SEKOLAH MENENGAH DATO’ HAJI MOHD SAID 21200 KUALA TERENGGANU TEMA : KEMENJADIAN MURID TAJUK : MODUL DMOSS 1.0 PENGENALAN I. Program Modul DMoSS dilaksanakan bagi meningkatkan pencapaian murid yang mengambil peperiksaan SPM. Penghasilan modul ini adalah bertujuan untuk memberikan nilai tambah kepada pencapaian murid khususnya yang berada pada tahap sederhana dan lemah tanpa mengabaikan kumpulan cemerlang. Berdasarkan kajian Shahrom (1993) mendapati , salah satu cara untuk menangani masalah para pendidik yang tidak dapat lari dari masalah perbezaan setiap individu adalah dengan menjalankan aktiviti aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan kebolehan seseorang pelajar, penggunaan modul adalah salah satu alternatifnya. Adalah diharapkan dengan adanya modul ini ianya dapat memberikan satu instrumen atau bahan pilihan kepada pelajar untuk mencapai keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan SPM. Ini kerana modul ini dibuat berdasarkan keperluan dan keupayaan murid murid di sekolah ini. Dalam ertikata yang mudah difahami ‘modul kita wajah kita untuk kita’.
II. PEGAWAI KOMUNITI YANG TERLIBAT Semua pentadbir dan pengurusan sekolah Semua ketua panitia matapelajaran Semua guru subjek peperiksaan SPM III OBJEKTIF PELAKSANAAN i. Memberikan satu pilihan bahan pembelajaran yang mudah dilaksanakan oleh murid dalam proses PdPc di dalam kelas dan sebagai latihan pengukuhan. ii. Menarik minat khususnya murid yang lemah dengan penghasilan modul yang agak ringkas. iii. Membantu murid yang berada dalam kumpulan lemah dan sederhana untuk lulus seterusnya mencapai keputusan yang lebih baik iv. Memberikan nilai tambah dan pengukuhan kepada murid yang cemerlang. 2.0 PELAKSANAAN I. PROSES PELAKSANAAN Pembinaan Modul DMoSS memerlukan kerjasama dan sokongan yang padu dari semua pihak khususnya guru-guru matapelajaran. Ini kerana kepakaran dan kemahiran membina modul berdasarkan kehendak peperiksaan SPM sebenar amat diperlukan. Perkongsian dengan tenaga yang berkemahiran dari luar juga dilaksanakan dalam menjayakan proses
pembinaan modul ini. Secara ringkasnya proses pelaksanaan modul adalah seperti berikut: II. IMPAK DARIPADA PROGRAM 1. Keputusan peperiksaan SPM 2022 menunjukan pencapaian yang agak cemerlang dengan 2 orang pelajar mencatatkan keputusan ‘semua A’. 2. Peratus bilangan pelajar yang mendapat sijil dalam peperiksaan SPM meningkat kepada 98.17 %. 3. Peningkatan GPS 5.20 dari 5.39 dalam peperiksaan SPM 2022. III. KEKUATAN DAN KELEMAHAN PROGRAM a) KEKUATAN 1. Program ini dapat menyediakan satu bahan sokongan kepada murid untuk lebih bermotivasi bagi tujuan pembelajaran kendiri. Mesyuarat pengurusan Module DMoSS Taklimat kepada Panitia MP Pembinaan Modul dan Pemurnian oleh Guru Subjek Cetakan Modul Digunakan oleh Pelajar untuk kelas latihan, Rilif dan Klinik MP
2. Modul ini berupaya menyediakan murid untuk berhadapan dengan situasi peperiksaan SPM sebenar kerana ia direka dan dibina bersesuaian dengan keperluan anak-anak murid DMoSS. 3. Mendapat sokongan semua pihak terutama guru-guru subjek SPM, murid, ibubapa dan PIBG. b) KELEMAHAN 1. Memerlukan kos cetakan yang agak tinggi untuk diberikan kepada setiap calon SPM. 2. Masih terdapat sebilangan pelajar yang tidak hadir ke sekolah yang mana kumpulan ini tidak dapat mengambil faedah dari modul ini. 3.0 GAMBAR PELAKSANAAN Mesyuarat AJK Pembinaan Modul DMoSS
Majlis Pelancaran Modul DMoSS Majlis Pelancaran Modul DMoSS Intervensi 1: Penggunaan Modul DMoSS dalam kelas PdPc
Intervensi 2: Penggunaan Modul DMoSS dalam klinik matapelajaran Intervensi 3: Penggunaan Modul DMoSS dalam kelas Rilif
KEPUTUSAN SPM 2022
4.0 PENUTUP Secara konklusinya program penggunaan Modul DMoSS ini telah dianggap berjaya dalam memberikan bahan sokongan dan bantuan kepada murid. Ini dapat dilihat dengan peningkatan keputusan murid dalam peperiksaan SPM 2022. Kerjasama yang padu dari semua guru khususnya guru subjek SPM dan semua pihak yang terlibat diharapkan dapat diteruskan dimasa hadapan. Kandungan modul ini juga akan ditambahbaik dari masa ke masa sejajar dengan keperluan dan kehendak peperiksaan SPM. Penggunaan modul ini telah menjadi amalan dan budaya di SMK Dato’ Hj Mohd Said.