The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adyanisyamimi, 2021-09-24 03:18:49

KANAK-KANAK PINTAR

KANAK-KANAK PINTAR

KANAK-KANAK
PINTAR

Ditulis oleh:
SYAMIMI ADYANI BINTI MOHD NAZRI

SAHSIAH DAN BIMBINGAN Disediakan oleh:
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
SYAMIMI ADYANI BINTI MOHD NAZRI
AAK2093
PID20075
SEMESTAR 1 SESI 2021/2022 DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK SECARA ISLAMIK

Disediakan untuk:

PUAN FAIZAN BINTI GAYUH

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA
1 Kata pengarang
2 Pengenalan
3 Tingkah laku kanak-kanak pintar
4 Ciri-ciri kanak-kanak pintar
5 Faktor yang menyebabkan kanak-kanak pintar berlaku
6 Kaedah dan Teknik dalam mengurus kanak-kanak pintar
7 Unsur islamik tentang kanak-kanak pintar
8 Contoh kanak-kanak pintar
9 Penutup
10 Rujukan

Kata pengarang

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad

SAW, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

Dengan rasa syukur dipanjatkan kepada Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat-Nya saya dapat
membuat buku digital yang ringkas ini. Buku digital ini dibuat secara ringkas dan mudah difahami untuk
memberi panduan dan pembelajaran kepada orang ramai yang ingin mengenali dengan lebih faham tentang

surah Kanak-Kanak Pintar.

Walaupun buku digital ini ringkas, akan tetapi sekurang-kurangnya ia dapat memberi sumbangan ke arah
pemahaman yang lebih jelas tentang Kanak-Kanak Pintar kepada masyarakat terutama sekali ibubapa agar

dapat mengenali dapat mendidik anak-anak mereka.

Menuntut ilmu biarlah hingga ke negara China. Jadi marilah kita bersama-sama menuntut ilmu walaupun
hanya sebesar zarah.

Harapan saya agar kehadiran buku digital ini dapat dijadikan sebagai buku tambahan di dalam setiap gajet
yang dimiliki oleh setiap individu.

Sekian. Wabillahi Taufiq Wahidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

KANAK-KANAK
PINTAR

MAKSUD KANAK-KANAK PINTAR

❖Kamus Dewan (2007) mentakrifkan pintar sebagai cekap,
pandai, banyak akal, cerdik, licin, mahir dalam membuat
sesuatu pekerjaan.

❖Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakannya mempunyai
potensi yang tinggi dalam perkembangan dan pertumbuhan
jika dibandingkan dengan seseorang yang normal.

❖Pintar cerdas seringkali dikaitkan dengan seseorang yang
mempunyai Intellectual Quotient(IQ) yang tinggi iaitu
berada pada tahap IQ 130 dan ke atas.

Kanak-kanak pintar
merupakan tingkah laku

positif

Pintar atau smart merujuk kepada sesuatu tingkah laku yang bijak dan cerdik sifatnya.
Tingkahlaku itu membuktikan kecekapan berfikir si pelakunya. Individu ini menurut
mempunyai kecerdasan. Kecerdasan ini boleh dikatakan sebagai

kemampuan seseorang untuk menaakul, menyelesaikan masalah, menggunakan bahasa
dan mempelajari sesuatu. Kanak-kanak pintar dan berbakat ini mempunyai keupayaan
yang lebih dalam beberapa aspek seperti keupayaan kognitif atau kesenian berbanding

dengan rakan sebaya mereka. Kanak-kanak pintar dan berbakat juga
mempunyai kemampuan linguistik. Hal ini meliputi pemikiran yang logikal, analitikal dan
tersusun. Pelajar pintar dan berbakat juga dikatakan minat kepada permainan bahasa,

menulis dan bercakap. Mereka juga sensitif terhadap susunan serta kehalusan
berbahasa, mempunyai perbendaharaan kata yang banyak, pandai dalam ejaan, boleh

menghafal dan mempelajari sesuatu perkara.

CIRI-CIRI
KANAK-KANAK

PINTAR

CIRI-CIRI

1) Keinginan untuk tahu yang 3) Mungkin dapat 2) Menerima informasi
tinggi membaca lebih awal dengan pantas
- Kebanyakkannya dapat
- Ingin mengetahui semua hal membaca sebelum umur - Selalu diandaikan seperti
seperti objek, idea, keadaan span iaitu menyerap segala
situasi atau sesuatu acara. 5 tahun. maklumat dengan cepat dan

4) Tatabahasa yang tinggi banyak.
- Memiliki penggunaan
tatabahasa yang canggih 5) Suka bertanya dengan
serta banyak dan suka lebih teliti

guna perkataan yang baru - Kebolehan untuk
dan unik. mencipta teori baru
terhadap sesuatu benda

yang berlaku

CIRI-CIRI

6) Pengamatan yang tinggi 7) Mempunyai minat yang mendalam
- Menyedari sesuatu dengan lebih - Akan lebih fokus kepada sesuatu
teliti berbanding kanak-kanak yang perkara yang diminati dalam jangka
sebaya dengannya yang mungkin akan
masa sebulan atau mungkin setahun
terlepas pandang. serta akan menjadi terlalu minat
dalam hal tersebut.

7) Ingatan yang tinggi 9) Tahap penumpuan yang lama
- Selalu dikatakan mempunyai ruang - Berbanding kanak-kanak normal,
simpanan memori yang luas untuk mereka ini dapat memberi tumpuan

pelbagai topik serta mampu yang lebih lama dalam sesuatu
mengingati semula dengan cepat. perkara kecuali aktiviti tersebut tidak

menggunakan daya pemikiran.

CIRI-CIRI

10) Kerap membaca serta 11) Kebolehan menyelesaikan
meluas masalah

- Suka membaca bacaan yang - Mampu menyelesaikan masalah
meluas dan pelbagai subjek sukar untuk ditafsirkan serta
serta membaca dengan pantas.
memiliki kemahiran berfikir yang
13) Sangat teliti dan 12) Sangat menitikberatkan tinggi.
mementingkan kesempurnaan hal-hal keadilan
14) Minat dalam falsafah dan
- Tidak suka melakukan - Sangat teliti dalam hal-hal betul isu-isu sosial
kesilapan dan mudah kecewa atau salah bukan sahaja untuk diri
apabila sesuatu tidak dapat - Sebagai contoh, perjalanan
dilakukan dengan sempurna. sendiri malah untuk orang lain. galaksi, masalah-masalah berkaitan
populasi dunia, isu-isu alam sekitar.

CIRI-CIRI

15) Keupayaan imaginasi yang tinggi
- Mampu untuk membayangkan sesuatu samaada
baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang

bagus serta boleh menyatakan segala
kebimbangannya.

16) Bersemangat dan bertenaga
- Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya

mereka tetapi mereka masih mampu dan
mempunyai tenaga untuk meneruskan kehidupan

seharian.

CIRI-CIRI

17) Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
- Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi
boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari
terbenam ataupun mendengar lagu serta sanggup untuk

berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap
haiwan.

18) Pandai berjenaka
- Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan
melakukan jenaka yang mana rakan-rakan

sebayanya langsung tidak memahami.

FAKTOR YANG
MENYEBABKAN
KANAK-KANAK
PINTAR BERLAKU

FAKTOR-FAKTOR

1) GENETIK KECERDASAN 2) PERSEKITARAN
- Diperturunkan daripada ahli - Persekitaran seseorang mampu untuk
keluarga yang bijak pandai.
mempengaruhi dan merangsang minda
kanak-kanak pintar.

- Sebagai contoh, kanak-kanak
mempunyai kawan yang bijak
disekeliling mereka

Maksud perkataan 3) INTERAKTIF PUNCA KECERDASAN 4) FAKTOR LINGKUNGAN
manifestasikan: - Kecerdasan adalah hasil daripada - Perkembangan otak sangat

- melahirkan, interaksi di antara genetic dan dipengaruhi oleh gizi yang
memperlihatkan, persekitaran. dikonsumsi.

menunjukkan, - Genetik dikatakan potensi intelektual - Selain gizi, rangsangan yang
menjadikan nyata seseorang itu. bersifat kognitif emosional dari
lingkungan juga memegang
- Persekitaran pula akan menentukan peranan yang amat penting.
sejauh mana potensi itu dapat di
manifestasikan.

KAEDAH DAN TEKNIK
DALAM MENGURUS
KANAK-KANAK
PINTAR

KAEDAH MENGURUS KANAK-KANAK PINTAR

1) Ibu bapa perlu melakukan aktiviti riadah dan 2) Jangan desak anak-anak
rekreasi kepada anak-anak pintar agar seimbang untuk belajar berterusan.

dengan waktu pelajaran mereka.

3) Mendorong anak untuk menjadi seorang yang suka meneroka secara terus-menerus
bagi membantu mereka mencuba sesuatu yang baru dan menjadikan kesalahan
sebagai pengalaman semasa belajar sebagai satu kejayaan.

KAEDAH MENGURUS KANAK-KANAK PINTAR

4) Jika anak-anak berjaya melakukan sesuatu dengan 5) Memberikan peluang yang aman bagi anak anda
betul, beri pujian, manakala jika mereka melakukan untuk 'gagal' dari masa ke masa.

kesilapan tegur secara baik.

6) Jangan terlalu memberi keistimewaan kepada kanak-kanak
pintar cerdas dan kenakan denda jika mereka melakukan
kesilapan.

KAEDAH MENGURUS KANAK-KANAK PINTAR

7) Penglibatan dalam pelbagai aktiviti kompetitif dapat 8) Komitmen berperingkat tetapi terus cuba pengalaman
membantu anak-anak belajar untuk menghadapi baru (makanan baru, teman baru, tempat baru untuk
persaingan dengan cara yang lebih santai. melawat atau kemahiran baru).

9) Ibu bapa perlulah menjadi model yang baik. Biarkan anak melihat anda gagal dan bangkit
kembali. Ini bagi menunjukkan bahawa anda mempunyai batas anda sendiri dan
menumpukan pada kekuatan anda.

Program Pendidikan Kanak-kanak Pintar

1) Aktiviti pendedahan. Ini bermaksud kurikulum Program ini menentukan bahawa
- Murid diberi kebebasan atau yang diajar kepada kanak- kanak-kanak dalam kategori pintar
ruang untuk mempelajari bidang cerdas ini dikumpulkan dalam satu
yang diminati. Satu sudut yang kanak pintar cerdas itu
lengkap dengan pelbagai bahan dihabiskandengan cepat. kelas dan diberi bimbingan yang
pengayaan disediakan di bilik Ada beberapa cara untuk sesuai oleh guru yangterlatih.
melaksanakan program ini Program pengelompokan ini
darjah. seperti kanak-kanak yang
2) Latihan berkelompok. lebih muda memasuki tahun memerlukan satu penilaian yang
- Ini merupakan program latihan standard untukmenentukan tahap
bagi meluaskan skim pemikiran satu persekolahan, kanak-kanak pintar cerdas. Langkah
kanak-kanak. Antara aktiviti melangkaui kelas dan banyak
latihan ini termasuklah pemikiran ini juga dapat memberi peluang
kritis dan penyelesaian masalah. lagi. kepada kanak-kanak pintar cerdas

PROGRAM PROGRAM untuk menikmati pembelajaran
PERCEPATAN yang lebih sempurna.
PENGAYAAN
PROGRAM
PENGELOMPOKAN

UNSUR ISLAMIK
TENTANG

KANAK-KANAK
PINTAR

Hadis

Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang cerdas adalah yang menekan
nafsunya dan beramal untuk kehidupan setelah kematian, sedangkan
orang dungu adalah yang mengikuti hawa nafsunya dan mengangankan

kepada Allah berbagai angan-angan."
(Hadits diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, nomor 2459)

‫ َو َم ْن أَ َرا َد مُ َما فَعَلَ ْي ِه ب ِال ِع ْل ِم‬،‫ َو َم ْن أَ َرا َد الآ ِخ َر َه فَعَ َل ْي ِه ِبا ْل ِع ْل ِم‬،‫َم ْن أَ َرا َد ال ُّد ْن َيا فَ َع َل ْي ِه ِباْل ِع ْل ِم‬

"Barangsiapa yang hendak menginginkan dunia, maka hendaklah ia menguasai
ilmu. Barangsiapa menginginkan akhirat, hendaklah ia menguasai ilmu. Dan
barang siapa yang menginginkan keduanya (dunia dan akhirat), hendaklah ia
menguasai ilmu." (HR. Ahmad)

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Kemudian kedua orang
tunyalah yang akan menjadikan anak itu menjadi Yahudi, Nasrani, atau Majusi

sebagaimana binatang ternak yang melahirkan binatang ternak dengan
sempurna. Apakah kalian melihat ada cacat padanya?” (HR. Bukhari)

Kesungguhan Imam al-Syafie
Dalam Menuntut Ilmu

Sejak kecil Imam Syafie telah menunjukkan kesungguhan dan
minatnya yang tinggi dalam menuntut ilmu pengetahuan.
Beliau mempunyai kecerdikan, kepintaran dan kecerdasan
yang begitu tinggi. Beliau telah menghafal al-Quran ketika
berusia tujuh tahun dan menghafal kitab Muwatta’ karya
Imam Malik dalam masa sembilan hari.

CONTOH
KANAK-KANAK

PINTAR

Umur 3 tahun,
kanak-kanak
‘genius’ Malaysia
jadi antara individu
termuda di dunia
diterima masuk ke
Mensa.

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/01/
18/haryz-pintar-malaysia-mensa

PENUTUP

Kanak-kanak pintar adalah satu anugerah yang diberikan oleh Allah
kepada makhluk-Nya. Peranan ibu bapa, pendidik, dan masyarakat amat
diperlukan untuk membentuk kanak-kanak pintar ini menjadi satu aset yang paling
berharga dalam masyarakat. Kepintaran dan kecerdasan kanak-kanak ini bukan
hanya dibangunkan dari aspek intelek semata-mata malah pembangunan akhlak
amatlah dipentingkan. Tidak hairan kepada kita sekiranya ada kanak-kanak pintar
cerdas ini yang hanya menjadi penjual rokok di tepi jalan atau penebar roti canai
kerana masalah kemiskinan atau mungkin disebabkan oleh ketidak prihatinan
masyarakat pada kebolehan yang ada pada kanak-kanak tadi. Intervensi perlulah
dibangunkan bagi mengatasi masalah tingkah laku negatif dalam kalangan kanak-
kanak pintar. Kita mestilah mengambil berat tentang tingkah laku unik yang
diamalkan oleh kanak-kanak pintar di rumah, di sekolah dan semasa pergaulan
dengan rakan.

RUJUKAN

1) Abdul Wadud Kasful Humam (15 September 2018). Kecerdasan Ali bin Abi Thalib yang Memukau.
Dimuat turun daripada https://islami.co/kecerdasan-ali-bin-abi-thalib-yang-memukau/

2) Emma Cortez (3 November 2014). Pintar Cerdas, Berbakat & Kreatif (KBC3013 ). Dimuat turun
daripada https://www.slideserve.com/emma-cortez/pintar-cerdas-berbakat-kreatif-kbc3013

3) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2017. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian
Pelajaran Malaysia

4) Mariati binti Mokhtar, Mazliza binti Mohtar (Januari 2018). Penguasaan Bahasa Melayu Pelajar
Pintar Dan Berbakat: Analisis Ungkapan Indah Dalam Penulisan Karangan. Dimuat turun daripada
http://www.gbse.com.my/v4no10JANUARY2018/Paper-149-.pdf

5) Md Jais Ismail, Hawa Aqilah Hamuzan & Nurul Hafizah Maarof (2021). Meneroka Tingkah Laku Unik
Pelajar Pintar Cerdas Berbakat Akademik. Dimuat turun daripada http://www.e-
journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/mjli2021.18.2.11/3329

6) MStar (Sabtu, 18 Januari 2020). Umur 3 tahun, kanak-kanak ‘genius’ Malaysia jadi antara individu
termuda di dunia diterima masuk ke Mensa. Dimuat turun daripada
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/01/18/haryz-pintar-malaysia-mensa

RUJUKAN

7) Psikologi Pendidikan Dan Pembangunan (September 24, 2021). Anak-Anak Genius: Apa Yang Mereka Ada, Ciri-
Ciri Mereka, Dan Contoh-Contohnya. Dimuat turun daripada https://ms.yestherapyhelps.com/genius-children-
what-they-are-what-their-characteristics-are-and-examples-15484

8) Ra`baniah Nor Hamdan (14 Disember 2014). Ciri ciri anak pintar cerdas. Dimuat turun daripada
https://www.slideshare.net/RabaniahNorHamdan/ciri-ciri-anak-pintar-cerdas

9) Sobih AW Adnan (02/05/2020). 10 Hadis Tentang Pendidikan. Dimuat turun daripada
https://m.oase.id/read/qW0mVR-10-hadis-tentang-pendidikan

10) TheInspirasi (24 Februari 2020). Kisah Kesungguhan Imam Syafie Dalam Menuntut Ilmu dan Cara Beliau
Beradab Terhadap Guru. Dimuat turun daripada https://theinspirasi.my/kisah-kesungguhan-imam-syafie-dalam-
menuntut-ilmu/

11) Tim Hikmah detikcom (Isnin, 18 Mei 2020). Arti Orang Cerdas Menurut Rasulullah SAW. detikNews. Dimuat
turun daripada https://news.detik.com/infografis/d-5018769/arti-orang-cerdas-menurut-rasulullah-saw

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version