MPU21032 PENGHAYATAN
ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK:SUKAN
PEMANGKIN PERPADUAN
ISI KANDUNGAN: MUKA
SURAT
TAJUK
4
1.PENDAHULUAN:MAKSUD SUKAN PEMANGKIN PERPADUAN
2.BUKTI SUKAN PEMANGKIN PERPADUAN 5, 6, 7
3.USAHA MEMANGKIN PERPADUAN MELALUI SUKAN
4.KESIMPULAN:SUKAN PEMANGKUN PERPADUAN 8, 9, 10
11
NAMA AHLI KUMPULAN: AHMAD NAJMI AIZAT BIN MOHAMAD (21DDT21F1072)
MOHAMAD HAZIQ IMRAN BIN NORMOHAMAD (21DDT21F1061)
MUHAMAD NASHARUL EISHAK ONASIS BIN MOHAMED NASIR (21DDT21F1077)
Najmi Aizat Haziq Imran Nasharul Eishak
PENDAHULUAN:MAKSUD SUKAN PEMANGKIN PERPADUAN:
• Sukan merupakan salah satu medium perpaduan yang paling
berkesan dalam menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di
negara Malaysia. Sukan seperti bola sepak, badminton , olahraga dan
bermacam macam lagi aktiviti dapat mengeratkan lagi silaturahim
antara masyarakat tanpa mengira kaum. Setiap kali skuad negara
bertarung di persada antarabangsa, pastinya rakyat Malaysia dari
pelbagai bangsa bersatu untuk memberi sokongan kepada athlet
negara yang berjuang di gelanggang sukan. Bahkan ada yang sanggup
mengeluarkan belanja dan meredah perjalanan beribu kilommeter
atau setidak-tidaknya sekadar menjadi penyokong setia di kaca
televisyen demi memberikan sokongan padu kepada atlet negara
tanpa mengira bangsa mereka.
BUKTI SUKAN PEMANGKIN PERPADUAN
Antara bukti sukan pemangkin perpaduan ialah ketika bersukan, kita
akan melupakan bangsa dan kaum. Kita tidak peduli sama ada rakan
sepermainan itu orang Melayu, Cina, atau pun India. Sebagai contoh,
sebelum sesuatu pertandingan, kebiasaannya para atlet atau pemain
akan berkumpul di kem latihan dalam tempoh tertentu, biasanya tidak
kurang dari seminggu.Di situlah mereka tinggal,berlatih, makan, dan
berehat. Pergaulan dan interaksi antara sesama atlet dan pemain
daripada pelbagai kaum mampu mengukuhkan lagi perpaduan antara
sesama kaum. Ketika pertandingan dijalankan, mereka akan
mempunyai satu misi iaitu untuk mengharumkan nama sekolah, negeri,
ataupun negara tanpa memikirkan bangsa.
BUKTI SUKAN PEMANGKIN PERPADUAN
• Antaranya ialah sukan badminton.Sebagai contoh Datuk Lee Chong Wei seorang pemain
badminton profesional Malaysia.-Lee Chong Wei merangkul pingat perak di temasya
Sukan Olimpik 2008 dan 2012 [2] dan 2016, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang
layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat
Olimpik Malaysia sejak tahun 1996.Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk
kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri
Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.Lee Chong Wei menduduki tangga teratas
dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-
turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.Pemain badminton Malaysia ketiga
yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking
rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysia yang
mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.
BUKTI SUKAN PEMANGKIN PERPADUAN
• Selain itu,bukti sukan pemangkin perpaduan yang seterusnya ialah
pasukan bola sepak harimau malaya. Sejak dulu sehingga hari ini tidak
didominasi oleh sesuatu kaum sahaja. Semua kaum ada dalam
sesebuah pasukan sebagai pemain, jurulatih mahupun pengurus.
Mereka bersatu hati untuk mengerakkan sukan negara tanpa mengira
kaum dan agama. Contohnya, dalam pasukan bola sepak negara kita.
Jurulatihnya berbangsa Cina (Tan Cheng Hoe) dan kebanyakkan
pemain terdiri daripada orang melayu dan segelintir kaum india dan
lain lain lagi. Sukan bukan sahaja dapat meningkatkan perpaduan,
malah kegiatan berterusan dalam sukan juga akan dapat
meningkatkan produktiviti, tahap kraeksiyhaattManadlaaynsikae. cergasan serta
kualiti kehidupan dalam kalangan
USAHA MEMANGKIN PERPADUAN MELALUI SUKAN
• Usaha memangkin perpaduan melalui sukan ialah perpaduan antara
kaum. Dengan ini , sukan tidak berhenti disitu sahaja apabila
Menteri Belia dan Sukan iaitu YB Dato Seri Ahmad Faizal bin Dato
Azumu sebelum ini turut mengharapkan agar sukan dapat
dimartabatkan oleh semua pihak sekali gus dapat merapatkan
hubungan sesama kaum.
• Katanya, apabila sukan dapat menyatukan rakyat, kita akan dapat
menghapuskan tembok politik perkauman dan agama. "Sukan
bukan sahaja untuk kita nikmati, tetapi jauh lebih besar kerana
sukan adalah ejen perpaduan yang akan menyatukan kita semua ."
JbaadnigrgaakydaetnMgaanlaJyasliuarpGeermluiblaenrga.sa bangga dengan negara ini dan
USAHA MEMANGKIN PERPADUAN MELALUI SUKAN
• Selain itu, Sambutan Hari Sukan Negara juga berperanan penting
dalam isu meningkatkan perpaduan kaum di Malaysia. Semasa hari
sukan negara dijalankan, kita dapat melihat sendiri dan
mengukurkan tahap perpaduan antara kaum di Malaysia, di mana
setiap kaum berinteraksi antara satu sama lain tanpa membezakan
warna kulit dan budaya masing-masing. Dengan pelaksanaan
sambutan hari sukan negara dapat meningkatkan dan
mengukuhkan lagi tahap perpaduan di Malaysia dengan lebih baik.
USAHA MEMANGKIN PERPADUAN MELALUI SUKAN
• Seterusnya, FIT MALAYSIA ia merupakan satu gerakan secara besar-
besaran (National Movement) yang akan membawa Malaysia dari sebuah
Negara Pencinta Sukan (Sport Loving Nation) kepada Negara bersukan
(Sporting Nation) . Ia juga merupakan salah satu pendekatan terhadap
perubahan gaya hidup masyarakat secara total . Fit Malaysia berteraskan
lima prinsip utama iaitu kesihatan, perpaduan, komuniti, inklusif dan
bakat sukan. Ini bukan sahaja memberi fokus tentang amalan gaya hidup
sihat, tetapi memberi inspirasi kepada rakan dan keluarga untuk
bersama-sama sihat melalui pengajuran aktiviti berasaskan komuniti
seperti menubuhkan kumpulan berbasikal atau melakukan aktiviti
berlari, berjalan dan bersenam mingguan bersama keluarga atau rakan
supaya amalan hidup sihat ini berterusan dan konsisten.
KESIMPULAN:SUKAN PEMANGKIN PERPADUAN
• Kesimpulannya, biarlah bidang sukan ini terus kekal bebas sebagai
agen perpaduan sesama rakyat tanpa mengira kaum , kepercayaan,
latar belakang mahupun status sosial kerana sedikit sebanyak ia akan
menjadi pemangkin kepada masyarakat untuk bersemangat bersukan
dan menjadikan kehidupan seharian sihat sejahtera . Oleh itu, kita
mestilah bersama-sama berganding tenaga agar sukan di negara kita
dapat berkembang lebih maju demi negara sekali gus akan memupuk
perpaduan yang lebih baik di Malaysia.
SEKIAN TERIMA KASIH
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA