1 MINIT MESYUARAT GURU KALI KE- 1 SESI 2023/2024 TARIKH : 13 MAC 2023 (ISNIN) MASA : 08.30 PAGI TEMPAT : ANJUNG MUAFAKAT KEHADIRAN : 1. MAZIAH BINTI MASRI ( GURU BESAR ) 2. NORILZA BINTI SALLEH ( PENOLONG KANAN PENTADBIRAN ) 3. SITI BALKIS BINTI OTHMAN ( PENOLONG KANAN HEM ) 4. MOHAMAD SUFIAN BIN DAUD (PENOLONG KANAN KOKU) 5. ROSADAH BINTI AHMAD ( PENOLONG KANAN PEND. KHAS) 6. FAUZIAH BINTI RAZAB ( SETIAUSAHA) 7. MUHAMMAD FIRDAUS BIN ISMAIL 8. AZMI BIN ABDUL WAHAB 9. RASHIDI BIN RAMLI 10. HUSNA BINTI ABDUL GHANI 11. MOHAMAD NASIR BIN ABDULLAH 12. MOHD FAIZUL BIN MOHD KAIL 13. MOHD ZAINAL ABIDIN BIN ABD WAHID 14. MURSHIDAH BINTI IDRIS 15. MUZAIYAH BINTI MD ZAIN 16. NOR FADZLIYATON BINTI MUHD YUSOF 17. NORAZAH BINTI MOHAMAD TAHIR 18. NORFARIZA BINTI ABDUL RAZAK 19. NORSANIZA BINTI MD SAID 20. NORSHAFIZA BINTI SHAFFIE 21. NORSHIMAH BINTI ABU BAKAR 22. NORSON BINTI HUSSAIN 23. ROHANA BINTI CHE HUSIN 24. AMIRA BINTI AMRAN 25. SAJIDAH BINTI ISMAIL 26. SHARIFAH ZAWIAH BINTI SYED KASIM 27. SAKINAH BINTI HJ SHARIFF 28. SITI HAJAR BINTI ISMAIL 29. SITI NORLIS BINTI AHMAD SHUKRI 30. SUHAIDA BINTI ABDUL MANAP 31. SURAYA BINTI SAMSUDIN 32. SURIANI BINTI ABU HASSAN 33. NAIMAH SALWA BINTI AYOB 34. ZULKORNAIN BIN MOHAMAD 35. NUR HAFIZAH BINTI MOHAMAD 36. ZANARIAH BINTI BAHAROM 37.SHAHRIL FITRI BIN JOHARI TIDAK HADIR BERSEBAB 1. FAEZAH BINTI ABU HANIFAH @ ABU BAKAR 2. NOR INZON BINTI ABDERAHMAN 3. RUHAIDA BINTI ABDULLAH
2 AGENDA MESYUARAT 1.0 PERUTUSAN PNGERUSI - Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah. 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru . beliau mengucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang dalam semua bidang sepanjang sesi 2022/2023. 1.2 Pengerusi memberi ungkapan semangat kepada guru iaitu “kejayaan yang hebat datangnya daripada usaha yang hebat”. “Tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu”. 1.3 Pengerusi berharap guru-guru peka dengan visi iaitu : Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera. 1.4 Pengerusi memaklumkan tentang misi yang perlu ada pada setiap sekolah iaitu : “Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara”. 1.5 Pengerusi memaklumkkan bahawa hubungan yang baik antara komuniti dan PIBG dengan warga SKHAR dapat memudahkan pelbagai aktiviti dapat dijalankan untuk pembangunan murid dan sekolah. 1.6 Pengerusi memaklumkan tentang membudayakan dokumentasi iaitu prinsip 6P = Perancangan, Pelaksanaan, Pemantauan, Penilaian, Penambahbaikan dan Pendokumentasian kepada guru. 1.7 Pengerusi juga memaklumkan tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang masih berbaki lagi 3 tahun. 1.8 Pengerusi berharap guru telah memahami tentang Aspirasi Sistem iaitu 6 aspirasi murid dan 11 anjakan yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Malaysia. 1.9 Pengerusi memaklumkan tentang Perancangan Strategik Sekolah 2023- 2024 akan diolah dengan lebih baik oleh PPD dan akan dikongsikan kepada guru-guru. 1.10 Pengerusi memaklumkan tentang maklumat perjawatan SKHAR iaitu guru seramai 40 orang dan staf sokongan seramai 7 orang. 1.11 Pengerusi memaklumkan bahawa pengurusan pentadbiran masih kekal seperti sesi 2022/2023. 1.12 Pengerusi memaklumkan enrolmen murid SKHAR 340 orang di aliran perdana, 50 orang di prasekolah dan murid PPKI seramai 31 orang
3 Makluman: Semua guru 2.0 PENGESAHAN MINIT YANG LALU - Setiausaha Pn Fauziah binti Razab membentangkan minit mesyuarat kali ke-3 sebanyak 13 muka surat untuk disahkan bagi sesi 2022/2023 Cadangan - Cikgu Amira binti Amran Sokongan - Cikgu suriani binti Abu Hassan 3.0 PERKARA BERBANGKIT -Tiada4.0 INFO GURU BESAR DAN TAKLIMAT PPD 4.1.1 Guru Besar memberi info kepada guru antaranya: 4.1.1.1 Pembukaan semua institusi pendidikan bawah KPM adalah pada hari Ahad 19 Mac 2023. 4.1.1.2 Pemantauan akan dilaksanakan oleh KPM, JPN dan PPD untuk memastikan sekolah dalam keadaan bersedia untuk beroperasi dan hari pertama sesi persekolahan berjalan dengan lancar. 4.1.1.3 Guru kelas hendaklah memastikan kerusi, meja dan buku teks yang mencukupi sebelum sesi persekolahan bermula. 4.1.1.4 Guru diminta menyelesaikan dengan kadar segera sebarang isu yang boleh menjejaskan pdp murid. 4.1.1.5 Program Transisi dan Pendaftaran Prasekolah akan dijalankan pada 14 Mac 2023. 4.1.1.6 Gotong-royong dan budaya buka sekolah pada 15 Mac 2023. 4.1.1.7 Pra persekolahan murid tahun 1-6 dan kelas PPKI pada hari khamis 16 Mac 2023. 4.1.1.8 Permohonan pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke tahun 1 kalendar akademik 2024/2025 bermula 1 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023. 4.1.1.9 Permohonan lawatan sekolah kepada PPD sekurang-kurangnya lima minggu sebelum tarikh lawatan.
4 4.1.1.10 Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia bilangan 4 2023 iaitu garis panduan undangan atau lawatan orang kenamaan dan ahli politik ke institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. 4.1.1.11 Laporan pemeriksaan keselamatan bangunan di SK Haji Abdul Rahman oleh JKR Pendang bertarikh 20 Februari 2023 Makluman:Semua guru 4.1.1.12 Elakkan sebarang bentuk dendaan yang boleh mendatangkan kecederaan sekecil mana pun dan mungkin bersabit dengan tindakan undang-undang. (surat pekeliling ikhtisas bil 8/1993 – hukuman yang tidak dinyatakan dalam akta pendidikan dan surat pekeliling ikhtisas bil 7/2003 iaitu kuasa guru merotan murid. Tindakan: Semua guru 41.1.13 Menghormati ketua jabatan dengan membuat tindakan tanpa pengetahuan dan kelulusan daripada ketua jabatan adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tata tertib termasuklah menyebarkan maklumat palsu, tidak benar dan niat menjatuhkan maruah seseorang penjawat awam serta imej jabatan. Berbincang dengan ketua jabatan untuk mencari kaedah penyelesaian. 4.1.1.14 Mematuhi surat pekeliling ikhtisas bil 6/85 cara berpakaian semasa bertugas. Tindakan: Semua guru 4.1.1.15 Waktu tugas rasmi guru bermula jam 7.30 pagi-1.45 petang. 4.1.1.16 Guru-guru tidak dibenarkan pulang lebih awal daripada jam 1.45 petang. Tindakan: Semua guru 4.1.1.17 Guru dan staf wajib mengetik kad perakam waktu sewaktu hadir ke sekolah. Tindakan: Semua guru dan Staf
5 4.1.18 Guru besar memaklumkan tentang (Peraturan 24-tidak hadir bertugas tanpa cuti/tanpa kebenaran/tanpa sebab boleh diambil tindakan tatatertib termasuk tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa dan di tempat pegawai tersebut dikehendaki bertugas contohnya pegawai hilang selepas mengetik nama pada waktu persekolahan dan muncul semula pada waktu petang. 4.1.19 Guru bertugas mingguan dikehendaki datang lebih awal dan pulang lebih lewat daripada biasa serta menulis laporan harian. Tindakan: Guru bertugas mingguan 4.1.1.20 Sebaiknya urusan peribadi hendaklah dibuat di luar waktu persekolahan kecuali ketika kecemasan. Tindakan:Semua guru 4.1.1.21 Sila isi buku keluar guru/staf setelah mendapat kebenaran guru besar. 4.1.1.22 Cuti sakit hendaklah maklumkan segera kepada guru besar/GPK pentadbiran/pejabat dan sijil cuti sakit hendaklah diserahkan segera,termasuk cuti bersalin. 4.1.1.23 Cuti kecemasan/cuti rehat khas (15 hari setahun) hendaklah dimaklumkan dan isi borang setelah mendapat kelulusan guru besar.Manakala Penolong kanan hanya menyokong bukan meluluskan. 4.1.1.24 Cuti tanpa gaji/tanpa rekod-dipohon dua minggu sebelum cuti. 4.1.1.25 Guru yang ingin keluar negara perlu mengisi borang sebulan awal sebelum keluar negara. Tindakan: Semua guru 4.1.1.26 Rancangan Pelajaran Harian Terdapat DSKP pelajaran mengikut tahun yang diajar. Terdapat nama murid kelas-kelas yang diajar. Rancangan pelajaran ditulis tangan atau dicetak tetapi refleksi perlu ditulis tangan. RPH perlu dihantar setiap minggu iaitu pada hari Khamis atau Ahad atau hari-hari dalam minggu tersebut. Jadual waktu kelas dan persendirian, biodata guru, senarai nama buku teks dilengkapkan
6 RPH mestilah disiapkan sebelum proses pdp bermula. ianya mestilah mengandungi tajuk, objektif, aktiviti dan releksi. Ketua panitia diberi kuasa oleh pihak pentadbir menyemak RPH guru-guru di bawahnya setiap hujung bulan. Penolong Kanan akan memberi surat lantikan dan cop kepada ketua panitia, guru data dan guru pusat sumber. Guru besar akan menandatangani semua fail/buku RPH guru yang telah lengkap pada 20 April 2023. Hari pertama persekolahan guru wajib menyiapkan RPH pada hari tersebut. Sekiranya ada pemantauan dan guru tidak menyiapkan RPH, tidakan tatatertib akan dikenakan. Tindakan: semua guru 4.1.1.27 Pekeliling Guru besar memaklumkan bahawa terdapat pekeliling yang diguna pakai untuk sesi 2023/2024 seperti berikut: - Pengurusan minggu pertama sesi persekolahan mulai sesi akademik tahun 2023/2024 Kementerian Pendidikan Malaysia.(Lampiran 1) - Pelaksanaan program transisi tahun 1 2.0 mulai kalendar Akademik sesi 2022/2023.(Lampiran 2) - Peraturan-peraturan Pendidikan (kurikulum kebangsaan)1997(.Lampiran 3) 4.1.1.28 Kewangan Pengerusi memaklumkan bahawa perbelanjaan panitia sesi 2023/2024 adalah sebanyak 42 peratus sahaja. Beliau berharap panitia membelanjakan kewangan secara berhemah agar tidak terhutang. Pengerusi memaklumkan tentang pembahagian perbelanjaan akaun kerajaan. (Lampiran 4) 4.1.1.29 Amanat Menteri Pendidikan Pengerusi memaklumkan tentang 7 langkah mengurangkan beban guru oleh Menteri Pendidikan Dr Fadhlina binti Sidek.( Lampiran 5)
7 Pengerusi juga memaklumkan tentang carta alir untuk menjadikan “Anak yang Baik lagi Cerdik”.(Lampiran 6). Pengerusi menerangkan 7 Teras penting sebagai panduan kepada pendidik.(Lampiran 7). 4.1.1.30 Dasar dan Hala tuju 2023/2024 - Barisan pentadbir telah menghuraikan secara terperinci Dasar dan Hala tuju sesi 2023/2024.(Lampiran 8). Antaranya: Penolong Kanan 1 Pn Norilza binti Salleh memaklumkan bahawa pencapaian murid sekurang-kurangnya 90% mendapat TP4 hingga TP6 dalam PBD. Pn Norilza binti Salleh juga memaklumkan bahawa murid dapat menguasai 3M sebanyak 95%. Peningkatan sebanyak 10% murid yang menguasai literasi dan numerasi dari tahap 1. Penolong Kanan Pn Siti Balkis binti Othman memaklumkan peratus peningkatan kehadiran murid sekolah melebihi 90% purata setahun. Penolong Kanan HEM berharap guru terlibat dalam pengisian 100% pengisian SSDM. Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan 70% murid tahap 2 mencapai sekurang-kurangnya Gred B dan 30 % mencapai Gred A dalam PAJSK. Penolong Kanan Pendidikan Khas memaklumkan tentang hala tuju PPKI sesi 2023/2024.( Lampiran 9) 5.0 PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024 5.1 Taklimat pengurusan Pentadbiran dan kurikulum oleh Pn Norilza binti Salleh - Pn Norilza binti Salleh mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada guru yang hadir dan menjalankan amanah Sepanjang sesi 2022/2023 dengan cemerlang. Beliau memaklumkan bahawa semua guru telah menerima buku Pengurusan Organisasi dan Takwim Persekolahan sesi 2023/2024.
8 5.1.1 Ralat pada muka surat 45 bertajuk ko akademik dalam buku pengurusan organisasi dan takwim sesi 2023/2024. Beliau meminta guru membuat penambahan maklumat dalam buku tersebut. Tindakan: Semua guru 5.1.2 Pn Norilza binti Salleh juga memaklumkan penambahan nama staf iaitu Pn Rosmida binti Darus Pembantu Pengurusan Murid yang tercicir dalam carta organisasi staf SKHAR sesi 2023/2024 pada muka surat 47. 5.1.3 Pn Norilza meminta guru mengantikan nama Ustazah Suraya binti Samsudin kepada Pn Rohana binti Che Husin dalam carta organisasi induk SKHAR. Beliau memaklumkan Pn Rohana binti Che Husin merupakan Penyelaras yang baru PPDa untuk sesi 2023/2024 pada muka surat 48. 5.1.4 Pn Norilza juga memaklumkan tentang kesilapan nama setiausaha PIBG pada carta organisasi yang tertulis nama Pn Zanariah binti Baharom dan mengantikan nama Pn Suraya binti Samsudin di muka surat 49 untuk sesi 2023/2024. Tindakan: Semua guru 5.1.5 Pn Norilza binti Salleh memaklumkan bahawa setiausaha kurikulum dikekalkan iaitu Pn Norshafiza binti Shafiee sesi 2023/2024. 5.1.6 Pn Norilza binti Salleh memaklumkan sedikit perubahan tentang ketua Panitia dan guru kelas seperti tertera dalam buku pengurusan organisasi dan takwim sesi 2023/2024. Beliau berharap guru berlapang dada menerimanya lantikan tersebut. 5.1.7 Pn Norilza binti Salleh juga memaklumkan bahawa tentang jadual pencerapan yang disenaraikan dalam buku Pengurusan dan Takwim agar guru dapat membuat persediaan dalam pdp. Beliau berharap guru meluangkan sedikit masa untuk membaca dan memahami bahagian kurikulum pada muka surat 54 hingga 60. Makluman: Semua guru
9 5.2 Taklimat Pengurusan HalEhwal Murid oleh Pn Siti Balkis binti Othman - Pn Siti Balkis binti Othman mengucapkan selamat datang kepada guru yang hadir serta ucapan tahniah kepada guru atas kecemerlangan menjalankan tugas sesi 2022/2023. Beliau berharap komitmen yang tinggi daripada guru agar murid mencapai kejayaan untuk sesi 2023/2024. 5.2.1 Pn Siti Balkis binti Othman memaklumkan bahawa setiausaha HEM yang baharu ialah Pn Nur Hafizah binti Mohamad untuk sesi 2023/2024 pada carta organisasi HEM muka surat 61. Beliau juga memaklumkkan bahawa terdapat perubahan setiausaha jawatan kuasa kecil iaitu setiausaha keceriaan sekolah dan kelas Pn Naimah Salwa binti Ayob, setiausaha KWAMP/BAP/EMK ialah Pn Amira binti Amran, Setiausaha KPJ/PPDa Pn Rohana binti Che Husin dan Sarana Waris/ Sekolah Penyayang Pn Nur Hafizah binti Mohamad. Tindakan:Makluman 5.2.2 Pn Siti Balkis binti Othman meminta guru meluang masa untuk memahami tugas dan takwim dalam buku Pengurusan Organisasi dan Takwim sesi 2023/2024 pada muka surat 61 hingga 69. 5.2.3 Pn Siti Balkis juga memaklumkan tentang jadual tugas mingguan guru pada muka surat 69 hingga 74 dalam buku Pengurusan Organisasi dan takwim untuk sesi 2023/2024.Beliau berharap guru datang awal bertugas. Tindakan: Semua guru 5.2.4 Pn Siti Balkis memaklumkan tentang nama guru kelas serta penyelaras mengikut kelas untuk sesi 2023/2024 pada muka surat 75.Beliau juga memaklumkan analisa enrolmen murid tahun 2023 pada muka surat 76. 5.2.5 Pn Siti Balkis berharap guru kelas dapat menyediakan peralatan yang mencukupi untuk murid agar murid selesa dalam pdp. 5.2.6 Pn Siti Balkis berharap guru kelas mengemaskini APDM sebelum pukul 10 pagi Tindakan:Guru kelas
10 5.3 Taklimat Pengurusan Kokurikulum oleh En Mohamad Sufian bin Daud - En Mohamad Sufian bin Daud mengucapkan terima kasih kepada pengerusi dan barisan pentadbir dan guru yang hadir mesyuarat kali ke-1. 5.3.1 En Mohamad Sufian bin Daud memaklumkan tentang unit kokurikum dalam buku pengurusan organisasi dan takwim pada muka surat 77 hingga 88. Beliau berharap guru dapat menerima setiap tugasan yang diberikan dengan hati yang terbuka. 5.3.2 En Mohamad Sufian memaklumkan tentang 4 aktiviti utama yang akan dijalankan sepanjang sesi 2023/2024 iaitu: Kejohanan Merentas Desa – 22 Mac 2023 Hari Usahawan – 25 Mei 2023 Kejohanan Olahraga – 8 Julai 2023 Perkhemahan – 1- 2 Disember 2023 Makluman: Semua guru 5.4 Taklimat Pengurusan Pendidikan Khas oleh Pn Rosadah binti Ahmad - Pn Rosadah binti Ahmad mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak pentadbir dan guru yang hadir mesyuarat kali ke-1. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada guru PPKI yang sentiasa memberi komitmen dan tangungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang. 5.4.1 Pn Rosadah binti Ahmad memaklumkan tentang carta organisasi pendidikan khas seperti yang tertera pada muka surat 89 dalam buku Pengurusan Organisasi dan Takwim sesi 2023/2024.Beliau berharap guru PPKI sentiasa bersedia setiap tugasan yang diamanahkan. 5.4.2 Pn Rosadah memaklumkan tentang enrolmen murid seramai 31 orang iaitu 23 murid lelaki dan 8 orang murid perempuan. Beliau memaklumkan seorang murid berkerusi roda. 5.4.3 Pn Rosadah memaklumkan bahawa murid PPKI dipecahkan kepada 4 kelas mengikut kebolehan murid iaitu: Tahun 1 Berlian – 7 orang murid Tahun 2 Intan– 8 orang murid Tahun 3 Mutiara – 7 orang murid Tahun 4 Nilam – 9 orang murid
11 Makluman:Semua guru 5.4.4 Pn Rosadah memaklumkan bahawa terdapat kelas inklusif separa bergabung dengan kelas aliran perdana iaitu: Tahun 1 Berlian – 1 Dinamik Tahun 2 Intan – 1 Waja Tahun 3 Mutiara – 2 Waja Tahun 4 Nilam – 4 Waja 5.4.5 Pn Rosadah memaklumkan sebanyak 11 matapelajaran yang dipelajari oleh murid iaitu mata pelajaran teras serta mata pelajaran elektif iaitu Pengurusan Kehidupan( kemahiran Manipulatif & kemahiran urus diri).Beliau menjelaskan mata pelajaran tambahan untuk tahap 2 adalah Teknologi Maklumat(TMK),Kemahiran hidup, Pendidikan Sains Sosial dan Alam sekitar. . 5.4.6 Pn Rosadah memaklumkan bahawa kelas PPKI telah menjalankan projek tanam sayur iaitu terung,cili dan bendi untuk memberi kemahiran kepada murid . 5.4.7 Pn Rosadah memohon kebenaran kepada guru besar untuk menyediakan tempat letak kenderaan di hadapan bangunan pejabat untuk memudahkan urusan waris yang mempunyai murid OKU. Beliau juga berharap penutupan longkang secara konkrik dan menyediakan RIM untuk memudahkan murid berkerusi roda. 5.4.8 Pn Rosadah memaklumkan tentang permohonan pembesaran tandas untuk memudahkan murid berkerusi roda dan membuat ‘partitions’ dalam kelas PPKI. Makluman:Semua guru 6. HAL-HAL LAIN 6.1 Pn Husna binti Abdul Ghani bertanya tentang latihan sukan untuk murid perlukah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah. 6.2 Pengerusi memaklumkan bahawa latihan sukan untuk murid perlu mendapat kebenaran pihak sekolah dan waris.
12 6.3 Pn Siti Hajar memaklumkan tentang waris prasekolah yang menghantar anak menggunakan pintu pagar sekolah yang berhadapan dengan masjid kerana kelas prasekolah ditempatkan di Dewan Gemilang. Makluman:Semua guru 6.4 Pengerusi memaklumkan tentang pengurangan duit buku bahasa Inggeris tahap 1 dan tahap 2 dengan menggunakan wang zakat sebanyak rm10 setiap orang murid untuk meringankan beban waris. Beliau menjelaskan waris hanya membayar RM6 sahaja. 6.5 Pengerusi memaklumkan bahawa sempena keberkatan bulan Ramadan beliau ingin membuat kutipan ikhlas kepada guru-guru untuk infak beras kepada murid iaitu sebanyak 5 kilo seorang. 6.6 Pengerusi memaklumkan tentang Tabung Infak Akbar yang akan diletakkan di kaunter pejabat. Beliau berharap guru dapat memberi sumbangan seikhlas hati ke dalam tabung tersebut. Beliau memaklumkan wang kutipan ini akan digunakan untuk murid. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi. Disediakan oleh : Disahkan: …………………………. (FAUZIAH BINTI RAZAB), Setiausaha Mesyuarat Guru/ SKPM@Kualiti Sekolah SK Haji Abdul Rahman.