HOTEL IMPERIAL KUCHING 21-24 OGOS 2023 Sesi bergambar barisan guru yang berpencen serta bakal berpencen pada tahun ini bersama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan YDP Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak. Hanya enam orang guru yang dapat menghadirkan diri P E R S I D A N G A N P E N G U R U S A N P E N D I D I K A N P E N G E T U A S E K O L A H M E N E N G A H S A R A W A K P E R S I D A N G A N P E N G U R U S A N P E N D I D I K A N P E N G E T U A S E K O L A H M E N E N G A H S A R A W A K K E "Kepimpinan Berkualiti Merealisasikan Pendidikan Madani" PPP58 1 MAJLIS SANJUNGAN BUDI DAN JASAMU DIKENANG - PENGETUA BERSARA SELURUH SARAWAK oleh Amirudin Dahlan Foto Najib Amri Sekitar majlis makan nalam bersama pengetua - pengetua seluruh Sarawak yang disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, YB Datu. Dr. Azhar bin Haji Ahmad Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah kepada Wakil guru yang menyumbang karya dalam 'Bicara Pendidik' Kuching - Sekitar jam 8 malam tadi telah berlangsung Majlis Makan Malam dan Sanjungan Budi dan Jasamu Dikenang bagi meraikan pengetua - pengetua yang telah mahupun bakal bersama pada tahun ini. Majlis ini bertujuan menghargai jasa-jasa mereka yang telah mengerah keringat dalam memimpin institusi pendidikan di sekolah dalam memastikan sekolah yang mereka terajui terus kekal berpotensi dan berdaya saing arus pendidikan negara yabg semakin mencabar ini. Kehilangan mereka adalah satu kehilangan besar dalam institusi pendidikan dan keringat jasa bakti mereka sudah pasti menjadi kenang-kenangan buat warga sekolah mereka.
HOTEL IMPERIAL KUCHING 21-24 OGOS 2023 “Demi Allah, urusan agama ini pasti akan disempurnakan, sehingga nanti seseorang bermusafir dari Sa’aa ke Hadhramaut tidak takut terhadap apa-apapun kecuali Allah, dan serangan serigala ke atas kambingnya; akan tetapi kamu adalah golong yang tergopoh-gapah" (Al-Bukhari). Akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong lahirnya sesuatu perbuatan dengan mudah tanpa pertimbangan dan pemikiran yang mendalam, dilakukan secara sedar, dengan kemahuan sendiri secara berulang-ulang. Salah satu usaha KPM adalah untuk membudayakan akhlak mulia dalam kalangan murid yang seterusnya melahirkan warganegara Malaysia yang berakhlak. Rukun 15 Sepintar ini disusunkan di sekolah tersebut dalam kerangka untuk memenuhi usaha KPM tersebut. Rukun 15 adalah model pembentukan akhlak mulia murid melalui pendekatan bicara kendiri atau self-talk. Pendekatan ini masih kurang dipraktikkan dalam bidang pendidikan, akan tetapi sering diaplikasikan di dalam sukan sebagai satu strategi untuk meningkatkan prestasi atlet. Rukun 15 ini diadaptasikan dengan murid-murid menyebut 15 amalan akhlak mulia (rukun) secara berulang kali dalam sehari. Penceramah menyatakan tempoh 81 hari mampu memperlihatkan perubahan dalam mengadaptasi sesuatu yang baru setiap hari AL-QURAN KAMI HAFAZ SUBUH KAMI MUWAFIQ PERATURAN KAMI PATUH MARKAH KAMI ATAS 80 KOKU KAMI KEBANGSAAN BELAJAR KAMI SABAR BAHASA KAMI EMPAT KELAS KAMI KEMAS CADAR KAMI TEGANG KASUT KAMI SUSUN SAMPAH KAMI KUTIP IBU BAPA KAMI SAYANG GURU KAMI HORMAT SAHABAT KAMI BANTU MASYARAKAT KAMI KHIDMAT RUKUN 15 Sepintar tersebut terdiri daripada: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Kesimpulannya, Rukun 15 terbukti memberi impak positif terhadap akhlak dan disiplin kendiri murid. Rukun kerjanya terdiri daripada dua iaitu yang pertama “ada” dan kedua “bagi sempurna”. "Kepimpinan Berkualiti Merealisasikan Pendidikan Madani" PPP58 2 Inovasi Rukun 15: Pembentukan Akhlak Murid Melalui Pendekatan Bicara Kendiri - Tuan Nor Azam bin Abdullah oleh Amirudin Dahlan Foto Najib Amri Sesi soal jawab bersama Tuan Nor Azam bin Abdullah
HOTEL IMPERIAL KUCHING 21-24 OGOS 2023 Penceramah berkongsi berkenaan Integrated Holistic Education System (IHES) dengan mengaitkannya dengan kerangka dasar MADANI. IHES berfokuskan untuk merealisasikan tranformasi dan reformasi Pendidikan, ekonomi dan sosial secara berterusan bagi memenuhi ciri-ciri berikut iaitu keredhaan (complete & sustainable), keberkatan (contemporary & continuing suitability), kejayaan (comprehensive & balanced), kebahagiaan (integrative & harmony), dan kesejagatan (holistic & universal).Ciri-ciri ini adalah berdasarkan kandungan Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara yang mengutamakan amalan pembelajaran bukan sekadar teori semata-mata. Pembangunan IHES adalah merangkumi hardware, software dan heart-ware (pedagogi yang mensasarkan kepada hati seseorang). Tiga kerangka asas ini akan menjayakan matlamat dan objekif yang telah dirangka di dalam sistem tersebut. IHES menumpukan kepada pembelajaran berasaskan hasil yang meliputi lima kerangka iaitu pengajaran dan pembelajaran, coaching and learning, pelatihan dan pembelajaran, nasihat dan pembelajaran, konsultasi dan pembelajaran. Seorang pendidik adalah merupakan seorang yang orchestrating lima kerangka itu dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara kesimpulannya, IHES digunakan bagi pendidikan formal, bukan formal dan informal. Sistem ini menekankan perkembangan bukan bergantung pada usia tetapi berdasarkan keupayaan seseorang tersebut. Para pengetua boleh mengaplikasi konsep IHES di dalam pengurusan dan kepimpinan sekolah masing-masing mengikut keperluan sekolah. “Hilang Adab dan Akhlak, Akan Hilang Segala-galanya” “The Heart Of Education Is Education Of The Heart” "Kepimpinan Berkualiti Merealisasikan Pendidikan Madani" PPP58 3 Kepimpinan Berkualiti Merealisasikan Pendidikan Madani - Prof. Dr. Hasni Mohammed oleh Amirudin Dahlan Foto Najib Amri Nyanyian lagu "Jalung Gemilang" oleh peserta bagi menaikkan semangat patriotisme dalam kalangan peserta Prof. Dr. Hasni Mohammed
Sesi forum pada kali ini telah menampilkan tiga ahli panel jemputan yang hebat dalam bidang masing-masing - Encik Jamiran bin Salam (Pegawai Pengurusan Khas, Seksyen Pembangunan Guru dan Murid), Encik Watson Changgat Leonard (Timbalan Pengarah Yayasan Sarawak) dan Prof Dr. Shahren bin Tun Ahmad Zaidi (Ahli Lembaga Pengarah, i-CATS College University). Encik Jamiran menyatakan setiap pengetua perlu mencapai KPI untuk memastikan sesebuah sekolah itu berjaya dan cemerlang. Kecemerlangan di dunia dan juga di akhirat. Dr Sahren menyatakan gaya pengajaran adalah berdasarkan karakter individu yang diajar. Konsep ihsan dalam kerangka madani dapat melahirkan manusia yang kompeten. Yayasan Sarawak memberikan bantuan dan tajaan bermula dari prasekolah dalam usaha merealisasikan pendidikan Madani. Bantuan diberikan mengikut pendapatan per kapita (RM2500). Yayasan juga memberikan bantuan kepada mereka yang menghadapi musibah seperti kebakaran rumah, bencana dan sebagainya. i-CATS dapat membantu dalam memberikan nasihat untuk inovasi dan penyelidikan. iCATS juga menganjurkan Kem Bahasa Inggeris menggunakan kaedah yang berbeza dan juga untuk subjek Matematik bagi membantu murid yang lemah secara individu. Setiap individu mempunyai cara pembelajaran yang berbeza dan memerlukan pendekatan yang berlainan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi. "Kepimpinan Berkualiti Merealisasikan Pendidikan Madani" PPP58 4 FORUM : Kepimpinan Berkualiti Merealisasikan Pendidikan Madani oleh Amirudin Dahlan Foto Najib Amri Para peserta Persidangan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak Sesi soal jawab peserta bersama ahli- ahli panel Ahli Panel Forum Persidangan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak Moderator Forum PPPPSMS