Planet – planet dalam Sistem Suria
•Utarid
•Zuhrah
•Bumi
•Marikh
•Musytari
•Zuhal
•Uranus
•Neptun
Planet – planet dalam Sistem Suria
•Utarid •Ultraman
•Zuhrah •Zero
•Bumi •Beli
•Marikh •Mee
•Musytari •Mamak
•Zuhal •Zarina
•Uranus •Untuk
•Neptun •Nenek
Utarid
•Planet terkecil
•Permukaan: lebih kurang sama dengan permukaan bulan
•Dengan kawah-kawah asteroid dan tebing yang berpuluh-puluh km
tingginya
•Terdapat dataran, gunung dan lembah
•Tiada atmosfera – cahaya tidak dapat diserakkan
•Langit kelihatan gelap seperti di angkasa lepas
Zuhrah
•Dikenali sebagai planet ‘rumah hijau’
•Kerana kandungan karbon dioksida yang tinggi di dalam atmosferanya
•Berputar dari timur ke barat (berbeza dengan planet-planet lain)
•Matahari terbit dari barat!
•Saiz dan usia sama dengan Bumi tetapi iklimnya jauh lebih mencabar
dengan suhu sekitar 460°C
Bumi
•Satu-satunya tempat di alam semesta yang dihuni
makhluk hidup.
•Mempunyai lapisan udara yang dikenali sebagai
atmosfera
•Atmosfera melindungi bumi daripada angin suria,
sinaran ultraungu berbahaya dan radiasi dari
angkasa lepas.
•Lebih 71% kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 29%
terdiri daripada daratan.
Marikh
•Dikenali sebagai Planet Merah
•Mempunyai dua bulan, iaitu Phobos dan Demos.
•Keluasan 25% permukaan Bumi dan 10% jisim Bumi.
•Jika dipandang dari Bumi, atmosfera Marikh dibahagikan kepada dua
kawasan yang berbeza:
• Kawasan lebih cerah dilitupi oleh debu dan pasir kemerahan
• Kutub mengandungi air beku dan karbon dioksida
Musytari
•Planet terbesar dalam sistem suria.
•Jisim = 320 kali ganda jisim Bumi, dua kali ganda daripada jumlah jisim
semua planet dalam sistem suria.
•Pelindung kepada Bumi – mampu memesongkan objek-objek besar
daripada melanggar Bumi dengan daya gravitinya yang sangat kuat.
•Mempunyai satelit semula jadi (bulan) yang paling banyak, iaitu sebanyak
67.
Zuhal
•Planet kedua besar dalam sistem suria.
•Dikelaskan sebagai planet gergasi bergas.
•Mempunyai sistem gelang atau cecincin yang kebanyakkanya terdiri
daripada ais dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu.
•Sebanyak 62 bulan ditemukan setakat ini mengorbit Zuhal
•Antaranya, Titan merupakan bulan Zuhal terbesar, lebih besar
daripada planet Utarid.
Uranus
•Unsur pertama di bahagian dalam Uranus ialah ais dan batu.
•Planet ketiga terbesar dalam sistem suria.
•Digelar planet gergasi bergas.
•Mempunyai sistem cecincin seperti Zuhal tetapi nipis dan
gelap.
•Mempunyai banyak bulan (27).
•Planet yang unik kerana paksi putarannya condong ke sisi,
hampir selari dengan orbitnya yang mengelilingi Matahari.
Neptun
•Juga dikelaskan sebagai planet gergasi bergas.
•Mengambil masa hampir 165 tahun (waktu di Bumi) untuk
mengelilingi Matahari.
Jumpa
lagi…