1 MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-3 SESI 2023/2024 TARIKH : 05 NOVEMBER 2023 (AHAD) MASA : 01.26 PETANG TEMPAT : ANJUNG MUAFAKAT SKHAR KEHADIRAN : 1. MAZIAH BINTI MASRI ( GURU BESAR ) 2. KHAMARUL NIZAM BIN AHMAD ( PENOLONG KANAN PENTADBIRAN ) 3. SITI BALKIS BINTI OTHMAN ( PENOLONG KANAN HEM ) 4.MUHAMAD SUFIAN BIN DAUD (PENOLONG KANAN KOKURIKULUM) 5. AZMI BIN ABDUL WAHAB 6. RASHIDI BIN RAMLI 7. HUSNA BINTI ABDUL GHANI 8. MOHAMAD NASIR BIN ABDULLAH 9. MOHD FAIZUL BIN MOHD KAIL 10. MOHD ZAINAL ABIDIN BIN ABD WAHID 11. MURSHIDAH BINTI IDRIS 12. MUZAIYAH BINTI MD ZAIN 13. NOR FADZLIYATON BINTI MUHD YUSOF 14. NORAZAH BINTI MOHAMAD TAHIR 15. NORFARIZA BINTI ABDUL RAZAK 16. NORSANIZA BINTI MD SAID 17. NORSHAFIZA BINTI SHAFFIE 18. NORSHIMAH BINTI ABU BAKAR 19. NORSON BINTI HUSSAIN 20. ROHANA BINTI CHE HUSIN 21. SAJIDAH BINTI ISMAIL 22. SHARIFAH ZAWIAH BINTI SYED KASIM 23. SITI HAJAR BINTI ISMAIL 24. SITI NORLIS BINTI AHMAD SHUKRI 25. SUHAIDA BINTI ABDUL MANAP 26. SURAYA BINTI SAMSUDIN 27. SURIANI BINTI ABU HASSAN 28. NAIMAH SALWA BINTI AYOB 29. ZULKORNAIN BIN MOHAMAD 30. NUR HAFIZAH BINTI MOHAMAD 31. ZANARIAH BINTI BAHAROM 32.SHAHRIL FITRI BIN JOHARI 33.INA MARNI BINTI SAZALI 34.SITI HAJAR BINTI ISMAIL TIDAK HADIR BERSEBAB 1.ROSADAH BINTI AHMAD(PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS) 2. FAUZIAH BINTI RAZAB(SETIAUSAHA) 3. AMIRA BINTI AMRAN 4.SAKINAH BINTI HJ SHARIFF 5. RUHAIDA BINTI ABDULLAH 6. MUHAMMAD FIRDAUS BIN ISMAIL
2 AGENDA MESYUARAT 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada guru yang hadir mesyuarat kali ke-3.Beliau berharap semua guru dapat mengambil bahagian dalam mesyuarat. 1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru atas komitmen yang terbaik dalam menjalankan tugas 2022/2023 dan berharap mendapat pembalasan kebaikan daripada Allah. 2.0 PENGESAHAN MINIT YANG LALU Penolong Kanan pentadbiran membentangkan minit mesyuarat kali ke-2 sebanyak 17 muka surat untuk disemak dan disahkan bagi sesi 2023/2024. Cadangan - Pn Norshimah binti Abu Bakar Sokongan - Pn Husna binti Abdul Ghani. 3.0 PERKARA BERBANGKIT 3.1 Pemakaian batik/baju korporat/baju Pendidikan Jasmani. 3.1.1 Pengerusi mengingatkan guru tentang pakaian batik yang diwajibkan pada hari Khamis dan digalakkan pada setiap hari bekerja. 3.1.2 Pengerusi berharap guru memakai pakaian formal semasa waktu berkerja. 3.1.3 Walau bagaimanapun guru tidak dilarang memakai pakaian sukan lengkap kerana belum ada pekeliling baharu yang dikeluarkan. 3.1.4 Pengerusi memaklumkan bahawa guru yang mengajar Pendidikan Jasmani wajib memakai pakaian sukan yang lengkap untuk mata pelajaran tersebut. 3.1.5 Pengerusi memaklumkan bahawa pemakaian baju korporat digalakkan pada setiap hari Rabu.
3 3.2 Kehadiran ke sekolah 3.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa guru hendaklah memaklumkan kepada guru besar sekiranya ada kecemasan seperti sakit dan kematian untuk kelulusan cuti dan mengisi dalam HRMIS. 3.2.2 Pengerusi berharap guru bercuti dapat memaklumkan kepada penolong kanan pentadbiran supaya memudahkan membuat jadual kelas ganti. 3.2.3 Pengerusi memaklumkan bahawa segelintir guru tidak hadir ke sekolah tetapi tidak memaklumkan kepada pihak pentadbir.Oleh itu,beliau mengingatkan agar guru dapat memudahkan urusan pihak pentadbir dan memaklumkan Cuti Rehat Khas(CRK) atau cuti sakit. Tindakan: Semua guru 4.0 PENGURUSAN KEWANGAN 4.1 Pengerusi memaklumkan kepada ketua panitia agar berhubung dengan Pn Nur Syakirah binti Kassim untuk membuat belian kerana peruntukkan yang disediakan boleh digunakan dengan sebaik-baiknya. Tindakan: Ketua Panitia 5.0 PROGRAM KPM/JPN/PPD OLEH TUAN GURU BESAR 5.1 Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) dan Rancangan Pengajaran(RPH) 5.1.1 Guru besar memaklumkan bahawa guru sentiasa peka terhadap pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM.Beliau berharap guru hendaklah baca dan faham apa yang digariskan dalam setiap pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM. 5.1.2 Guru besar memberi contoh tentang penulisan dan penghantaran RPH pada setiap minggu untuk disemak dan dicop oleh pihak pentadbir. 5.1.3 Guru besar memberi peringatan sekiranya guru tidak berbuat demikian memo akan dikeluarkan sebanyak 3 kali dan dihantar kepada Pegawai Pendidikan Daerah(PPD).Beliau memaklumkan satu kes seorang guru telah didenda di PPD selama seminggu untuk menyiapkan RPH. 5.1.4 Guru besar juga memaklumkan bahawa RM500 akan didenda sekiranya guru tidak membuat RPH. Tindakan: Semua guru
4 5.2 Keberhasilan 5.2.1 Guru besar memaklumkan bahawa guru diminta menghantar keberhasilan kepada penolong kanan pada hari Isnin 6 November 2023. Tindakan: Semua guru 5.2.2 Guru besar memaklumkan bahawa pihak pentadbir perlu menyiapkan keberhasilan pada 20 November 2023. 5.2.3 Guru besar memaklumkan bahawa guru akan dipanggil untuk berbincang berkaitan dengan markah yang diberikan untuk mengetahui tahap tercapai murid. Tindakan: Semua guru 5.3 Pemilihan Guru Cemerlang 5.3.1 Guru besar memaklumkan pemilihan guru cemerlang berdasarkan Kerja buat RPH Keberhasilan Makluman:Semua guru 5.4 PDP dalam kelas 5.4.1Guru besar memaklumkan bahawa terdapat pelbagai program pdpc bukan sahaja berlaku dalam kelas malah berlaku di luar kelas atau kawasan. 5.4.2 Guru besar membuat teguran tentang segelintir guru tidak membimbing murid murid semasa aktiviti pdpc berlangsung tetapi lebih berfokus bermain telefon pintar. Beliau berharap perkara ini tidak berlaku lagi dan memberi fokus kepada murid adalah paling penting terutama murid yang lemah dalam mata pelajaran. Tindakan: Semua guru
5 5.5 Penilaian Prestasi(KPI) 5.5.1 Guru besar memaklumkan bahawa KPI guru pastikan tercapai dalam keberhasilan. 5.6 Kajian Tindakan 5.6.1 Guru besar mengucapkan tahniah kepada 3 orang guru iaitu Pn Siti Norlis binti Mohd Shukri, Pn Muzaiyah binti Md Zain dan Pn Sakinah binti Hj Shariff berjaya membuat kajian tindakan. 5.6.2 Guru besar juga menggalakkan guru-guru membuat kajian tindakan. Makluman:Semua guru 5.7 Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) 5.7.1 Guru besar memaklumkan bahawa guru perlu membuat senarai semak penjaminan kualiti berdasarkan data-data yang ditunjukkan. Beliau memaklumkan bahawa SKHAR telah dipuji oleh PPD kerana rekod PBD yang seimbang. 5.7.2 Guru besar memaklumkan bahawa TP6 kurang diberikan oleh guru dan murid tahun 1 hingga tahun 5 tiada TP6.Beliau berharap guru memberi TP6 kepada murid yang layak. 5.7.3 Guru besar memaklumkan bahawa guru tidak perlu berasa takut untuk memberi TP2 kepada murid pemulihan sekiranya mereka layak untuk mendapatkannya. Tindakan: Guru mata pelajaran 5.8 K-Pecut 5.8.1 Guru besar mengucapkan tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab atas Program Kem Pecutan Al-quran Peringkat daerah Pendang di Masjid Sultanah Hamimah Tanjung Radin, Tanah Merah. Makluman:Semua guru
6 5.9 Hasil Kerja Murid 5.9.1 Guru besar memaklumkan bahawa guru perlu menghantar hasil kerja murid kepada penolong kanan seperti yang ditetapkan. 5.91 Guru besar memaklumkan bahawa guru di bawah seliannya perlu menghantar hasil kerja murid tahun 1 dan tahun 6 untuk 1 kelas dalam semua mata pelajaran. Tindakan: Guru mata pelajaran 6.0 Kurikulum (En.Khmarul Nizam bin Ahmad) En Khamarul Nizam bin Ahmad memberi salam dan mengucapkan terima kasih kepada guru yang hadir mesyuarat kali ke-3. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada guru dan staf yang datang melawat ketika beliau sakit. 6.1 Badan Kebajikan Guru &Staf(BKGS) 6.1.1 En Khamarul Nizam mengucapkan tahniah kepada BKGS yang diketuai oleh Cikgu Nasir b Abdullah,Cikgu Siti Norlis binti Ahmad Shukri,Cikgu Norshafiza binti Shaffie, Cikgu Amira binti Amran bersama AJK BKGS atas kejayaan melaksanakan Program Pengukuhan Kerja “Team Building” di Bendang Man,Sik,Kedah. 6.2 Panitia Mata Pelajaran 6.2.1En Khamarul Nizam bin Ahmad mengucapkan tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab,Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris, Pendidikan Muzik dan Pendidkan Seni Visual atas kejayaan Melaksanakan Minggu Solidariti Palestin.Beliau juga memaklumkan bahawa gimik penutup yang menyentuh hati bersama dengan bendera gergasi Palestin. 6.2.2 En Khamarul Nizam bin Ahmad juga mengucapkan tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab serta guru KAFA yang berjaya melaksanakan Kem Bestari solat untuk tahap 1 pada 21 Oktober 2023 (Sabtu). Makluman: Semua guru
7 6.3 Jawatankuasa Tahun 6 6.3.1 En Khamarul Nizam bin Ahmad juga mengucapkan tahniah kepada jawatan kuasa Tahun 6 yang diketuai oleh Pn Muzaiyah binti Md Zain atas kejayaan melaksanakan Program Sembelihan Ayam,Program Pengurusan Jenazah,Program Memancing dan akan mengadakan lawatan ke Kilang Coklat pada 11 Disember 2023. Makluman:Semua guru 6.4 Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) 6.4.1 En Khamarul Nizam memaklumkan bahawa guru tidak boleh Meletakkan TP yang sama kepada setiap murid dalam perekodan PBD dalam SBPPP IdMe.Beliau memaklumkan bahawa perekodan kali ke-2 akan dilaksanakan pada bulan Januari 2024. Tindakan: Guru Kelas 6.5 Ujian Akhir Sesi Akademik(UASA) 6.5.1 En Khamrul Nizam juga memaklumkan tentang Ujian Akhir Sesi Akademik(UASA) akan dilaksanakan pada minggu ke-2 dan minggu ke- 3 pada bulan Januari 2024.Beliau menjelaskan UASA bukan pentafsir untuk PBD tetapi sebahagiannya sahaja.Beliau memaklumkan UASA dilaksanakan untuk tahap 2 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains,Matematik dan Sejarah. Manakala Soalan dalam mata pelajaran lain akan diolah sendiri oleh guru mata pelajaran tersebut. Tindakan: Guru mata pelajaran 6.6 Perekodan 6.6.1 En Khamarul Nizam memaklumkan bahawa guru boleh memberi TP6 kepada murid yang layak. Beliau juga memaklumkan bahawa rekod perekodan murid setiap topik/bulan disimpan dalam buku RPH atau difailkan. 6.7 Mesyuarat Panitia 6.7.1 En Khamarul Nizam mengucapkan tahniah kepada semua panitia kerana dapat melaksanakan mesyuarat kali ke-2.Beliau mengingatkan kepada ketua panitia supaya membuat surat panggilan dan minit mesyuarat serta disimpan dalam fail panitia dan diletakkan dipejabat. Tindakan:Ketua panitia mata pelajaran
8 6.8 Program Bantu Membaca(PBM) 6.8.1 En Khamarul Nizam memaklumkan bahawa Program Bantu Membaca(PBM) diteruskan dan berharap murid boleh dan berjaya membaca dengan baik.Beliau juga memaklumkan kepada Pn Faezah binti Abu Hanifah supaya merekod data kerana peloporan akan dihantar pada bulan Disember 2023. 6.9 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) 6.9.1En Khamarul Nizam memaklumkan bahawa PBPPP perlu disiapkan sebelum 20 November 2023. Tindakan: Guru Besar,PK Pentadbiran,PK HEM,PK Koku,PK Pend Khas 6.9.2 Beliau memaklumkan seramai 9 orang guru yang diseliakan dan mengucapkan tahniah kepada guru yang telah menghantar serta mengingatkan guru yang belum menghantar PBPPP. 6.9.3 En Khamarul Nizam memaklumkan bahawa guru di bawah seliaanya telah mendapat markah 90 peratus dan ke atas. Beliau memaklumkan bahawa sekiranya guru yang tidak berpuas hati tentang permakahan tersebut boleh datang berjumpanya untuk berbincang bersama guru besar. 6.9.4 En Khamarul nizam memaklumkan bahawa guru menyenaraikan sasaran keberhasilan yang berbeza iaitu antara 8 hingga 20 sasaran. 6.9.5 Beliau memaklumkan bahawa mulai tahun hadapan sasaran keberhasilan akan diseragamkan iaitu sebanyak 6 sasaran sahaja iaitu 4 untuk pdpc dan 2 untuk jawatan dan tugas khas untuk memudahkan pemberian markah yang adil untuk guru. 6.10 Program Mesra Waris 6.10.1 En Khamarul Nizam mengucapkan tahniah kepada guru kelas kerana dapat melaksanakan program waris kali pertama dengan jayanya pada 21 September 2023(Khamis) 6.10.2 Beliau memaklumkan bahawa Program Mesra Waris kali ke-2 akan dilaksanakan seminggu sebelum Hari Anugerah Cemerlang. Makluman:Semua guru
9 6.11 Program Latihan Dalam Perkhidmatan(LADAP) 6.11.1 Pn Naimah Salwa binti Ayob memaklumkan bahawa semua guru telah mencukupi kursus yang ditetapkan oleh KPM. 6.11.2 Pn Naimah Salwa binti Ayob memaklumkan bahawa 2 orang guru yang gagal dalam ujian Celik Digital juga telah berjaya diselesaikan. Makluman: Semua guru 6.12 Ujian Body Mass Index(BMI) 6.12.1 En Khamrul Nizam memaklumkan bahawa guru boleh mengambil fail BMI di pejabat. 6.12.2 Beliau memaklumkan bahawa ujian BMI murid yang berumur 5 hingga 9 tahun akan dilaksanakan pada 5 hingga 30 November 2023. Beliau memaklumkan waris akan menandatangani pada Program Mesra Waris kali ke-2. 6.12.3 En Khamarul Nizam memaklumkan bahawa ujian BMI ini dilaksanakan untuk mengetahui murid yang obesiti atau lebihan berat badan dan terlalu kurus. 6.12.4 Beliau memaklumkan program akan dilaksanakan untuk mengurangkan berat badan seperti dalam buku panduan yang telah ditetapkan. Tindakan: Guru Pendidikan Jasmani 6.13 Standard Kecergasan Fizikal(SEGAK) 6.13.1 En Khamarul Nizam berharap guru Pendidikan Jasmani melaksanakan SEGAK untuk murid tahap 2 pada 8 dan 9 November iaitu pada hari Rabu dan Khamis sebelum Rehat. Tindakan: Guru Pendidikan Jasmani 6.14 Rancangan Pengajaran Harian(RPH) 6.14.1 En Khamarul Nizam mengingatkan guru menghantar RPH pada setiap hari Khamis atau Ahad dan mengucapkan tahniah kepada guru yang telah berbuat demikian. Tindakan: Semua guru
10 6.15 Taklimat e-Operasi 6.15.1 En Khamarul Nizam memaklumkan bahawa guru sentiasa peka dalam e-operasi terutama tentang tarikh lantikan guru kerana akan menjejaskan kenaikan perlantikan DG44,48 dan 52. 6.15.2 Beliau memaklumkan bahawa guru perlu mengistiharkan harta 5 tahun sekali dan mendapat kelulusan dalaman. 6.15.3 En Khamarul Nizam menerangkan tentang bersara paksa dan bersara wajib. Beliau menjelaskan mengikut Pekeliling Perkhidmatan bil 13 tahun 2011 dan diperingatkan semula pada 16 Disember 2021 menyatakan sesiapa yang dilantik DG41 pada atau selepas 1 Januari 2021 akan bersara wajib/bersara paksa apabila berumur 60 tahun. 6.15.4 En Khamarul memaklumkan bahawa 2 orang guru terlibat iaitu En Mohd Faizul b Mohd Kail dan Pn Nor Inzon bt Abderahman kerana mereka menandatangan opsyen untuk bersara pada umur 58 tahun terbatal kerana lantikan DG 41 pada 1 Januari 2012.Umur bersara wajib adalah 60 tahun. 6.15.5 En Khamarul memaklumkan bahawa DG 42 tidak terlibat kerana dinaikkan pangkat bukan dilantik.Beliau juga menjelaskan jika sekiranya guru ingin bersara awal boleh memohon untuk bersara pilihan. 6.15.6 En Khamarul Nizam mengucapkan tahniah kepada Pn Suraya bt Samsudin atas lantikan DG44. 6.15.6 En Khamarul memaklumkan bahawa guru diminta menyerahkan surat lantikan DG41 dan surat tandatangan opsyen 58 kepada pembantu takbir untuk diserahkan kepada En Kamal dan JPN 7.0 Hal Ehwal Murid (Pn Siti Balkis binti Othman) Pn Siti Balkis binti Othman mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada guru yang hadir mesyuarat guru kali ke-3. 7.1 Pn Siti Balkis binti Othman telah memaklumkan tentang aktiviti yang telah dijalankan iaitu: 7.1.1 Penyaluran waran peruntukan bagi pelaksanaan gotong royong sekolah di bawah KPM: 6 November 2023 menerima peruntukan ke sekolah. 30 November 2023 menerima peruntukan terakhir ke akaun PIBG. Perbelanjaan GORO mesti dilaksanakan sebelum 30 Jun 2024
11 RM5000.00 peruntukan masuk ke akaun PIBG sekolah untuk sekolah yang enrolmen murid 500 orang kebawah. 7.1.2 Minggu PPDa akan diadakan selepas Hari Usahawan . Ahad cuti peristiwa. Minggu PPDa bermula pada hari Isnin 27 – 30 November 2023. 7.1.3 Latihan kebakaran bersama bomba Pendang ditunda ke tahun 2024. Kemungkinan bulan Januari,mengikut kepada kekangan waktu dan peristiwa di sekolah 7.1.4 Sambutan hari kanak-kanak pada 26 Oktober 2023 berlangsung dengan lancar dan meriah. Tahniah kepada semua jawatankuasa dan guru-guru yang memberi kerjasama dan komitmen yang padu. 7.1.5 Pelantikan Duta Sahsiah murid 31Oktober 2023 dan seramai 8 orang menerima anugerah duta sahsiah. Pelancaran berlangsung dengan lancar walaupun arahan dikeluarkan dalam masa yang suntuk. 7.1.6 Kehadiran murid ke sekolah – bulan Jun, Julai, Ogos dan Oktober purata 89% ke atas. Manakala bulan Mac, April, Mei, dan September sahaja yang mencapai 90% dan ke atas. 7.1.7 Enrolmen murid –Terkini 341 orang, 2 org murid PPKI ke PDK Pendang, seorang ke SK Pokok Asam.Seorang murid dari kelas aliran perdana masuk ke kelas PPKI. 7.1.8 SSDM – Semua guru telah membuat pengisian amalan baik murid. Guru boleh membuat penambahan pengisian terutama untuk murid yang kurang daripada 10 amalan baik dalam SSDM nya. 7.1.9 idMe – Pendaftaran tahun 1 selesai, seramai 51 org murid telah didaftarkan untuk sesi 2024, tunggu untuk waris buat pengesahan dalam sistem dan hantar salinan surat penempatan ke pejabat. Pendaftaran murid tahun 6 ke sekolah menengah bermula pada 1November – 30 November 2023 – pengisian dalam sistem idMe juga oleh guru kelas tahun 6 dan guru PPKI bagi 6 orang murid yang terlibat. 7.1.10 Unit bimbingan dan kaunseling telah menjalankan : Ujian aptitud murid tahun 4. Analisis telah diserahkan oleh Pn Zanariah binti Baharom kepada guru kelas tahun 4 dan guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik untuk minta guru berkenaan buat intervensi bagi murid yang pencapaian rendah.
12 Pada 20-21November 2023 telah mengadakan kem kepimpinan murid tahun 5 di Pendang Lake. Dua orang murid tahun 5 telah dihantar iaitu Lily Maisarah dan Izzat Danish (5 Dinamik). Bayaran RM100 menggunakan duit kaunseling. Lawatan penanda aras guru kaunseling daerah Pendang ke SK Pauh Jaya P.Pinang. Sambutan hari Lahir murid fasa 2 selesai pada 25 Oktober 2023 sempena minggu sambutan hari kanak-kanak. Program mentor mentee berjalan lancar pada setiap hari Isnin minggu pertama setiap bulan. Psikometrik tahun 5 diadakan pada minggu depan hari Selasa 14 November 2023. Tahun 6 belum dapat soalan lagi. Jangkaan pada bulan Disember 2023. Makluman: Semua guru 8.0 Kokurikulum(Muhamad Sufian b Daud) 8.1 Sistem PAJSK 8.1.1 En Mohamad Sufian bin Daud memaklumkan bahawa guru kelas tahun 4 hingga tahun 6 boleh meminta maklumat kepada murid yang menyertai aktiviti luar sekolah. 8.1.2 Beliau juga memaklumkan bahawa guru akan mendapat taklimat untuk sistem IKEP. 8.2 Pertandingan Unit Uniform, Persatuan, Sukan dan Permainan 8.2.1 En Muhamad Sufian mencadangkan unit uniform mengadakan pertandingan antara unit uniform seperti masakan,membina gajet. 8.2.2 Beliau memaklumkan tentang taklimat Hari Usahawan akan diadakan pada 6 November 2023(Isnin). l 8.3 BMI 8.3.1 En Mohamad Sufian bin Daud memaklumkan bahawa murid yang terlibat berumur 5 hingga 9 tahun termasuk murid PPKI kecuali murid yang berkerusi roda.
13 9.0 Pendidikan Khas - Tiada10.0 Hal-hal lain 10.1 En Khamarul Nizam meminta guru menghantar buku latihan murid untuk dicop oleh guru besar dan penolong kanan. 10.2 En Khamarul memaklumkan bahawa Hari Anugerah Cemerlang(HAC) akan diadakan pada bulan Disember 2023 untuk mesyuarat kali ke-1. Beliau mengarahkan Pn Norshafiza binti Shafiee untuk membuat kertas untuk HAC. 10.3 En Khamarul memaklumkan dialog Prestasi PBD kali ke-2 akan diadakan pada bulan Januari 2024. 10.4 Guru besar mengingatkan guru tentang kehadiran perhimpunan pagi dan majlis bacaan Yassin.Beliau meminta semua guru berada di atas pentas semasa perhimpunan pagi dan majlis bacaan yaasin. 10.5 Guru besar membangkitkan isu guru dan staf yang tidak boleh ditegur.Beliau memaklumkan tentang akta yang boleh menyebabkan seseorang itu boleh diambil tindakan tatatertib. 10.6 Guru besar mengingatkan kepada guru tentang gangguan seksual. Beliau memaklumkan tentang kes gangguan seksual antara guru lelaki dan murid lelaki yang terjadi di sekolah lain.Guru tersebut telah diambil tindakan. 10.7 Guru besar memaklumkan bahawa guru boleh melaporkan dengan segera jika berkaitan dengan isu keselamatan murid dan sekolah. 10.8 Guru besar mengingatkan guru tentang isu keberhutangan yang tinggi. Beliau berharap guru sekolah ini tidak terlibat dengan isu ini. 10.9 Guru besar memaklumkan bahawa tentang tuntutan perjalanan hendaklah mengikut prosedur yang ditetapkan.
14 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 03.25 Petang. Disediakan oleh : Disahkan: …………………………. (FAUZIAH BINTI RAZAB), Setiausaha Mesyuarat Guru/SKPM@Kualiti Sekolah SK Haji Abdul Rahman.