USUL-USUL
&
JAWAPAN USUL
MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA-GURU
KALI KE-17
(2021)
SK BANDAR TASIK KESUMA
BERANANG, SELANGOR.
(NO. PENDAFTARAN SEL : 1049)
USUL-USUL YANG AKAN DIBINCANGKAN DI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-17
SK BANDAR TASIK KESUMA SESI 2021
BIL USUL DAN CADANGAN PEMBAWA USUL
Pihak Sekolah
1 Memandangkan pandemik Covid-19 yang melanda negara telah menjejaskan proses
persekolahan secara bersemuka, pihak sekolah tidak dapat membuat perancangan aktiviti
Tahun 6 dan tahunan sekolah secara khusus. Oleh itu, pihak sekolah mengusulkan agar
mesyuarat bersetuju bahawa sebarang aktiviti atau program sekolah yang akan
dilaksanakan yang memerlukan kutipan sumbangan daripada ibu bapa dan sumbangan
bajet daripada PIBG akan dibincangkan dan diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa
PIBG.
2 Mencadangkan kutipan sumbangan PIBG kekal iaitu sebanyak RM70.00 untuk satu
keluarga bagi sesi persekolahan Tahun 2020.
Justifikasi: Jawatankuasa PIBG
Untuk makluman, keperluan kebajikan anak murid di sekolah, keperluan untuk SKBTK
menjalankan dan menggerakkan aktiviti serta melaksanakan program yang direncanakan
perlukan dana dan kewangan.
2.1 Sumbangan PIBG termasuk Hari Anugerah Kecemerlangan dan Kebajikan
Murid.
2.2 Kami mengambil kira secara pukal RM 70.00 sekeluarga tidak kira berapa orang
anak bersekolah disini.
2.3 Kami mohon pertimbangan hadirin meluluskan cadangan ini kerana mengambil
kira bahawa setiap murid tidak terkecuali akan menerima nikmat dan faedah
dari sumbangan ini.
3 STOR SUKAN DI PADANG
Pihak PIBG ingin mencadangkan satu projek khas PIBG bagi membina sebuah stor sukan Jawatankuasa PIBG
yang bernilai RM 50,000 hingga RM 70,000 daripada wang sumbangan ibu bapa (RM SKBTK
10.00 dan lebih – tetapi tidak diwajibkan) dan sumbangan pihak luar termasuk badan
korporat, ahli politik dan sebagainya. Rasional pembinaan stor sukan ini bertujuan untuk
memudahkan peralatan sukan khususnya yang bersaiz besar dapat disimpan dengan
mudah dan selamat di samping menggurangkan beban guru dan murid untuk mengangkut
peralatan sukan daripada stor yang sedia ada memandangkan kedudukannya yang agak
jauh dan menaiki kawasan curam yang agak membehaya bagi guru dan pelajar ketika
mengangkut peralatan tersebut. Satu jawatankuasa khas akan dibentuk dari kalangan AJK
PIBG dan ibu bapa bagi memantau dan melaksanakan projek ini. Di samping itu, surat
pelantikan kontraktor juga akan diberikan kepada kontraktor yang dilantik.
4 PENTADBIRAN DAN KURIKULUM
4.1 Mencadangan supaya jadual waktu pdpr mengikut hari iaitu satu mata pelajaran untuk Hamat Radzuan bin
satu hari dalam seminggu. Razat
JAWAPAN : (Ahmad Amirul Muqri
Bin Hamat Radzuan –
Perkara ini adalah bergantung dan berkait rapat dengan ketetapan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. 4 Mawar)
4.2 Kelas tahun 1 lebih effektif dengan mengurangkan pelajar kepada 2 sesi.
JAWAPAN : Siti Hajar Juraimi
(Muhd Umar Faqeeh –
Perkara ini bergantung kepada permintaan yang tinggi untuk penempatan di SKBTK.
Pihak sekolah perlu menerima permohonan masuk murid yang telah diluluskan oleh 1 Seroja)
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat.
1
4.3 Saya mencadangkan sekolah dibuka seperti biasa.
JAWAPAN : Mohd Sah Bin Amir
(Dania Nabihah Binti
Perkara ini adalah bergantung kepada keputusan KPM setelah mendapat persetujuan Mohd Sah – 1 Ixora)
Majlis Keselamatan Negara (MKN).
4.4 Mohon guru share kepada penjaga kehadiran anak anak dalam kelas PDPR.
JAWAPAN : Akmal Rasis Bin Ibrahim
Telah dilaksanakan oleh pihak sekolah. (Siti Khadijah Binti Akmal
Rasis – 6 Kenanga)
4.5 Adakan ruang berbumbung dan berdinding, khas untuk guru-guru meletakkan sebaran
bahan pdp atau dokumen untuk ibu bapa penjaga, serta ruang khusus untuk semua kelas
atau aliran secara teratur
Rasional :
1. Memudahkan guru dan ibu bapa
2. Tidak mengganggu tugas pengawal keselamatan, dan ruang di pondok
keselamatan.
3. Menjamin keselamatan bahan yang diletakkan daripada rosak, bertindan, hujan dan Nor Faizah Binti
panas. Mohamad Nor
4. Memudahkan ibu bapa penjaga meletakkan apa apa yang diminta oleh guru atau (Nur Irdina Binti Iswadi
pejabat. - 4 Anggerik)
5. Mencerminkan pengurusan warga SKBTK yang berkualiti.
JAWAPAN :
Perkara ini akan dikaji dan dipertimbangkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG.
4.6 Usul yang pertama ingin saya jelaskan ialah tentang PDPR guru. Guru pada ketika ini selalu
menghantar PDPR terlalu awal. Maksud saya di sini ialah kalau hari Isnin, hantar lah hari
Isnin pagi tu.bukan hari Ahad, tetapi inilah yang berlaku. Guru-guru sekolah menghantar
PDPR bukan pada masa atau hari PDPR tersebut. Selalu hantar awal dan bercanggah
dengan PDPR yang lain. Jadi harapan saya dapatlah guru mengubah sesi hantar PDPR ini
tepat pada waktu iaitu mengikut JADUAL PDPR yang telah diberikan.
Faris Bin Hj Mohd Idrus
JAWAPAN : (Syahmi Aleef B Abd
Qaahhar – 4 Angsana)
Pihak telah membuat ketetapan agar guru memberikan info pelaksanaan PdPR kepada
murid 30 minit sebelum kelas dimulakan melainkan bagi subjek yang memerlukan
penyediaan bahan seperti kelas PSV dan yang seumpama dengannya.
4.7 Kelas luar talian melalui penyediaan bahan pembelajaran seperti slaid atau link youtube,
buku atau lembaran bagi ibu bapa yang belum bersedia menghantar anak ke sekolah
untuk kelas bersemuka
JAWAPAN : Robeahtul Balqis Binti
Ibrahim
Para guru telah menggunakan pelbagai platform sepertimana yang dinyatakan
termasuklah Youtube, e-Book, Anyflip, dan sebagainya bagi memudahkan semua murid. Muhammad Haq
Di samping itu, bagi ibu bapa yang masih belum bersedia untuk menghantar anak mereka Siddique Bin Mohd
ke sekolah, mereka perlu menulis dan menyerahkan surat pemakluman tentang Haleem – 2 Ixora)
ketidaksediaan menghantar anak ke sekolah kerana pendemik covid-19.
4.8 Mohon setiap guru mempunyai satu link tetap Google Meet sepanjang PdPr bagi
memudahkan pelajar masuk kelas online jadi pelajar tidak perlu tertunggu-tunggu guru
memberi link setiap kali kelas online. Nurul Khuzaimah Binti
2
JAWAPAN : Md Salleh
Perkara ini telah dilaksanakan. (Nurul Khalishah
Wafiqah Binti Noor
Arzuan – 4 Kesidang)
4.9 Memohon perancangan pihak sekolah untuk membantu pelajar yang tercicir dalam
pembelajaran dan tidak dapat menyesuaikan diri sepanjang tempoh pandemik dan pdpr
di rumah, terutama pelajar tahun satu yang akan melangkah ke tahun dua. Ini kerana
kurangnya pendedahan ke alam persekolahan and pembelajaran sebenar.
JAWAPAN : Wan Norhaizan Binti
Narruddin
Bagi isu keciciran murid ini, pihak sekolah mengenal pasti melalui pelaksanaan Penilaian
Bilik Darjah (PBD). Bagi murid yang hanya memperolehi TP1 dan TP2 (Tahap Penguasaan) (Nuh Ali Bin Muhamad
akan menjalani proses ‘Bridging The Gaps’ yang akan dijalankan pada Jan – Feb 2022 Hakim – 1 Seroja)
sebelum mereka beralih ke kelas tahun berikutnya pada 1 Mac 2022. Di samping itu,
Jawatankuasa Pemulihan telah mengambil tindakan dan mengenalpasti kumpulan
sasaran bagi menjalankan aktiviti pemulihan. Selain itu, guru-guru Tahun 1 akan
mengadakan Kelas Intensif pada setiap hari Sabtu bagi pelajar-pelajar ini bermula
Disember 2021 (jangkaannya bergantung kepada keputusan KPM untuk sesi persekolahan
bersemuka).
4.10 Bagaimanakah cara untuk membantu pelajar yang tercicir pembelajaran disebabkan PKP.
JAWAPAN : Nizar Che Mat
(Bazil Nafiz – 4 Anggerik)
Para pelajar tiada pilihan melainkan perlu hadir ke sekolah. Proses pemulihan akan
dilakukan dalam tempoh sesi persekolahan bersemuka yang mana tarikhnya akan
ditetapkan oleh pihak KPM.
5 HAL EHWAL MURID
5.1 Sediakan rak almari berkunci di setiap kelas agar tiada murid yang perlu bawa balik buku
aktiviti latihan mahupun teks mereka.
JAWAPAN : Mohd. Shahrul Khairy
(Saidatul Ili Izzana Binti
Untuk makluman para ibubapa, perkara ini tidak dapat dilaksanakan memandangkan saiz Mohd. Shahrul Khairy –
keluasan kelas yang agak terbatas. Selain itu, rak sewaan telahpun disediakan dan
maklumat berkenaan sewaan rak tersebut telahpun disampaikan sebelum ini kepada para 2 Kesidang)
ibubapa. Bayaran sewaan rak ini adalah berjumlah RM 120.00/tahun kepada pihak
swasta yang mengendalikan rak tersebut.
5.2 Mohon jasabaik kawal pergerakan pelajar sewaktu pulang pastikan juga tiada kereta Muhamad Shamri
menghalang depan pintu pagar sekolah. Rahmat
JAWAPAN : (Muhamad Shamsul
Adha – 1 Kesidang)
Perkara ini memang tidak dibenarkan. Pihak sekolah telah dan akan mengambil tindakan
proaktif dengan kerjasama pihak luar (Petugas RELA). Para ibu bapa juga akan diingatkan
dari masa ke semasa untuk tidak menghalang hadapan pintu pagar.
5.3 Binaan bumbung untuk laluan murid disepanjang kantin ke pintu pagar depan.
JAWAPAN : Hasniah Bt Hasim
(Nur Qaseh Qalisa Bt
Perkara ini akan dikaji dan dipertimbangkan dari pelbagai aspek termasuklah dari segi kos Zolfakar – 5 Seroja)
pembinaannya.
3
5.4 Hidupkan kebun komuniti disekolah.
JAWAPAN : Suffi Syaiful Bin Suremi
(Syahmi Syazwan Bin
Pihak sekolah dan PIBG sedia untuk mempertimbangkan kewujudan kebun komuniti ini
dengan kerjasama AJK PIBG dan juga pihak luar yang berkepakaran. Suffi Syaiful –
6 Bakawali)
5.5 Saya mencadangkan lebih banyak ceramah berkaitan pencegahan COVID19 diadakan
supaya murid-murid lebih sedar akan bahaya COVID19
JAWAPAN : Zulkefli Bin Zakaria
(Muhammad Zarif Bin
Pihak sekolah melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK), telah menjadikan kempen
pencegahan jangkitan wabak Covid-19 ini sebagai agenda utama. Pelbagai cara kempen Zulkefli – 2 Ixora)
pencegahan ini dilakukan termasuklah menerusi Youtube, Facebook sekolah, banner dan
sebagainya. Walaubagaimanapun, pihak sekolah amat mengalu-alukan keprihatinan
mana-mana pihak termasuklah para ibu bapa untuk sama-sama mempergiatkan usaha
kempen ini secara berterusan.
5.6 Saya cadangkan adakan aktiviti gotong royong bersama-sama ibu bapa disekolah dan
adakan kempen kitar semula bahan terbuang untuk semua pelajar dan guru.
JAWAPAN : Mazura Binti Mohd Din
(Muhd Haziq Bin
Program gotong royong ini memang menjadi acara tahunan pihak sekolah. Namun, pada
tahun ini kita tidak dapat mengadakannya lantaran PKP. Walaubagaimanapun, untuk Norhazizan – 3 Melati)
masa yang akan datang, kita akan mengadakan program ini dengan kerjasama pelbagai
pihak. Sementara bagi kempen kitar semula juga telahpun menjadi agenda utama pihak
sekolah yang akan ‘dihidupkan semula’ kelak.
6 KESIMPULAN :
Kami PiBG dan Pihak sekolah amat mengalu-alukan semua pembawa usul terutamanya
untuk tampil membantu dan sila beritahu kami untuk perlaksanaannya setiap usul yang
disalurkan.
Ini termasuk mereka yang berkemahiran dalam beberapa kategori; IT, Multimedia,
Pertukangan, Seni, Sukan dan sebagainya tampil membantu dan sila beritahu kami
untuk perlaksanaannya.
4