14 Soalan dan
Jawapan Isu Semasa
mengenai
Zakat
(JURULATIH UTAMA KUALA LUMPUR)
Modul zakat
Latihan subjektif
Persoalan Zakat berkaitan isu semasa.
Bil Soalan Jenis Zakat
1 S :Ali seorang peniaga kedai runcit yang Berjaya. Adakah beliau Wang
perlu mengeluarkan zakat wang simpanannya di bank sekiranya simpanannya
bank tersebut telah mengeluarkan zakat atas perniagaannya? (Perniagaan)
J :Sekiranya bank mengeluarkan zakat ke atas perniagaannya maka
penyimpan perlu mengeluarkan zakat simpanannya sendiri.Ini kerana
bank tidak mengeluarkan zakat simpanan pendepositnya tetapi
perniagaannya sahaja. Sekiranya bank memaklumkan pengeluaran
zakat adalah atas deposit penyimpan maka pendeposit tidak perlu lagi
mengeluarkan zakatnya. Oleh itu sebagai orang Islam kita hendaklah
sentiasa mengeluarkan zakat simpanan apabila telah cukup syarat-
syaratnya.
2 Adakah wang simpanan di kumpulan Wang Simpanan Pekerja Wang
(KWSP) wajib dikeluarkan zakat oleh pemiliknya? Simpanan
(KWSP)
J- Wang yang terdapat di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
tidak wajib zakat ke atasnya sehinggalah dikeluarkan oleh pemiliknya
dan disimpan selama setahun (genap haul dan cukup nisab). Sekiranya
dalam tempoh haul telah habis digunakan maka tidak wajib zakat. Oleh
itu kita hendaklah memastikan bahawa setiap wang yang disimpan di
bank atau KWSP dikeluarkan zakat supaya harta kita bersih dan
berkat.
3 S- Adakah hutang itu mengugurkan kewajiban berzakat atau Wang
mengurangkan wang simpanan daripada nisab? simpanan
J=Hutang sekarang Hutang
sekarang
Hutang jenis ini boleh mengurangkan jumlah nisab dan menggugurkan
kewajiban berzakat.(1m) Contohnya Ahmad mempunyai wang
simpanan sebanyak RM5,000.00 dan pernah berhutang daripada Ali
sebanyak RM2,500.00. Ahmad tidak wajib mengeluarkan zakat
simpanannya kerana setelah ditolak hutangnya baki simpanannya
ialah RM2,500.00 tidak mencukupi kadar nisab (diandaikan kadar
nisab RM3,000.00)(1m)
Hutang bertangguh Hutang
bertangguh
Hutang bertangguh tidak menggugurkan kewajiban berzakat dalam
tempoh waktunya (setelah cukup nisab dan haul). (1m) Contohnya
Mohamad mempunyai simpanan sebanyak RM10,000.00 dan dalam
masa yang sama ada membuat pinjaman perumahan daripada bank
sebanyak RM50,000.00 dengan bayaran balik RM 400.00
sebulan.Hutang ini tidak mengurangkan jumlah simpanan yang ada.
hutang tersebut dikira hutang akan datang dan tidak kira sebagai
tangunggan semasa. Penolakan hanya boleh di buat atas bayaran
bulanan bagi bulan terakhir dalam tempoh haul.
4 S- Adakah seorang pemiutang perlu mengeluarkan zakat atas Zakat atas
wangnya yang dipinjam oleh orang lain? wangnya
yang
J- Wang yang dipinjam dan berada di tangan orang lain wajib dipinjam
dizakatkan sekiranya telah sempurna syaratnya. Jika zakatnya tidak oleh orang
dikeluarkan pada tahun tersebut maka wajib di qada’ pada tahun lain
hadapan.
5 S- Adakah barang kemas (emas) yang bercampur dengan logam emas
lain wajib dikeluarkan zakatnya? Bagaimana?
J- Barang kemas yang bercampur (emas dan logam lain) wajib
dikeluarkan zakatnya jika sempurna syaratnya. Pemilik ketika
membeli hendaklah bertanya kepada penjual nisbah emas yang
terdapat dalam barang kemas tersebut bagi menentukan kadarnya.
6 S- Adakah barangan kemas yang dimiliki oleh anak kecil emas
diwajibkan zakat sedangkan ia dihadiahkan oleh ibunya?
Sekiranya wajib adakah ianya dizakatkan secara berasingan
daripada barang kemas ibunya?
J- Anak kecil yang mempunyai barang kemas wajib dikeluarkan
zakatnya oleh walinya jika cukup syaratnya. Zakat barang kemasnya
dikeluarkan secara berasingan dengan barang kemas milik ibunya
(nisab dan kadar keluar) kerana milik orang yang berasingan.
7 Mengapakah seseorang itu memilih untuk terus membayar zakat
terus kepada asnaf tanpa melalui pusat zakat Bayar zakat
1. Sikap individu yang malas hendak membayar di kuanter zakat
2. Meanggap institusi zakat tidak cekap dalam mengagihkan zakat.
3. Tidak yakin dengan institusi zakat.
4. Melahirkan rasa lebih berpuas hati menunaikan zakat sendiri tanpa
melalui institusi zakat.
5. Unsur-unsur negatif dikaitkan dengan institusi zakat
mempengaruhi fikiran seseorang.
8 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan zakat fitrah yang khususnya
dibayar dalam bulan Ramadhan ? Zakat fitrah
J: Zakat fitrah mempunyai pelbagai nama dan istilah lain yang
menggambarkan maksud dan pengertiannya yang tersendiri. Antara
nama-nama lain bagi zakat fitrah yang diistilahkan oleh para fuqaha
adalah zakat badan, zakat al-ra’s (zakat kepala), zakat al-khilqah (zakat
kejadian) dan zakat al-raqabah .
Dinisbahkan zakat ini kepada fitrah atau kejadian manusia kerana ia
tidak berkaitan sangat dengan kewajipan harta walaupun dibayar
dengan harta tetapi zakat ini lebih berkaitan dengan zat atau fizikal
manusia. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam surah al-Rum
ayat 30 :
“Itulah fitrah Allah yang telah diciptakan manusia menurut fitrah itu.”
9 Apakah hikmah kewajipan zakat fitrah ini?
J)Pertama Menjadi agen penyucian kepada mereka yang berpuasa. Hikmah
kewajipan
Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadith Nabi s.a.w. Zakat
Daripada Ibnu Abbas r.a :
“Difardhukan zakat fitrah oleh Rasulullah s.a.w sebagai penyucian
kepada mereka yang berpuasa dari sebarang kecuaian, kelalaian dan
rafath (perkataan bersifat kelucahan) serta menjadi makanan bagi orang
miskin. Barangsiapa yang menunaikannya sebelum solat Hari Raya maka
ia dianggap zakat yang diterima. Sebaliknya, jika ditunaikan selepas
solat Hari Raya, maka ia hanyalah sekadar salah satu dari sedekah yang
biasa.”
ii) Kedua : Menjadi makanan dan kegembiraan bagi si fakir dan miskin
iii ) ketiga : Membiasakan diri individu dalam memberi sumbangan
kepada masyarakat dengan menghayati konsep perkongsian dan
kerjasama dalam memberi. Kerana itulah zakat fitrah ini tidak terkait
dengan kekayaan seseorang mahupun kecukupan nisab, tetapi lebih
terkait kepada soal individu dan kemampuan menyumbang walaupun
tidak kaya.
10 Bilakah zakat fitrah ini diwajibkan ?
Zakat fitrah diwajibkan pada tahun kedua Hijrah dalam bulan Sya’aban.
Ibnu Munzir dan al-Baihaqi menaqalkan Ijma’ para fuqaha pada
menyatakan kewajipan zakat fitrah ini.
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-A’ala ayat 14 dan 15:
“Sangat beruntung orang yang menyucikan diri dengan (beriman) seraya
mengingati Tuhannya lalu dia melaksanakan solat.”
Ibnu Umar r.a menafsirkan ayat ini kepada kewajipan menunaikan
zakat fitrah.
11 Siapakah wajib membayar zakat fitrah ? Golongan
i) setiap golongan hamba mahupun merdeka, wajib bayar
ii) lelaki mahupun perempuan, zakat
iii) kecil atau besar dari kalangan orang Islam.
Dalil :
Ibnu Umar r.a menafsirkan ayat ini kepada kewajipan menunaikan zakat
fitrah.
Begitu juga hadith dari Ibnu Umar r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w
mewajibkan zakat fitrah dari segantang kurma atau gandum .
Diwajibkan atas setiap golongan hamba mahupun merdeka, lelaki
mahupun perempuan, kecil atau besar dari kalangan orang Islam.
[Bukhari 1053, Muslim 984]
berdasarkan hadith di atas kewajipan zakat ini tertakluk kepada setiap
individu dengan syarat mempunyai upaya untuk menunaikannya. Tidak
disyaratkan memiliki nisab, namun cukup sekiranya individu tersebut
memiliki lebihan perbelanjaan setelah diperuntukkan untuk keperluan
berhari raya seisi keluarga pada malam hari raya dan keesokan harinya
pada hari raya tersebut.
12 Berapakah kadar zakat ?
Kadar zakat
J: Kadar zakat fitrah adalah disandarkan kepada nilaian segantang dari
makanan ruji tempatan. Sebagai contoh di Malaysia, nilaian segantang
beras bersamaan 2.7kg adalah menjadi ukuran untuk dibuat nilaian
umum bagi menentukan harga zakat fitrah yang wajib dibayar.
13 Apakah hukum zakat fitrah bagi bayi yang baru lahir pada pagi
hari raya Hukum
Tidak wajib membayar fitrah.
Ini kerana, ulama berpendapat, jika seseorang itu hidup pada Ramadan
tetapi mati sebelum sampai waktu wajib menunaikan fitrah iaitu dari
terbenam matahari hinggalah solat sunat aidilfitri, mereka ini tidak
wajib membayar fitrah.
14 Apakah hukum sesiapa yang meninggal dunia pada malam hari Hukum
raya Eid al-Fitr?
Wajib membayar fitrah.
Ini kerana bagi mereka yang hidup pada Ramadan dan sempat sampai
ke waktu wajib walaupun berada di dalamnya sekejap contohnya
beberapa minit pada waktu Maghrib malam 1 Syawal, golongan ini
wajib menunaikan fitrah.
SEKIAN TERIMA KASIH