingguan dirombak semula kerana sudah 3 tahun bertugas dengan guru yang sama. Tindakan: Penolong Kanan HEM 9.5 Pn Muzaiyah binti Md Zain mencadang pemakaian tudung ‘auning’kepada murid tahap 1. Beliau menjelaskan bahawa pemakaian tudung 2 lapis kepada murid tahap 1 tidak sesuai dan tidak kemas. 9.6 Pn Norson binti Hussain juga bersetuju dengan cadangan Pn Muzaiyah kerana murid tahap 1apabila selesai mengambil air sembahyang, keadaan tudung mereka nampak tidak terurus. 9.7 Guru besar bersetuju dengan cadangan Pn Muzaiyah tetapi beliau memberi kelonggaran kepada waris untuk memilih agar tidak berlaku tekanan kepada waris. 9.8 Pn Norshafiza binti Shafiee mencadangkan agar jadual waktu hari pemakaian uniform sekolah dan badan uniform tidak mempunyai masa mata pelajaran Pendidikan Jasmani agar murid dapat memakai pakaian tersebut.
15 9.9 En Khamarul Nizam menjelaskan bahawa jadual waktu tidak dapat dilaksanakan seperti cadangan Pn Norshafiza kerana kekangan masa tetapi boleh diminimakan sahaja. 9.10 Pn Naimah Salwa binti Ayob mengucapkan tahniah kepada guru kerana dapat menyiapkan kursus AI. Beliau memaklumkan hanya seorang guru belum menyiapkan kursus ini. 9.11 Pn Sharipah Zawiah binti Syed Kassim mengucapkan terima kasih kepada guru kelas kerana dapat menyiapkan PBD seperti yang diminta. 9.12 Pn Norshimah binti Abu Bakar mengucapkan terima kasih kepada Penolong kanan, guru dan PPM Pendidikan Khas kerana memberi komitmen dan kerjasama dalam setiap aktiviti persembahan dan menyiapkan RPI. Beliau memaklumkan RPI telah mendapat 100 peratus permakahan. 9.13 Pn Siti Hajar binti Ismail memaklumkan tentang takwim prasekolah perlu ada dalam takwim sekolah. Tindakan: Penolong Kanan Pentadbiran 9.14 Pn Norson binti Hussain mengucapkan terima kasih kepada guru tahun 6 dan Ustaz Muhammad Firdaus bin Ismail kerana dapat menyiapkan PAJSK. Beliau berharap guru tahun 4 dan 5 juga dapat menyelesaikan PAJSK sebelum 29 Februari 2024. Tindakan: Guru kelas tahun 4 dan 5 9.15 Pn Zanariah binti Baharom berharap guru penasihat mentor mentee dapat menyiapkan laporan sebelum sesi baharu sekolah bermula. 9.16 Pn Nor Inzon binti Abderahman memaklumkan bahawa perkara-perkara yang perlu ada dalam takwim sekolah untuk panitia pendidikan Islam dan Bahasa Arab adalah: Mesyuarat panitia Dialog prestasi Al-Quran Kem Cemerlang Jawi(KCJ) -KCJ 1 : Mac-Jun -KCJ 2 : Julai – Ogos Kem Bestari Solat- - KBS 1: Mei - KBS 2: September Kem Literasi Al-Quran(KLAQ) Bi’ah ‘Arabiah(Panitia Bahasa Arab) Tindakan: Penolong Kanan Pentadbiran
16 9.17 Pn Amira binti Amran memaklumkan kepada guru supaya memulangkan semula peralatan atau barang yang dipinjam ke dalam bilik muzik. 10.0 UCAPAN PENANGGUHAN Guru besar mengucapkan terima kasih dan berharap guru dapat memberi kerjasama serta komitmen dalam menjayakan program sekolah untuk kecemerlangan murid. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.24 Petang. Disediakan oleh : Disahkan: …………………………. (FAUZIAH BINTI RAZAB), Setiausaha Mesyuarat Guru/ SKPM@Kualiti Sekolah SK Haji Abdul Rahman.