HOTEL IMPERIAL KUCHING 21-24 OGOS 2023 P E R S I D A N G A N P E N G U R U S A N P E N D I D I K A N P E N G E T U A S E K O L A H M E N E N G A H S A R A W A K P E R S I D A N G A N P E N G U R U S A N P E N D I D I K A N P E N G E T U A S E K O L A H M E N E N G A H S A R A W A K K E "Kepimpinan Berkualiti Merealisasikan Pendidikan Madani" PPP58 1 RESOLUSI PERSIDANGAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH SARAWAK KE-58 oleh Amirudin Dahlan Foto Najib Amri Mengadakan permuafakatan strategik dan memberi sokongan penuh kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk meningkatkan kualiti pendidikan negeri Sarawak. Komitmen ini termasuk mendokong semua usaha, inisiatif dan dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Pembangunan kompetensi dan kapasiti kepimpinan dalam menerajui institusi pendidikan ke arah sekolah yang berkualiti dan kemenjadian murid. Seiring dengan kajian saraan perkhidmatan pendidikan, Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak (PPSMS) mencadangkan pewujudan gred DG56 (KUP) khas untuk pengetua. Memohon elaun pengetua dinaikkan daripada RM300 ke RM1000. Menambah baik kadar peruntukan pelaksanaan aktiviti kokurikulum terutama aktiviti sukan dan permainan di peringkat bahagian, negeri dan kebangsaan. Memastikan elaun perumahan bagi warden dan pengetua yang menduduki kuarters Kerajaan dibayar penuh. Memohon elaun tanggungjawab guru-guru Penolong Kanan dinaikkan daripada RM120 kepada RM500. Memohon elaun untuk Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 dan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas. Lapan resolusi telah dicapai daripada persidangan yang telah dilaksanakan, yang merangkumi: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
YDP PPSMS memulakan kata-kata aluan berkongsi berkenaan pengelola-pengelola bagi siri-siri persidangan yang seterusnya.YDP juga mengucapkan tahniah kepada semua pengetua baharu yang baru dilantik. YDP turut memberikan ucapan untuk pengetua-pengetua yang telah berpencen serta bakal berpencen. Ucapan tahniah juga kepada pengetua yang telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022, pengetua yang telah dilantik sebagai SIP+, pengetua yang telah mendapat Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Negeri Sarawak dan pengetua yang dilantik sebagai Ketua Pejabat Pendidikan Daerah. Pelantikan juruaudit dalaman yang baharu iaitu Puan Haslinda binti Jedi, Pengetua Sekolah Menengah Sains Kuching. "Kepimpinan Berkualiti Merealisasikan Pendidikan Madani" PPP58 2 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PPSMS KE-58 oleh Amirudin Dahlan Foto Najib Amri