PROSPEKTUS SK SERI SELAMAT
PROSPEKTUS SK SERI SELAMAT
PROSPEKTUS
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SELAMAT
(ABA 1015)
32000 SITIAWAN, PERAK
Penawaran awam saham As-Salam Al-Abadiah berbentuk sumbangan yang juga dipanggil
sebagai “saham tanpa tebus nyata”/ “saham akhirat” sebanyak 8,000 unit saham biasa bernilai
RM 25.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Sahaja) sesaham dalam Sekolah Kebangsaan
Seri Selamat (SK Seri Selamat/SKSS) terdiri daripada terbitan awam (saham tanpa tebus
nyata/saham akhirat) sehubungan dengan perancangan baharu untuk pembangunan dan
kemajuan sekolah serta murid dalam bidang pendidikan.
A. Penawaran institusi sehingga 8,000 unit saham-saham As-Salam Al-Abadiah kepada
pelabur-pelabur institusi dan terpilih Malaysia, termasuk pelabur-pelabur bumiputera atau
bukan, yang berdaftar atau diluluskan oleh kerajaan Malaysia sama ada dari jabatan kerajaan
negeri atau persekutuan, badan berkanun, syarikat atau entiti perniagaan, pertubuhan atau
persatuan, NGO dan lain-lain pihak yang dikenalpasti. Penawaran adalah tertakluk pada baki
unit saham semasa dengan jumlah unit pembelian tidak kurang daripada 100 unit saham untuk
setiap satu borang pembelian pada harga institusi yang akan ditentukan melalui binaan bida
(“harga institusi”);
dan,
B. Penawaran runcit (individu) 8,000 unit saham terbitan, terbuka kepada mana-mana individu
yang layak (“orang yang layak”) dan orang awam Malaysia, pada harga runcit RM 25.00
(Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Sahaja) bagi setiap unit saham (“harga runcit”), perlu
dibayar penuh semasa permohonan dan tertakluk kepada pembelian yang tidak kurang dari 10
unit saham untuk setiap satu borang pembelian bagi penawaran runcit (individu).
Persamaan di antara harga institusi dan harga runcit akhir adalah tertakluk kepada peruntukan
penarikan balik dan peruntukan semula dan opsyen terlebih peruntukan (sebagaimana
ditakrifkan dalam Prospektus ini) dan jika sekiranya ada perbezaan antara harga institusi
berbanding harga runcit maka ia adalah tertakluk kepada pelarasan dan perbundaran
(pembulatan) harga tawaran.
Anda adalah dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan prospektus ini.
Sekiranya ragu-ragu, sila minta nasihat penasihat profesional.
Terdapat faktor-faktor perancangan tertentu yang bakal-bakal pelabur harus pertimbangkan.
Sila lihat perkara 7 Prospektus ini bagi “faktor-faktor perancangan”.
Prospektus ini tidak akan diedarkan di luar Malaysia
1
PROSPEKTUS SK SERI SELAMAT
Prospektus ini bertarikh 10 April 2021
1. DESKRIPSI PENAWARAN
Semua terma yang ditakrifkan yang digunapakai dalam prospektus ini adalah ditakrifkan di
bawah Pembentangan Maklumat Pengurusan Sekolah dan lain-lain maklumat berkaitan yang
dibenarkan. PGB dan para pentadbir sekolah dan/atau pemegang taruh “Stakeholder” utama
iaitu PPD dan PIBG telah melihat dan meluluskan Prospektus ini untuk tujuan penjualan unit-
unit saham seperti yang dimaksudkan. Selepas membuat semua pertanyaan yang munasabah,
dan setakat pengetahuan dan kepercayaan terbaik mereka, mereka mengesahkan bahawa tidak
ada kenyataan palsu atau mengelirukan atau fakta-fakta lain yang sekiranya tertinggal akan
menjadikan Prospektus ini palsu atau mengelirukan.
Seterusnya, Prospektus ini telah disediakan dalam konteks saham berbentuk sumbangan
“saham tanpa tebus nyata” di bawah peruntukkan undang-undang Malaysia. Prospektus ini
tidak mematuhi undang-undang mana-mana bidang kuasa selain daripada Malaysia dan tidak
boleh dan tidak akan diserah simpan, didaftarkan atau diluluskan selaras kepada atau di bawah
mana-mana perundangan sekuriti atau bersamaan yang terpakai atau oleh mana-mana
peraturan pihak berkuasa berperaturan berkaitan mana-mana bidang kuasa selain daripada
Malaysia.
Walau bagaimanapun, kami merizabkan hak mengikut budi bicara mutlak kami untuk
menganggap mana-mana penerimaan sebagai tidak sah sekiranya kami percaya bahawa
penerimaan sedemikian mungkin melanggar mana-mana undang-undang atau syarat-syarat
undang-undang atau berperaturan yang berkenaan.
Ruangan ini dibiarkan kosong
2
PROSPEKTUS SK SERI SELAMAT
SEJARAH ORGANISASI
Sekolah Kebangsaan Seri Selamat mula
dibangunkan secara gotong-royong pada
1 September 1953. Bangunan ini beratapkan nipah
dan berdindingkan tepus. Nama asal sekolah ialah
Sekolah Kebangsaan Simpang Ampat, Sitiawan.
Guru Besar pertama ialah Tn. Hj. Ahmad Fauzi
bin Hj. Mohd Sabri.
Pada 8 Januari 1957, sebuah bangunan baru siap dibina di atas tapak bangunan yang
lama. Ketika itu murid belajar dalam dua sesi, pagi dan petang. Bangunan tambahan siap
dibina pada 18 Oktober 1967 membolehkan semua murid belajar dalam satu sesi.
Pada 5 Mei 1982, bangunan baru tiga tingkat siap dibina. Bangunan lama diambil alih
oleh Pejabat Pendidikan Daerah Manjung. Sekolah ini dijadikan Pusat Kegiatan Guru Daerah
Manjung. Sekolah ini juga menjadi tuan rumah kepada pelbagai pertandingan peringkat zon
dan daerah.
Pada tahun 1984 nama sekolah sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Seri
Selamat kerana mengelakkan kekeliruan yang sering berlaku akibat nama yang hampir sama
dengan sebuah sekolah lain iaitu Sekolah Kebangsaan Simpang Empat.
Pada 1 Jun 1987, sekolah ini memulakan program pembelajaran berbantukan komputer.
Mudah-mudahan sekolah ini akan terus menempa kejayaan yang lebih cemerlang.
2.1 Pengasas Sekolah
Tuan Hj. Ahmad Fauzi bin Hj. Mohd Sabri lahir di pekan Batu 8 Lekir. Allahyarham
pernah mengajar di Simpang Ampat Jadam Taiping, seterusnya di Lekir dan di Kampung
Sitiawan sebelum dilantik menjadi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Simpat Ampat iaitu nama
lama bagi Sekolah Kebangsaan Seri Selamat ini pada tahun 1953.
Pada tahun 1958, Allahyarham dinaikkan pangkat menjadi guru Pelawat di Tapah.
Seterusnya beliau bertugas sebagai guru pelawat di Sitiawan. Tn. Haji Ahmad Fauzi
meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Ipoh.
2.2 Senarai Guru Besar – 1939-1959
– 1959-1972
1. Tn. Hj. Ahmad Fauzi bin Hj. Mohd Sabri – 1972-1973
2. Tn. Hj. Mohd Amin bin Md. Saman
3. En. Md. Idrus bin Bashah
3
4. En. Md. Husain bin Thalji PROSPEKTUS SK SERI SELAMAT
5. En. Md. Yusuf bin Md. Jamil (memangku)
6. Tn. Hj. Abdullah bin Rani, PJK – 1973-1976
7. En. Zainal Abidin bin Ravi – 1976-1977
8. En. Abdul Rahman bin Mohd Nor – 1977-1980
9. En. Abd Ghani bin Mohd Yusuf – 1980-1981
10. En Mas Hashim bin Mas Muhamed – 1981-1984
11. En. Mokhtar bin Hussin – 1984-1987
12. En. Abd Rashid bin Abdullah – 1987-1989
13. Pn. Hjh. Hamidah bt Isa – 1989-1990
14. En. Abd Wahab bin M. Nordin – 1990-1995
15. Tn. Hj. Abd Rashid bin Abdullah – 1996-1996
16. En. Hassan bin Abdullah – 1996-1999
17. En. Abd Hamid bin Hj. Mohamad – 12 .01.1999-25.11.1999
18. En. Abd. Halim bin Zainuddin – 1999-2002
19. Pn. Che Puteh bt Hussin – 2002-2006
20. Tn. Hj. Noh bin Ahmad – 2006-2007
21. Pn. Hjh. Rahimah Banun bt Mohd Saaid – 16.08.2007-2011
22. En. Che Azhar bin Ahmad – 2011-12.04.2015
– 16.06.2015-30.09.2020
– 11.11.2020 – Kini
3. DESKRIPSI PENGURUSAN
3.1 JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN PENTADBIRAN
Pengerusi : En Che Azhar bin Ahmad (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Pn Rohaida binti Husaini (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Pn Roziha binti Dahaman (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : Pn Nor Izzah binti Abdul Karim (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3 : En Abd Rahman bin Mat Ali (PK PPKI /Pra Sekolah)
Setiausaha : Pn Nor Aziah binti Abu Bakar
(Setiausaha Pentadbiran)
Naib Setiausaha : Pn Shuhida binti Kamaruddin
AJK : En Abd Rahman bin Mat Ali - Penasihat Teknikal/Kslmtn
: Pn Nurul Shafinaz Abd Razak - Kewangan- Aset
: Pn Shuhida binti Kamaruddin - Data Dan Maklumat
: En Salleh bin Ibrahim - ICT
: Pn Nurul Shafinaz bt Abd Razak - Bilik Gerakan/Pejabat
: Pn Junadiah bt Mohd Tahir - Pembangunan
Sumber/Ladap/TS25
: En Salleh bin Ibrahim - Persekitaran & Fizikal
: Pn Nor Aziah binti Abu Bakar - Perhubungan Luar
: Pn Jamsiah binti Osman - KGKT
: Pn Zeti Arniza bt Mohd Arshad - Guru Media/PSS
: Pn Jamsiah binti Osman - Acara Rasmi & Dewan Sekolah
: Pn Nor Aziah binti Abu Bakar - Setiausaha Mesyuarat Guru
4
PROSPEKTUS SK SERI SELAMAT
3.2 MAJLIS EXCO SEKOLAH
Pengerusi : En Che Azhar bin Ahmad (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Pn Rohaida binti Husaini (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Pn Roziha binti Dahaman (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : Pn Nor Izzah binti Abdul Karim (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3 : En Abd Rahman bin Mat Ali (PK PPKI/Pra Sekolah)
Setiausaha : Pn Nor Aziah binti Abu Bakar
Naib Setiausaha : Pn Shuhida binti Kamaruddin - Setiausaha Pentadbiran
Ajk : Pn Juriatul Aini binti Johari
: Pn Faezah binti Ali Ishar
: Pn Sy. Norasyikin binti Sayed Noordin
: Pn Junadiah binti Mohd Tahir
: Pn Jamsiah binti Osman
: Pn Roziatul Malia binti Mustapa
: Pn Salmiah binti Abdul Rani
: Pn Shah Fawati binti Yusop
: Pn Nor Haizan binti Ismail
: Pn Halimatun Saadiah bt Abdul Halim
5
PROSPEKTUS SK SERI SELAMAT
3.3 CARTA FUNGSI PENGURUSAN
3.4 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN
6
PROSPEKTUS SK SERI SELAMAT
4. TAWARAN HARGA
Harga institusi dan runcit yang ditawarkan menurut Prospektus ini adalah sebanyak RM 25.00
(Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Sahaja) bagi setiap unit saham (“harga tawaran”).
Persamaan di antara harga institusi dan harga runcit akhir adalah tertakluk kepada peruntukan
penarikan balik dan peruntukan semula dan opsyen terlebih peruntukan (sebagaimana
ditakrifkan dalam Prospektus ini) dan jika sekiranya ada perbezaan antara harga institusi
berbanding harga runcit maka ia adalah tertakluk kepada pelarasan dan perbundaran
(pembulatan) harga tawaran.
5. TARIKH TAWARAN
Unit-unit saham As-Salam Al-Abadiah akan mula ditawarkan untuk jualan institusi dan runcit
bermula dari tarikh dilancarkan iaitu pada 10 April 2021 sehingga semua jumlah 8,000 unit
saham As-Salam Al-Abadiah dilanggan penuh tanpa mengambil kira batasan masa dalam
kiraan kalendar.
6. BANK PENGURUS
7
PROSPEKTUS SK SERI SELAMAT
Semua unit saham As-Salam Al-Abadiah akan diuruskan oleh Bank Rakyat Cawangan Seri
Manjung selaku pengurus bayaran pembelian secara pindah masuk langganan/ pembelian sama
ada tunai atau secara atas talian.
Bank Rakyat Cawangan Seri Manjung
No Akaun : 2214271650
7. PENGGUNAAN HASIL/PERANCANGAN MASA DEPAN
Perancangan Sekolah (Program Pembangunan)
7.1 Arena SS Book Cafe
Projek Arena SS Book Cafe adalah satu projek inovasi dan kreativiti kedai buku sekolah
dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada semua pengguna di sekolah serta warga
Pejabat Pendidikan Daerah Manjung. Book Café merupakan suatu ruang khas di perkarangan
sekolah yang dibina menggunakan kabin terbiar dan usang. Ianya akan dilengkapi dengan
pelbagai peralatan seperti kerusi, meja, peti sejuk dan pelbagai jenis bahan bacaan bagi
membolehkan warga sekolah meluangkan masa untuk membaca atau mencari maklumat
dalam keadaan santai serta selesa. Ruang ini juga turut melaksanakan urusan jual beli untuk
pengguna seperti sandwic, buah-buahan, air minuman sejuk dan panas dengan syarat mesti
melakukan aktiviti membaca atau tugasan yang bermanfaat. Projek ini akan memberi
manfaat kepada warga sekolah dan komuniti setempat yang menjalinkan hubungan dan
rangkaian dengan sekolah.
Matlamat
Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif untuk pembelajaran di samping memberi
kesedaran kepada warga sekolah akan pentingnya bidang keusahawanan. Selain itu dapat
menanam minat murid untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pada masa
depan khususnya terhadap perniagaan berasaskan makanan.
7.2 Arena SS Parking Guru - Inovasi
8
PROSPEKTUS SK SERI SELAMAT
Sekolah Kebangsaan Seri Selamat adalah sebuah sekolah gred A yang terletak satu kawasan
bersama Pejabat Pendidikan Daerah Manjung yang terletak di dalam kawasan bandar
Sitiawan. Terdapat tiga peringkat pendidikan yang ditawarkan iatu Pendidikan rendah,
Pendidikan Pra Sekolah dan Pendidikan Khas Intergrasi. Sebagai sebuah institusi Pendidikan
kerajaan, sekolah ini bukan sahaja memberikan kemudahan prasana bagi tujuan
pembelajaran bahkan turut menyediakan kemudahan yang dikongsi orang ramai khususnya
warga Pendidikan Daerah Manjung. Warga sekolah ini terdiri daripada 40 orang guru, 8
orang staf sokongan dan 5 orang pekerja pembersihan. Jumlah guru dan kakitangan yang
ramai ini, ditambah pula dengan warga Pejabat Pendidikan Daerah Manjung menyebabkan
kawasan parkir kereta tidak mencukupi. Situasi ini menyebabkan kesesakan susun atur
kenderaan, iaitu parkir berlapis.
Matlamat
Menyediakan parkir kereta yang pelbagai guna dalam memastikan persekitaran sekolah yang
kondusif untuk pembelajaran. Selain itu dapat mewujudkan satu sistem parkir kereta yang
teratur dan dapat memberi keselesaan kepada guru yang sanggup berkorban masa dan tenaga
demi pembentukan kemenjadian murid.
7.3 Arena SS Lapang Sasar Memanah - Inovasi
Kelab Memanah SK Seri Selamat telah ditubuhkan pada bulan Januari 2019. Ianya
merupakan salah satu Kelab Sukan dan Permainan yang aktif menyertai aktiviti pertandingan
memanah di peringkat daerah dan peringkat negeri. Kekangan yang dihadapi adalah tempat
atau lapang sasar memanah yang sesuai dan selamat, memandangkan kawasan padang yang
terhad. Sehubungan itu, pihak sekolah mencetuskan idea untuk membina “stopper” daripada
pukat terpakai sepanjang 20’ x 100’ di bahagian bangunan blok B.
Matlamat
Pertandingan Memanah sempena Hari KoKurikulum ini bermatlamat untuk mencari bakat-
bakat baru yang dapat meneruskan kesinambungan legasi kelab yang sedia ada. Selain itu,
pertandingan ini juga dapat mewujudkan satu persaingan secara sihat dalam aktiviti sukan.
Secara tidak langsung, nilai-nilai murni dapat diterapkan melalui pertandingan yang
dilaksanakan. Diharapkan pertandingan ini dapat membantu dalam merealisasikan Falsafah
Pendidikan Negara, visi dan misi sekolah
1. Berkemahiran tinggi dalam sukan memanah sehingga layak mewakili negara.
2. Berdisiplin dan mempunyai nilai-nilai murni sebagai atlet yang dapat dijadikan
contoh oleh masyarakat.
3. Berkemampuan untuk mengukuhkan jalinan perpaduan antara semua kaum di
Malaysia melalui pertandingan sukan yang diceburi.
7.4 Arena SS Vanilla & Telang Park
9
PROSPEKTUS SK SERI SELAMAT
VANILLA (Vanilla fragrans) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Orchidaceae yang
berasal dari Amerika Tengah dan Mexico. Terdapat lebih 20,000 spesis di dalam keluarga
orkid diseluruh dunia dan ianya adalah sejenis tanaman rempah yang sangat tinggi nilainya.
Ianya juga dikenali sebagai tanaman emas (golden crop) kerana harga boleh mencecah
RM2000.00 sekilogram (tahun 2020). Tanaman vanilla adalah sejenis tanaman yang
berpotensi tinggi kerana banyak digunakan dalam industri makanan dunia serta boleh
ditanam dalam kawasan yang tidak luas malah boleh diintegrasikan dengan tanaman lain.
Selain daripada industri pemakanan, ianya juga digunakan dalam pembuatan kosmetik,
perubatan, wangian, tayar dan cat. Penanaman pokok vanilla adalah langkah pemuliharaan
ekosistem bumi yang baik. Ianya haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa.
Pemilihan penanaman pokok vanilla di dalam kawasan sekolah adalah satu langkah yang
amat baik dalam memperkenalkan sektor pertanian kepada murid serta dapat menghargai
alam flora.
Matlamat
Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif untuk pembelajaran di samping memberi
kesedaran kepada warga sekolah akan pentingnya alam sekitar. Selain itu dapat menanam
minat murid untuk menjadikan bidang pertanian sebagai kerjaya pada masa depan khususnya
terhadap jenis-jenis tanaman yang boleh dikomersialkan.
7.5 Arena SS Ternak Ikan Tilapia
Program Pendidikan Khas Integrasi SK Seri Selamat mempunyai sebanyak empat (4) buah
kelas yang menempatkan seramai 29 orang murid-murid berkeperluan khas. Kesemua
murid berkeperluan khas ini terdiri daripada pelbagai jenis keupayaan seperti Autisme, Slow
Learner, Hyperactive, Cerebral palsy, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) dan
lain-lain. Tahap keupayaan yang berbeza bagi setiap murid memerlukan kaedah pengajaran
dan pembelajaran (pdp) yang pelbagai demi membantu mereka mendapat pendidikan yang
terbaik. Paraturan-peraturan pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, para 8(1) bahagian (c)
menyatakan bahawa bagi melaksanakan Pendidikan Khas, seseorang guru boleh mengubah
suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti,
mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan
Khas. Oleh yang demikian, perancangan untuk menjalankan projek kolam ikan tilapia adalah
salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk anak-anak istimewa.
Projek ini adalah berasaskan Project Based Learning yang bermanfaat untuk memberi
pendedahan kepada murid-murid PPKI tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan
habitat haiwan yang hidup dalam air. Keceriaan lanskap merupakan salah satu bidang yang
menjadi keperluan utama bagi sesebuah sekolah agar suasana yang indah, nyaman, bersih
dan menyegarkan mata memandang akan menghasilkan pembelajaran yang kondusif serta
lahirnya kemenjadian insan yang mampu berdikari. Di samping itu, kemahiran lanskap
merupakan salah satu bahagian yang diberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Kemahiran Hidup atau mata yang menjana idea baru murid-murid.
Sehubungan itu, program pembinaan kolam ikan bagi melatih pelajar membela ikan tilapia
di samping bagi mengindahkan keceriaan taman dan kawasan sekolah.
10
PROSPEKTUS SK SERI SELAMAT
Matlamat
Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran juga mempunyai hak yang sama seperti
murid aliran perdana dalam penglibatan yang menyeluruh pelbagai bidang ko-kurikulum dan
akademik. Oleh itu, aktiviti pdp ini dapat memberi pendedahan kepada murid tentang
kemahiran bersosial, membina keyakinan diri, cara berkomunikasi yang sesuai serta
mengeratkan lagi perhubungan sesama murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
dengan masyarakat luar.
7.6 Arena SS Infaq Miskin Bandar
Kemiskinan seringkali dirujuk sebagai suatu fenomena kekurangan, ketidakcukupan atau
ketidakstabilan pendapatan isi rumah sehingga menjurus kepada penggunaan yang tidak
cukup mahupun lengkap. Golongan miskin bandar perlu keluar daripada kemelut kemiskinan
dengan menceburi program pertanian bandar, pendidikan dan latihan keusahawanan. Justeru
itu pihak sekolah telah menyediakan segala kemudahan seperti pertanian, perikanan dan
keusahawanan selain daripada keutamaan Pendidikan untuk memacu murid bagi
meneruskan kelangsungan hidup.
Matlamat
Pelaksanaan program Infaq miskin bandar bermatlamat untuk membantu murid-murid dari
keluarga miskin untuk meneruskan persekolahan dan meringankan beban tanggungan
keluarga serta membantu mereka dari sudut pembinaan sahsiah, rohani dan intelektual.
Warga sekolah sentiasa memberi sokongan moral kepada ibu bapa atau keluarga dalam
membantu memperkasakan tahap pendidikan anak-anak. Selain itu pihak sekolah
menggalakkan penglibatan badan korporat, institusi, orang perseorangan dan masyarakat
amnya dalam berinfaq terutamanya kepada murid-murod daripada golongan asnaf.
7.7 Arena SS Cycling Team –Inovasi
Program “Kayuhan Fit Ramadhan, Selamatkan Manjung dari Covid-19” merupakan salah satu
program anjuran Seri Selamat Cycling Team bersama Pejabat Pendidikan Daerah Manjung (PPD)
dengan kerjasama Majlis Guru Besar Daerah Manjung(MGB), SK Muhammad Saman, Majlis
Perbandaran Manjung, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, Pejabat Penerangan Daerah Manjung,
Pejabat Kesihatan Manjung, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Seri Selamat dan Vision K Optical
Centre. Program ini terbuka kepada guru-guru dan staf SKSS, pegawai PPD, guru-guru Daerah
Manjung, Kelab Basikal MPM, dan PIBG.
Matlamat
1. Sebagai persediaan bagi memastikan badan dalam keadaan bersedia dan fit sepanjang
Ramadhan yang bermula 13 April 2021.
2. Menyemarakkan lagi kedatangan bulan Ramadhan.
3. Mewujudkan semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat dan melahirkan
masyarakat yang sihat cergas.
4. Menerangkan tentang pematuhan norma baharu dan SOP yang perlu dipatuhi untuk sesi
persekolahan 2021 bagi menyelamatkan Manjung dari Covid-19.
11
PROSPEKTUS SK SERI SELAMAT
5. Sebagai wadah pendidikan di kalangan murid dari segi keselamatan.
6. Menarik minat dan membina hubungan baik dengan pihak luar seperti PPD dan
komuniti luar.
7. Menanam sikap cintakan alam sekitar.
8. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktivti yang berfaedah.
9. Menerapkan sikap hormat-menghormati dalam komuniti.
10. Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.
11. Mengamalkan keselamatan di jalan raya semasa kayuhan berbasikal.
7.8 Arena SS Musolla As Salam
Musolla/surau Sekolah Kebangsaan Seri Selamat telah dinaik taraf kepada musolla/surau
lima bintang pada tahun 2020 dengan nama Musolla As-Salam. Surau ini merupakan
tumpuan warga pendidikan daerah Manjung dalam menunaikan ibadah solat dan pelbagai
aktiviti keagamaan memandangkan lokasinya yang terletak di dalam kawasan Pejabat
Pendidikan Daerah Manjung. Kemudahan infrastruktur serta keselamatan dan keselesaan
murid merupakan salah satu agenda yang paling penting bagi pihak sekolah. Sekolah
kondusif akan menjamin keselamatan dan mampu meningkatkan pencapaian murid di dalam
semua bidang.
Matlamat
Membina dan menyiapkan bumbung tambahan di hadapan musolla As-Salam sepanjang 5
kaki x 71 kaki untuk tujuan keselamatan dan kegunaan murid SK Seri Selamat. Pembinaan
bumbung ini boleh memberi keselesaan kepada semua warga sekolah dalam mendirikan
solat dan melaksanakan aktiviti keagamaan.
7.9 Arena SS Kebudayaan Kontemporari (Tarian, Koir & Choral Speaking)
Program Kebudayaan Kontemporari ini merupakan program yang dapat membina murid
yang kreatif, berwawasan dan dinamik. Sesungguhnya selama penubuhan Kelab
Kebudayaan Dan Kesenian SK Seri Selamat, pelbagai program kesenian telah dijalankan
sehinggalah ke peringkat antarabangsa khasnya dalam bidang tarian. Program Kebudayaan
Kontemporari ini bukan sahaja memberi peluang untuk mengasah bakat dalam kalangan
murid malah ia juga dapat menambahkan pengetahuan dalam ilmu kebudayaan sekaligus
dapat menaikkan imej SK Seri Selamat. Ianya selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan
Malaysia ke arah kemenjadian murid untuk kebolehpasaran. Memandangkan kesenian
merupakan komponen yang penting dalam cara hidup manusia, maka kepimpinan dalam
bidang-bidang kesenian patut dibina agar murid dapat memberikan sumbangan positif dan
manfaat terhadap sekolah.
Matlamat
12
PROSPEKTUS SK SERI SELAMAT
Melahirkan warga sekolah khususnya murid yang berketerampilan, berdisiplin, bersatu
padu, bersemangat jati diri, profesional berilmu dan berkualiti, selaras dengan hasrat
kerajaan melahirkan modal insan kelas pertama dengan mewujudkan persekitaran yang
kondusif di dalam bidang sosial dan ilmu pengetahuan untuk memartabatkan SK Seri
Selamat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
7.10 Arena SS Edu Tourism Camp - Inovasi
Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang
amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Perkhemahan
dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri.
Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran
baru serta dapat menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan interpersonal.
Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapai
objektifnya untuk memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri
mereka. Di samping menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan
tali persaudaraan sesama murid, ibu bapa dan juga guru-guru.
Matlamat
1. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman
bersama rakan ibu bapa, komuniti dan swasta (PIBKS) dan guru.
2. Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari di sekolah bersama unit masing-masing di
dalam persekitaran dunia sebenar.
3. Membina keyakinan diri murid apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
4. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktivti yang berfaedah.
5. Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.
6. Menanam sifat ingin berdikari dalam kahidupan seharian dan berfikiran matang.
7.11 Arena SS Karnival TS25
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan
sekolah berkualiti. TS25 mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan
pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP)
selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 –2025. Sekolah Transformasi ini menjadi peneraju atau model kepada
sekolah lain dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan, diterajui kepimpinan berkualiti dan berwawasan, memiliki
guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi, dan mempunyai komitmen padu dengan
komuniti.
Matlamat
13
PROSPEKTUS SK SERI SELAMAT
Karnival Transformasi Sekolah merupakan salah satu program mega sekolah yang
diharapkan dapat mencapai aspirasi menyuburkan komitmen komuniti terhadap sekolah.
Sokongan padu menerusi Pelibatan Ibu Bapa Komuniti dan Swasta (PIBKS) adalah sangat
diperlukan untuk mengangkat martabat SK Seri Selamat melalui kecemerlangan Pendidikan.
Karnival ini membuka peluang kepada semua pihak berkolaborasi menjulang Pendidikan
melalui penyebaran ilmu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta
mengetengahkan peluang-peluang latihan teknikal. Tidak ketinggalan juga dengan aktiviti-
aktiviti sukan dan kokurikulum yang mampu menonjolkan kerjasama komuniti ke arah
pembentukan Pendidikan secara holistik.
7.12 Arena SS Mesin Pemprosesan Sampah - Inovasi
Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar
semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan
keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang
sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-
sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan
dan faedah sosial. Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi
mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah
penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah
bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke
semasa. Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana peningkatan populasi
bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa.
Matlamat
Melahirkan murid yang berpengetahuan, menguasai kemahiran asas dalam merekabentuk
dan berkebolehan mengaplikasikan teknologi asas, mengamalkan asas keusahawanan serta
mempunyai nilai atau sikap yang positif ke arah membentuk murid yang kompetitif, kritis,
kreatif dan inovatif. Di samping itu, ia memupuk sikap bertanggungjawab terhadap alam
sekitar. Inovasi ini adalah bertujuan untuk pengurusan sampah di persekitaran sekolah secara
terancang dan sistematik. Sekaligus menjurus ke arah pembentukan sekolah yang kondusif
dengan menyediakan prasarana yang lengkap.
7.13 Arena SS Galeri
14
PROSPEKTUS SK SERI SELAMAT
Persekitaran kawasan sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan
pembelajaran yang cemerlang iaitu bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif. Galeri
yang dirancang adalah bahan rangsangan yang boleh digunakan oleh murid dalam proses
pembelajaran mereka. Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang
kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang
diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya yakni guru, kakitangan sekolah dan
murid. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah
mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum, supaya perkhidmatannya diguna pakai
secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana
yang kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui
pembinaan galeri yang menyajikan ilmu pengetahuan akan terasa lebih mesra.
Matlamat
Menyediakan sebuah galeri yang komprehensif dan relevan kepada perkembangan
sekolah. Peranan Galeri ini adalah untuk memberikan pendidikan dalam bentuk yang tiada
dalam pendidikan formal iaitu melalui pemeran tetap dan sementara. Ianya juga untuk
mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif untuk pembelajaran di samping memberi
kesedaran kepada warga sekolah akan pentingnya ilmu dalam pelbagai aspek.
7.14 Arena SS Kafetaria
Kantin adalah antara lokasi yang sering menjadi tumpuan murid. Tatkala loceng dibunyikan,
berpusu-pusulah murid memenuhi ruang kantin. Ada yang membawa bekal sendiri, tidak
kurang juga murid yang beratur memilih dan membeli makanan. Kantin bukan sahaja
menjadi ruang makan buat murid dan guru, ia juga turut dijadikan tempat untuk berehat dan
beraktiviti. Bila bercakap tentang kantin, kepala pasti akan terfikir ruang makan besar, palang
besi untuk beratur, meja panjang, kerusi panjang, sinki dan deretan piring dan cawan plastik
berisi makanan juga air. Tidak kurang juga bilik makan guru yang hanya ada meja makan,
kerusi juga sinki. Ekoran daripada pendapat yang demikian, Tuan CEO SK Seri Selamat
telah mengutarakan hasrat untuk mentransformasi kantin sekolah bagi mewujudkan suasana
yang kondusif serta mampu dijadikan salah satu tempat alternatif proses pengajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah. Kantin ini akan dikenali sebagai Arena SS Cafeteria.
Matlamat
1.Menjadikan kantin sebagai tempat berinformasi.
2.Mewujudkan arena kondusif dalam membantu proses pembelajaran di luar bilik darjah.
3.Menaiktaraf kantin kepada konsep café.
7.15 Arena SS Mini Studio
15
PROSPEKTUS SK SERI SELAMAT
Teknik Layar Hijau atau Green Screen Technique dalam rakaman dan penyuntingan video
adalah satu teknik digunakan apabila imej satu subjek/objek yang dirakam di satu lokasi
ingin dibuat supaya kelihatan berada dalam satu imej lain yang dirakam di satu lokasi yang
lain. Untuk membolehkan Teknik Layar Hijau ini diguna pakai dengan berkesan dalam
penyuntingan, teknik ini juga mesti diaplikasi terlebih dahulu dalam proses rakaman salah
satu daripada dua imej tadi. Caranya ialah dengan menjadikan Layar Hijau sebagai latar
belakang salah satu imej itu.
Matlamat
Mewujudkan sekolah yang membudayakan bidang ICT dikalangan warganya. Selain itu
guru dapat mempelbagaikan proses PdPc dengan menggunakan pelbagai kemudahan dan
teknik yang terdapat dalam ICT sekaligus dapat menarik minat murid dalam pembelajaran
yang lebih kreatif dan berkesan.
7.16 Arena SS Gelanggang Petanque
Perkembangan pelbagai jenis sukan di Malaysia membangun dengan pesat. Terdapat
pelbagai sukan bertaraf antarabangsa diketengahkan bagi membentuk modal insan yang aktif
dalam pelbagai jenis sukan. Diantara sukan yang telah berkembang di sekolah-sekolah ialah
sukan petanque. Kini sukan petanque juga dimainkan di negara-negara Eropah Timur dan
Asia seperti Thailand, Vietnam, Kemboja, Loas, Jepun dan Singapura. Sukan petanque kini
mempunyai kejohanan peringkat dunia dan turut tersenarai sebagai salah satu permainan
yang dipertandingkan di sukan sea sejak 2001 lagi. Kini sukan Petanque turut
dipertandingkan di peringkat daerah dan negeri untuk murid Pendidikan Khas .
Matlamat
1. Memperkenal dan mempromosikan permainan sukan Petanque dalam kalangan pelajar
SK Seri Selamat.
2. Meningkatkan minat pelajar terhadap permainan sukan Petanque.
3. Melahirkan pemain-pemain yang berbakat dan berpotensi untuk mewakili sekolah dalam
pertandingan Petanque.
4. Menjana kesihatan dan kecergasan fizikal dan mental melalui permainan sukan Petanque.
5. Menggalakkan pelajar bersukan dengan mengisi masa lapang yang terluang agar tidak
digunakan dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.
6. Pelajar-pelajar yang tidak dapat melakukan sukan lasak dan menggunakan psikomotor
yang tinggi berpeluang untuk mengisi masa sukan mereka dengan permainan ini.
7. Melahirkan pelajar yang aktif dalam pelbagai jenis sukan sekolah bagi menyahut seruan
kerajaan yang menggalakkan 1 Murid 1 Sukan.
8. Mewujudkan semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara
pelajar-pelajar serta guru-guru SK Seri Selamat.
8. PENGAUDITAN/PENCAPAIAN LALU
16
PROSPEKTUS SK SERI SELAMAT
Tiada
9. MAKLUMAT KEWANGAN SEKOLAH SEMASA
i- Wang Suwa
ii- Wang Kerajaan (PCG)
# Pebelanjaan terkawal mematuhi peraturan pengurusan kewangan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
- Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah
- Pekeliling Kewangan : Pengurusan Kewangan Bagi Peruntukan Bantuan Bantuan
Persekolahan Pendidikan Malaysia.
10. RISIKO KEPADA PEMBELI
Tiada sebarang risiko kepada pembeli. (0%)
11. KUASA PARA PENTADBIR SKSS DAN RUMAH TERBITAN
Pemohon-pemohon akan dipilih dengan cara yang ditentukan oleh para pentadbir kami.
Pertimbangan sewajarnya akan diberikan kepada hasrat untuk memperuntukan saham terbitan
kami kepada bilangan pemohon yang munasabah dengan harapan untuk mewujudkan pasaran
yang mencukupi supaya faedah saham-saham ini dinikmati oleh sejumlah besar pihak atau
individu.
Rumah terbitan (SKSS) atas kebenaran para pentadbir kami merizabkan hak untuk :
i. Menolak permohonan yang tidak mematuhui arahan-arahan dalam Prospektus ini atau yang
tidak dapat dibaca , tidak lengkap atau tidak betul.
ii. Menolak atau menerima mana-mana permohonan secara keseluruhan atau sebahagian
sahaja, atas dasar bukan diskriminasi tanpa memberi sebarang alasan ;
dan,
iii. Memasukkan kesemua wang permohonan/langganan daripada pemohon yang berjaya
sahaja ke dalam akaun Bank Pengurus (Bank Rakyat Cawangan Seri Manjung) tanpa faedah
dengan mengkreditkan ke dalam akaun bank secara tunai, atas talian atau mana-mana kaedah
lain yang bersesuaian.
12. PERTANYAAN
Pertanyaan berhubung dengan permohonan boleh ditunjukkan seperti berikut :
Cara Permohonan Pihak untuk ditujukan pertanyaan
- Borang Permohonan - Rumah Terbitan (SKSS)
- 013-5059711 Pn Nor Izzah binti Abdul Karim
- 05-6922495 pejabat SK Seri Selamat
17
PROSPEKTUS SK SERI SELAMAT
# Semua permohonan langganan saham As-Salam Al-Abadiah hanya dibuat melalui borang
permohonan rasmi seperti yang dilampiran dalam Prospektus ini.
Borang permohonan tambahan untuk langganan saham As-Salam Al-Abadiah boleh didapati
di pejabat sekolah atau melalui individu yang dilantik secara rasmi.
13. PENUTUP
Dalam dunia global sekarang yang kian pantas, perubahan dalam dunia pendidikan
menyaksikan keperluan untuk pembangunan persekitaran pembelajaran sesebuah organisasi
pendidikan itu menjadi lebih kompleks. Hal ini membawa kepada perlunya sejumlah dana yang
besar untuk mencapai pembangunan yang dimaksudkan. Dalam konteks pengurusan organisasi
yang mahu melibatkan pihak terbanyak atau Gerakan Massa untuk berkesedaran sebagai pihak
yang terlibat dalam dunia pendidikan maka pembelian saham As-Salam Al-Abadiah ini adalah
sebagai medium untuk memenuhi tuntutan penyertaan banyak pihak atas kesedaran untuk
menyumbang dalam bentuk yang lebih kreatif melalui pembelian saham yang ditawarkan.
Justeru penawaran saham As-Salam Al-Abadiah adalah satu usaha kreatif dan inovatif
pentadbiran sekolah untuk mengumpul dana bagi menjayakan program pendidikan atau
perancangan pembangunan persekitaran pembelajaran sekolah demi kepentingan murid, guru,
warga pendidikan, ibu bapa, komuniti setempat, NGO dan semua pihak yang berkepentingan.
Ruangan ini dibiarkan kosong
18
PROSPEKTUS SK SERI SELAMAT
Lampiran
BORANG PEMBELIAN SAHAM
19