Skrip : A New Era World Of Robotics VIDEO AUDIO 1. 2. 3. 4. 5. FADE IN Waktu subuh menjelma. Orang sedang bekerja di tapak pembinaan. Timelapse pelayan berkerja. CUT TO black screen CUT TO Robot delivery melakukan kerja. Reaksi keterujaaan kanak-kanak apabila melihat robot. Title dokumentari. FADE TO black screen. Black screen MUSIC Ambient SILENCE MUSIC MUSIC FADES OUT. 6. 7. 8. CUT TO Klip tentang sejarah robot. Klip awal pembuatan robot dicipta. Klip artikel-artikel berkaitan robot. CUT TO View Kolej KPM beranang CUT TO Klip waktu pensyarah KPM Beranang mengajar. Klip pelajar-pelajar di KPM Beranang Melaka. MUSIC MUSIC Slow song
9. 10. 11. 12. 13. 14. CUT TO Menemu bual salah sorang pensyarah IT di kolej tersebut iaitu Puan Raja Mahani. CUT TO Menemubual beberapa orang pelajar di KPM beranang. CUT TO Artikel mengenai statistic dan artikel-artikel mengenai perkembangan delivery robot yang berkembang pesat. CUT TO Kini kedai makan di Malaysia telah menggunakan perkhidmatan ‘Robot Delivery’ dalam perniagaan mereka. CUT TO View MJII Beranang. CUT TO Menemubual Encik Asiq. NARRATOR (SUBJEK) -Menerangkan perkembangan teknologi IT terkini. - Mengapakah skop kerja dalam bidang IT makin meluas kerana banyak penggunaan robot dalam setiap pekerjaan masa kini. NARRATOR (SUBJEK) -kelebihan mengenai subjek IT yang mereka pelajari. MUSIC MUSIC Slow song NARRATOR (SUBJEK) -Memperkenalkan diri. -Menanyakan tentang pembuatan robot. -Memberi tempoh masa yang diambil untuk membuat satu robot.
15. 16. 17. 18. 19. CUT TO -Kami juga tunjukkan proses pembuatan dan pembaikian robot-robot disitu. CUT TO View kedai mamak. CUT TO Close Up Robot Delivery. Robot Delivery bergerak menghantar makanan. CUT TO Suasana peniaga menyediakan makanan. CUT TO Menemubual pemilik kedai. MUSIC Slow song SFX Bunyi robot MUSIC Slow song NARRATOR (V.O) Kedai mamak merupakan salah satu premis perniagaan makanan yang terletak di Senawang, Negeri Sembilan. Mereka telah menggunakan khidmat ‘Robot Delivery’ pada perniagaannya di dalam Malaysia. MUSIC NARRATOR (V.O) ‘Boss’ merupakan pemilik serta pengurus restoran mamak disalah satu premis kedai makan yang terletak di Senawang, Negeri Sembilan. NARRATOR (SUBJEK) -Menceritakan bagaimana perniagaan kedai makannya ditubuhkan dan bagaimana beliau terfikir untuk
20. 21. 22. 23. 24. CUT TO Perjalanan Robot Delivery mengendalikan perniagaan kedai mamak. CUT TO Menunjukkan bahawa kaedah penghantaran yang automatik ‘Robot Delivery’ mempuyai sistem yang canggih untuk memudahkan lagi penghantaran makanan. CUT TO View JOHNNY’s restaurant di Seremban. CUT TO Aktiviti robot delivery ketika menghantar makanan pada pelanggan. CUT TO Menemubual pemilik restaurant. menggunakan perkhidmatan ‘Robot Delivery’ untuk kedai makannya. NARRATOR (SUBJEK V.O) -Menceritakan tentang kelebihan menggunakan ‘Robot Delivery’ dalam perniagaan makanan. -Keistimewaan ‘Robot Delivery’ dapat menarik perhatian pelanggan MUSIC MUSIC Slow song NARRATOR (SUBJEK) -menanyakan tentang bagaimana robot delivery membantu menaikkan perniagaan mereka
25. 26. 27. 28. 29. CUT TO Menanyakan tentang bagaimana robot delivery membantu menaikkan perniagaan mereka CUT TO Menanya pendapat beberapa orang kanak-kanak tentang perasaan apabila pertama kali melihat robot delivery. CUT TO Tunjuk klip pembuatan robot dan bagaimana robot delivery berfungsi. CUT TO Reaksi pelanggan apabila robot delivery menghantar makanan. CUT TO Rumusan dan terangkan how to survive in the new challenge era. MUSIC Slow song MUSIC END OF SCRIPT
FINAL SKRIP SUBJEK 1: PN. RAJA MAHANI BINTI RAJA MOHAMED ALI (PENSYARAH FAKULTI SAINS KOMPUTER IT) (KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG) SOALAN: 1. Apakah pendapat puan mengenai perkembangan IT terkini yang semakin hari, semakin berkembang? JAWAPAN: - Kita tidak nafikannya, kita boleh lihat dimana-mana sahaja penggunaan IT meluas, sangat meluas. Di mana-mana sahaja kita boleh lihat manusia menggunakan IT untuk membantu mereka melaksanakan kerja-kerja mereka, membantu mereka membuat analisis yang membantu mereka untuk membuat keputusan dan sebagainya. Jadi bila kita lihat keperluan-keperluan seperti inilah sebenarnya yang mendorong kepada skop kerja yang luas dalam bidang IT ini, bermakna apabila kita memerlukan bantuan daripada teknologi-teknologi terkini dan perisian-perisian yang canggih untuk membantu kita melakukan kerja maka daripada situ terdapat peluang dibuka dalam bidang IT untuk parapara graduan yang boleh memasarkan produk mereka seperti perisian-perisian yang dapat membantu dalam pelbagai sektor dan selain daripada itu juga produk seperti robotik juga mendapat keperluan yang paling tinggi pada zaman sekarang menyebabkan skop kerja IT semakin popular dalam bidang-bidang ini.
SOALAN: 2. Mengapakah skop kerja dalam bidang IT makin meluas disebabkan banyak faktor penggunaan robot dalam setiap pekerjaan? JAWAPAN: - Kita dapat lihat zaman sekarang ini robot bukanlah lagi perkara asing bagi kita, kita boleh lihat even dalam restoran robot membantu manusia owner of the restoran untuk deliver makanan kepada customer. Itu benda yang biasa sekarang ini, kita dah tak rasa asing lagi dengan robotik-robotik ini malahan terdapat satu lagi, brand dipanggil ALIBABA.COM. ALIBABA ini juga menggunakan warehouse totally robot untuk mengasingkan barang-barang ataupun warehouse punya barang-barang ataupun warehouse punya barang-barang produk dia untuk mengasingkan dan stock up balik semua, ia menggunakan sepenuhnya robot. Di mana kita dapat lihat dua kelebihan robot di sini digunakan yang pertama adalah untuk menggantikan kerjakerja manusia boleh memunggah barang-barang yang berat tidak mampu dilakukan oleh manusia dan yang kedua juga boleh membantu kita dari segi emosi melayan pelanggan bukanlah mudah jadi kalau kita dapat gantikan robot melanggan pelanggan menggunakan robot mungkin adalah isuisu emosi tercetus di situ.
SUBJEK 2: FATIN NABILA (PELAJAR KPM BERANANG) SOALAN: 1. Apakah kelebihan mempelajari subjek IT? JAWAPAN: - Saya rasa kelebihannya, first sekali dia banyak peluang pekerjaan kerana bidang IT ini bidang yang popular sekarang ini. Lagi satu saya rasa dia penting juga sebab kitakan revolusi industri so revolusi industri 4.0 lebih kepada IT jadi bila kita belajar bidang IT berbagai industri lebih kepada industry revolution 4.0.
SUBJEK 3: EN. MOHD ASIQ BIN HAMDI (PENSYARAH FAKULTI ELECTRICAL & COMPUTER) (MARA-JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE (MJII)) SOALAN: 1. Bagaimana proses pembuatan robotik? JAWAPAN: - Sebelum kita bercerita tentang proses pembuatan robot ini seperti saya maklumkan tadi kita sebenarnya ada beberapa jenis kategori robot contohnya yang saya maksudkan tadi. Pertama robot perindustrian, yang kedua robot ketentaraan, ketiga robot perkhidmatan, perkhidmatan kalau dekat kedai makan macam-macamlah perkhidmatan robot, yang keempat robot perubatan untuk pembedahan dan sebagainya, yang kelima robot di ruang angkasa dan ruang tertentu, yang keenam robot hiburan yang mana sekarang tengah famous untuk robot hiburan.Itulah antara kategori-kategori robot ada enam kategori kita boleh dikelaskan dan banyak lagi mungkin robot yang boleh dimasukkan dalam kategori-kategori. Jadi kalau kita kata proses pembuatan robot, untuk pembuatan robot tentu kita akan ambil proses pembuatan robot perkhidmatan dan beberapa jenis kategori robot. Jadi kalau untuk perkhidmatan, proses secara umumnya kesemuanya lebih kurang sama sahaja. Pertama kita nak kaji dulu macam mana proses yang akan dilakukan oleh robot tersebut jadi kita contohnya untuk robot tadi, kita akan gantikan mesin untuk menghantar makanan, jadi robot perkhidmatan ini yang pertama kita proses macam mana nak menghantar makanan tadi. Kedua, kita akan buat simulasi dari segi programming, yang ketiga adalah simulasi dari
segi mekanikal pergerakan, contohnya pergerakan tangan kita mengangkat, menolak, meletakkan makanan itu adalah proses simulasi juga yang tadi daripada segi programming. Seterusnya kita akan membuat penggabungan atau dipanggil sebagai integrasi, kita tengok macam mana dari segi simulasi mekanikal dan juga simulasi programming, seterusnya kita akan menghasilkan prototype produk tersebut, apabila prototype tersebut telah tercipta dan dibuat kita tengok dari segi macam mana beroperasi. Adakah menepati seperti mana kita hendaki. Itu adalah kaedah menghasilkan robot. SOALAN: 2. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk proses pembuatan satu robotik? JAWAPAN: - Tempoh masa adalah bergantung juga dengan rekabentuk robot tersebut, adakah terlalu complex ataupun yang mudah, setiap kali kita bercakap tentang robot sebenarnya apabila kita menggerakkan satu sahaja atau kita panggil ‘One Degree Of Freedom’ sebab robot ada banyak. Degree of Freedom adalah satu pergerakan, dua degree of freedom. Tempoh masa bergantung kepada complexity robot tersebut. Kalau robot itu mudah, maka masanya singkat tetapi setiap satu proses yang saya maklumkan tadi ia mengambil tempoh masa yang agak panjang. Kebiasaannya,kalau robot yang mudah kita kan ambil masa lebih kurang tiga bulan, itu paling pendek, contoh pelajar-pelajar sekalipun menghasilkan final year projek ia akan mengambil masa paling singkat untuk menghasilkan satu robot dan menghasilkan robot dapat berfungsi dengan baik sepertimana kita dikehendaki. Jadi kalau kita tengok robot yang lebih complex dia akan mengambil masa yang
agak panjang seperti mana saya menghasilkan projek saya dulu, menghasilkan robot bermain bola tempoh masa digunakan adalah dalam tempoh lebih kurang dua tahun untuk menghasilkan robot kerana robot tersebut menggunakan sekurang-kurangnya 18 Degree of freedom seperti mana badan kita, kita lebih banyak degree of freedom sebab kita adalah manusia. Jadi kalau robot itu bergantung kepada degree of freedom. Jadi kalau lebih detail banyak pergerakan yang dapat dilakukan. SOALAN: 3. Bagaimana encik melihat industri robotic akan mengambil alih peluang perkerjaan kebanyakan belia di negara ini? JAWAPAN: - Kita tengok sekarang ini manusia seolah-olah berebut dengan robot, robot seolah-olah dapat mengambil alih tugas manusia tetapi sebenarnya tidak, sebenarnya robot dapat menjimatkan banyak kos tetapi dalam masa yang sama dapat meningkatkan peluang pekerjaan. Sebelum ini pekerjaan yang kita dapat lihat dilakukan oleh manusia contohnya seperti kerja-kerja yang 3D macam kerja yang ‘dirty’, manusia taknak ambil kerja-kerja macam ini tetapi bila ada robot yang boleh lakukan kerja ini jadi kita sebenarnya dapat melaksanakan tugas tersebut tanpa orang sanggup bekerja dan dari segi peluang pula ia sudah berubah sebelum ini kita yang melakukan kerja tapi untuk akan datang kepada kerja-kerja mengendalikan atau mengoperasikan robot tersebut,sebab robot ada yang fully automatic ia sepenuhnya automatic ada juga separuh atu kita panggil semi dan ada juga dikendalikan secara manual,
di mana kita kawal balik oleh manusia, itu juga dipanggil sebagai robot tetapi tetap ada kerja-kerja pengoperasian. Selain daripada itu, kita buat mantainence atau baik pulih atau kalibrasi. Seterusnya, ada kerja baru ditawarkan contohnya untuk programming, pengaturcaraan, jadi ini adalah peluang pekerjaan sekarang ini yang ada. SOALAN: 4. Apakah pekerjaan yang mungkin muncul dimasa hadapan yang memerlukan kemahiran tertentu? JAWAPAN: - Digantikan dengan kerja hanya seorang manusia boleh buat kerja tadi dalam satu robot yang kita anggap sebagai penghantar makanan sebenarnya ada berpuluh jawatan dicipta daripada robot tersebut, contohnya dari segi reka bentuk badannya. Kemudian reka bentuk dari segi pengaturcaraan orang yang akan mengendalikan pengaturcaraan tersebut. Selain itu, mengoperasikannya kemudian jawatan untuk membuat kalibrasi, jawatan untuk buat bahagian badan-badan robot tersebut. Jadi kita nampak ini dah beberapa bahagian tapi sebenarnya berpuluh lagi jawapan yang ada ataupun peluang-peluang kita dan pekerjaan baharusebelum ini tidak wujud tetapi dengan penghasilan dan perkembangan robot yang ada pada masa kini dapat memberi banyak peluang pekerjaan dalam masa sama dapat memudahkan urusan kita. Kita tidak bergantung kepada tenaga manusia yang semakin hari, semakin penat dan kita ada tempoh waktu kita dibandingkan dengan robot yang boleh kita dapat menggunakan dengan lebih optimum hanya bergantung kepada kuasa elektrik dan tenaga solar yang semakin banyak digunakan di dunia.