8Bab Cahaya dan Optik
Mengapakah langit dan laut
kelihatan biru apabila
matahari bersinar?
Mengapakah dasar laut
kelihatan cetek?
Bagaimanakah bayang pokok
kelapa terbentuk?
Apakah yang menyebabkan
fenomena-fenomena itu berlaku?
Marilah kita mengkaji: Penyebaran cahaya
Penyerakan cahaya
Penggunaan cermin Penambahan dan
Sifat cahaya Penolakan cahaya
Pantulan cahaya
Pembiasan cahaya
220 Bab 8
8.6 PBeanbg8e:nCaalahnaykaepdaadnaOPpetniykiasatan Saintifik
Penyerakan Cahaya
• Berkomunikasi mengenai penyerakan cahaya.
• Menjelaskan penyerakan cahaya dalam kehidupan harian dengan contoh.
M engapakah langit kelihatan kebiruan pada waktu tengah hari dan matahari
kelihatan kemerahan pada waktu senja?
Gambar foto 8.13 Fenomena penyerakan cahaya
Kedua-dua fenomena semula jadi ini disebabkan oleh penyerakan cahaya.
Penyerakan cahaya berlaku apabila sinar cahaya dihalang dan dipantulkan ke semua
arah oleh awan atau zarah-zarah dalam udara.
Pada waktu tengah hari
Zarah udara, Cahaya biru diserak Pada waktu tengah hari, cahaya
habuk, dan oleh zarah-zarah yang biru diserak paling banyak ke
debu terapung di udara semua arah oleh molekul-molekul
udara yang halus dalam atmosfera.
Oleh itu, langit kelihatan biru pada
waktu tengah hari.
Bumi
Rajah 8.21 Penyerakan cahaya pada waktu tengah hari
Bab 8 239
Pada waktu senja Zarah udara, habuk dan debu
Pada waktu senja pula, cahaya
matahari bersinar secara Cahaya biru diserak
mengufuk. Cahaya yang oleh zarah-zarah yang
paling kurang diserak seperti terapung di udara
merah dan jingga akan melalui
atmosfera tanpa gangguan. Cahaya daripada matahari
Cahaya lain seperti cahaya muncul kemerahan
biru yang banyak diserak akan
hilang daripada lintasan cahaya Bumi
asal. Oleh itu, langit pada waktu
senja kelihatan kemerahan. Rajah 8.22 Penyerakan cahaya pada waktu senja
8.8
Tujuan: Mengkaji penyerakan cahaya
Bahan dan radas: Serbuk susu, bikar kaca 1000 ml, kotak sinar, skrin putih.
Arahan
1. Lakukan aktiviti dalam keadaan gelap.
2. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.23.
3. Hidupkan kotak sinar.
4. Tambahkan beberapa sudu serbuk susu ke dalam air. Kacau air sehingga anda dapat
melihat alur cahaya yang bersinar melalui cecair dengan jelas.
5. Lihat alur cahaya dari sisi bekas. Kemudian, lihat pada skrin putih seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 8.23.
6. Tambahkan lagi serbuk susu dan perhatikan warna alur cahaya putih berubah dari
sisi bekas dan pada skrin putih.
7. Rekodkan pemerhatian anda.
Serbuk Skrin
susu putih
Kotak sinar Air
Rajah 8.23
Soalan:
1. Apakah fungsi penambahan serbuk susu ke dalam air?
2. Apakah perbezaan antara alur cahaya yang dilihat dari sisi bekas dengan di
belakang bekas? Apakah yang telah berlaku?
240 Bab 8
PBeanbg8e:nCaalahnaykaepdaadnaOPpetniykiasatan Saintifik
8.6
1. Mengapakah penyerakan cahaya berlaku?
2. Isi tempat kosong dengan perkataan yang betul.
(a) Matahari (b)
Atmosfera
Matahari
Pemerhati pada Pemerhati pada
waktu siang waktu senja
Cahaya biru diserak Cahaya merah diserak
berbanding dengan cahaya merah. berbanding dengan cahaya biru.
Penambahan dan Penolakan
8.7 Cahaya
• Mengenal pasti warna primer.
• Mengenal pasti penambahan warna-warna primer bagi membentuk warna sekunder.
• Berkomunikasi mengenai penolakan cahaya.
• Merekodkan warna yang terhasil pada skrin selepas cahaya melalui penapis warna.
• Membezakan penambahan dengan penolakan cahaya.
• Menjelaskan penambahan cahaya dan penolakan cahaya dalam kehidupan seharian dengan contoh.
C ahaya berwarna boleh dikategorikan kepada dua Merah
jenis, iaitu warna primer dan warna sekunder. Warna Kuning Magenta
primer ialah warna asas yang tidak boleh dihasilkan PPuuttiihh
melalui pencampuran warna. Warna merah, biru dan hijau
ialah warna primer.
Penambahan Cahaya Hijau Sian Biru
Apakah warna yang terbentuk apabila dua jenis warna Rajah 8.24 Penambahan cahaya
primer ditambah? Warna-warna yang dihasilkan apabila dua
atau lebih warna primer ditambah dikenal sebagai warna !
sekunder. Warna sian, kuning dan magenta ialah warna
sekunder. Warna putih pula dihasilkan apabila ketiga-tiga Formula penambahan warna
warna primer ditambah (Rajah 8.24). Warna + Warna = Warna
primer primer sekunder
Bagaimanakah cara untuk menghasilkan warna
sekunder dalam kehidupan kita? Mari kita lakukan Merah Biru (B) Magenta
Aktiviti 8.9 untuk menghasilkan warna sekunder dengan (M) (Mag)
menggunakan penapis warna.
Merah Hijau (H) Kuning (K)
Penambahan cahaya (M)
http://www.physicsclassroom.com/class/light/
Lesson-2/Color-Addition Biru (B) Hijau (H) Sian (S)
Merah + Biru + Hijau = Putih
Bab 8 241
8.9
Tujuan: Menyiasat penambahan warna primer bagi membentuk warna sekunder
Bahan dan radas: Penapis warna primer, tiga kotak sinar, skrin putih.
Arahan
1. Jalankan aktiviti ini di dalam bilik yang gelap.
2. Sediakan tiga buah kotak sinar dengan penapis warna merah, biru dan hijau yang
masing-masing dipasang di hadapan kotak sinar.
3. Tujukan alur cahaya berwarna merah dan cahaya berwarna hijau bertindih pada
skrin seperti dalam Rajah 8.25. Apakah warna yang dapat kamu perhatikan apabila
cahaya merah dan cahaya hijau bertindih?
Skrin putih
Penapis warna hijau Penapis warna merah
Kotak sinar
Punca bekalan kuasa
Rajah 8.25
4. Ulang langkah 3 dengan menggunakan cahaya hijau dengan biru dan diikuti oleh
cahaya merah dengan cahaya biru. Perhatikan warna yang terbentuk.
Penolakan Cahaya Hijau
Mengapakah kita dapat melihat warna objek legap?
Mengapakah kita melihat pisang berwarna kuning,
strawberi berwarna merah dan daun berwarna hijau?
Hal ini disebabkan oleh warna cahaya yang sama dengan
objek legap akan dipantulkan ke mata kita, manakala
warna lain akan diserap. Fenomena ini dikenal sebagai
penolakan cahaya.
Kuning
Merah
Gambar foto 8.14 Warna buah-buahan
242 Bab 8
PBeanbg8e:nCaalahnaykaepdaadnaOPpetniykiasatan Saintifik
Prinsip Penolakan Cahaya
Warna bagi objek legap bergantung pada warna cahaya yang dipantulkan ke dalam
mata kita.
Objek yang berwarna primer, iaitu merah, biru atau hijau hanya memantulkan cahaya yang
sama warna dengannya.
Cahaya putih Objek hijau hanya memantulkan cahaya hijau.
Objek hijau Cahaya berwarna yang lain diserap. Oleh itu,
objek kelihatan hijau.
Objek yang berwarna sekunder, iaitu kuning, magenta atau sian memantulkan cahaya
yang sama warna dengannya dan juga warna primer yang membentuknya.
Cahaya putih Objek kuning memantulkan cahaya kuning,
Objek kuning merah dan hijau. Pertindihan cahaya merah
dengan hijau menyebabkan objek
kelihatan kuning.
Objek putih kelihatan putih dalam cahaya putih kerana objek putih memantulkan semua warna.
Cahaya putih Objek putih memantulkan semua warna
Objek putih dalam cahaya putih. Semua cahaya berwarna
bertindih untuk menghasilkan cahaya
putih semula.
Objek hitam kelihatan hitam kerana semua cahaya berwarna diserap olehnya.
Cahaya putih Objek hitam menyerap semua warna dalam
Objek hitam cahaya putih.
Tiada cahaya berwarna dipantulkan. Oleh itu,
objek kelihatan hitam.
Bab 8 243
Biasanya, penapis warna digunakan untuk memahami prinsip penolakan. Terdapat
dua jenis penapis warna:
Penapis warna primer Penapis warna sekunder
• Membenarkan warna yang sama • Membenarkan warna yang sama dan
sahaja untuk melaluinya, warna warna primer yang membentuknya
yang lain akan diserap. sahaja untuk melaluinya, warna yang
lain akan diserap.
Cahaya putih Cahaya Cahaya merah
merah
Cahaya putih Cahaya hijau
Penapis merah Cahaya kuning
Cahaya putih Cahaya Penapis kuning
hijau
Cahaya merah
Penapis hijau Cahaya putih Cahaya biru
Cahaya putih Cahaya Cahaya magenta
biru
Penapis magenta
Penapis biru Cahaya biru
Cahaya putih Cahaya hijau
Cahaya sian
Penapis sian
Mari kita mengkaji kesan penapis warna primer dan
penapis warna sekunder terhadap cahaya putih dan cahaya
berwarna dalam Aktiviti 8.10. Apakah yang akan terjadi
jika penapis warna kedua
diletakkan di belakang
Abad penapis warna pertama?
21 KMK
8.10
Tujuan: Mengkaji kesan penapis warna primer dan penapis warna sekunder terhadap
cahaya putih dan cahaya berwarna
Bahan dan radas: Penapis warna primer, penapis warna sekunder, kotak sinar,
skrin putih.
Arahan
Skrin putih
Kotak sinar Penapis warna sekunder
Penapis warna primer
Rajah 8.26
244 Bab 8
PBeanbg8e:nCaalahnaykaepdaadnaOPpetniykiasatan Saintifik
1. Jalankan aktiviti ini di dalam bilik gelap.
2. Tujukan alur cahaya putih ke arah skrin putih (Rajah 8.26).
3. Letakkan penapis primer warna merah dan penapis sekunder warna kuning di hadapan
kotak sinar (Rajah 8.26). Apakah yang dapat anda perhatikan pada skrin putih?
4. Ulang langkah 3 dengan menggantikan penapis sekunder warna kuning dengan
penapis warna magenta dan sian.
5. Catatkan keputusan anda dalam jadual seperti di bawah.
6. Ulang langkah 3 hingga 5 dengan menggantikan penapis primer warna merah dengan
penapis warna hijau dan biru.
Penapis warna primer Penapis warna sekunder Warna cahaya pada skrin
Kuning
Merah Magenta
Sian
Kuning
Hijau Magenta
Sian
Kuning
Biru Magenta
Sian
Perbezaan antara Penambahan Cahaya dengan Penolakan Cahaya
Setelah mempelajari penambahan dan penolakan cahaya, apakah perbezaan antara
kedua-duanya?
Penambahan cahaya dan penolakan cahaya ialah dua prinsip yang berlainan.
Penambahan cahaya ialah percampuran cahaya warna primer bagi membentuk warna
sekunder. Manakala penolakan cahaya berlaku apabila objek legap memantulkan
cahaya yang sama warna dengannya dan menyerap warna lain.
Bab 8 245
Contoh Penambahan Cahaya dan Penolakan Cahaya dalam
Kehidupan Seharian
C on toh 1 Televisyen berwarna
Gambar foto 8.15 Skrin berwarna pada televisyen berwarna
C on toh 2 Lampu berwarna di pentas
Gambar foto 8.16 Lampu berwarna memainkan peranan semasa persembahan di pentas
C on toh 4 Lampu berwarna di KLCC
C on toh 3 Lampu berwarna di stadium
Gambar foto 8.18 Lampu berwarna yang dipasang
pada air pancut di depan KLCC
Gambar foto 8.17 Lampu berwarna di stadium
246 Bab 8