“ SESU N GGU H N Y A BE N A R K AMI CI P T A K A N MA N US I A DE N G A N BE N TUK Y A N G SEB A IK- B A IK N Y A . ” PEMBEDAHAN PLASTIK
KANDUNGAN Sidang editor Objektif Pengenalan Isi dan huraian Perspektif barat berkaitan pembedahan plastik Jenis pembedahan plastik Contoh prosedur pembedahan plastik Hukum pembedahan plastik kesan baik dan kesan buruk pembedahan palstik peraturan umum kecantikan dalam islam Hubungkait tajuk dengan akidah fiqh 1 2 3 4-10
KANDUNGAN sumber rujukan kesimpulan Carta gantt pelaksaan e-book 11 12 13
EDITOR NUR ZALIA BINTI MOHD SUKRI 17DAS22F1039 NUR AININ INSYIRAH BINTI RUDY HADY 17DAS22F1011 NURUL HANNAN BINTI CHE HARITH 17DAS22F1042
Mengupas isu pembedahan plastik mengikut perspektif barat Mengkaji aplikasi syariah islam dalam isu pembedahan plastik OBJEKTIF NUR ZALIA BINTI MOHD SUKRI
Teknologi yang semakin maju pada hari ini telah menimbulkan banyak perkara baru yang melibatkan perselisihan hukum yang tidak pernah timbul ketika zaman ulama . Pembedahan sebegini adalah diharamkan kerana ia termasuk dalam golongan yang mengubah ciptaan Tuhan . Pembedahan sebegini , jika ditelusuri secara mendalam ia tidak mempunyai sebarangan keperluan . Akibat terlalu taksub dengan budaya barat , masyarakat kini tidak memikirkan tentang hukum yang telah ditetapkan dalam islam . Orang yang mahu mengubah anggota badannya untuk memuaskan hawa nafsu mereka adalah tergolong dalam golongan yang tidak bersyukur dengan penciptaan Allah kepadanya . Ada orang lain yang kurang upaya dan tidak mempunyai anggota badan yang sempurna tetapi masih lagi bersyukur dengan apa yang diperoleh mereka asalkan mereka dapat melakukan kerja-kerja seharian seperti orang biasa yang lain . PENGENALAN NUR AININ INSYIRAH BINTI RUDY HADY Allah s.w.t. telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik penciptaan. Manusia mempunyai bentuk fizikal yang terbaik berbanding dengan bentuk fizikal makhluk Allah yang lain. Terdapat sesetengah manusia yang tidak bersyukur dengan rupa dan bentuk yang telah diciptakan oleh Allah untuknya. Manusia sebegini, sebahagiannya akan mengubah bahagian-bahagian tubuh badannya melalui pelbagai cara bagi memperolehi bentuk tubuh yang memuaskan nafsunya. Di antara cara untuk mengubah ciptaan Allah yang dilakukan oleh manusia ialah melalui pembedahan plastik .
PERSPEKTIF BARAT Di seluruh dunia, bilangan yang melakukan prosedur kosmetik semakin meningkat, Sejak pertengahan abad ke-20, bilangan prosedur kosmetik di Amerika Syarikat telah meningkat daripada kira-kira 15,000 pada tahun 1949 kepada 15.7 juta pada tahun 2016. Daripada maklumat yang tertera pandangan barat mengenai pembedahan plastik sangatlah berbeza berbnding apa yang kita umat muslim percayai. Bagi mereka pembedahan plastik ini normal atau sesuatu yang diterima di kalangan mereka dan mereka berhak melakukan apa sahaja yang mahu dengan badannya sendiri. Manakala bagi umat muslim sebarang pembedahan plastik hanya dapat dilakukan jika terdapat masalah kesihatan dan sebaliknya sahaja dan bukan kerana untuk nafsu semata-mata atau kecantikan. NURUL HANNAN BINTI CHE HARITH Lebih-lebih lagi kerana standard kecantikan ni negara barat sangat tinggi dan ekstrem. Contohnya seperti, bibir yang besar, bentuk badan hourglass, garis rahang yang menonjol dan banyak lagi. Ini menyebabkan mereka sanggup menukar bentuk wajah dan badan mereka dengan pembedahan untuk mencapai standard-standard yang telah ditetapkan oleh orang di sekeliling mereka, lagi-lagi selepas wujudnya sosial media ini yang senang diakses oleh sesiapa sahaja. Inilah yang menyebabkan peningkatan pembedahan plastik di barat, kerana mereka banyak dipengaruhi hingga mereka tidak selesa dalam kulit dan struktur badan mereka sendiri.
PERATURAN UMUM KECANTIKAN ISLAM Tidak mengubah ciptaan Allah Kecantikan dan perhiasan yang ingin digunakan juga tidak boleh bersifat mengubah kejadian tuhan secara kekal. Tidak bertentangan dengan fitrah Nafsu yang tidak pernah puas, maka keinginan untuk mencari sesuatu yang diluar daripada fitrah manusia semakin menggalak Tidak mensyirikkan allah Amalan khurafat seperti susuk, nasi kangkang dan amalan lain diamalkan bagi memperoleh kecantikan palsu. Tidak menyerupai lelaki Hukum menyerupai kaum lelaki dalam apa jua situasi adalah haram. Elakkan perhiasan dan solekan yang menimbulkan fitnah. NUR ZALIA BINTI MOHD SUKRI
SYARAT YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM UNTUK PEMBEDAHAN PLASTIK Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi Berpendapat : "Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang mungkin menjijikkan pandangan , misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan , maka tidak berdosa bagi orang itu untuk berobat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya . Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran". Pembedahan yang diperlukan oleh si pesakit. Si pesakit atau penjaganya memberi keizinan untuk melakukan pembedahan tersebut.Orang yang merawat mempunyai kelayakan untuk melakukan pembedahan yang dijalankannya. Orang yang merawat berkeyakinan atau mempunyai sangkaan yang kuat mampu mencapai matlamat pembedahan yang dilakukannya. Tidak terdapat alternatif lain yang kurang risiko dari pembedahan yang dilakukan itu. 1. 2. 3. 4. Nur Ainin Insyirah Binti Rudy Hady
KESAN BAIK PEMBEDAHAN PLASTIK KESAN BURUK PEMBEDAHAN PLASTIK Mengembalikan semula fungsi anggota badan . Membina semula anggota yang cacat . Memberi kesempurnaan fizikal mangsa . Menghilangkan keaiban . 1. 2. 3. 4. NUR AININ INSYIRAH BINTI RUDY HADY KECACATAN PADA BAHAGIAN YANG DIBEDAH. 1. 2. KESAN SAMPINGAN JANGKA PANJANG. 3. MAUT. 4. MENIPU RUPA ASAL SEBENAR YANG DIJADIKAN ALLAH SWT.
H U K U M M E L A K U K A N P E M B E D A H A N untuk menutup luka membaiki bekas luka parah tampal kesan kulit terbakar pada wajah dan bahagian anggota yang boleh dilihat Wajib menyempurnakan atau untuk mengembalikan fungsi tubuh sebagaimana yang sepatutnya membaiki pulih kecacatan anggota Harus mengubah ciptaan Allah dengan sengaja lelaki melakukan pembedahan plastik untuk menjadi sperti perempuan Haram NUR ZALIA BINTI MOHD SUKRI
Kosmetik Untuk memperbaiki bentuk struktur badan agar kelihatan anggun dan menarik seperti memancungkan hidung dan runcingkan dagu. Jenis Pembedahan Plastik Rekonstruktif Untuk bentuk anggota badan yang rosak akibat kemalangan, kebakaran atau kecacatan sejak lahir. Estetik Perubahan bentuk tubah badan atau wajah tanpa melakukan pebedahan tetapi menggunakan jarum suntikan seperti filler, botoks, laser dan tanam benang, ini yang membezakan kosmetik dan estetik. NUR AININ INSYIRAH BINTI RUDY HADY
NURUL HANNAN BINTI CHE HARITH CONTOH PROSEDUR PEMBEDAHAN PLASTIK Rhinoplasty digunakan untuk membentuk semula hidung dan menyeimbangkannya dengan seluruh muka. Jenis pembedahan plastik yang paling biasa atau paling ramai yang buat. Blepharoplasty pembedahan membentuk semula kelopak mata Facelift pembedahan untuk kedutan dan kendur yang berlaku dengan penuaan. Facelift mencipta penampilan yang lebih muda dengan menarik kulit muka dengan lembut, melicinkan garis dalam dan mengurangkan kulit yang terkulai. Jaw surgery dilakukan untuk membentuk semula rahang dan/atau dagu atas sebab kosmetik atau fisiologi.
HUBUNGKAIT TAJUK DENGAN AKIDAH FIQH SETIAP SATU PERKARA BERGANTUNG PADA NIAT NUR ZALIA BINTI MOHD SUKRI Niat bermaksud suatu lintasan dalam hati bagi melakukan sesuatu perkara. Dalam tujuan pembedahan plastik , niat yang dibenarkan adalah membuat ia kerana allah. Namun, perlu diingatkan bahaswa bukan sekadar niat kerana niat tidak menghalalkan cara. Jika pembedahan tidak ada sebarang keperluan maka perbuatannya tidak diterima. Hal ini kerana niat ketika melakukannya hendaklah bertujuan baik dan menepati syarak serta bergantung kepada keadaan . KESUKARAN MENARIK KEMUDAHAN Islam tidak menjadikan umatnya menanggung keberatan dan kesusahan. Bagi mereka yang mempunyai kecederaan yang parah, tambahan pula kecederaan tersebut menjadikan kesusahan bagi seseorang itu melaksanakan ibadah dan kerja harian , maka pembedahan plastik dibenarkan. Hal ini kerana ia termasuk dalam rukhsah yang dibenarkn syarak. Hukumnya digugurkab diatas sebab yang boleh dianggap sebagai kemudaratan bagi dirinya jika tidak melakukan pembedahan plastik. KAEDAH 1 KAEDAH 2
K E S I M P U L A N NURUL HANNAN BINTI CHE HARITH Kesimpulannya, sebagai umat manusia kita seharusnya bersyukur dengan kurniaan Allah kepada kita kerana manusia diciptakankan oleh Allah dengan sebaik-baik ciptaan-Nya. Semua makhluk yang diciptakan oleh allah sudah sempurna, tidak kira dari segi bentuk muka, postur badan mahupun warna kulit. Jadi tidak perlulah kita sampai sanggup melakukan pembedahan untuk kelihatan seperti standard kecantikan di zaman sekarang. Jika ditelesuri secara mendalam berkaitan isu pembedahan plastik, hukumnya adalah harus jika terdapat anggota badannya yang mendatangkan kemudaratan kepada dirinya. Manakala jika tiada cacat cela pada anggota badan atau wajah yang tidak memudaratkan, hukumnya adalah haram bagi umat islam kerana telah mengubah kejadian asal bagi tujuan kecantikan dan populariti seseorang. Dalam isu ini, tidak memerlukan kepada kajian yang mendalam dari segi fiqh kerana yang penting adalah dapat membezakan sesuatu tujuan sama ada untuk sia-sia atau kesejahteraan sesuatu perkara keperluan atau kemudaratan. Islam tidak menjadikan umatnya menanggung keberatan dan kesusahan. Bagi mereka yang mempunyai kecederaan yang parah, tambahan pula kecederaan tersebut menjadikan kesusahan bagi seseorang itu melaksanakan ibadah dan kerja harian , maka pembedahan plastik dibenarkan.
RUJUKAN sUMBER kitab al-Mufassal Fi Ahkam al-Marah Wa al-Bait alMuslim karangan Dr Abdul Karim Zaidan, Fatwa an-Nisa oleh Syeikh ibnu taimiyyah, Jami’ Ahkam an-Nisa karangan syeikh Mustaffa abiolAdawi http://det2a2018.blogspot.com/2018/02/pembedahan -plastik-dalam-persepsi-islam.html https://anomambasa.wordpress.com/2020/06/01/pan duan-kecantikan-dalam-islam-2/ https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1439- irsyad-al-hadith-siri-ke-142-niat-seorang-mukminlebih-baik-daripada-amalannya https://bebasnews.my/2022/11/11/selidik-dulusebelum-buat-pembedahan-plastik-dr-alice/ https://www.academia.edu/30063991/FAKTOR