The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

(1) ANYFLIP MODUL TATABAHASA PEDAGOGI GOLONGAN KATA KERJA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dinidinn88, 2021-12-18 04:34:20

(1) ANYFLIP MODUL TATABAHASA PEDAGOGI GOLONGAN KATA KERJA

(1) ANYFLIP MODUL TATABAHASA PEDAGOGI GOLONGAN KATA KERJA

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI
GOLONGAN KATA
KERJA

KUMPULAN 2

FARIF ANAK JAMIN
NUR DINI BINTI MOHAMAD IZZUDIN
NUR FARAZILA BINTI MOHD RAFLI

NAMA PENSYARAH

EN. ABDULLAH BIN YUSOF

SEMESTER 3
2021/2022

BML3053
MORFOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI

GOLONGAN KATA KERJA

TUGASAN BERKUMPULAN
KUMPULAN 2

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR NO. MATRIK

FARIF ANAK JAMIN (D20201093122)

NUR DINI BINTI MOHAMAD IZZUDIN (D20201093335)

NUR FARAZILA BINTI MOHD RAFLI (D20201093343)

KUMPULAN KULIAH: KUMPULAN C
NAMA PENSYARAH: EN. ABDULLAH BIN YUSOF

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
1-2
1.0 PENGENALAN 3
2.0 GOLONGAN KATA KERJA 3
4-9
Definisi
3.0 KATA KERJA AKTIF 10-13

Definisi 14-17
3.1 Kata kerja aktif transitif
Definisi 18-21
Contoh bahan berkonteks
Aktiviti 22-27
Latihan peneguhan
3.2 Kata kerja aktif tak transitif 28
Definisi
Contoh bahan berkonteks
Aktiviti
Latihan peneguhan
3.2.1 Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
Definisi
Contoh bahan berkonteks
Aktiviti
Latihan peneguhan
3.2.2 Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap
Definisi
Contoh bahan berkonteks
Aktiviti
Latihan peneguhan

4.0 KATA KERJA PASIF
Definisi
Contoh bahan berkonteks
Aktiviti
Latihan peneguhan

5.0 KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN
Morfologi ialah ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Jika anda masih
sangsi berkaitan tentang ilmu morfologi, marilah kita meneliti beberapa definisi yang telah
diberikan oleh beberapa orang tokoh bahasa. Menurut Asmah Hj Omar (1993), beliau
menyatakan morfologi sebagai peninjauan linguistik yang menitikberatkan hubungan antara
morfem-morfem dan varian morfem. Menurut John T. Jensen (1995) pula, beliau
mendefinisikan morfologi sebagai kajian tentang struktur, bentuk dan golongan kata. Menurut
seorang lagi tokoh bahasa iaitu Abdullah Hassan (2005), beliau mentakrifkan morfologi
sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan
terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan
bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan. Akhir sekali, Nik Safiah Karim et al, (2008) pula
menjelaskan bahawa morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk
dan penggolongan kata.
Secara ringkasnya, morfologi merupakan ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan
golongan kata. Penggolongan kata merupakan penjenisan kata berasaskan fungsi tatabahasa.
Tahukah anda bahawa dalam sesuatu bahasa itu terdapat beribu malahan jutaan kata. Semua
kata tersebut perlulah dikelompokkan atau digolongkan dalam kategori tertentu. Dalam bahasa
Melayu, terdapat empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
Dalam tugasan ini, kami memfokuskan kepada penggolongan kata kerja. Kata kerja ialah kata
yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan. Kata kerja merupakan kata yang
menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Kata kerja terbahagi
kepada kata kerja transitif (Perbuatan Melampau) dan kata kerja tak transitif (Perbuatan tidak
Melampau). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et al: 2004:139),
kata kerja sebagai satu golongan kata yang boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama
iaitu, kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Mengikut Nik Safiah Karim lagi, kata

1

kerja ini merangkumi sejumlah kata dasar yang dapat menjadi unsur inti dalam frasa kerja.
Menurut Abdullah Hasan, kata kerja adalah melakukan sesuatu perbuatan atau menunjukkan
sesuatu keadaan. Beliau turut menyatakan kata kerja terbahagi kepada dua jenis iaitu kata kerja
transitif dan kata kerja tak transitif.

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang
disebut objek. Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja dalam
ayat aktif dan kata kerja dalam ayat pasif. Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif
ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran -kan atau -i. Kata
kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses
transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Seterusnya ialah kata kerja tak
transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek
sesudahnya. Namun, terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh
pelengkap, sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Oleh itu, kata kerja tak
transitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap
dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

2

2.0 GOLONGAN KATA KERJA
Definisi
 Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan.
 Terdapat tiga ciri kata kerja iaitu boleh didahului kata bantu, boleh dijadikan kata
perintah dalam ayat minimal dan boleh didahului kata nafi tidak.
 Kata kerja terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:

Kata kerja Kata kerja aktif
Kata kerja pasif

3.0 KATA KERJA AKTIF
Definisi
 Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif.
 Kata kerja aktif ini lazimnya menggunakan imbuhan yang berfungsi sebagai penanda
aktif seperti berikut:

meN- ter- ber- -i -kan
mempeR-…-i
meN-…-kan meN-…-i mempeR-…-kan

 Kata kerja aktif terbahagi kepada dua iaitu:

Kata kerja aktif kata kerja aktif
transitif tak transitif

3

3.1 Kata kerja aktif transitif
Definisi
 Kata kerja aktif transitif memerlukan objek atau penyambut.
Jika tiada objek, maka ayat yang terhasil tidak gramatis.
 Objek boleh terdiri daripada kata nama, frasa nama, atau klausa nama.
 Kata kerja aktif transitif kebiasaaannya menggunakan imbuhan meN-,
mempeR-, men-…-kan, meN-…i, mempeR-…-kan, dan mempeR-…i.
 Berikut merupakan pautan dan kod Qr bagi video penerangan kata kerja
aktif transitif.
https://youtu.be/R4fj1vtExYs

 Berikut merupakan contoh ayat yang menggunakan kata kerja aktif transitif:

Subjek Kata kerja aktif transitif Objek
1. Ali membaca buku.
2. Bapa membasuh motosikal.
3. Pakcik menjual kuih-muih.

Mudah Tips mengenal KKAT
bukan?
Pelajar boleh menggunakan
pertanyaan apa untuk mengenal
kata kerja aktif transitif. Sekiranya
ada jawapan bagi pertanyaan itu,
maka kata kerja tersebut adalah

KKAT. Contoh ayat:

Ali membaca (apa).

Ali membaca buku (objek).

4

Tahukah anda bahawa kata kerja aktif transitif boleh menerima dua objek iaitu objek
tepat dan objek sipi?

 Objek tepat: kata nama atau frasa nama yang menjadi penyambut langsung
(akan hadir selepas kata kerja).

 Objek sipi: kata nama atau frasa nama yang hadir selepas objek tepat.
 Berikut merupakan contoh kedudukan objek-objek tersebut dalam bentuk

jadual:
Subjek Kata kerja transitif Objek tepat Objek sipi

Rahmah menghadiahi ibunya seutas rantai.
Lokman membacakan adiknya cerita jenaka.
Ibu menjahitkan ayah sepasang seluar.

Contoh bahan berkonteks
SIMUNJAN: "Kadang-kadang ada pihak menghantar air kepada rumah panjang dan kami
akan menyimpannya dalam tangki besar," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian Online, 12 Disember 2021

KUALA LUMPUR: Beliau berkata, AKM juga menilai prestasi 100 Hari Aspirasi
Keluarga Malaysia bagi setiap Ahli Jemaah Menteri.

Sumber: Berita Harian Online, 7 Disember 2021
Perkataan yang dihitamkan adalah kata kerja aktif transitif.

5

Aktiviti bersemuka

Aktiviti Bahan Pelaksanaan
Cabaran kata  Sticky note 1. Permainan ini dijalankan secara perlumbaan.
kerja aktif  Pen 2. Guru membahagikan pelajar kepada dua kumpulan

transitif besar.

3. Guru memberi sticky note kepada pelajar untuk

menulis kata kerja aktif transitif kemudian

menampalnya pada papan putih.

4. Pelajar diingatkan supaya hanya menulis satu sahaja

kata kerja pada satu sticky note yang dibekalkan.

5. Kumpulan yang berjaya mengumpul sticky note

terbanyak dan menulis kata kerja aktif transitif dengan

betul akan dikira sebagai pemenang.

6. Permainan ini memerlukan pelajar berfikir secara

kreatif di samping dapat memupuk kerjasama dalam

kumpulan masing-masing.

Aktiviti dalam talian Aplikasi Pelaksanaan Pautan
Aktiviti

Mengenali kata kerja Wordwall Pelajar perlu menjawab soalan https://wordwall.net/res

aktif transitif yang terdapat dalam aplikasi ource/2986219

wordwall menerusi pautan yang

diberikan oleh guru.

Sila imbas kod QR di bawah.

6

Latihan peneguhan
Latihan 1
Bina 3 ayat dengan menggunakan kata kerja aktif transitif.
1. ___________________________________________________________________
2. ___________________________________________________________________
3. ___________________________________________________________________

Latihan 2
Baca puisi di bawah dengan teliti. Kemudian, kenal pasti dan gariskan kata kerja aktif
transitif yang dijumpai.

MENEBUS NILAM MARUAH

Nukilan:
Zainal Abidin Hj. Suhaili
Antologi Puisi Sayembara Deklamasi
Puisi Bulan Kemerdekan JAMUNG MERDEKA

7

Latihan 3
Pilih jawapan yang betul.
1. Berikut merupakan ciri-ciri kata kerja aktif transitif kecuali

A. Kebiasaannya bermula dengan awalan me-
B. Memerlukan objek selepas kata kerja
C. Tidak memerlukan objek selepas kata kerja
D. Tidak boleh berdiri sendiri
2. Pilih ayat yang mengandungi kata kerja aktif transitif.
A. Ali dan Abu bergaduh.
B. Kami mandi di tasik itu.
C. Kucing itu sedang tidur.
D. Hana menyapu lantai.
3. Kata kerja aktif transitif memerlukan _________ selepasnya.
A. Pelengkap
B. Objek
C. Kata sendi nama
D. Penerang

Latihan 4
Kenal pasti dan bulatkan kata kerja aktif transitif yang betul.

disapu bergaduh menangis

memasak menendang dibaling menulis

mencuci memberitahu tertutup berjalan

8

Latihan 5
Tandakan (/) bagi ayat yang mengandungi kata kerja aktif transitif di bawah.
1. Abang memancing ikan.
2. Ibu sedang mencuci baju adik.
3. Abu berjalan di kaki lima sekolah.
4. Kakak menulis surat cuti sakit.
5. Adik menangis kerana dicubit abang.
6. Baju kotor itu belum berbasuh.

9

3.2 Kata kerja aktif tak transitif
Definisi
 Kata kerja ini tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya.
 Kebanyakan kata kerja aktif tak transitif adalah dalam bentuk kata tunggal
atau yang menerima awalan ber- dan ter-.
 Terdapat juga perkataan yang menerima awalan meN- boleh menjadi kata
kerja aktif tak transitif jika kata kerja itu tidak memerlukan objek selepasnya.
Contohnya:
- Bayi itu merangkak.
- Pelajar itu menari.
- Pesakit itu mengerang.
 Berikut merupakan pautan dan kod Qr bagi video penerangan kata kerja aktif
tak transitif.
 https://youtu.be/LlhevLakI3k

 Terdapat dua jenis kata kerja aktif tak transitif.

Kata kerja aktif tak
transitif

Tanpa pelengkap Berpelengkap

10

Contoh bahan berkonteks
SIMUNJAN: "Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana sudah menyediakan
kemudahan elektrik namun masalah bekalan air masih belum selesai.
Sumber: Berita Harian Online, 12 Disember 2021
KUALA LUMPUR: Bagaimanapun, kami yakin penggiat pasaran sebaliknya akan terus
membeli saham-saham teknologi berikutan unjurannya yang lebih mantap bagi tempoh
mendatang.
Sumber: Berita Harian Online, 14 Disember 2021
KUALA LUMPUR: "Saya juga berterima kasih kepada Keluarga Malaysia atas
pencapaian ini. Prestasi yang saya maklumkan, bukan hanya memberikan tumpuan kepada
KPI semata-mata, tetapi juga mengambil kira persepsi Keluarga Malaysia melalui tinjauan
soal selidik yang diberikan.
Sumber: Berita Harian Online, 9 Disember 2021
Perkataan yang dihitamkan adalah kata kerja aktif tak transitif.

Aktiviti: “Mari kita lihat siapa yang kena”.
1. Guru menyediakan satu kotak yang mengandungi gulungan kertas-kertas kecil yang
tertulis kata kerja aktif tak transitif.
2. Kemudian kotak tersebut perlu digerakkan kepada pelajar. Apabila guru meminta
kotak itu berhenti, pelajar terakhir yang memegangnya hendaklah mengambil satu
gulungan kertas kecil dan perlu membina ayat berdasarkan kata kerja yang dipilih.
3. Berikut merupakan contoh kotak yang boleh digunakan oleh guru untuk melakukan
aktiviti ini.

11

Latihan peneguhan
Latihan 1
1. Apakah yang dimaksudkan dengan kata kerja tak transitif dengan tepat?

A. Kata kerja yang boleh berdiri sendiri
B. Kata kerja yang memerlukan objek
C. Kata kerja yang boleh berdiri sendiri dan tidak memerlukan objek
2. Ayat berikut melibatkan kata kerja tak transitif kecuali
A. Ali dan Abu bergaduh.
B. Lina menangis kerana terjatuh.
C. Kila menyimpan wang dalam sakunya.
3. Kata kerja aktif tak transitif tidak memerlukan _________ selepasnya.
A. Objek
B. Pelengkap
C. Keterangan

Latihan 2
Senaraikan kata kerja tak transitif yang anda tahu.
1. _____________
2. _____________
3. _____________
4. _____________
5. _____________

12

Latihan 3
Bina 3 ayat menggunakan kata kerja tak transitif.
1. __________________________________________________________________
2. __________________________________________________________________
3. __________________________________________________________________

Latihan 4
Gariskan kata kerja tak transitif yang terlibat dalam ayat di bawah.
1. Gadis itu menangis.
2. Lina dan Lili bergaduh di sekolah.
3. Murid-murid sedang belajar.
4. Kucing itu sedang tidur.
5. Kami mandi di tasik itu.
6. Saya menyanyi dengan kuat.

Latihan 5
Bina ayat menggunakan kata kerja tak transitif di bawah.
1. tersenyum

__________________________________________________________________
2. menguning

__________________________________________________________________
3. tertidur

__________________________________________________________________
4. tertawa

__________________________________________________________________

13

3.2.1 Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
Definisi
 Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ini boleh berdiri sendiri dalam
predikat ayat tanpa diikuti pelengkap dibelakangnya.
 Contoh ayat:

Subjek Kata kerja aktif tak transitif Pelengkap
tanpa pelengkap
di Restoran Saleem.
Mereka makan di Singapura.
Dia membeli-belah

 Dalam ayat “Dia membeli-belah di Singapura”. Jika “di Singapura” itu tidak
dinyatakan, ayat itu sudah lengkap. Hal ini kerana perkataan membeli-belah
sudah mampu berdiri sendiri. Itulah yang dikatakan kata kerja aktif tak
transitif tanpa pelengkap tidak memerlukan objek atau penyambut di
belakangnya.

 Kata kerja ini boleh menerima keterangan selepasnya sebagai unsur
tambahan. Keterangan biasanya dalam bentuk frasa keterangan dan boleh
digugurkan tanpa menjejaskan kegramatisan ayatnya.

 Contoh lain:
- Angin bertiup.
- Dia masih tidur.
- Petani sedang berehat.

Angin bertiup + dengan kencang sekali.

(Kata kerja bertiup mampu berdiri sendiri (boleh digugurkan)
tanpa memerlukan pelengkap dibelakangnya)

14

Contoh bahan berkonteks
SIMUNJAN: Hampir 50 penduduk Rumah Panjang Keniong Lama di sini, merayu
kerajaan negeri supaya segera menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang dihadapi
sejak sekian lama.
SIMUNJAN: Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana sudah menyediakan
kemudahan elektrik namun masalah bekalan air masih belum selesai.

Sumber: Berita Harian Online, 12 Disember 2021
Perkataan yang dihitamkan adalah kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap.

Aktiviti bersemuka
 Pelajar dikehendaki melengkapkan peta i-think yang diberikan oleh guru dengan
menulis ciri-ciri dan contoh ayat yang mengandungi kata kerja aktif tak transitif tanpa
pelengkap.
 Penggunaan peta i-think dapat membantu pelajar mengulang kaji kata kerja aktif tak
transitif tanpa pelengkap dengan lebih berkesan.
 Contoh peta i-think adalah seperti berikut:

15

Latihan peneguhan
Latihan 1
Pilih jawapan yang betul.
1. Berikut merupakan ciri-ciri kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap kecuali

A. Boleh berdiri sendiri
B. Tidak memerlukan pelengkap selepasnya
C. Merupakan transformasi dari kata kerja aktif
D. Memerlukan objek
2. Berikut merupakan ayat yang mengandungi kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
kecuali
A. Ayah duduk di atas kerusi sementara menunggu ibu membeli barang.
B. Pinggan kotor itu belum berbasuh.
C. Air sungai itu mengalir deras sekali.
D. Adik terkejut setelah melihat hadiah sempena hari lahirnya.

Latihan 2
Gariskan kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap dalam ayat di bawah.
1. Daniel tidur di atas meja kerana terlalu mengantuk.
2. Ali dan keluarganya sudah pulang ke rumah pada hari Rabu yang lalu.
3. Kucing itu kelihatan masih lapar.
4. Abang bersenam pada setiap pagi agar tubuhnya sihat.

16

Latihan 3
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

menangis berbual tiba menguning

1. Akim __________ setelah dimarahi oleh abangnya.
2. Aishah masih ___________ dengan rakannya di pintu pagar sekolah.
3. Padi atuk sudah ___________.
4. Para peserta perkhemahan baru sahaja __________.

Latihan 4
Bina 3 ayat dengan menggunakan kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap.
1. _____________________________________________________________________
2. _____________________________________________________________________
3. _____________________________________________________________________

Latihan 5
Nyatakan tiga ciri kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap.
1. _______________________________________
2. _______________________________________
3. _______________________________________

17

3.2.2 Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap
Definisi
 Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap mesti diikuti oleh pelengkap
untuk menyempurnakan maksud ayat.
 Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk
menyempurnakan maksud ayat.
 Unsur-unsur pelengkap adalah seperti kata adjektif, kata nama dan frasa
sendi nama.
 Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap
tidak boleh dipasifkan.
 Berikut merupakan kata kerja aktif tak transitif berpelengkap:
- Keadaan bapanya beransur baik.
- Mereka tidak berbuat jahat.
- Mereka tinggal di Kampung Raya.
- Pengembara itu berselimutkan embun.
- Dia menjadi guru.
 Dalam ayat-ayat di atas, perkataan yang dicondongkan adalah kata kerja
aktif tak transitif, sementara unsur yang mengikutinya ialah pelengkap.
 Sekiranya pelengkap digugurkan, ayat-ayat yang terhasil tidak sempurna.
 Berikut merupakan pautan dan kod Qr bagi video penerangan kata kerja
aktif tak transitif berpelengkap.
 https://youtu.be/2VORnYWfMF0

18

Contoh bahan berkonteks
INDUSTRI koko Malaysia berpotensi tinggi untuk menembusi pasaran antarabangsa
berikutan mutu dan kualitinya yang tinggi, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan
Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.
Sumber: Sinar Harian, 12 Disember 2021
Perkara itu ditegaskan legenda bola sepak negara, Khalid Ali yang berpendapat para
pemain Harimau Malaya perlu lebih berani dan bersemangat apabila berdepan pesaing
yang mempunyai nama besar sekiranya berhasrat untuk melangkah lebih jauh pada masa
depan.
Sumber: Sinar Harian, 14 Disember 2021

Perkataan yang dihitamkan adalah kata kerja aktif tak transitif berpelengkap.

Aktiviti
1. Guru membahagikan pelajar kepada tiga kumpulan yang terdiri daripada kata nama,
kata adjektif dan frasa sendi nama.
2. Guru meminta pelajar untuk membina ayat yang mengandungi kata kerja aktif tak
transitif berpelengkap dengan menggunakan unsur pelengkap berdasarkan nama
kumpulan masing-masing.
3. Dua orang wakil setiap kumpulan mestilah membentangkan ayat kepada pelajar lain di
hadapan kelas. Aktiviti ini dapat membantu pelajar untuk membezakan penggunaan
unsur-unsur pelengkap.

19

Latihan peneguhan

Latihan 1

Tandakan (/) pada pernyataan yang benar dan (x) pada pernyataan yang salah.

1. Fungsi pelengkap adalah untuk menyempurnakan ayat.
2. Unsur pelengkap boleh terdiri daripada kata ganda.
3. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif.
4. Kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama adalah unsur pelengkap.

Latihan 2

Pilih jawapan yang betul.

1. Berikut merupakan ciri-ciri kata kerja aktif tak transitif berpelengkap kecuali

A. Ayat yang mengandungi kata kerja aktif tak transitif berpelengkap boleh dipasifkan.

B. Unsur-unsur pelengkap terdiri daripada kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama.

C. Fungsi pelengkap adalah untuk menyempurnakan maksud ayat.

D. Unsur pelengkap dalam kata kerja aktif tak transitif tidak boleh digugurkan.

2. Pilih ayat yang mengandungi kata kerja aktif tak transitif berpelengkap.

A. Mereka bersiar-siar di taman permainan pada waktu petang.

B. Ali bertani untuk mengisi masa lapang.

C. Penyakit demam panas adiknya sudah beransur pulih.

D. Kanak-kanak tertawa riang.

3. Unsur pelengkap terdiri daripada

A. Kata adjektif

B. Kata nama

C. Kata ganda

D. Frasa sendi nama

20

Latihan 3
Bina 3 ayat dengan menggunakan kata kerja aktif tak transitif berpelengkap.

1. _______________________________________________________________________
2. _______________________________________________________________________
3. _______________________________________________________________________

Latihan 4
Kenal pasti dan bulatkan kata kerja aktif tak transitif berpelengkap.

beransur menangis terpegun berbantalkan

beratapkan bergurau berjumpa

Latihan 5

Bina ayat dengan menggunakan kata kerja aktif tak transitif berpelengkap di bawah.

1. bertambah
________________________________________________________________________

2. balik
________________________________________________________________________

3. memiliki
________________________________________________________________________

4. beralaskan
________________________________________________________________________

5. bertemakan
________________________________________________________________________
21

4.0 KATA KERJA PASIF

Definisi
 Kata kerja pasif ialah kata kerja yang terhasil daripada perubahan ayat aktif kepada

pasif.

Ayat aktif Ayat pasif
mengaturkan diaturkan
mendenda didenda
menjahit kujahit
mengekori Saya ekori
menggaulkan Kami gaulkan
mengharungi Anda harungi

 Terdapat tiga jenis kata kerja pasif:
i. Kata kerja pasif diri pertama ialah yang berimbuhan ku, contohnya:

kuangkat kuatasi kuberikan
kupercepat kupelajari kupersilakan

ii. Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan kau, contohnya:

kauangkat kauatasi kauberikan
kaupercepat kaupelajari kaupersilakan

iii. Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di, contohnya:

diangkat diatasi diberikan
dipercepat dipelajari dipersilakan

 Contoh kesalahan penggunaan kata kerja pasif:
1) Nasi itu aku akan makan. (salah) Nasi itu akan kumakan. (betul)
2) Bilik itu saya sudah bersihkan. (salah) Bilik itu sudah saya bersihkan. (betul)
3) Kerja rumah itu kita mesti siapkan pada hari ini. (salah)
Kerja rumah itu mesti kita siapkan pada hari ini. (betul)

22

 Berikut merupakan ciri-ciri kata kerja pasif. Awalan di-
Contoh ayat: Tingkap itu
Dengan imbuhan pasif
Kata kerja pasif ditutup dengan kain.

Dengan penanda pasif Awalan ter-
"kena" Contoh ayat: Pintu
rumahnya masih

terbuka.

Apitan di-...-kan
Contoh ayat: Pesakit itu
tidak dibenarkan keluar

wad.

Apitan ke-...-an
Contoh ayat: Anak
kucing itu kesejukan di

luar rumah.

Apitan ter-...-kan
Contoh ayat:

Pemandangan itu tidak
tergambarkan oleh saya.

Awalan ter-...-i
Contoh ayat:

Permintaannya tidak
terpenuhi oleh saya.

Contoh ayat: Bola itu
kena basuh oleh adik.

 Berikut merupakan pautan dan kod Qr bagi video penerangan kata kerja pasif.
 https://youtu.be/LlhevLakI3k

23

Contoh bahan berkonteks
Ipoh: Polis sudah memanggil semua pelajar yang terbabit dalam kejadian buli secara
kekerasan atau 'ragging' yang didakwa berlaku di sebuah sekolah di Kuala Kangsar seperti
video tular di media sosial.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, selain itu pemilik akaun
media sosial yang tularkan video berkenaan turut dipanggil untuk memberi keterangan
bagi membantu siasatan.
Sumber: myMetro, 10 Disember 2021
KUALA LUMPUR: Sehingga hari ini, matlamat mencapai 30 peratus penguasaan ekuiti
Bumiputera tidak pernah tercapai walaupun Dasar Ekonomi Baru (DEB) sudah lama
diwujudkan untuk menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi pelbagai kaum di
negara ini," katanya melancarkan TPB2030 di sini, hari ini.
Sumber: Berita Harian Online, 6 Disember 2021
PUTRAJAYA: Peningkatan semula kluster membabitkan institusi pendidikan tidak boleh
dipandang ringan memandangkan individu daripada pelbagai isi rumah akan berada dalam
ruang dan waktu yang sama.
Sumber: Berita Harian Online, 6 Disember 2021
Perkataan yang dihitamkan adalah kata kerja pasif.

24

Aktiviti bersemuka

Aktiviti Bahan Pelaksanaan

Tulis,  Kad 1. Murid akan dibahagikan kepada lima kumpulan.
Bentang dan manila 2. Setiap kumpulan perlu menulis lima ayat pasif
Jawab.
 Pen berdasarkan ciri-cirinya di atas kad manila.
marker 3. Setelah semua kumpulan siap, guru meminta pelajar

untuk membentangkannya di hadapan kelas.
4. Sementara itu, kumpulan lain perlu menyediakan soalan

berkenaan kata kerja pasif untuk diajukan kepada
kumpulan yang membentang.
5. Kumpulan yang bertanya akan mendapat markah.

Aktiviti dalam talian

Aktiviti Aplikasi Pelaksanaan Pautan

Menguji Quizizz 1. Pautan Quizizz akan diberikan https://quizizz.com/
kefahaman
pelajar tentang kepada semua pelajar melalui join/quiz/61b6ae51
Kata Kerja Pasif
google meet. 26712a001dfca1c2/

2. Pautan diberikan kepada pelajar start?studentShare=

pada 10 minit terakhir sebelum true

waktu kelas tamat. Sila imbas kod QR
3. Pelajar perlu menjawab soalan di bawah.

mengenai kata kerja pasif.

Sila imbas kod QR di bawah.

25

Latihan peneguhan
Latihan 1
Bina 3 ayat menggunakan kata kerja pasif dengan imbuhan pasif.
1.
2.
3.

Latihan 2
Bina 3 ayat menggunakan kata kerja pasif dengan kata “kena”.
1.
2.
3.

Latihan 3
Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.

1. Saya telah memasak bubur untuk adik.
_______________________________________________________

2. Ibu membeli makanan itu di pasar malam.
_______________________________________________________

3. Mereka mendirikan khemah itu di tepi hutan.
_______________________________________________________

4. Mereka menyediakan pelbagai hidangan untuk tetamu yang hadir.
_______________________________________________________

5. Saya telah menyiapkan kerja rumah itu semalam.
_______________________________________________________

26

Latihan 4
Kenal pasti dan bulatkan kata kerja pasif yang diberikan.

ditendang dibalas terkoyak tertengok

memasak memotongi bergaduh mengapit

merokok bersidang terikat tertelan

Latihan 5
Tandakan (/) bagi ayat yang mengandungi kata kerja pasif di bawah.
1. Ikan dipancing oleh abang.
2. Mak sedang menggoreng ikan.
3. Abu tersepak batu bata.
4. Surat itu saya telah jawab.
5. Amir sedang mengaji.

27

5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, golongan kata kerja merupakan perkataan yang dapat menjadi unsur inti
dalam binaan frasa kerja. Justeru itu, golongan kata kerja amat penting untuk diketahui
fungsinya dalam bahasa Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap kata kerja
memberi makna tertentu dalam sesebuah ayat. Tambahan pula, jika kata kerja tersebut
melalui proses pengimbuhan, maka makna kata kerja dalam sesebuah ayat tersebut akan
berubah. Oleh hal yang demikian, kita perlu mempelajari golongan kata kerja dengan betul
agar dapat mengaplikasikannya dengan baik dalam penulisan ilmiah di samping kita dapat
menambah ilmu yang sedia ada. Akhir sekali, kita mestilah memartabatkan dan menjaga
kesempurnaan bahasa Melayu agar setanding dengan bahasa-bahasa lain.

28

BIBLIOGRAFI

Azizan Hashim. (2021). 13 pasukan sepak takraw berentap dalam Sukan Perak 2021.
Diperoleh daripada https://www.utusan.com.my/sukan/2021/12/13-pasukan-sepak-
takraw-berentap-dalam-sukan-perak-2021/.

Berita Harian Online. (2021). Bursa Malaysia dibuka rendah. Diperoleh daripada
https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2021/12/898786/bursa-malaysia-dibuka-
rendah.

Hazwan Faisal Mohamad & Mohd Nasaruddin Parzi. (2021). Enam sasaran utama

pembangunan Bumiputera dicapai menjelang 2030. Diperoleh daripada

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/895855/enam-sasaran-utama-

pembangunan-bumiputera-dicapai-menjelang-2030.

Mohd Iskandar Ibrahim. (2021). Penduduk rumah panjang Keniong lama rayu air bersih.

Diperoleh daripada

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/898189/penduduk-rumah-

panjang-keniong-lama-rayu-air-bersih.

Mohd Ra’in Shaari, Alias Mohd Yatim & Abdullah Yusof. (2009). Morfologi dan Sintaksis.

Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Muhammad Hisyamuddin Ishak. (2021). Bursa Malaysia dibuka rendah. Diperoleh daripada
https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2021/12/898786/bursa-malaysia-dibuka-
rendah.

Muhammad Zulkarnain Mohd Azman. (2021). ‘Henti beri alasan lapuk’. Diperoleh daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/177730/BERITA/Sukan/Henti-beri-alasan-
lapuk.

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri. (2021). Polis sudah panggil pelajar ‘ragging’. Diperoleh
daripada https://www.hmetro.com.my/utama/2021/12/787067/polis-sudah-panggil-
pelajar-ragging.

Nawi Ismail, Raminah Hj Sabran, Wahida Abdul Wahid, Mohd Sis Mohd Yatim & Zulkarnain
Farihin Abdullah. (2017). Pendekatan Efektif Memahami Tatabahasa Bahasa Melayu.
Selangor: Pustaka Salam Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2009).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Atiqah Sulaiman. (2021). Jangan pandang ringan peningkatan kluster pendidikan.

Diperoleh daripada

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/896149/jangan-pandang-ringan-

peningkatan-kluster-pendidikan.

Nur Farahin Hussin. (2021). Trafik penumpang udara 2022 dijangka meningkat 525%.
Diperoleh daripada https://www.utusan.com.my/berita/2021/12/trafik-penumpang-
udara-2022-dijangka-meningkat-525/.

Rafidah Mat Zuki. (2021). Komitmen kerajaan utama budaya kerja berprestasi tinggi.

Diperoleh daripada

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/896559/komitmen-kerajaan-

utama-budaya-kerja-berprestasi-tinggi.

Sinar Harian. (2021). Industri koko berpotensi tinggi tembusi pasaran antarabangsa.
Diperoleh daripada https://www.sinarharian.com.my/article/177481/BISNES/Industri-
koko-berpotensi-tinggi-tembusi-pasaran-antarabangsa.

Siti Rahaimah Ali. (2020). Aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc) melalui Kaedah
Pembelajaran Koperatif. Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zainal Abidin Hj. Suhaili. Menebus Nilai Maruah. Antologi Puisi Sayembara Deklamasi Puisi
Bulan Kemerdekan JAMUNG MERDEKA. Diperoleh daripada
https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Contoh-Puisi.pdf.

Zanariah Abd Mutalib. (2021). Prestasi keseluruhan Kabinet, 90 peratus. Diperoleh daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/897168/prestasi-keseluruhan-
kabinet-90-peratus.

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version