21 Ogos 2023 , ISNIN P E R S I D A N G A N P E N G U R U S A N P E N D I D I K A N P E N G E T U A S E K O L A H M E N E N G A H S A R A W A K P E R S I D A N G A N P E N G U R U S A N P E N D I D I K A N P E N G E T U A S E K O L A H M E N E N G A H S A R A W A K K E "Kepimpinan Berkualiti Merealisasikan Pendidikan Madani" PPP58 1 Yang Dipertua Ujai anak Sambau Timbalan Yang Dipertua David Teo Wu Setiausaha Kehormat Sabtuyah binti Chee Timbalan Setiausaha Kehormat Nurul Aleena Ruman binti Abdullah Bendahari Kehormat Chew Kui Hock AJK Dipilih Dayang Laila binti Kahar Julkipli bin Tangah Othman bin Ibrahim Rosli bin Salleh Silvester Alan William Yusri bin Tokis AJK Dilantik Albert anak Dundang Angela Bong Yan Yan Donny bin Dahlan Faidzul bin Ahmad Jarit anak Jarmit Jeffry anak Lias Limok anak Shem Mohd. Amin bin Mohamed Noor Ramlee bin Bee Rechard Emang Suhaimi bin Mohd Mohtar Tan Kok Aun Vincent Liong Shou Chuan 10 & 24 Julai - Selaku pengelola bersama, Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Samarahan, Simunjan dan Serian telah mengadakan beberapa mesyuarat bagi menubuhkan Jawatankuasa Kerja Persidangan Ke-58 tahun 2023 dan pengagihan tugas telah dibuat. Kesemua pengetua bagi ketiga-tiga daerah yang hadir telah membuat perbincangan dan membuat rancangan awal pengelolaan persidangan. Mesyuarat JKK yang pertama telah diadakan pada 10 Julai 2023 di SMK Kota Samarahan bagi memurnikan persediaan persidangan sebelum membentangkan hasil kepada Majlis Tertinggi PPSMS. Pada Mesyuarat JKK bersama Majlis Tertinggi, telah diadakan pada 24 Julai 2023 di Hotel Imperial, Kuching. MAJLIS TERTINGGI PERSIDANGAN PENGETUA SARAWAK KALI KE-58 PERSIAPAN AWAL BAGI MEMASTIKAN KELANCARAN PERSIDANGAN HOTEL IMPERIAL KUCHING 21-24 OGOS 2023
15 & 20 Ogos 2023 - JKK Pengelola telah bermesyuarat dengan MT bagi membuat semakan dan pengesahan bagi setiap pengisian dalam persidangan yang akan dilangsungkan pada 21-24 Ogos di Hotel Imperial, Kuching. Bagi gtarikh 15 Ogos 2023, mesyuarat telah dilaksanakan secara maya manakalah bagi 20 Ogos 2023 dilaksanakan secara bersemuka. HOTEL IMPERIAL KUCHING 21-24 OGOS 2023 Persediaan akhir Persidangan Pengurusan Pendidikan PPSMS Ke-58 Tahun 2023 "Kepimpinan Berkualiti Merealisasikan Pendidikan Madani" PPP58 2 oleh Amirudin Dahlan Mesyuarat bersama MT dan lawatan tapak ke Hotel Imperial 24 Julai 2023 - Mesyuarat bersama MT telah dilaksanakan bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit dalam memastikan kelancaran persidangan yang bakal berlangsung pada 21 hingga 24 Ogos 2023. Mesyuarat pada kali ini diadakan di Hotel Imperial, Kuching yang mana merupakan lokasi persidangan diadakan. Justeru, sekaligus JKK Pengelola telah membuat lawatan tapak dalam memutuskan bilik dan dewan yang bakal digunakan. Lawatan ini telah dibuat bersama pihak hotel yang diketua oleh Pengurus Operasi Imperial Hotel dan JKK Pengelola diketua oleh Cikgu Faizul. Pegawai dari JPNS iaitu Puan Nozi Dino turut hadir bagi memantau persediaaan lokasi untuk persidangan. Hasil daripada mesyuarat tersebut, masih terdapat beberapa hal dan pengisian yang masih belum mendapat kata putus, hal ini akan menyukarkan JKK Urus setia dalam membuat pengisian bagi slot yang kosong. Sepanjang mesyuarat berlangsung, JKK Pengelola memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan kelancaran persidangan ini.
HOTEL IMPERIAL KUCHING 21-24 OGOS 2023 21 Ogos 2023 , ISNIN P E R S I D A N G A N P E N G U R U S A N P E N D I D I K A N P E N G E T U A S E K O L A H M E N E N G A H S A R A W A K P E R S I D A N G A N P E N G U R U S A N P E N D I D I K A N P E N G E T U A S E K O L A H M E N E N G A H S A R A W A K K E "Kepimpinan Berkualiti Merealisasikan Pendidikan Madani" PPP58 1 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN MENJADI KUNCI DALAM KECEMERLANGAN PENTADBIRAN - Puan Khairiah binti Ab Rashid oleh Amirudin Dahlan Isu-isu yang melibatkan perkhidmatan guru-guru perlu dititikberatkan supaya mereka rasa dihargai, tidak tertinggal dalam urusan kenaikan pangkat dan sebagainya. Penceramah mengingat berkenaan urusan tatatertib guru-guru seperti ketidakhadiran, gangguan seksual dan dadah. Ketua jabatan hendaklah mengambil tindakan yang sewajar dan memantau salah laku guru-guru di sekolah serta dalam masa yang sama tidak mendiamkan kes-kes yang berlaku di sekolah bagi menjaga imej dan nama baik sekolah. Bagi guru-guru yang mempunyai masalah disiplin, tatakelakukan (tidak hadir bekerja) perlu diuruskan sebaiknya dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan tidak dibiarkan untuk tempoh yang lama.Selain itu, bagi guruguru yang baharu berkhidmat, ketua jabatan perlu melihat dari sudut kesihatan guru-guru apabila mereka melapor di sekolah. Sesi ini memberikan fokus kepada peranan, tugas dan tanggungjawab ketua jabatan atau pengetua dalam menguruskan hal ehwal sumber manusia dalam merealisasikan matlamat pendidikan negara. Penceramah juga berkongsi berkenaan enam nilai teras MADANI yang menjuruskan kepada aspek kemanusiaan dalam setiap urusan di kementerian. Secara kesimpulannya, ketua jabatan perlu memainkan peranan yang penting serta segera dan teratur dalam mengambil tindakan terhadap isu-isu yang berlaku di sekolah. Urusan salah laku pengawai di bawah seliaan perlu diberikan perhatian serius bagi memastikan imej profesion pendidikan sentiasa terpelihara dan kualiti pendidikan negara terus dimartabatkan.
HOTEL IMPERIAL KUCHING 21-24 OGOS 2023 Seramai 186 orang pengetua dari seluruh Sarawak telah mula mendaftar di Hotel Imperial Kuching sekitar jam 12.00 tengah hari. Kehadiran pengetua-pengetua ini adalah bertujuan menghadiri Persidangan PengetuaPengetua Sekolah Menengah seluruh Sarawak. Sesi pendaftaran telah berlangsung sehingga jam 5 petang dan telah dikendalikan oleh Dr Nasir yang merupakan AJK Bahagian Pendaftaran bagi peserta persidangan ini. Pendaftaran berlangsung dengan baik walaupun menghadapi beberapa kekangan dan pihak penganjur dapat mengawal keadaan tersebut. Pihak Arsea Borneo berkongsi berkenaan produkproduk yang disediakan oleh mereka seperti koleksi buku-buku, smart bell timer, aSc TimeTables, Sistem Kehadiran Biometrik, Visualizer Kelajuan Tinggi, Sistem Pengurusan Pusat Sumber, Portable Power Supply, Digital Library System, 3D Printer, Wireless Presentation System dan Interactive Display. Pihak Yayasan Bank Rakyat bersedia untuk bekerjasama dengan pihak sekolah dalam khidmat bantuan perbankan dan pencegahan jenayah siber. Mereka juga berkongsi berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan oleh pihak bank untuk guru-guru. "Kepimpinan Berkualiti Merealisasikan Pendidikan Madani" PPP58 2 oleh Amirudin Dahlan Pengetua - pengetua Sarawak mula berkampung di Kuching bagi menghadiri Persidangan selama 4 hari. Sekitar majlis pendaftaran peserta Persidangan Pengetuapengetua Sekolah Menengah Sarawak. Slot bersama penaja - Arsea Borneo & Yayasan Bank Rakyat
Pada tahun 2023, seramai 17 orang pengetua baharu telah dilantik untuk menjawat jawatan tersebut. Pelantikan pengetua baharu ini adalah bertujuan untuk mengisi kekosongan tampuk pimpinan di sekolah-sekolah yang kehilangan pemimpin mereka. Hal ini kerana, terdapat sekolah yang kehilangan pemimpin mereka akibat dari bebarapa faktor iaitu bersara awal, bersara wajib mahupun yang telah pergi meninggalkan kita. Slot memperkenalkan pengetua baharu ini dimulakan dengan sesi memperkenalkan diri masingmasing dan menyatakan harapan yang diinginkan sepanjang mereka meneraju pucuk pimpinan di sekolah yang mereka berkhidmat. Slot ini juga memberi ruang kepada pengetua baharu berkenalan dengan pengetua-pengetua lain dalam menjalinkan ukhwah yang lebih erat dalam kalangan pengetua di seluruh Sarawak. Majlis tertinggi mengharapkan agar dengan kehadiran warga baharu pengetua ini yang dilantik akan menjadikan pemangkin semangat kepada seluruh warga pendidik di seluruh Sarawak dalam menjadikan sektor pendidikan bumi kenyalang ini terus terbang tinggi di persada negara mahupun dunia. PPP58 "Kepimpinan Berkualiti Merealisasikan 2 Pendidikan Madani" Sesi perkenalan bersama pengetua-pengetua baharu Barisan pengetua-pengetua baharu pelantikan 2023 sejumlah 17 orang disaksikan oleh Majlis Tertinggi PPPSMS Persidangan ini merupakan salah satu medium untuk mereka menambah pengetahuan dan perkongsian pengalaman bersama-sama pengetua lain yang telah lama menjawat jawatan ini. SENARAI PENGETUA BAHARU JAN-OGOS 2023