Ciri – ciri Gelombang Bunyi
Bunyi ialah satu bentuk tenaga yang dihasilkan oleh getaran.
Ciri – ciri Gelombang Bunyi
Sentuh bahagian luar tekak anda dengan hujung jari ketika
bercakap.
Ciri – ciri Gelombang Bunyi
1) Bunyi memerlukan medium untuk perambatan.
Bunyi boleh merambat melalui pepejal, cecair dan gas, tetapi
tidak melalui vakum.
Ciri – ciri Gelombang Bunyi
Pemindahan bunyi dari loceng ke telinga pendengar
• loceng dibunyikan
• permukaan loceng bergetar
• udara di sekeliling loceng turut
bergetar dan berlanggar dengan
zarah-zarah udara yang
berhampirannya
• getaran dipindahkan dari satu zarah ke
zarah lain yang besebelahan dalam
bentuk gelombang
• bunyi didengar oleh telinga pendengar
Ciri – ciri Gelombang Bunyi
2) Bunyi merambat pada kelajuan yang berbeza di dalam
medium yang berbeza
udara
air
tepung
Ciri – ciri Gelombang Bunyi
Kelajuan pemindahan bunyi
Pepejal
• Cepat
• Apabila zarah-zarah pada satu
hujung pepejal mulal bergetar,
getaran itu menyebabkan zarah-
zarah yang bersebelahan turut
bergetar dengan pantas kerana
zarah-zarah pepejal tersusun
rapat.
Ciri – ciri Gelombang Bunyi
Kelajuan pemindahan bunyi
Cecair
• Perlahan
• Susunan zarah-zarah dalam
cecair yang kurang rapat
menyebabkan getaran bunyi
dipindah dengan perlahan
berbanding dengan pepejal
Ciri – ciri Gelombang Bunyi
Kelajuan pemindahan bunyi
Gas
• Sangat perlahan
• Gelombang bunyi merambat
melalui gas dengan sangat
perlahan kerana susunan zarah-
zarah gas yang berjauhan antara
satu sama lain melambatkan
pemindahan getaran.
Ciri – ciri Gelombang Bunyi
3) Bunyi boleh dipantul dan diserap
Kepingan logam
tuala
Jumlah bunyi yang dipantul atau diserap bergantung pada
permukaan objek.
• Pemantul bunyi yang baik • Penyerap bunyi yang baik
• Permukaan yang keras dan licin
• Permukaan yang lembut dan
kasar
Dinding Papan gabus
Jubin Permaidani
marmar
Penyerap bunyi
Panggung Wayang
• Kerusi – kusyen
lembut
• Dinding – dilapisi
permukaan lembut
Penyerap bunyi
Bilik Tidur
• Selimut
• Permaidani
• Langsir
Ciri – ciri Gelombang Bunyi
1) Bunyi memerlukan medium untuk perambatan.
2) Bunyi merambat pada kelajuan yang berbeza di dalam
medium yang berbeza
3) Bunyi boleh dipantul dan diserap
Jumpa
lagi …