4.6 BPeanbg4e:nPaelamnbkiaekpanda Penyiasatan Saintifik
Kemandulan dan Pencegahan
Kehamilan
• Berkomunikasi mengenai kemandulan dan cara-cara mengatasinya.
• Membezakan kaedah pencegahan kehamilan.
• Menyedari kepentingan mengamalkan pemeriksaan kesihatan dan mendapat rawatan segera apabila
menghadapi masalah sistem pembiakan.
• Mengkritik penyalahgunaan pengetahuan tentang kaedah pencegahan kehamilan dan kesannya
kepada masyarakat.
Kemandulan
Kemandulan ialah ketidakupayaan seseorang untuk melahirkan anak. Apabila
pasangan suami isteri tidak berupaya untuk memperoleh zuriat, suami atau
isteri atau kedua-duanya mungkin mandul. Rajah 4.22 menunjukkan pelbagai punca
kemandulan lelaki dan wanita.
Bilangan Testis tidak Hormon tidak Ovari Tiub Falopio
sperma tidak menghasilkan seimbang tidak dapat tersumbat
mencukupi Organ seks menghasilkan Uterus yang
Kualiti sperma sperma cacat atau
dijangkiti ovum tidak normal
rendah Punca penyakit
kemandulan Masalah Punca
kesihatan kemandulan
lelaki
seperti kencing wanita
manis
Mati Ketumbuhan
pucuk dalam uterus
Rajah 4.22 Punca kemandulan lelaki dan wanita
Apabila pasangan suami dan isteri yang sudah berusaha untuk mendapatkan anak
lebih daripada setahun tetapi masih tidak berjaya, pasangan tersebut disarankan agar
mendapatkan rawatan daripada doktor.
Bab 4 115
Kami masih belum Anda boleh cuba kaedah
dikurniakan anak lagi. rawatan hormon,
Apakah yang dapat pembedahan atau
kami lakukan? persenyawaan in vitro.
Rajah 4.23 Senario pasangan yang mendapatkan nasihat
daripada doktor
Kaedah Mengatasi Kemandulan
1 Rawatan hormon
• Rawatan ini sesuai bagi individu yang mengalami
masalah ketidakseimbangan hormon.
2 Pembedahan Ubat hormon yang disuntik
• Pembedahan dilakukan terhadap wanita yang
mengalami masalah tiub Falopio tersumbat atau
terhadap lelaki yang mengalami masalah saluran
duktus sperma tersumbat.
3 Kaedah persenyawaan in vitro (IVF)
• Prosedur ini dijalankan untuk wanita yang
mempunyai masalah tiub Falopio tersumbat. Uterus
• Kaedah ini mengeluarkan ovum dari ovari untuk
disenyawakan oleh sperma di luar badan. Ovari Tiub
Falopio
• Embrio yang terbentuk akan dimasukkan kembali Pembedahan laparoskopi bagi
ke dalam uterus wanita.
masalah tiub Falopio tersumbat
Ovum dan sperma disenyawakan secara in vitro untuk membentuk zigot
Rajah 4.24 Kaedah-kaedah mengatasi kemandulan
116 Bab 4
PBeanbg4e:nPaelamnbkiaekpanda Penyiasatan Saintifik
Kaedah Pencegahan Kehamilan
Bagi pasangan yang ingin merancang keluarga, terdapat beberapa cara yang boleh diambil
untuk mengawal kehamilan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.25.
Pil pencegah hamil Implan
Pil pencegah hamil menghalang Penggunaan implan merembeskan
proses pengovulan. hormon yang menghalang ovari daripada
menghasilkan ovum.
Video kaedah buatan Implan Implan dimasukkan
pencegahan kehamilan pada bahagian kulit
bawah lengan
Pil pencegah hamil
Penggunaan implan
Penggunaan kondom
Kondom dipakai pada zakar lelaki sebelum Alat kontraseptif dalam uterus
persetubuhan dilakukan bagi menghalang (Intrauterine Contraceptive Device, IUCD)
sperma daripada memasuki faraj
semasa ejakulasi. Alat kontraseptif
dimasukkan ke
dalam uterus wanita
bagi mengelakkan
penempelan ovum
yang telah disenyawakan.
Kondom IUCD
Vasektomi Ligasi Tiub Falopio
dipotong dan diikat
Duktus sperma
dipotong
dan diikat
Duktus sperma yang diikat Tiub Falopio yang diikat
Memotong dan mengikat kedua-dua duktus Kedua-dua tiub Falopio dipotong dan diikat
sperma melalui pembedahan supaya tiada melalui pembedahan supaya ovum tidak
sperma yang dipancutkan semasa ejakulasi. disenyawakan oleh sperma.
Rajah 4.25 Kaedah pencegahan kehamilan
Bab 4 117
Kepentingan Pemeriksaan Kesihatan dan Rawatan Segera
apabila Menghadapi Masalah Sistem Pembiakan
Individu digalakkan untuk Mengapakah
melakukan pemeriksaan pemeriksaan kesihatan
kesihatan sekurang-kurangnya
sekali dalam setahun bermula itu penting?
pada usia 40 tahun. • Pemeriksaan kesihatan atau ujian saringan
dijalankan sebagai penilaian untuk mengesan
simptom awal penyakit kronik pada
sistem pembiakan.
• Kanser yang melibatkan sistem
pembiakan seperti kanser rahim, kanser
serviks dan kanser prostat masih boleh
dirawat jika dapat dikesan lebih awal.
Gambar foto 4.8 Pemeriksaan kesihatan • Amalan pemeriksaan kesihatan dapat
mengurangkan risiko masalah kesihatan
yang memerlukan kos rawatan yang
tinggi. Oleh itu, wang dapat dijimatkan
untuk kegunaan jangka masa panjang.
• Kaedah pencegahan kehamilan yang betul dan
selamat dapat difahami dengan mendapatkan
nasihat dan penerangan daripada doktor semasa
melakukan pemeriksaan kesihatan.
4.6 Abad
21 KMK
Tujuan: Berdebat tentang penyalahgunaan pengetahuan kaedah pencegahan kehamilan
dan kesannya kepada masyarakat
Arahan
1. Anjurkan pertandingan debat secara berkumpulan antara barisan pencadang dengan
barisan pembangkang bagi tajuk perdebatan di bawah.
“Perlukah kawalan kehamilan dibenarkan di negara kita?”
2. Cari maklumat berkaitan dengan tajuk tersebut menggunakan bahan rujukan seperti
majalah, risalah dan juga Internet untuk menyediakan isi perdebatan.
3. Pilih salah seorang daripada ahli kumpulan anda sebagai wakil.
4. Selepas perdebatan, buat satu ringkasan mengenai isi-isi utama yang telah dikemukakan.
118 Bab 4
PBeanbg4e:nPaelamnbkiaekpanda Penyiasatan Saintifik
4.6
1. Senaraikan empat punca kemandulan lelaki dan perempuan.
2. Apakah kaedah yang dapat digunakan untuk membantu pasangan suami isteri
mendapatkan zuriat jika
(a) suami tidak subur?
(b) tiub Falopio isteri tersumbat?
3. Terangkan cara-cara pencegahan kehamilan vasektomi dan ligasi.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan bayi tabung uji?
5. Nyatakan dua kepentingan individu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
6. Menggugurkan kandungan tidak seharusnya dijadikan sebagai cara untuk mengawal
kelahiran. Berikan pendapat anda.
4.7 Pembiakan Tumbuhan
• Berkomunikasi mengenai struktur dan fungsi setiap bahagian bunga.
• Mewajarkan proses pendebungaan.
• Memerihalkan proses persenyawaan dan menerangkan pembentukan biji benih dan buah
pada tumbuhan.
• Memerihalkan proses percambahan biji benih.
• Menyelesaikan masalah apabila percambahan tidak berlaku.
S eperti benda hidup lain, tumbuhan juga perlu membiak bagi memastikan
kelangsungan spesiesnya. Semua benda hidup akan melalui pertumbuhan dan
akhirnya mati. Mereka perlu digantikan dengan organisma yang baharu.
Saya berbuah untuk
mengelakkan keturunan
saya pupus.
Kalau saya tidak
berbuah, habislah
keturunan saya nanti.
Bab 4 119