The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by blqsknh10, 2022-10-11 05:39:31

JAHITAN

JAHITAN

PAKK 1112
Topik 2

Disediakan Oleh:DR ROSELITA ALI @
YUSOF

TAJUK 2

Tajuk 2. Asas Jahitan
• Peralatan jahitan
• Jenis jahitan
• Proses jahitan
• Penghasilan bahan jahitan (projek) - contoh
produk jahitan : apron / alas dulang / bahan
sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP)
• Pameran projek dan promosi

• peralatan
jahitan

Barang peralatan jahitan

● https://www.alaf21.com.my/info-Artikel/739/Kenali-alat-asas-untuk-menjahit

● Untuk menghasilkan sesuatu produk jahitan, alat alat bantuan jahitan diperlukan untuk memudahkan

penghasilan produk ataupun untuk memperkemaskan hasil produk jahitan itu.
Alatan jahitan boleh dibahagikan kepada 7 kategori.
1. Alatan Mengukur
Pita Pengukur
Biasanya digunakan untuk mengambil ukuran badan.
Dengan sifatnya yang fleksibel, ia juga boleh digunakan untuk mengukur garis lengkung.
Gunakan yang diperbuat daripada plastik yang tidak mudah memeri.
Pembaris Lurus
Digunakan untuk mengukur jarak dan membantu dalam mengukur dan membuat garisan lurus di pola.

Barang peralatan jahitan

● 2. Alatan Mendraf

Pembaris Sesiku L
Digunakan untuk mengukur garisan lurus, juga untuk menghasilkan garisan lengkung dipola seperti
dibahagian ketiak, leher dan punggung seluar.
Pembaris Lengkung
Digunakan untuk menghasilkan garisan lengkung dipola seperti di bahagian punggung dan lengan.

Pensel
Digunakan untuk mendraf pola.

Kertas craft
Kertas ini biasa digunakan untuk menyampul buku suatu masa dulu. Mempunyai permukaan yang licin
disebelahnya. Kebiasaan pola didraf dibahagian yang kasar.

Barang peralatan jahitan

● 3. Alatan Menanda

Roda Surih
Ia digunakan bersama dengan kertas karbon untuk memindahkan garis dan tanda ke fabrik.

Kertas Karbon
Ia digunakan bersama dengan roda surih untuk memindahkan garis dan tanda ke fabrik.

Kapur Penanda
Ia digunakan untuk menanda atau melukis pola difabrik.

● Ada berbagai warna. Gunakan warna yang sesuai dan jelas kelihatan di kain
Jarum Peniti
Digunakan untuk melekatkan pola kepada kain.
Juga untuk mencantum fabrik yang hendak digunting.

Barang peralatan jahitan

● 4. Alatan Memotong

Alat Penetas
Digunakan untuk menetas jahitan yang salah

● Gunting Penetas
● Digunakan untuk memotong benang dan juga menetas jahitan.

Gunting Kertas
Digunakan untuk menggunting kertas pola juga bahan jahitan lain selain daripada fabrik pakaian.

Gunting Kain
Digunakan untuk menggunting fabrik sahaja.

Barang peralatan jahitan

● 5. Alatan Menjahit

Benang
Digunakan untuk mencantum fabrik. Gunakan benang yang bersesuaian dengan warna fabrik
Jarum Jahit Tangan
Untuk menyembat, jahit jelujur dan lain lain jahitan yang menggunakan tangan.
Jarum Jahit Mesin Industri
Jarum untuk mesin industri berkelajuan tinggi.

Jarum Jahit Mesin Portable
Jarum untuk mesin jahit kegunaan rumah.

Barang peralatan jahitan

● 6. Alatan Menekan

Papan Penekan
Digunakan untuk mengosok/menekan fabrik untuk mengemaskan jahitan.
Sterika
Digunakan dalam keadaan panas untuk meratakan fabrik atau melekatkan kertas bergam(solina) ke fabrik
bagi menghasilkan jahitan yang kemas.

Botol Perenjis.
Air direnjiskan ke fabrik menggunakan botol perenjis sebelum menggosok untuk mempercepatkan proses
menggosok/menekan fabrik.

Barang peralatan jahitan

● 7. Alatan Menyenggara

Skru Driver
Digunakan untuk melonggar dan mengetatkan skru di mesin.

Penyepit (Tweezer)
Digunakan untuk memasukkan benang ke dalam lubang jarum mesin jahit industri terutamanya, mesin
jahit tepi.

Minyak Mesin Jahit
Melancarkan perjalanan mesin jahit juga untuk mencuci bahagian bahagian mesin jahit seperti sekoci,
gelendong dan tapak mesin.

Minyak Mesin Jahit Industri
Untuk mesin jahit industri, minyak mesin digunakan dengan banyak. Selalunya, ia dijual dalam botol yang
bersaiz 1 liter ke atas. Ia untuk melancarkan perjalanan

● Berus
● Untuk membersihkan dan membuang habuk atau sisa fabrik dibahagian dalam mesin jahit.

jenis-jenis jahitan
dan proses

Jenis jahitan

1) Jahitan jelujur

Jenis-jenis jahitan
Jahitan tangan boleh dibuat dengan menggunakan jarum dan benang.
Jahitan jelujur kasar ini menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik. Ia merupakan jahitan sementara
sebelum jahitan kekal dibuat. Ia juga digunakan untuk menetapkan kelim di kedudukan dan senang dicabut.
Jahit dari kiri ke kanan. Mulakan dengan jahitan kia. Masukkan jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak
1 cm dari A.

Teruskan jahitan hingga sampai ke hujung fabrik. Matikan dengan jahitan kia.

Jahitan yang telah siap.

2) Jahitan Kia

● Jahitan ini digunakan sebagai pengganti jahitan mesin dan untuk memula dan mematikan jahitan
● tangan. Ia kukuh, rapat dan kelihatan seperti jahitan mesin di sebelah luar fabrik.

Jahit dari kanan ke kiri. Cucuk jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak 2 mm.
Cucuk jarum sekali lagi pada A dan keluarkan pada B.
Jahit hingga ke hujung fabrik. Matikan jahitan dengan jahitan kia sebanyak dua kali.

3) Jahitan lilit ubi
● Jahitan ini digunakan untuk menyambung dua tepi fabrik berlipat atau melekatkan tempat dan
tampalhias pada artikel atau pakaian.

Jahit dari kanan ke kiri. Mulakan dengan meninggalkan 1 cm benang di antara dua lipatan. Cucuk
jarum secara menegak dan menghala ke arah penjahit pada fabrik lapisan bawah (A) dan keluarkan
pada fabrik lapisan atas (B).

Akhiri jahitan dengan menjahit ke kanan semula di atas 3 atau 4 mata jahitan lilit ubi.

4) Jahitan sembat
● Jahitan ini digunakan untuk menjahit kelepet. Jahitannya kelihatan kecil, halus dan rapat. Ini
● menyebabkan mata jahitan boleh dilihat di sebelah luar fabrik.
Jahit dari kanan ke kiri. Mulakan dengan jahitan kia di bawah lipatan kelepet. Masukkan jarum pada
A dan keluarkan pada B di bahagian lipatan. Jarum hendaklah condong sebanyak 30 darjah. Terus
menjahit sehingga ke hujung fabrik dan matikan jahitan dengan jahitan kia.

5) Sembat susup

Jahitan ini kemas, halus dan hampir tidak kelihatan di sebelah luar fabrik. Ia digunakan untuk menjahit
kelepet dan lapik.
Jahit dari kanan ke kiri. Mulakan dengan jahitan kia di bawah lipatan kelepet. Ambil dua atau tiga urat
benang fabrik lapisan daripada kelepet.
Susup jarum ke dalam lipatan kelepet sepanjang 3mm - 6mm.
Teruskan menjahit dan matikan jahitan dengan jahitan kia.

6) . Jahit Insang Pari

Jahitan ini digunakan untuk mengemas tepi fabrik dan sebagai jahitan perhiasan untuk menjahit motif.
Jahit dari kiri ke kanan. Mulakan dengan beberapa jelujur halus menegak pada A. Cucuk jarum menegak
pada B dan halakan jarum ke arah penjahit. Letakkan benang di bawah hujung jarum dan tarik benang
menghala ke arah penjahit.
Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak disebelah kanan mata jahitan insang pari yang
akhir.

Proses jahitan

● DEFINISI PROSES JAHITAN

Merupakan turutan langkah kerja menjahit yang dilakukan untuk menghasilkan pakaian atau artikel.

● PROSES JAHITAN
● Antaranya ialah penghilangan gelembung,kelim,belah,garis leher,penyudah tepi,lengan dan

kancing.

● PENGHILANG GELEMBUNG
● Merupakan proses mengurangkan atau menghilangkan lebihan fabrik pada pakaian atau

artikel untuk memberi bentuk dan keselesaan.

● KELIM
● Sejenis proses jahitan yang mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik. Jenis-jenis kelim

ialah kelim belah kangkung,betawi,papan mesin,papan tangan dan lipat tindih.

● BELAH
● Proses jahitan untuk memudahkan pakaian dipakai atau ditanggalkan. Belah berfungsi sebagai

pemudah gerakan,sebagai hiasan dan sebagainya.

● GARIS LEHER
● Sebahagian daripada pakaian yang dikemaskan dengan

menggunakan kolar,kun,ropol,renda,lapik dan sulaman.

Proses jahitan

● PENYUDAH TEPI
● Merupakan proses yang digunakan untuk mengukuhkan,mengemas dan menghias hujung

pakaian atau tepi artikel.

● LENGAN
● Lengan yang dicantum
● Jenis-jenis lengan ialah lengan padanan rata, lengan gelembung, lengan bisyop, lengan kaki

kambing,lengan raglan.

● Lengan yang tidak dicantum
● Jenis-jenis lengan yang tidak bercantum ialah lengan dolman, lengan kimono dan lengan

magyar.

● KANCING
● Kancing ialah alat untuk menutup belah pakaian atau artikel, mengekalkan bentuk asal

pakaian dan sebagai hiasan.

apron

Soft book 01
02 Anak patung
07

Bekas pensel Penghasilan bahan 03
jahitan
06

beg duit 05 04 boneka

Bahan pembelajaran
dan lain2

Pameran projek dan promosi

● Fikir dan fikir

● APA YANG NAK DIPAMERKAN (JENIS-
JENIS BRG)DAN BAGAIMANA NAK
PROMOSIKAN( ONLINE-
FB,INSTAGRAM,
WASAP,BANNER,RADIO, TV DAN DLL)

Syukran

Sekian

Terima

KasihCREDITS: This presentation template
was created by Slidesgo, including
icons by Flaticon, and infographics &

images by Freepik


Click to View FlipBook Version