SEMESTER 1 SESI 2022/2023 (A221)
NAMA: ZULKEFLI BIN IBRAHIM
NOMBOR MATRIK: 292187
KOD KURSUS: PENGANTAR PENULISAN (KUMPULAN F)
KOD PROGRAM: SBLM1023
PENSYARAH: DR. MELOR FAUZITA BINTI MD. YUSOFF
TUGASAN 1: BUKU CERITA KANAK-KANAK
TEMA: KESETIAAN
TAJUK: COMOT YANG SETIA
ZULKEFLI BIN IBRAHIM (292187)
Cerita ini bermula dengan seekor kucing
jalanan yang biasa berwarna hitam dan
bukan dari baka kucing yang berkualiti dan
mahal seperti kucing Parsi, Ragdoll dan
British Shorthair.
Apalah nasib aku ni… Aku
kucing jalanan... Semua
orang tak suka aku.
Kucing itu merayau-rayau untuk mencari
makanan. Setiap hari kucing itu akan mencari
makanan di dalam tong sampah. Makanan
Playtime!
yang dimakan olehnya adalah sisa makanan
yang berlebihan yang di buang dari kedai
makan atau di kawasan perumahan.
Pada suatu hari, kucing itu merayau-rayau seperti kebiasaannya. Dia
ingin menyeberangi jalan. Semasa dia sedang melintas, tiba-tiba
sebuah kereta yang dipandu laju melanggar kucing tersebut.
“MEOWW!!!” jerit kucing itu yang dalam kesakitan. Bahagian
belakang kucing itu telah digilis oleh kereta itu. Kereta tersebut tidak
menghiraukannya dan meneruskan perjalanan. Kucing itu
mengalami kecederaan yang teruk di bahagian belakangnya. Namun
kucing itu tetap berusaha untuk menyeberang jalan supaya tidak
dilanggar lagi oleh kenderaan lain.
Kesiannya kucing Ehh!!! Kenapa
tu. dengan kucing tu
Apalah nasib kucing
jalanan macam aku
ni... sudah jatuh
ditimpa tangga pula.
Kucing yang kesakitan itu berehat di perhentian
bas yang terdapat di kawasan tersebut. Orang
ramai yang lalu di situ hanya melihat sahaja
kucing yang dalam kesakitan itu. Mereka
menganggap itu perkara biasa untuk haiwan
jalanan seperti kucing tersebut.
Tidak lama selepas kejadian itu, sebuah bas berhenti di perhentian itu
untuk menurunkan penumpang. Turun seorang lelaki yang berbaju
kemas. Dia adalah Amirul. Amirul merupakan seorang professor dalam
bidang perubatan dari Universiti Sains Antarabangsa. Dia merupakan
pensyarah bagi mereka yang mengambil KursPulsayKteidmoketo!ran di
universiti tersebut. Walaupun amirul mempunyai kerjaya yang hebat
namun dia sering menaiki kenderaan awam seperti bas untuk ke tempat
kerjanya. Baginya, dia ingin mengurangkan pengunaan kenderaan bagi
mengelakkan alam sekitar daripada terus tercemar dengan asap
kenderaan.
Siapalah yang
langgar dan buat
kau macam ini?
Amirul yang sedang turun dari bas
ternampak kucing yang lemah dan dipenuhi
darah akibat dilanggar itu. Dia terus
mengambil kucing itu dan membawanya
pulang ke rumah yang tidak jauh daripada
perhentian itu untuk dirawat.
Entahlah ibu... Saya jumpa Ehh!!! Kenapa
dia dekat perhentian bas dengan kucing tu?
semasa pulang tadi.. Saya
nak cuba merawatnya ibu.
Setelah tiba di rumahnya, Puan Aliya yang merupakan ibu kepada
Amirul terkejut melihat keadaan kucing yang dibawa pulang oleh
anaknya. Dengan ilmu yang dimilikinya, Amirul pun merawat kucing
tersebut. Malang tidak berbau. Setelah dirawat oleh Amirul, kucing
itu yang sebelum ini sempurna kini menjadi kucing cacat. Tulang kaki
bahagian belakangnya telah retak. Kini kucing itu tidak dapat berjalan
dengan betul dan sering terjatuh apabila berdiri. Namun nasibnya
menjadi lebih baik apabila Amirul yang mula sayangkannya telah
mengambil keputusan untuk memelihara dan menjaganya. Amirul
menamakan kucing itu sebagai Comot.
Comot sering mengekori Amirul ke mana sahaja Amirul
pergi. Hinggakan Comot gemar mengekori Amirul
sehingga ke luar rumah semasa hendak pergi ke kerja. la
berlaku pada setiap hari sebelum tuanPnylaa ybteimraneg!kat
menuju ke perhentian bas untuk ke tempat kerja. Begitu
juga sekembalinya amirul selepas habis waktu bekerja.
Kucing itu pasti akan tercegat di hadapan pintu pagar
rumah, menunggu kepulangan tuannya.
Manalah tuan aku
ni?
Namun setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Pada suatu hari,
sesuatu yang buruk telah menimpa Amirul. Bas yang dinaikinya
sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja terlibat dalam
kemalangan. Amirul telah disahkan meninggal dunia. Difahamkan,
kematiannya disebabkan oleh pendarahan yang serius di bahagian
kepala.
Pada hari yang sama, Comot seperti biasa menunggu kepulangan
amirul. Akan tetapi, kelibat tuannya masih tidak kelihatan
menyebabkan kucing tersebut terus menunggu di hadapan pintu
pagar rumah itu.
Makanlah sikit comot...
Sudah banyak hari
kamu tak makan ni.
Walaupun sudah tiga hari berlalu, haiwan jinak tersebut masih
setia berada di hadapan pintu pagar berkenaan menanti
kepulangan Amirul. Selama tempoh itu juga, Comot tidak
menjamah sebarang makanan kerana terlalu merindui tuannya
yang tidak kunjung tiba. Hari berganti hari, namun Comot sama
sekali tidak berganjak meskipun berpanas terik dan basah dek
hujan semata-semata setia menunggu kepulangan Amirul.
Keadaanya juga dilihat semakin tidak terurus. Puan Aliya mulai
risau akan keadaan Comot dan cuba untuk memberinya makan.
Ehh!!! Tuan dah
pulang la!!!
Setelah dua minggu menunggu, sinar harapan telah kembali
buat Comot apabila Aiman iaitu adik kembar kepada
Amirul pulang ke rumah. Aiman merupakan seorang
pengawai tentera yang dihantar untuk misPi lkaeytetnimtereaa!n.
Melihat muka Aiman yang mirip dengan Amirul, Comot
menyangkakan bahawa Aiman adalah tuannya. Comot
yang amat rindu kepada tuannya mula mendekati Aiman.
Dah kenapa dengan
kucing ini!
Aiman yang melihat keaadan Comot yang cacat kerana tidak
mampu untuk berjalan atau berdiri dengan betul
menyebabkan dia tidak suka kepada kucing itu. Aiman selalu
menjauhi Comot apabila Comot cuba untuk mendekatinya.
Sebanyak mana Aiman menjauh dari Comot, sebanyak itu
jugalah Comot tidak pernah berputus asa untuk mendekati
Aiman.
Kenapa kucing ini
sentiasa berusaha
mendekati aku?
Aiman yang melihat Comot yang tetap
berusaha untuk bermainnya dengannya
walaupun terpaksa menaiki tangga untuk ke
biliknya. Aiman terfikir kenapa kucing ini
sentiasa berusaha mendekatinya. Aiman pun
bertanya kepada Puan Aliya.
Mungkin dia menganggap kau Walaupun comot adalah
sebagai amirul. Jadi apa salahnya seekor jalanan yang cacat
kau menggantikan tempat amirul namun kesetiaanya kepada
dan menjadi tuannya. tuannya tidak ternilai.
Puan Aliya pun menceritakan kepada Aiman
tentang asal usul Comot dan kesetiaannya kepada
abangnya. Daripada apa yang dicerPitlaakyatnimoel!eh
ibunya, Aiman mula mengubah perasaannya
terhadap Comot. Pada ketika itulah timbulnya rasa
sayang Aiman kepada Comot.
Begitu hebatnya nilai kesetiaan Comot kepada tuannya.
Walaupun ditolak oleh Aiman pada awalnya, namun dia
tetap berusaha untuk mendekati dan ingin bermain bersama
Aiman. Disebabkan inilah timbulnya rasa sayang Aiman
kepada Comot. Dan kini Aiman pula yang menjadi tuan baru
kepada Comot menggantikan tempat Amirul. Dia
menjaganya dengan penuh kasih sayang dan Comot
membalasnya dengan nilai kesetian yang tinggi kepada tuan.
TAMAT!