DEWAN SRI SELESA 30 JUN 2024/AHAD/10:30AM SK TAMAN SELESA JAYA
AGENDA 1. SETITIS TINTA PENYEMAI KASIH 2. JAWATANKUASA PELAKSANA 3. TENTATIF PROGRAM 4. SENARAI AJK PIBG 2022/2024 5. NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG PIBG 5. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-28 6. LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 7. LAPORAN KEWANGAN 8. PENGHARGAAN Kandungan
KATA ALU-ALUAN GURU BESAR SK TAMAN SELESA JAYA, Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bertemu sekali lagi dalam Mesyuarat Agong PIBG kali ke-28 pada kali ini. Bersyukur juga kerana telah diberikan kesempatan untuk menjalankan tugas demi anak bangsa tercinta. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada barisan guru yang telah berusaha keras bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Setinggi-tinggi perhargaan juga diucapkan kerana YDP PIBG dan barisan jawatankuasanya yang sentiasa berdiri teguh di belakang pengurusan sekolah menjayakan pelbagai program yang dirancang demi memastikan agenda sekolah berjalan lancar. Kehadiran semua ibu bapa pada pagi ini amat kami hargai dan sanjung tinggi kerana kami yakin dan percaya ibu bapa telah melahirkan rasa tanggung jawab mereka demi kejayaan anak-anak. Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak di rumah tidak dapat dinafikan. Sesungguhnya dengan adanya penglibatan aktif ibu bapa , sekolah turut serta mendapat manfaat khususnya dalam meningkatnya motivasi guru-guru melaksanakan pdpc dengan cemerlang. Selain itu masalah disiplin turut berkurangan dan hubungan silaturahim sentiasa terjalin erat. Peranan dan sumbangan setiap ahli masyarakat kepada pihak sekolah dalam aspek kewangan, idea dan tenaga memberi impak yang amat besar. Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada banyak faktor dan salah satu daripadanya ialah penglibatan PIBG yang aktif dalam semua program yang direncana oleh pihak sekolah. Sekali lagi saya berharap agar PIBG terus memainkan peranan aktif tanpa rasa jemu demi memastikan murid-murid terus cemerlang dalam semua bidang yang diceburi. Sekian, terima kasih. (MOHD SHAHRAN BIN YAHYA) Guru Besar SK Taman Selesa Jaya Sekolah Kluster Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia Saya yang benar, Tinta Penyemai Kasih
Program Pengerusi En Mohd Shahran bin Yahya Pengerusi Bersama En Misran bin Sam Naib Pengerusi En Muhamad bin Aziz Pn Nor’ashikin bt Islam En Azrul Fais bin Abdullah Setiausaha En Osman bin Mat Daud Bendahari En Mohd Haziq bin Marhaimi
Program Jamuan Pn Hjh. Zuraidah bt Yassin En Mohd Hishamuddin bin Ismail Pn Norazian bt Jalil Kupon Cabutan Bertuah Pn Saguntalai A/P Subramaniam Pn Thirumalar A/P Selvandran Pn Dewiswari A/P Appalasamy Pn. Nitiya A/P Arugnan Persembahan Murid Pn Jurita bt Osman Pn Nurul Hilda Adila Pn Norashikin bt Islam P.A Sistem En Mohd Haziq bin Marhaimi En Fong Mew Meng En Asmani bin Abdullah Pendaftaran Pn Kaladavi A/P R.Rajagopal Cik Salsabila Pn Reeta Kebersihan En Suardi bin Hadise Pn Ungku Zubaidah bt Ungku Sulaiman Pn Sri Hoiriyah bt Marholan Pn Noranida bt Anuar Dokumentasi Pn Norhafizah Pn Nur Aqilah Kebersihan En Suardi bin Hadise Pn Sri Hoiriyah bt Marholan Bacaan Doa En Muhammad Nur Syamim bin Sohani Juruacara En Muhammad Nur Syamim bin Sohani Pn Siti Khadijah bt Mohd Amin Tempahan Banner En Mohammad Firdaus bin Othman Pentas (Backdrop) & Persiapan Tempat En Muhamad bin Aziz En Azrul Fais bin Abdullah En Mohd Salim bin Mohd Najibuddin En Tamil Arasen A/L Muniandy Farhana bt Yatimin Buku program Osman bin Mat Daud Pn Nur Diana bt Mohd Yusof En Mohammad Firdaus bin Othman Pencatat Mesyuarat Pn Norairan bt Mohd Nordin Pn Saniharyati bt Mohd Saman Hadiah Cabutan Bertuah Pn Hjh Siti Julieana bt Awang Pn Rozelawati bt Jaafar Pn Eni Syariza bt Abdul Karim Pn Suhaila bt Yusof Pn. Farahnoreliani bt Ahmad Pn Nur Afiqah bt Norman Pn Nurul Ayuni bt Idris Jurugambar Cik Nurul Fazlin bt Ramli Keselamatan Pn Nor Marliana bt Omar En Rungarou A/L Kanagan
Program Ketibaan para tamu Pendaftaran Ketibaan Perasmi Bacaan Doa Ucapan Guru Besar Encik Mohd Shahran Bin Yahya Ucapan YDP PIBG SK Taman Selesa Jaya Encik Misran Bin Sam Ucapan Perasmian Encik Muhammad Ridzuan Bin Abd Razak (Pegawai Kawasan Parlimen Iskandar Puteri) Persembahan Murid Mesyuarat Agung Kali Ke-28 Cabutan Bertuah Majlis Bersurai 10.00 pagi 10.30 pagi 12.30 pagi
AJK PIBG SESI 2022 / 2024 OFFICIO ENCIK MOHD SHAHRAN BIN YAHYA YANG DIPERTUA ENCIK MISRAN BIN SAM NAIB YANG DIPERTUA ENCIK AMINUDIN WAHI BIN WAHAB SETIAUSAHA ENCIK OSMAN BIN MAT DAUD BENDAHARI ENCIK MUHAMMAD HAZIQ BIN MARHAIMI AJK GURU PN HJH SITI JULIEANA BINTI AWANG FONG MEW MENG MUGILAN A/L THAGAM KALADAVI A/P R.RAJAGOPAL AJK IBU BAPA PUAN SITI NURHANA PUAN ROHANI BT. YUSOFF PUAN NORMAH BINTI MOHD ALIF PUAN ZAMRAH BINTI MOHAMMAD ENCIK LINGGESHWARAN GUNASAKARAN ENCIK ZAINAL ABU BAKAR PUAN NORLIZA BINTI MOHAMMAD SHAPARI JURU AUDIT IBU BAPA : PUAN FRISCILLA MARIA A/P PHILIPALOYSIUS GURU : ENCIK ASMANI BIN ABDULLAH PEMEGANG AMANAH ENCIK MOHD SAHRIZA
Rujukan Kami : JBA1072/100-13/1/4(1) Tarikh : 23 Jun 2024 Ibu Bapa Dan Penjaga Murid-Murid SK Taman Selesa Jaya, Skudai, Johor Bahru Tuan/ Puan, NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-28 TAHUN 2024 Berhubung perkara di atas, tuan/ puan dijemput menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kali ke-28 mengikut ketetapan berikut: Tarikh : 30 Jun 2024 Hari : Ahad Masa : 10:30pagi Tempat : Dewan Sri Selesa, SK Taman Selesa Jaya 2. Berikut adalah agenda mesyuarat: 2.1 Ucapan Pengerusi 2.2 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 2.3 Membentang dan menerima laporan aktiviti PIBG bagi tahun 2023/2024 2.4 Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada Jun 2024 2.5 Ucapan Penangguhan 2.6 Hal-hal Lain Sekian, terima kasih. “MASYARAKAT MEMBINA SEKOLAH, SEKOLAH MEMBINA MASYARAKAT” Saya yang menurut perintah (MISRAN BIN SAM) Yang DiPertua PIBG Sesi 2022/2024 SK Taman Selesa Jaya PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK TAMAN SELESA JAYA JALAN SILAT CEKAK 1, TAMAN SELESA JAYA 81300 SKUDAI JOHOR BAHRU, JOHOR Email : [email protected] PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK TAMAN SELESA JAYA JALAN SILAT CEKAK 1, TAMAN SELESA JAYA 81300 SKUDAI JOHOR BAHRU, JOHOR Email : [email protected]
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SELESA JAYA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 27 Tarikh & Hari : 25 Jun 2023/ Ahad Masa : 08:00 pagi hingga 12:30 tengah hari Tempat : Dewan Sri SK Tmn Selesa Jaya Pengerusi : Misran Bin Sam Kehadiran : 150 orang PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Misran Bin Sam mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru kerana hadir ke mesyuarat agung kali ke 27 pada tahun ini. 1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru kerana berjaya meningkatkan pencapaian akademik dan kemenjadian murid-murid. UCAPAN GURU BESAR 2.1 Guru besar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir pada mesyuarat kali ini. Khususnya kepada YDP, NYDP dan semua ajk kerana kehadiran. 2.2 Syukur kerana mesyuarat dapat diadakan pada hari Ahad. Kehadiran adalah memberangsangkan walaupun hari bekerja. 2.3 Beliau mengucapkan terima kasih atas komitmen semua kerana banyak membantu sekolah khususnya dalam akademik dan aktiviti yang dijalankan. 2.4 Beliau menasihati semua ibu bapa agar membuat aduan mengikut proses/ saluran yang betul. Jika ada sebarang masalah, ibu bapa boleh datang ke sekolah dan berbincang dengan pihak pentadbir. Elakkan membuat aduan atau hebahan terus ke PPD mahupun melalui media massa khususnya Facebook. 2.5 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang hadiah cabutan bertuah. MEMBENTANG MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 26 3.1 YDP mempersilakan En Osman selaku setiausaha pibg untuk membentangkan minit mesyuarat agung pibg kali ke 26 sesi 2022. 3.2 En Osman selaku setiausaha pibg membentangkan minit mesyuarat lepas. 3.3 Puan Norimah Binti Mohd mencadangkan agar minit mesyuarat kali ke 26 disahkan. Disokong oleh Puan Ramlah Binti Mohd .
MEMBENTANG LAPORAN AKTIVITI PIBG 2022/2023 4.1 YDP mempersilakan setiausaha sekali lagi untuk membentangkan laporan aktiviti PIBG bagi sesi 2022/2023. 4.2 En Osman selaku setiausaha membentangkan laporan aktiviti PIBG sepanjang tahun 2022/2023. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG KALI KE 26 5.1 YDP mempersilakan En Muhammad Haziq bin Marhaimi, bendahari PIBG sesi 2022/2023 untuk membentangkan penyata kewangan. 5.2 En Muhammad Haziq bin Marhaimi membentangkan penyata kewangan PIBG yang berakhir pada 12.6.2023. 5.3 Puan Siti Nor Hana Binti Abu Hassan mencadangkan agar penyata tersebut disahkan dan mendapat sokongan En Zainal Bin Abu Bakar HAL-HAL LAIN 6.1 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada barisan jawatan kuasa PIBG yang baharu. Beliau mengharapkan agar kerjasama yang erat seperti sesi lepas akan dapat diteruskan. 6.2 Akhir sekali guru besar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir pada mesyuarat kali ini. PENUTUP 7.1 YDP menangguhkan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 27 pada pukul 12.30 tengah hari. . Disediakan oleh : …………………………………………………. (OSMAN BIN MAT DAUD) SETIAUSAHA PIBG SESI 2022 / 2024 SK TAMAN SELESA JAYA TARIKH :1 JULAI 2023 Disemak Oleh : ........................................ (MISRAN BIN SAM) YANG DIPERTUA PIBG SESI 2022 / 2024 SK TAMAN SELESA JAYA TARIKH:1 JULAI 2023 Disaksikan oleh : …………………………………………………. (AMINUDDIN WAHI BIN WAHAB) NAIB YDP PIBG SESI 2022/ 2024 SK TAMAN SELESA JAYA TARIKH :1 JULAI 2023 Disaksikan Oleh : ……………………………………………… (MUHAMMAD HAZIQ BIN MARHAIMI) BENDAHARI PIBG SESI 2022 / 2024 SK TAMAN SELESA JAYA TARIKH :1 JULAI 2023
AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2022 / 2024 AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2022 / 2024 MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA Pada sesi 2022/2024 AJK telah bermesyuarat sebanyak dua kali. Masa dan tarikh adalah seperti berikut: 17 Oktober 2023 (Isinin) - 01:00 petang 9 November 2023 (Khamis) - 01:30 petang 24 April 2024 (Rabu) - 01:00 petang 27 Jun 2024 (Khamis) - 01:00 petang AKTIVITI-AKTIVITI MELIBATKAN PIBG 2022/2024 1. Program Gotong Royong PIBG - 17 September 2023 2. Hari Kanak-Kanak - 29 Oktober 2023 3. Hari Sukan Sekolah 2024 - 19 November 2024 4. Majlis Graduasi Tahun 6 - 4 Disember 2023 5. Hari Usahawan SKTSJ 2024 - 28 Januari 2024 6. Majlis Irtar SK Taman Selesa Jaya 2024 7. Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Muda 2024/2025 - 5 May 2024 8. Sambutan Hari Guru - 16 Mei 2024 9. Gotong Royong Perdana - 22 Jun 2024
KEWANGAN PENYATA KEWANGAN PIBG SK TAMAN SELESA JAYA BERMULA 11.06.2023 HINGGA 27.6.2024 BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. TARIKH 1.1.2003 BUTIRAN MASUK BAKI BANK PADA 1.1.2023 BAKI BANK PADA 30.9.2023 GOTONG ROYONG MB JOHOR YURAN 31.12.2023 SUMBANGAN TETUAN JAWATANKUASA YURAN 31.1.2024 YURAN 29.2.2024 BAKI DI TANGAN 27.6.2024 JUMLAH DUIT MASUK JUMLAH (RM) 3704.01 7507.00 5800.00 150.00 200.00 300.00 280.00 900 18841.01
KEWANGAN PENYATA KEWANGAN PIBG SK TAMAN SELESA JAYA BERMULA 11.06.2023 HINGGA 27.6.2024 BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. TARIKH 26.6.2023 26.6.2023 08.07.2023 18.11.2023 30.11.2023 03.01.2024 06.03.2024 24.01.2024 05.05.2024 14.05.2024 BUTIRAN MASUK MESYUARAT PIBG 2023 MSSZ MSSD SUKAN SEKOLAH TAHUN 6 PERSARAAN SIC+ GOTONG ROYONG KELAS MERENTAS DESA MSSD HARI GURU LALAT KOMPOS JUMLAH DUIT KELUAR BAKI AKHIR BAKI DI TANGAN 27.07.2024 BAKI DI BANK 11.6.2023 JUMLAH (RM) 2925.00 299.00 2500.00 270.00 967.00 800.00 4800.00 140.50 1500.00 1000.00 15411.50 3429.51 900.00 2529.51 Disediakan oleh: ............................................................ ............................................. ............................................ ( MUHAMAD HAZIQ BIN MARHAIMI ) t.t t.t BENDAHARI KEHORMAT PIBG 2022/2024 JURU AUDIT 1 JURU AUDIT 2 NORIMAH BT MOHD ALIP ASMANI BIN ABDULLAH
BUDI SELAUT KASIH Ahli Jawatankuasa PIBG dan Pengelola Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Selesa Jaya Kali Ke-28 Dengan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada : En Mohd Shahran Bin Yahya Guru Besar, SK Taman Selesa Jaya En Misran Bin Sam Yang Dipertua PIBG, SK Taman Selesa Jaya AJK PIBG SK Taman Selesa Jaya Guru-guru dan Ibu Bapa Penyumbang hadiah cabutan bertuah Dan orang perseorangan yang turut menjayakan majlis ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.