INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH (2022)
KERJA KURSUS
BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
TAJUK
TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK
NAMA PELAJAR : NUR’AISYAH SYAFIQAH BINTI BIDAREE
ANGKA GILIRAN : 2021022310048
NO. KAD PENGENALAN : 030903-13-0082
KUMPULAN/ UNIT
KOD DAN NAMA KURSUS : PPRBMM2-2
NAMA PENSYARAH : BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU
TARIKH HANTAR
: PUAN SELINA BINTI AHMAD
PENGAKUAN PELAJAR
MENERIMA MAKLUM BALAS : 21 MAC 2022
DARIPADA PENSYARAH
:
Bil. Isi Kandungan ii
1.0 PENGENALAN Muka Surat
1
2.0 KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM 1-2
MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL 3-4
4
3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI, PEMIKIRAN MASYARAKAT
MELAYU DALAM PANTU-PANTUN TRADISIONAL MELAYU
4.0 RUMUSAN
5.0 RUJUKAN 5
1
1.0 Pengenalan
Di Malaysia, penggunaan karya sastera sangat meluas. Hal ini kerana, sejak di bangku
sekolah lagi pelajar sudah didedahkan dengan Komsas yang dikenali sebagai komponen
sastera Bahasa Melayu. Menurut Syahida Nadia Zakaria (2015), Komsas meliputi aspek
prosa, drama, puisi dan cerpen yang dapat dipelajari oleh pelajar sejak dari peringkat
menengah rendah. Pelajar dapat diterapkan dengan pelbagai jenis sastera sejak peringkat
menengah rendah lagi supaya mereka dapat mengetahui betapa indahnya dalam
mempelajari sastera.
2.0 Konsep Dan Fungsi Kesusasteraan Melayu Dalam Masyarakat Melayu Tradisional
Konsep kesusasteraan Melayu boleh didefinisikan sebagai hasil karya daripada ciptaan
yang berkaitan dengan seni yang berkait rapat dengan masyarakat Melayu. Kesusasteraan
Melayu dikatogerikan sebagai ciptaan seni yang dipersembahkan melalui bahasa. Hal ini
kerana, sastera merupakan sesuatu ungkapan yang dapat diungkapkan secara spontan
tetapi mempunyai maksud yang sangat mendalam. Kesusasteraan Melayu tradisional boleh
dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu kepada prosa Melayu tradisional dan puisi
Melayu tradisional. Prosa Melayu tradisonal boleh ditakrifkan sebagai cerita ataupun
karangan yang panjang seperti cerita rakyat yang mengandungi cerita jenaka, cerita teladan
dan sebagainya. Manakal puisi Melayu tradisional pula ialah karangan yang berbentuk terikat
dengan peraturan tersendiri. Puisi Melayu tradisional boleh dibahagikan kepada pantun,
nazam, zikir, dan gurindam. Kesemua jenis kesusasteraan Melayu tradisional ini mempunyai
makna dan maksud yang mendalam apabila disampaikan. Contohnya, pantun mempunyai
ciri-ciri tertentu dalam menghasilkannya. Pantun mempunyai ciri tersendiri iaitu dibina dalam
bentuk berangkap dan mempunyai rima akhir yang tertentu.
Terdapat fungsi tertentu bagi kesusasteraan Melayu tradisional ini. Antaranya ialah,
kesusasteraan Melayu tradisional ini ialah karya sastera yang digunakan sebagai wahana
dalam menyampikan mesej dan isi hati ataupun maklumat kepada khalayak ramai. Menurut
Muhd Norizam Jamian dan Saiful Bahari Md Radzi (2015), merupakan salah satu medium
bagi para pengkarya sebagai medium untuk berkomunikasi tidak kira sama ada secara
langsung ataupun tidak. Jelas lagi nyata menunjukkan bahawa karya sastera sering
digunakan sebagai medium yang sangat besar terutamanya dalam aspek berkomunikasi.
2
Contohnya, karya sastera dapat dijadikan medium untuk menyampaikan dakwah melalui
bibit-bibit kata yang dapat dilemparkan dengan tujuan untuk menyampaikan dakwah kepada
masyarakat secara santai. Hal ini kerana, penyampaian dakwah secara santai dapat menarik
minat lebih ramai masyarakat terhadap puisi Melauyu tradisional.
Selain itu, kesusasteraan juga dapat digunakan dalam pendidikan iaitu dijadikan sebagai
alat bantu mengaja semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Karya-karya
sastera yang sarat dengan ilmu seperti unsur pengajaran dapat dijadikan sebagai salah satu
karya yang mampu memberikan pengajaran kepada murid. Hal ini kerana, setiap ilmu yang
dipelajar membawa kepada pengajaran dan dapat diterapkan dalam kehidupan seharian.
Seterusnya, karya sastera dalam kesusasteraan berfungsi sebagai medium hiburan yang
dapat menghiburkan pendengar tidak kira melalui karya sastera tersebut. Menurut Madiawati
Mamat @ Mustafa dan Arbaie Sujud (2009), karya sastera disampaikan melalui medium
hiburan seperti cerita jenaka. Hal ini kerana, dengan adanya penyampaian karya sastera
melalui cerita jenaka yang bertemakan hiburan ini dapat meningkatkan lagi semangat
masyarakat untuk membaca mahupun mendengar.
Disamping itu, karya sastera dalam keusasteraan Melayu tradisional juga berfungsi
sebagai kritikan sosial. Dengan adanya kritikan sosial terhadap karya-karya sastera yang
diterbitkan, sesuatu karya dapat dinilai dan dibandingkan sama ada memberikan manfaat
kepada masyarakat ataupun tidak. Sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengkritik karya sastera
yang telah diterbitkan mengikut kefahaman diri sendiri. Menurut Al- Fatihah Md Adnan dan
Normaliza Abd Rahim (2014), kritikan sosial yang telah dipersembahkan dalam beberapa
karya sastera dapat memberikan serba sedikit kesedaran kepada masyarakat yang
menekankan bahawa permasalahan sosial sering berlaku tanpa disedari dalam era
pemodenan kini dan wajar diambil berat terutamanya dalam filem-filem tertentu. Oleh itu,
dengan wujudnya kritikan sosial terhadap karya-karya sastera ini, sedikit sebanyak dapat
menjadi teguran kepada masyarakat sekali gus dapat menjadi pedoman hidup masyarakat.
3
3.0 Manifestasi Akal Budi, Pemikiran Masyarakat Melayu Dalam Pantun-Pantun Tradisional
Melayu
Akal budi boleh dikaitkan dengan cara seseorang itu berfikir, sebagai contoh cara mereka
mengaplikasikan maklumat. Menurut Junaini Kasdan (2020), akal budi boleh didefinisikan
sebagai cara seseorang itu berfikir dan berkelakuan mengikut “common sense” yang ada
pada diri seseorang itu. Hal ini menunjukkan bahawa sifat “common sense” yang ada pada
diri seseorang itu mampu menjadikan seseorang itu berfikir dengan waras dan dapat
menjalinkan hubungan yang baik dengan sesiapa sahaja yang berada di sekeliling.
Contohnya, melalui akal budi yang sedia ada dalam diri seseorang pengkarya, karya-karya
sastera yang dihasilkan akan menjadi kreatif dan diterima oleh pengguna dengan mudah.
Dengan adanya akal budi ini juga, seseorang itu dapat membezakan baik dan buruk sesuatu
perkara dengan mudah.
Pantun merupakan salah satu puisi Melayu tradisional yang dibina berdasarkan akal budi
seseorang dan boleh menjadi karya yang hebat. Manifestasi akal budi dapat dilasanakan
berdasarkan pantun yang telah disediakan.
Manifestasi akal budi dan pemikiran dalam pantun tradisional seperti yang telah
dinyatakan dalam petikan rangkap pantun pertama ialah apabila seseorang itu semakin
mempunyai banyak ilmu di dada, sifat sombong, riak, dan angkuh semakin menjauh sebalik
sentiasa menunduk dan merendahkan diri. Hal ini merujuk kepada baris terakhir rangkap
pertama, “semakin berisi semakin tunduk”. Rangkap pertama itu bukan sahaja menerangkan
sifat seseorang apabila telah mempunyai ilmu yang penuh di dada, malah turut menekankan
betapa bijaknya pemikiran seseorang manusia yang mempunyai ilmu. Menurut Junaini
Kasdan dan Juliana Nopiah (2021), melalui karya seperti pantun jelas terpancar kekreatifan
masyarakat dalam berbahasa demi menunjukkan akal yang ada pada masyarakat Melayu
adalah sangat tinggi sehingga mampu menjadi contoh kepada masyarakat lain. Hal ini
demikian kerana, ketinggian akal budi yang ada pada diri seseorang itu mencerminkan
keperibadian dirinya secara fizikal. Oleh itu, pemikiran yang positif dan berfikir berlandaskan
perkara yang baik sepatutnya dapat diaplikasikan dengan sempurna untuk kegunaan masa
akan datang.
Seterusnya, bagi rangkap yang kedua, dengan adanya budi bahasa dalam kehidupan
seseorang, ketinggian budi bahasa bangsa dapat ditingkatkan. Hal ini kerana, pemikiran
seseorang memainkan peranan yang sangat tinggi kerana setiap orang mestilah berfikir
4
sebelum membicarakan sesuatu agar bahasa pertuturan yang digunakan dapat digunakan
dengan baik. Menurut Retno Widyastuti (2019), bahasa yang baik datangnya daripada budi
pekerti yang sempurna hasil didikan kedua ibu bapa sejak kecik lagi. Oleh itu dengan adanya
budi dalam diri seseorang, maka sesuatu bangsa akan dikenali oleh sebab bahasanya yang
menarik perhatian ramai.
Tambahan pula, merujuk kepada rangkap ketiga iaitu “berguru kepalang ajar, bagai
bunga kembang tak jadi” membawa maksud jika seseorang itu tidak menuntut ilmu dengan
sempurna, maka tiadalah hasil daripada proses pembelajarannya. Pemikiran dan akal budi
yang dilakukan melalui pembinaan pantun dan kesusasteraan Melayu tradisional dapat
memberikan pengajaran dengan kata-kata yang indah. Hal ini kerana, dengan adanya kata-
kata yang indah dalam sebuah karya penulisan seseorang, mampu meningkatkan minat
masyarakat untuk membaca. Menurut Abdul Halim Ali (2011), sebuah karya sastera perlu
mempunyai nilai keindahan agar terpancar keindahan dalam karya. Hal ini kerana, sebuah
karya sastera yang mempunyai elemen keindahan dapat meingkatkan minat pembaca untuk
membaca.
4.0 Rumusan
Kesimpulannya, sebuah karya sastera perlulah dihargai dan dibaca dengan teliti.
Karya-karya satera di Malaysia haruslah dimartabatkan supaya masyarakat genarasi akan
datang akan meminati karya-karya ini sekali gus dapat menjadi pelapis yang berjaya.
(1094 Patah Perkataan)
5
5.0 RUJUKAN
Al-Fatihah Md Adnan, Normaliza Abd Rahim, (2014). Kritikan Sosial Dalam Filem Melayu
Zombie Kampung Pisang (Social Critism In Malay Film Zombi Kampung Pisang).
Journal Of Business and Social Development , Vol. 2 No. 2, 62-73.
https://jssm.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2014/11/7.pdf
Abdul Halim Ali, (2011). Konsep Keindahan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional.
Pendeta: Jurnal Bahasa, Pendidikan, dan Sastera Melayu, 99-117.
http://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1109/794
Junaini Kasdan, Julaina Nopiah, (2021). Padi dalam Peribahasa Melayu: Analisis
Semantik Inkuisitif. International Journal of The Malay World and Civilisation , 59-
72. http://journalarticle.ukm.my/16204/1/jatma-2021-0901-06.pdf
Junaini Kasdan, (2020). Penciptaan Istilah Dan Akal Budi Melayu (Terminological
Coinage and The Malay Mind). International Journal Of The Malay World And
Civilisation, 3-16. https://www.ukm.my/jatma/wp-content/uploads/makalah/jatma-
2020-0801-01.pdf
Madiawati Mamat @ Mustaffa, Arbaie Sujud, (2009). Transformasi Medium Dari Tradisi
Lisan, Teks, Dan Reka Bentuk Multimedia Dalam Cerita Unggas ( Transformation
Of Medium From Oral Tradition To Text And Multimedia In Unggas Tales). Jurnal
Pengajian Melayu, Jilid 20.
https://ajap.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9679/6828
Muhd Norizam Jamian, Shaiful Bahri Md Radzi,(2015). Kesusasteraan Melayu
Tradisional Sebagai Wadah Komunikasi Massa: Suatu Analisis. Jurnal
Komunikasi (Malaysian Journal Of Communication), 183-194.
http://journalarticle.ukm.my/10011/1/V31_2_12.pdf
Retno Widyastuti, (2019). Kebaikan Akhlak dan Budi Pekerti.
Syahida Nadia Zakaria, (2015). Kesan Pendekatan Konstruktivisme Dan Pendekatan
Tradisional Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Sastera Bahasa
Melayu (The Effectiveness Of Constructivist Approach and Traditional Approach
in Teaching and Learning on Malay Language Literature Compo. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, Vol. 5, Bil. 2, 12-21.
https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/93
6